Sunday, August 15, 2010

Hikmah bertaqwa kepada Allah s.w.t. - Siaran Ke 294





Firman Allah s.w.t.

وَمَنْ يَتّضقَ الله َيَجْعَلْ لَّهُ مَخَرَجَ

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. mescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup. (Al-Quran Surah At-Thalaq ayat 2).

Ulasan -

Wahai kaum Muslimin Muslimat, kita hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana dengan beraqwa itu Allah akan melepaskan segala masalah yang kita hadapi.

Terdapat satu kesah apabila seorang warga emas yang berhajat hendak menunaikan haji ke Mekah tetapi tidak mencukupi wang untuk perbelanjaannya. Maka ia pun setiap kali sembahyang bedoalah kepada Allah s.w.t. agar tercapai hajathnya itu satu haru nanti. Tiba-tiba pada satu hari anaknya kembali bercuti dan dengan tidak semena-mena meminta bapanya itu bersiap sedia kerana ianya telah mendaftar dengan Tabubng haji untuk bapanya itu menunaikan haji tahun berkenaan. Maka terkejutlah bapanya itu, dan dalam satu haru itu pihak Tabung Haji menelefonnya mengatakan minggu hadapan bapanya akan berangkat dengan kapal terbang ke Mekah.

Maka selamatlah bapanya itu menunaikan haji yang mabrur, kerana diatas ketaqwaannya kepada Allah s.w.t.

Kesah ini benar dan bukan rekaan semata-mata, dari itu maka sekalian Muslimin Muslinmat hendaklkah mengambil iktibar dengan kesah ini.


Wassala mulai kum....


-----------------ooooo-----------------

No comments:

Post a Comment