Wednesday, November 18, 2009

Haram Memakan Harta Manusia Dengan Tak Sebenar - Siaran 95


CHE DAN BIN AHMAD,

Tel: HP 013 –4807767 ( Rumah 05- 7163954.)
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 95.
.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



Pendahuluan.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا

تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.

Haram Makan Harta Manusia Dengan Tak Sebenar.

وَلَا تَأ ْكُلـُوْا ا َمْوَالـَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالـْبَا طِلِ وَتـُدْ لـُوْا بِهَا اِلىَ الـْحُكَّامِ

لـَتــَأ ْ كُلـُوْا فَرِيقـًا مِنْ أ َمْوَالِ النـَّاسِ بِالْا ِثْمِ وَا َنْتُمْ تَعْلـَمُوْنَ.


Maksudnya:

“Janganlah kamu makan akan harta orang lain dengan jalan yang tidak diharuskan Allah ) seperti riba, judi, loteri, curi, khianat, makan suap, tipudaya dalam jual beli,, mengurangkan sukatan atau timbangan, menjual azimat (tangkai) dan sebagai lagi) dan janganlah kamu angkat jadikan perkara kerana harta itu kepada hakim dengan jalan yang tiada sebenar (seperti saksi bohong atau bersumpah bohong, atau makan suap tumbuk rusauk) supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta-harta itu dengan kezaliman (bersumpah bohong) itu pada hal kamu mengetahui - yang kamu itu berbuat maksiat.

Maka orang yang berbuat maksiat yang ia ketahui itu maksiat, yaitu dosa yang lebih besar dan lebih keras daripada dosa maksiat orang yang tiada ketahui akan yang diperbuatnya itu maksiat.”

Ulasan:

Adalah seseorang apabila dia mengambil harta seseorang yang lain dengan jalan yang lain daripada peraturan syarak, yang demikian itu dikatakan memakan harta orang lain dengan tidak sebenar maka terjatuhlah ia dalam hukuman haram, sebahagian daripadanya ialah jalan mata pencariannya itu tiada sebenar yaitu seperti riba, judi, loteri, curi, khianat, membuat saksi bohong, bersumpah bohong, makan suap, tipu daya di dalam jual beli seperti mengurangkan sukatan atau timbangan, menjual tangkai azimat, membuat guna pekena orang lain, membuat seher dan sebagainya lagi.


Oleh yang demikian maka insaflah jika kamu berbuat demikian, bertaubatlah segera sebelum tiba hati yang akhir.

Sekialah dahulu,dan diucapkan:

Wassala mualaikum warahmatulla hiwaba rakatuh.....!

(Rujukabn: Kitab Suluh Agama, m.s. 407)




------------------ooooooooooooooooo-----------------

No comments:

Post a Comment