Sunday, November 22, 2009

Mempelajari Sejarah Yang Silam - Siaran ke 100




CHE DAN BN AHMAD.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 100.
.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Perihal Mempelajatri Sejarah Yang Silam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.



قُلْ سِيْرُوْافِى الْاَرْضِ فَانـْظُرُواكَيْفَ كـَانَ

عَاقـِبَة ُ الـْمُجْرِمِيْنَ.


“Katakanlah: Berjalanlah kamu dimuka bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-otrang yang berdosa” (An-Naml, Ayat 69)


Keterangan ayat 69 Surah An-Naml.

Hendaklah kamu berjalan di muka bumi dan mengembara ke sana kemari, seraya memperhatikan bagaimana akibatnya orang-orang yang berdosa. Ayat ini mengandungi dua buah suruhan.

(1). Pertama - Hendaklah kita pergi berjalan-jalan keluar negeri, umpamanya pergi ke Mesir, memperhatikan bekas-bekas (peninggalan) raja Mesir purbakala (Fir’aun). Di sana dapatlah kita ketahui, bahawa Fir’aun itu raja yang gagah berani dan mempunyai kepandaian dan ilmu pengetahuan yang tinggi, yaitu melihat kepada Pyramid (Ahram), sphinx (Abul haul) dan sebagainya yang sampai srekarang masih dalam keadaan baik, pada hal telah beribu-ribu tahun diperbuat orang. Tetapi meskipun begitu, oleh kerana kezalimannya kepada rakyatnya, akhirnya roboh juga kerajaannya yang maha besara itu.

Begitu juka kalau kita pergi ker Sepanyol, akan dapatlah kita persaksikan dengan mata kepala kita, bagaimana kebesaran kerajaan Islam pada zaman dahulu, kerana sampai sekarang masih ada bekasp-bekasnya. Tetapi kerana perpercahan dan perselisihan sesama raja-raja Islam, akhirnya mereka terusir dari sana. Di sini dapatlah kita pengetahuan, bahawa kezaliman raja dan perpecahan sesuatu umat, adalah salah satu sebab bagi kerobohannya. Begitu pula kalau kita pergi melihat bekas-bekas karajaan Yunani, Rum dan sebagainya, yang termasyhur pada masa dahulu kala, tetapi sekarang telah lenyap dari muka bumi.


(2). Kedua - Menyuruh kita supaya mempelajari ”Ilmi Tawarikh” (Sejarah). Maka orang yang tidak sanggup berjalan keluar negeri, mengembara ke sana kermari hendaklah dengan perantaraan membaca buku-buku (kitab) Sejarah, umpamanya membaca sejarah negeri Mesir, sejarah Yunani, sejarah Islam dan sebagainya. Dengan memperhatikan sejarah umat dahulu kala itu, dapatlah kita mengetahui, apa sebabnya maju sesuatu umat dan apa pula sebabnya menjadi mundur dan negara menjadi roboh.

Kalau kita telah mengetahui yang dsemikian, tentulah kita akan berusaha mengerjakan sebab-sebab kemajuan dan menghindarkan sebab-sebab yang membawa kepada kemunduran. Orang-orang Eropah dan Amerika amat suka mengembara keluar negeri dan amatlah rajin mempelajari ilmu sejarah. Al-Quran banyak meriwayatkan umat dahulu kala serta mengulang-ulangnya, sebagai menyuruh kita buat memperhatikan sejarah tersebut.

Sekian dahulu secara ringkas tafsiran dan ulasan ayat al-Quran tersebut, semoga kita akan dapat sedikit sebanyak pelajaran dan ingatan darinya.


Wassala mulaikum warahmatulla hiwabarakauh....!


----------------oooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment