Wednesday, August 11, 2010

Mencapai Budi Pekerti yang baik- Siaran 292








CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 116





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56

-----------------------------------

BAGAIMANA MENCAPAI BUDI PEKERTI YANG BAIK.


Kini anda telah mengetahui bahawa keluhuran budi pekerti itu berpunca dari kesederhanaan dalam kekuatan akal fikiran dan kesempurnaan kebijaksanaan, dan seterusnya kepada pertengahan dalam kekuatan marah dan keinginan syahawat, sedang keadaan kedua-duanya itu patuh dan tunduk kepada pertimbangan akal fikiran dan batasan syarak. Kesederhanaan boleh terjadi kerana dua perkara:

(1). Pertana - terjadi kerana kemurahan Tuhan dan kesempurnaan fitrah (semula jadi), iaitu bila Tuhan mencipta manusia itu, diciptanya dalam keadaan sempurna akal fikiran, molek budi pekerti, dilengkapi baginya kemahuan syahawat dan marah, bahkan kedua-dua sifat telah dijadikan baginya sebagai sederhana dan tunduk di bawah pertimbanga akal fikiran dan sayarak.

(2). Kedua- Memperolehi budi pekerti itu dengan perjuangan dan latihan-latihan diri, yakni memaksa diri dengan perbuatan-perbuatan yang dikehendaki oleh budi pekeri yang dituntut, misalnya : orang yang ingin melengkapkan diri dengan budi pekerti pemurah hati, maka caranya ialah dengan memaksa diri mentauladani perbuatan-perbuatan seorang pemurah hati, seperti membelanjakjan harta bendanya.

Perbuatan serupa itu, hendaklah diteruskan dan di biaskan atas diri secara paksaan, dan melawan dengan sungguh-sungguh nafsu syahawat yang menentangnya, sehingga perbuatan-perbuatan itu lama-kelamaan menjadi tabiatnya. Ketika itu apa yang dituju akan menjadi mudah, dan tidak sukar lagi baginya untuk mernjadi seorang yang pemurah hati.

Demikian pulalah dengan orang yang ingin membebntuk dirinya dengan budi pekerti merendah diri, sedangkan ia telah biasa dengan sifat takbur atau bermegab-megah diri. Maka caranya ialah merlatih diri dengan perbuatan-perbuatan orang-orang yang merendah diri dalam suatu jangka madsa yang panjang.

Disamping itu ia mestilah menunjukkan sikap melawan nafsunya dan memaksa supaya tunduk, sehingga lama-kelamaan sifat merendah diri itu meresap pula ke dalam jiwanya, dan akhirnya menjadi ia sebagai budi pekerti orang itu dan tabiatnya. Sesudah itu sikap merendah diri itu menjadi suatu perkara yang mudah dilakukan dan enak diradakan.
Sekian dahulu untuk renungan dan juga untuk dilaksanakan semoga setiap individu yang mencobanya akan menjadi seorang yang berbudi pekerta yang mulia.

Wassala mualaikm warahmatulla hiwabarakatuh.....!


---------------------ooooooooooooooo

No comments:

Post a Comment