Wednesday, November 11, 2009

Ciri-Ciri Utama Pendakwah - Siaran 83

CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

MASALAH AGAMA – SIARAN KE 83


Pendahuluan.


بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan peny





10 MUWASOFAT TARBIYYAH


Adapun Sepuluh (10) Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit


Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'


1... Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Pendetailan Ciri:

(1). Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg maâ'thur
(2). Tidak berhubung dengan Jin
(3). Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
(4). Tidak menenung nasib
(5). Tidak mendekati tukang tilik
(6). Tidak mengusap kubur
(7). Tidak meminta bantuan dari simati
(8). Tidak bersumpah dgn selain Allah
(9). Tidak mempercayai adanya sial
(10). Mengikhlaskan amal kerana Allah
(11). Mengimani rukun-rukun Iman
(12). Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
(13). Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
(14). Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di
turunkan selain Allah swt


2.. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)


Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pendetailan Ciri:

(1). Tidak menolak utk azan
(2). Bersuci dgn sempurna
(3). Sangat menghargai solat berjemaah
(4). Sangat suka berjemaah di masjid
(5). Memperbaiki mutu solat
(6). Qiamullail seminggu sekali
(7). Menunaikan zakat
(8). Berpuasa wajib
(9). Berpuasa sunat sehari setiap bulan
(10). Ada niat utk menunaikan haji
(11). Beriltizam dgn adab-adab tilawah
(12). Khusyuk ketka membaca al-Quran
(13). Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
(14). Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
(15). Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
(16). Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
(17). Menjauhi dosa-dosa besar
(18). Sentiasa membaca zikir pagi
(19). Sentiasa membaca zikir petang
(20). Mengingati Allah swt pada setiap situasi
(21). Menunaikan Nazar
(22). Menyebarkan Salam
(23) Menahan anggota dari perkara haram
(24. Ber’itikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
(25). Menggunakan sugi/siwak
(26). Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

.

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan Dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.


Pendetailan Ciri:

(1). Tidak takabbur
(2). Mempunyai pendirian
(3).Tidak menipu
(4.) Tidak mencaci
(5). Tidak mengadu domba
(6). Tidak mengumpat
(7). Tidak berdusta
(8). Tidak mengejek
(9). Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
(10). Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
(11). Mengasihi orang yg lebih muda
(12). Menghormati orang yg lebih tua
(13). Menunaikan janji
(14). Menundukkan pandangan
(15). Menjaga rahsia
(16). Menutup dosa orang lain
(17). Cemburu terhadap isteri
(18). Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya
(4). Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)


4.. Walaupun kaya, perlu bekerja.

Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan. Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan. Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

Pendetailan Ciri:

(1). Mejauhi pekerjaaan yang haram
(2). Menjauhi riba
(3). Menjauhi judi
(4). Menjauhi penipuan
(5. Menunaikan zakat
(6). Membuat simpanan walaupun sedikit
(7). Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg
diamanahkan
(8). Memelihara harta awam
(9). Memelihara harta peribadi



5... Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)


Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat ’am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pendetailan Ciri:

(1). Mampu membaca dan menulis dgn baik
(2). Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
(3). Memelihara hukum-hukum tilawah
(4). Menghafaz setengah dari hadith 40
(5). Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
( 6). Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya
yang penting.
(7). Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
(8). Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
(9). Mengetahui hukum-hukum solat
(10). Mengetahui hukum-hukum puasa
(11). Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam
seminggu
(12). Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
(13). Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap
Islam
(14). Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg
menyeleweng

(15). Mengetahui aspek keburukan dari perancang
keluarga
(16). Mendengar dengan baik
(17). Mampu memberikan pandangan
(18). Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
(19). Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas
kita



6... Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)


Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.


Pesanan al-Banna:

”Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badanâ.”


Pendetailan Ciri:

(1). Bersih tubuh badan
(2). Bersih pakaian
(3). Tempat tinggal yg bersih
(4). Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
(5). Tidak berjaga malam berlebihan
(6). Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
(7). Bangun sebelum terbit fajar/subuh
(8). Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
(9.) Meninggalkan tabiat merokok
(10). Menjauhi tempat-tempat kotor
(11). Menjauhi tempat-tempat berpenyakit


7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)


Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Pendetailan Ciri:

(1). Menjauhi perkara-perkara haram
(2). Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
(3). Meninggalkan tempat-tempat maksiat


8... Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.â€

Pendetailan Ciri:

(1).. Bangun tidur awal-awal pagi
(2). Menggunakan masa tertentu untuk
belajar.
(3). Menggunakan masa tertentu beribadat.


9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam
segala urusan. Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk
manfaat Islam dan dakwah.



10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain

Pendetailan Ciri:

(1). Penampilan yang elok
(2). Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yg
menentang Islam.
(3).. Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa
depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada
Dai.


11.. Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan. Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pendetailan Ciri:

(1). Menunaikan hak ibu bapa
(2). Menyertai majlis-majlis kegembiraan
(3). Membantu orang-orang yg memerlukan
(4). Membimbing orang yang sesat
(5). Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Rujukan Dipetik dari : http://www.dakwah.info/index.php/content-category-mainmenu-2/karya/310-10-muwasofat-tarbiyyah

Terima kasih pada Bloger kerana petikan untuk siaran ini.


------------------------------oooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment