Tuesday, August 17, 2010

Petikan Siaran Semasa - Siaran 303


Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Petikan Siaran Semasa –Siaran ke 303



Pendahuluan.

Rencana berikut ini dipetik dari Blog ”dari dalam diri –http:// 4 bp. Blogspot.com/ - untuk tatapan dan pengetahuan anda sekalian yang mungkin akan menjadi tauladan dan panduan anda melaksanakan tugas anda seharian,

DARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/

http:// daramawiham dani-blogspot.com


WEDNESDAY, JUNE 23, 2010

Sime Darby : Berulangnya Kes Renong
Di Malaysia, kos melebihi anggaran adalah sesuatu yang lumrah, terutamanya projek-projek besar yang melibatkan kerajaan. Kontraktor tempatan, terutamanya GLC sering berdepan dengan keadaan kos berlebihan.

Namun demikian, mungkin Sime Darby telah biasa berurusan dengan kerajaan yang sanggup menanggung kos berlebihan, sehingga terlupa bahawa pelanggan-pelanggan asingnya bukan kerajaan Malaysia. Mereka tidak akan membiayai kos berlebihan ini. Akhirnya, Sime Darby terpaksa menanggung kos berlebihan itu sendiri.

Sime Darby yang mengalami kerugian ini menaruh harapan agar kerajaan akan menanggung kos berlebihan dalam projek Empangan Bakun, supaya tekanan kewangannya akan diringankan. Akhbar The Edge melaporkan bahawa Sime Darby, kontraktor utama projek Empangan Bakun pernah meminta kerajaan membiayai kos berlebihan sebanyak RM700 juta, malah meminta kerajaan supaya mengecualikan segala kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat tersebut.

Sarawak Hidro Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan merupakan pemilik Empangan Bakun. Disebabkan penangguhan projek, Sarawak Hidro Sdn Bhd berhak meminta ganti rugi dari pihak kontraktor, iaitu Sime Darby yang berjumlah 20% daripada kos modal asal. Selain itu, menurut perjanjian, Sarawak Hidro Sdn Bhd juga berhak meminta Sime Darby membiayai pampasan untuk bahagian elektronik dan kejenteraan.

Jikalau diimbas kembali sejarah Malaysia, Sime Darby bukanlah kes pertama. Penswastaan (privatisation) dan pensyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah melahirkan banyak syarikat atau badan korporat milik kerajaan.

Namun, kebanyakan syarikat ini bukan sahaja tidak berupaya untuk mencapai matlamat asal (termasuk meringgankan beban kerajaan, "menguruskan" sektor awam, meningkatkan efisiensi dan daya saing, meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera dan sebagainya), sebaliknya mengundang kerugian yang besar. Kerajaan terpaksa menyelamatkan (Bailout) syarikat milik kerajaan yang "terlalu besar untuk runtuh" atau "sebagai lambang kekuatan ekonomi kaum bumiputera".

Antaranya, Renong Berhad yang ditimpa krisis pada ketika kemelut Kewangan Asia 1997/98 merupakan satu pengajaran yang baik. Jika dibuat perbandingan, kita akan mendapati banyak persamaan antara Sime Darby dengan Renong Berhad.

Renong Berhad merupakan sayap pelaburan UMNO pada zaman Mahathir, dan merupakan badan korporat yang paling berpengaruh di Malaysia. Perusahaannya merentasi pelbagai bidang, termasuk infrastruktur asas, petroleum dan gas asli, perhotelan, pembankan, hartanah, kesihatan, pengangkutan awam, telekomunikasi, media dan sebagainya. Syarikat GLC yang dikawal secara langsung atau tidak langsung termasuklah UEM Group Berhad (UEM, 37.1%), Bumiputra-Commerce Group (sekarang dikenali sebagai CIMB, 18.3%), Faber Group Berhad (Faber, 60%), Time Engineering Berhad (Time Eng, 46.8%), Park May (50.1%), PLUS, PUTRA LRT, CIMA dan lain-lain lagi.

Namun, Krisis Kewangan Asia dengan mudah memusnahkan Renong Berhad, mendedahkan faktor-faktor kegagalan badan korporat yang berkelihatan kukuh di luar tetapi sebenarnya rapuh di dalam - kerenah birokrasi, struktur operasi yang kurang telus, dan campur tangan parti politik. Kesemua ini menyebabkan penyelewengan dalam pentadbiran, kronisme, rasuah yang semakin berleluasa.

Lebih-lebih lagi, bank-bank berkaitan kerajaan menawarkan pinjaman kewangan berfaedah rendah tanpa batasan, menjurus kepada masalah moral, dan seterusnya menjadikan badan korporat besar itu sering berhutang untuk memperluaskan projek-projek yang kurang praktikal (kebanyakannya berorientasikan politik dan bukan keuntungan). Akhirnya, Renong Berhad terjerat ke dalam krisis muflis lantaran daripada kemelut ekonomi dan penyekatan dalam pinjaman bank.

Laporan penyelidikan terhadap kes Renong Berhad dan anak syarikatnya, UEM yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) menunjukkan bahawa Renong Berhad dan UEM sebelum rombakan telah menanggung hutang sebanyak RM20 bilion, dianggarkan mencakupi 5% daripada pinjaman dalam sistem pembankan Malaysia. Hutang yang besar ini dipinjam dari bank-bank pelaburan asing dan pemiutang asing.

Akhirnya, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee) menerusi Bank Negara untuk menyelamatkan kedua-dua badan korporat yang hampir bankrap. Tindakan yang diambil termasuk memberikan khidmat nasihat kepada pemiutang kedua-dua badan korporat ini dalam penyelesaian hutang, untuk mengelakkan aset badan-badan korporat tersebut dijual dengan harga yang rendah & memberi impak yang besar kepada sistem pembankan.

Antaranya, hutang dengan jaminan dan tanpa jaminan yang ditanggung Renong Berhad dalam penyelesaian ini masing-masing mencatat RM2.545 bilion dan RM3.16 bilion. UEM pula mencatat RM2.962 bilion dan RM179 juta masing-masing. Jumlah hutang keseluruhan kedua-dua syarikat ini adalah RM8.846 bilion.

Dalam penyelesaian hutang ini kerajaan telah menggadaikan syarikat konsesi lebuhraya yang paling bernilai, iaitu PLUS Expressways Berhad. Menerusi jualan bon, PLUS memperolehi modal untuk menanggung 50% daripada hutang pemiutang. 50% hutang yang lain dijelaskan secara tunai. Antaranya, Renong Berhad memperolehi RM5.4 bilion daripada PLUS, dan PLUS juga meminjamkan tunai sebanyak RM2.96 bilion untuk membantu UEM menjelaskan hutangnya (kecuali hutang tanpa jaminan yang bernilai RM179 juta).

Rancangan penstrukturan semula hutang Renong Berhad sebanyak RM13 bilion ini berjalan perlahan, maka kerajaan akhirnya mengambil alih UEM menerusi Khazanah Nasional, sayap pelaburannya dengan RM3.8 bilion. Dengan ini, kerajaan dapat mengawal Renong Berhad dan menyelesaikan krisis hutang badan korporat ini dengan lebih pantas.

Selain daripada Renong Berhad, kerajaan Malaysia juga berusaha untuk menyelamatkan syarikat GLC dalam rantaian industri otomobil dan jaringan bekalan tenaga. Usaha ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang besar. Antaranya, tekad kerajaan Mahathir untuk membina rangkaian industri otomobil (pembekal aksesori otomotif) menerusi promosi kereta Proton pada tahun 1985, seterusnya melahirkan usahawan dan kelas pertengahan bumiputera.

Namun demikian, untuk menyokong and menyelamatkan industri otomobil Proton, kerajaan telah menggunakan dana Petronas sebanyak RM1 billion pada tahun 2000 untuk mengambi alih Proton yang mengalami kerugian besar, di samping meluluskan dasar perlindungan jangka masa panjang (termasuk subsidi dan cukai import).

Perlindungan terhadap Proton menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar (termasuk bayaran ganti rugi berikutan kelewatan untuk membuka pasaran otomobil dalam negara di bawah Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Namun demikian, jualan kereta Proton semakin merosot, menyebabkan ramai pembekal dan penghasil aksesori otomotif yang bergantung kepada Proton terpaksa mencari jalan baru dengan mengalih perusahaan mereka ke sektor lain.

Selain itu, kerajaan Mahathir berusaha membentuk satu rangkaian pembekalan tenaga menerusi penswastaan Tenaga Nasional dan Independent Power Producer (IPP). Namun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini, pembiayaan subsidi tenaga melalui Petronas kepada Tenaga Nasional, dan perjanjian konsesi yang tidak rasional untuk menjamin keuntungan Tenaga Nasional dan IPP telah menyebabkan penjanaan tenaga elektrik yang berlebihan sebanyak 40%.

Setelah menyaksikan kegagalan GLC yang "besar itu indah", dari Renong Berhad, Proton, Tenaga Nasional sehinggalah Sime Darby, Perdana Menteri Najib Abdul Razak tetap ghairah dengan "besar itu indah", membentuk syarikat-syarikat besar tersenarai untuk menarik pelaburan asing. Beliau telah mengabaikan faktor-faktor kegagalan syarikat GLC. Isu Sime Darby hanyalah detik permulaan, rancangan penswastaan dan pensyarikatan Malaysia yang dijalankan di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) kerajaan Najib bakal mengulangi jejak kegagalan Mahathir.

Post a Comment

---------------------------OOOOOOOOOOOOO-------------

No comments:

Post a Comment