Sunday, August 22, 2010

Menjadi Lelaki yang Soleh - Siaran 315

Hj.Che Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com





MENJADI LELAKI SOLEH – Siaran 315


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.


أَوْأ مَنْ عَمِلَ سَيِّـءَـة ً فَلَايُجْزَى إِلَّامِثـْلَهَا. وَمَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِّنْ ذَكَر ٍ

اَوْءُنْثـَى وَهوَمُؤْمِنٌ فَـأ ُوْلَـءِـكَ يـَدْ خـُلُونَ الْجَنـَّة َ يُرْزَقـُونَ فِيهَا

بِغَيْرِ حِسَابٍ. (المؤمين 40)

Bermakasud:

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab. (Al-Mukmin: ayat 40)



Lelaki Kepada Ibu Bapa Soleh Berbakti.

Di dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23-25, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

”Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ”uffhah” perkataan tidak baik dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ”wahai Tuhanku, kasihkanlah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktuku kecil”

”Tuhanmu telah mengetahui apa yang ada dalam hatimu: Jika kamu orang-orang yang baik, sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat”

Pengertian Berbakti kepada dua Ibu Bapa.


Berbakti kerpada keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anak, mengerjakan amal ibadat, bertaqwa kepada Allah, membantu nereka dengan wang ringgit atau kerja-kerja yang bermanafaat, maka wajiblah mentaatinya apabila perintah itu bukan yang melakukan maksiat. Meskipun apda aslnya suruhan itu bukan jenis mubah.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

”Tidaklah seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti kepada keduanya, melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika seorang saja maka satu pintu. Dan apabila ia membuat marah salah seorang dari mereka, Allah tidak redha kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya.”



Kecintaan Pada Ibu.


Diriwyatkan dalam Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a., Ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: ”Siapakah orang yang paling berhak untuk mendapat perlakuan baik dariku?” Baginda menjawab ”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab: ”Ibumu”. Orang itu berkata” Kemudian sipa?” Baginda menjawab:”Ibumu”. Orang itu berkata: ”Kemudian siapa?” Baginda menjawab ”Ayahmu”

Hadis ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kepada ibu harus tiga kali lipat dari kecintaan terhadap ayah. Nabi s.a.w. menyebut tiga kali dan menyebut ayah hanya sekali saja. Pengertian ini boleh dibuktikan dengan nyata, kerana ibulah yang mengalami kesulitan hamil, memeliharakan, menyusui dan mendidik. Inilah tiga hal yang tidak dirasakan oleh ayah.

Beriman dan Beramal Soleh.

Dalam al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 9 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang beriman serta berbuat amal soleh, nescaya mereka Kami masukkan di antara orang-orang yang soleh.”
(Al-Ankabut ayat 9)


Mendoakan Kepada Ibu bapa.


Anak harus mendoakan orang tuanya. Sebetulnya pahala boleh sampai dengan setiap amal soleh dari anak, baik ia mendoakannya ayahnya atau tidak, kerana Allah memberi pahala kepada setiap perbuatan hamba, baik usahanya sendiri secara langsung atau tidak langsung. Ketentuan merupakan dorongan bagi anak berdoa, agar bermanafaat bagi ayah dan ibunya dalam tiga segi.

Sebagaimana penanam pohon dan mendiri tempat tempat pengenipan umum, misalnya akan mendapat pahala atas kekenyangan orang muslim yang memakannya dan ketenangannya, baik si pemakan dan si penginap, mendoakan kedua orang tuanya. Dalam sehari sekali, atau dalam sebulan, atau dalam setahun. Anak hedakalah mendoakan ayah dan ibunya di akhir solat (di akhir setiap solat sesudah menbaca tasyahud.)

Memohon ampun Untuk Ibu dan Bapa.


Anak hendaklah memohon ampun kepada Allah s.w.t. bagi keuda ibu bapanya. Mengenai hal ini diriwayatkan dari Abi Hurairah, ia berkata, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya ada orang yang dinaikkan darjat di syurga” Ia berkata ”Wahai Tuhan dari mana aku boleh mencapai darjat ini?” Dijawab: ”dengan permohonan ampun bagimu oleh anak-anak mu.”
(HR Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi”)


Bila memohonkan rahmat bagi kedua orang tua dan memohon ampun bagi keduanya merupakan bakti kepada kedua orang tua sesudah meninggal termasuk bakti pula bersedekah bagi mereka.




Melunasi Hutang Ibu Bapa.


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:

”Ya Rasulullah, ibuku meninggal dan ia berhutang puasa sebulan. Apakah aku harus membayarkannya bagi ibuku?” Baginda bersabda: ”Andaikata ibumu berhutang wang, apakah engkau harus membayarnya?” Orang itu menjawab: ”Ya” Baginda bersabda: ”Hutang Allah lebih patut dibayar”

Begitu pula bakti kepada kedua orang tua adalah menunaikan ibadah haji sesudah mereka meninggal dunia. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, seorang wanita dari suku Jahaniah datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, lalu baginda bersabda yang bermaksud:-

”Sesungguhnya ibuku bernazar untuk menunaikan haji, namun ia tidak mengerjakan haji sampai mati. Apakah aku mengerjakan haji untuknya?” Baginda bersabda: ”Kerjakanlah haji untuknya. Bagaimana kalau ibumu berhutang, bukankah engkau melunaskannay?” bayarkanlah, kerana nazar itu lebih patut untuk dilunasi”
(HR Bukhari)


Belaian Mesra Ketika Mereka Tua


Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 23 yang bermaksud:

”Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaan kamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanhya perkataan ”ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan- lah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Isra’ ayat 23)

Masa pemeliharaan yang lama biasanya menyebabkan rasa berat, menimbulkan kebosanan dan kejemuan, sehingga kadang-kadang timbul kemarahan kepada kedua orang tua. Setidak-tidaknya menampakkan rasa jemunya dengan tarikan nafasnya yang berulang-ulang. Allah s.w.t. menyuruh melayani kedua orang tua dengan perkataan yang mulia, bersih dari cela. Sekadar memandang kepada keduanya dengan marah juga dianggap derhaka.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermksud”

”Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan nelahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun ia berdoa: ”Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri niknmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal solih yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak-cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku teemasuk orang-orang yang brserah diri.”
(Al-Ahqaf ayat 15)

Lelaki Soleh Sebagai Suami

Agama Islam telah meangkat darjat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah. Suami soleh adalah seorang suami yang berpegang teguh dengan syariat Allah dalam kehidupannya iaitu:

a. Suami soleh menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, keluraga dan semua orang yang menjadi tanggungannya dengan semangat, penuh perhatin serta lapang dada.




b. Suami soleh tidak tamak, tidak menuntut hak
lebih banyak dari yang semestinya, bahkan tolak ansur dengan kekurangan yang ada. Ia tidak menyia-nyiakan kewajipan-kewajipannya, bahkan ia tunaikan sebelum menutut haknya.


c. Suami soleh hendaklah membahagiakan isterinya, dengan berkeperibadian akhlak yang mulia. Hendaklah suami soleh menghiasi dengan perangai-perangai orang soleh yang terpilih . Bersikap menyenangkan tatkala ia kembali dari tempat kerja atau dari perjalanan jauh. Hendaklah menunjukkan wajah yang berseri bila bertemu isterinya dan berikan senyuman yang tulus ikhlas.

d. Seorang suami bila berbicara dengan isnterinya hendaklah mnggunakan kata-kata yang baik dan ungkapan yang menarik. Hendaklah kalimat yang diucapkan diiringi dengan sikap yang menjadikan isteri merasa dirinya diambil perhatian. Hendaklah dengan lemah lembut dan jelas, mudah diterima. Jangan dengan cara memekik-mekik menjadikan isterinya merasa takut danbenci terhadapnya.

e. Mendidik dengan akhlak yang mulia iaitu anak kecil perlu mendapatkan didikan nilai-nilai yang murni dari ibu bapa. Sebagai permulaannya ibu bnapa perlu membuat contoh diri mereka dengan bderperangai yang baik supaya mdenjadi contoh adan ikutan olah anak-anak. Jangan ada pergaduhan asesama ibubapa,jadikan rumah tangga sebagai taman syurga bagi mereka.

f. Saling tolong Menolong antara Suami Isteri
Seorang suami soleh yang baik dapat memberikan rasa senang kepada isteri dengan membantu melaksanakan tugas-tugasnya. Alangkah indahnya saat-saat itu, saat suami ada dsi sisinya membantu menringankan beban dengan sikap tulus ikhlas. Kehidupan rumahtangga merupakan kerja sama suami isteri. Ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab isteri. Namun tidaklah dilarang suami turut membantu menunauikan tanggungjawab itu. Suami hendaklah membantu meringankan tanggungjawab isteri untuk sebagai mewujudkan kedamaian, ketenagan, perasaan, ceria suka cita dan beroleh kebahagian.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :-

” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanbda bagi kaum yabng berfikir.” (Ar-Rum ayat 21)



Sekian dahuliu. Wassala mjualaikum.....!



----------------------oooooooooooo-----------------------

Lalai dari kemabukan diri - Siaran 314

CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 314.
.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.


”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Firman Allah s.w.t:-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم
ِ.


وَالـْعَصْرِ (1) إ نَّ الْإِنْسَانَ لـَفِى خُسْرٍ (2)

إ ِلا َّالـَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلـُوا الصَّلـِحَتِ وَتَوَاصَوْا بِالـْحَقِّ

وَتـَوا صَوْا بِالصَّبْرِ (3

(1). Demi masa (2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Wahai hamba Allah..! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhkan segala laranganNya.


Kelalaian kerana Kemabukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

غَشِيَتْكـُمُ السَّكـْرَتَانِ, سَكـْرَةُ حُبِّ الـْعَيْشِ وَحُبِّ الـْجَهْلِ فَعِندَذَلـِك لآ تَأْ ْ مُرُونَ بِالـْمَعْرُوفِ, وَلآ

تَنْهَوْنَ عَنِ الـْمُنْكـَرِ. وَالـْقَاءِـمُونَ بِالـْكِتَابِ وَالسَّنَّةِ كـَالسَّا بِقِيْنَ الأ َوَّلِيْنَ من الـْمُهَاجِرين

وَالْ َأنـْصَار. (رواه أبو نعيم عن عاءـشة

Bermaksud:-

“Telah meliputi akan fikiran kamu oleh dua kelalaian atau kemabukan iaitu :

(1). Mabuk kerana kasih akan hidup di dunia.

(2). Mabuk kerana kasih akan barang yang membawa kepada kejahilan, di waktu itu tidak lagilah kamu menyuruh-nyuruh dengan kebajikan, dan melarang yang mungkar, maka siapa yang berpregang dengan Al-Quran dan Hadith dimasa itu ialah sebagai sahabat-sahabat yang dahulu, ahli Mekah, dan ahli Madinah.

Ulasan.

Manusia sentiasa mengisikan fikiran dan khayalannya sehari-harian dengan dua perkara:-

(1). Ia mabuk dengan fikiran yang amat mengasihi dunia ini yang ianya sentiasa boleh melakukan kemungkaran, kepuasan nafsunya, dapat mengikuti segala ajakan syaitan dengan perkara-perkara akhlak yang buruk dari ajaran Islam.

(2). Manusia mabuk kerana terlalu kasih akan barangan yang membawa kepada kejahatan seperti mempunyai wang banyak yang sentiasa digunakan untuk melakukan maksiat, mempunyai kereta mewah yang boleh ianya berpoya-poya dengan wanita-wanita cantik dan dapat pula melakukan perzinaan, dapat pergi ke tempat-tempat maksiat dan mudah meminunm arak, mudah menipu manusia lain dengan menunjukkan perbuatan riak dan sombong serta bermegah-megah dengan rumahnya yang tersegam besar itu.
Dikala itu tidak lagilah ia mahu menyuruh-menyuruh orang lain mahupun dirinya sendiri untuk melakukan dengan kebajikan dan melarang kemungkaran kerana terlalu kasih akan dunia ini.

Hanya mereka yang berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-Hadith sahaja dikala itu akan jadilah sebagai sehabat-sehabat Nabi s.a.w. yang dahulu iaitu ahli Mekah dan ahi Madinah dan mereka itulah yang menjadi orang yang beruntung yang dapat masuk syurga. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran, surah At-Talaq ayat 2 dan 3 yang bernaksud :

وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا وَيـَرْزُقـْهُ مِن

حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. وَمَنْ يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ

شَىْءٍ قـَدْرًا (3)


Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq(65) ayat 2 dan 3).


Semoga kita dapat memikirkan isi kandungan rencana ini kerana ianya satu perkara yang mendalam..

Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!



وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـهُ.


-----------oooooooooooooo---

Kenapa Perlu Solat - Siaran Ke 313







Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ


Kenapa Perlu Solat –Siaran ke 313

Pengertian solat ialah menurut bahasa ialah Doa. Pada Istilah fiqah ialah tiap-tiap perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Solat difardhukan pada malam Ma’iraj Nabi s.a.w. iaitu setahun sebelum hihjah ke Madinah.

Dalam al-Quran Surah An-Nisa’ ayat 103:-


فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلـَوة َفـَاذْ كُرُوا اللهَ قِيَمًا وَقُعُودًا وَعَلىَ جُنُوبِكُمْ ج فَإِذَا اطْمَأ ْ نَنْتُمْ فَأ َقِيمُوا

الصَّلـَوة َ ج إِنَّ الصَّلـَوةَ كَانَتْ عَلىَ الـْمُؤْمِنِينَ كِتَبـًا مَوْقـُوتـًا (103

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu mengingat Allah semasa kamu berdiri atau duduk. Dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna seperti biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan yang tertentu waktunya kepada orang yang beriman. (An-Nisa’ ayat 103)

Solat Dan Sains – Ketika Sujud.

Otak manusia beroperasi 7 peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka dibawah (inverted) Dalam keadaan ketika sujud. (The brain Book-Peter Russell)

Aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah (upside down activities) meningkatkan kadar oksigen diotak,sekali gus secara fizikalnya meningkagtkan kemampuan otak itu.
(How to increase your intelligence –Win Wenger)

Syarat Wajib Solat.

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sampai seruan Islam
5. Sempurna pacaindera.

Syarat Sah Solat.

1. Masuk waktu
2. Suci daripada hadas kecil dan besar
3. Suci badan, pakaian dan tempat solat daripada najis
4. Menutup aurat
5. Menghadap Qiblat.

Rukun Solat

1. Berdiri betul
2. Niat
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca Sudratul-Fatihah
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk anatara dua sujud
9. Duduk membaca tasyahud akhir
10. Membaca tasyahud
11. Selawat katas Nabi s.a.w. ketika tasyahud akhir
12. Salam pertama dan
13. Tertib (yang dahulu di dulhukan dan yang kemudian di kemudiankan).

Hadis riwayat Al-Bukhari

”Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bahawasanyta aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ”Adakah kamu Percaya bahawa kekotoran masih melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang merngalir di hadapan rumahnya? Lalu Baginda bersabda: ”Begitulah umpamanya kesan sembahyang yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan rahmat Allah ia dapat menghapusakan segala dosa”:
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Saidina Omar r.a.

”Wahai segala Wali negeri, ketahuilah satu tugas yang penting kamu pasti jalankan dalam pandanganku ialah memelihara solat”

Seruan Azan untuk Solat Jumaat.


يَأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَامَنـُوْا إِذ َا نُودِىَ لِلصَّلـَوةِ مِنْ يَوْم ِ الـءجُمُعُهُ فـضاسْعَوْا إِلىْ ذِكْرِ اللهِ وَذ ُرُوا

الـْبـَيْعَ ج ذ َلِكُمْ خـَيْرٌ لـَّكُمْ إِنْ كـُنـْتـُمْ تَعـْلـَمُوْنَ
(9

“Wahai orang yang beriman! Apabila dilaungkan seruan azan untuk mengerjakan solat hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi ( ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Junma’at) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu). Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Hakikat yang sebenar).

Sekianlah dahulu mengenai jawapan kepada soalan
“Kenapa kita Perlu Solat.”

Wassala mualaikum....!

--------------ooooooooo-------




Saturday, August 21, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010/1431



Banyak Berdoa Ketika Berbuka Puasa - Siaran 312





Daripada:





Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Memperbanyakkan Doa Ketika Berbuka –Siaran ke 312

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Dari ’Abdullah bin ’Amir bin ’Ash r.a. berkata: ”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka..” Dan bila ’Abdullah berbuka, ia berdoa: ”Wahai Tuhan aku meminta kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku.”
(H.R. Ibnu Majah).

Penjelasan.

Orang yang berbuka puasa memperolehi janji dari Allah bahawa doanya pasti diterima. Segala permohonan orang yang berbuka puasa tidak akan disia-siakan oleh Allah. Kerana itu pada saat berbuka puasa sebaiknya kita memperbanyakkanlah berdoa, terutama berdoa memohon keampunan kepaqda Allah seperti yang dilakukan oleh Sahabat Rasulullah s.a.w. itu

Doa yang kita ucapkan bila berbuka puasa terserah pada kemahuan kita sendiri. Akan tetapi hendaklah doa itu berisikan permohonan untuk mendapatkan pengampunan dari Allah s.w.t. seperti:

"Ya Allah mohon tetapkan imanku,Ya Allah, wafatkan aku dalam iman, Ya Allah, mohon jauhkanlah bahaya bencana dari menimpa aku dan kewluarga aku, murahkan kurnia rezeki yang ahalal padaku ........" dan sebagai lagi.

Orang yang merasakan bahawa pada saat-saat lain doanya merasa belum dimakbuklan, maka sebaiknya memperbanyakkanlah berdoa pada saat berbuka puasa ini, baik puasa wajib mahupun puasa sunat. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang berpuasa pada waktu berbuka.

Sekian dahulu, Wassala mualaikum.....

Petikan darai ”Kitab 60 Amalan Bulan Ramadan m.s. 26.


---------------

Friday, August 20, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Mencegah diri dari cerca orang - Siaran 311





Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Menahan Diri dari Cerca Orang –Siaran ke 311

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Akan tetapi yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu jika ada orang yang memaki kamu atau berlaku zalim kepada kamu, katakanlah kepadanya. – Aku ini berpuasa – Aku ini sedang berpuasa....! (H.R.Bukhari dan Muslim)

Penjelasan.

’Orang yang berpuasa dituntut agar mencegah perbuatan yang tidak terpuji. Melayani pertengkaran dengan orang atau melayan cercaan, makian, atau gangguan orang kepada kita adalah termasuk perbuatan tidak terpuji.

Begitu juga bila pada saat berpuasa kita membicarakan hal yang tidak bermanafaat terhadap akhlak dan ketaqwaan kita, maka perbuatan semacam itu menyebabkan puasa kita tidak bermanfaat. Demikian halnya dengan berbicara berkaitan dengan perkara lucah, maka ini termasuk dalam perbuatan tidak terpuji.

Orang yang sedang berpuasa tidak boleh melayani pertengkaran atau cercaan orang terhadap dirinya. Bahkan ia diperintahkan oleh agama Islam agar mengatakan kepada orang tersebut bahawa ia sedang berpuasa. Tentangan atau cercaan orang yang jahil kepadanya janganlah dilayani agar puasanya terpelihara dari gangguan yang menghilanghkan pahala puasa.

Sekian dahulu, semoga anda dapat mengambil iktibar dari rencana ini demi untuk mengelakkan puasa anda itu sia-sia sahaja.

Wassala mualikum......!

--------------------oooooooooooo------------------

Thursday, August 19, 2010

Meninggalkan Perbuatan Sia-sia - Siaran 310





Daripada:





Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Meninggalkan Perbuatan Sia-Sia –Siaran ke 310

Rasulullah s.a.w. bersabda:


عَنْ أ َبِيْ هـُرَيْرَة َقـَالَ : قـَالَ النـَّبِىُّ صَلىَ اللهُ عَـلـَيْه ِ وَسَلـَّمَ : مَنْ لـَمْ يَدَعْ قـَوْلَ الزُّوْرِ

وَالـْعَمَلَ بـِهِ فـَلـَيْسَ للهِ حَاجَة ٌ فِى أ َنْ يَدَع َ طـَعَا مَـه ُوَشَـرَابـَهُ.

Dari Abu Hurairah, berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (berpuasa). (H.R Bukhari)

Penjelasan:

Orang yang berpuasa, tetapi berbohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan-perbuatan curang atau berlaku tidak jujur, tidak akan dapat pahala dari puasanya itu sedikit pun. Sebab puasa yang ia lakukan sama sekali tidak diredhai oleh Allah. Adapun puasa yang diredhai oleh Allah iaitu yang dilakukan dengan akhlak yang baik dan ucapan yang terpuji dan dengan tidak ada apa-apa kata-mengata, umpat-mengumpat dan berperasaan megah diri sereta perbuatan riak.

Begitu juga ucapan tidak baik termasuklah perbuatan melawak agar ditertawakan oleh orang lain. Melawak adalah perbuatan yang sia-sia. Kerana itu pahala puasanya menjadi hilang walaupun puasanya itu tidak batal. Jadi alangkah ruginya kita berpuasa tanpa mendapat pahala dari Allah s.w.t.
Sekian dahulu untk renungan anda di bulan Ranmadan ini.

Wassala mualai kum.....!

---------------------ooooooooooooo------------------

Ramadan Al Mubarak - Siaran Ke 309










Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ


Petikan Siaran Semasa –Siaran ke 309



Pendahuluan.

Rencana berikut ini dipetik dari Blog ”dari dalam diri –http:// 4 bp. Blogspot.com/ - untuk tatapan dan pengetahuan anda sekalian yang mungkin akan menjadi tauladan dan panduan anda melaksanakan tugas anda seharian,

DARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/

http:// daramawiham dani-blogspot.com
AUGUST 3, 2010

Ramadan Al Mubarak
Assalamualaikum,

Dalam era informasi, komunikasi dan teknologi, Ramadhan boleh kita umpamakan sebagai bulan “Broadband” atau Jalur Lebar di mana kita berpeluang untuk “download” atau memuat turun sebanyak-banyaknya rahmat dan keampunan dari Allah swt.

“Upload” atau memuat naik segala amal-amal soleh yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tersebut.
Di dalam bulan Ramadhan terdapat berbagai kebaikan. Perkara ini terbukti dengan begitu ramainya kehadiran umat Islam di segenap masjid dan surau.

Alhamdulillah, inilah yang membuatkan kita sepanjang tahun merindukan kehadirannya. Kita akan menyaksikan sebuah transformasi penampilan umat Islam yang begitu bermakna.

Kita juga melihat bahwa umat Islam tiba-tiba menjadi :

1. Gemar membaca Al-Qur’an.
2. Gemar memperbanyakkan amal soleh dan amal ibadah.
3. Gemar bersedekah.
4. Gemar solat Tarawikh.
5. Gemar memerhatikan nasib kaum fakir miskin serta anak yatim.
6. Kaum muslimat pula lebih gemar menghiasi dirinya dengan tudung dan pakaian menutup aurat.

Di sisi yang lain pula, keghairahan untuk berbuat perkara keji dan maksiat mengalami penurunan yang drastik.

Walaupun tidak dapat dinafikan masih ada di sana sini pihak-pihak yang tetap melakukannya padahal Nabi saw telah bersabda bahwa “syaitan-syaitan dibelenggu, maksudnya jin.”

Oleh kerana itu Imam Al-Qurthubi rahimahullah mengatakan; Kemaksiatan itu berlaku disebabkan oleh sejumlah faktor selain dari syaitan :

1. Jiwa manusia yang buruk.
2. Kebiasaan yang tidak baik.
3. Syaitan dari jenis manusia.

Kalau kita pergi ke negara-negara yang penduduk muslimnya minoriti seperti Amerika, Eropah atau Australia, maka kita akan melihat pemandangan yang jauh lebih menyentuh hati. Di tempat-tempat seperti itu umat Islam tampil penuh dengan ruh persaudaraan dan kasih sayang terutama bila menyambut dan menyediakan acara “ifthar jama’ie” atau majlis berbuka bersama di masjid atau Pusat Islam.

Perlaksanaan majlis berbuka di pelbagai Pusat Islam di negara-negara tersebut menjadi sangat menarik kerana biasanya mereka terdiri dari komuniti muslim antarabangsa yang melibatkan kaum Muslimin beraneka keturunan dan bangsa. Kemudian anggota masyarakat masing-masing menyumbangkan makanan khas Negara masing-masing.

Subhanallah..! Suatu pemandangan yang sungguh menyentuh hati. Berhimpunlah mereka iaitu muslim yang beraneka warna kulit, bangsa dan bahasa duduk dalam suatu majlis dengan hidangan yang berlatar belakangkan aneka selera antarabangsa.

Semua duduk bersama diikat oleh rasa cinta dan persaudaraan yang dikenali dengan “Al-Ukhuwwah Al-Islamiyyah” iaitu persaudaraan Islam. Duduk bersama di rumah Allah ta’ala yang merupakan Tuhan kepada orang kulit putih mahupun kulit hitam, Tuhan orang Arab mahupun bukan Arab. Semuanya berhimpun semata-mata untuk mengharapkan rahmat dan ridha Allah ta’ala, Tuhan Yang Maha Esa.

Kemudian biasanya kegiatan berbuka puasa di Pusat Islam seperti di atas dijadikan kegiatan “open house” atau rumah terbuka. Maknanya acara tersebut mengundang dan membuka diri bagi kehadiran masyarakat setempat sekalipun mereka bukan muslim. Perkara ini diharapkan dapat menjadi wasilah mengajak mereka mengenali bahkan tertarik dengan ajaran Islam yang penuh dengan nilai-nilai persaudaraan dan cinta yang hakiki.

Hasil penyelidikan membuktikan bahwa seringkali hidayah Allah ta’ala tercurah pada ketika itu sehingga tidak pelik apabila setiap undangan terbuka acara berbuka puasa seperti di atas menyebabkan ada sahaja orang Amerika, Eropah atau Australia yang kemudiannya tersentuh hati lalu masuk Islam kerana memang hanya ajaran Islamlah yang benar-benar sanggup menghimpun dan menyatukan umat manusia dari aneka latar belakang, warna kulit, bahasa, suku, keturunan dan bangsa. Maha Benar Allah ta’ala ketika berfirman:
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS Al-Hujuraat : 13)

Maknanya, umat Islam di negara-negara seperti Amerika, Eropah dan Australia sangat kreatif sehingga sanggup memanfaatkan bulan Ramadhan sebagai wasilah berdakwah mengajak kalangan bukan muslim masuk ke dalam rahmat Allah ta’ala, yakni Al-Islam.

Persoalannya :

“Tidakkah kita yang mempunyai penduduk majoriti muslim di negara ini semestinya lebih sanggup lagi untuk merebut hati warga bukan muslim di negara ini melalui pemanfaatan bulan Ramadhan?”

Jawapannya : Semestinya boleh….

Selain itu Ramadhan juga merupakan bulan yang bertaburan dengan rahmat Allah ta’ala. Inilah bulan di mana musuh Allah ta’ala dan musuh orang-orang beriman (yakni syaitan) dibelenggu, pintu-pintu neraka tertutup dan tidak satupun dibiarkan terbuka sedangkan pintu-pintu syurga dibuka dan tidak satu pun yang tertutup.

Rasulullah saw bersabda:
“Bila tiba malam pertama bulan Ramadhan para syaitan dibelenggu, maksudnya jin. Dan pintu-pintu neraka ditutup dan tidak satupun yang dibuka dan pintu-pintu syurga dibuka dan tidak satupun yang ditutup.” (HR At Tirmidzi)

Hadis Nabi saw di atas membuatkan kita mengerti mengapa setiap kali memasuki bulan Ramadhan umat Islam mengalami transformasi penampilan yang begitu penting.

Sedarkah kita bahwa ini semua hanya membuktikan betapa hebatnya Allah ta’ala mencurahkan rahmatNya bagi umat manusia yang beriman di bulan Ramadhan?

Maka seharusnya kita merenungi fakta ini dalam tafakkur kita. Maka adalah sayugianya kita memanfaatkan detik berharga ini untuk melaksanakan aktiviti terbaik yang Allah ta’ala perintahkan kita melakukannya. Sudah sepatutnya dalam suasana “banjir” rahmat dan keberkatan dari Allah ta’ala ini, kita umat Islam mengingati kembali firman-firman Allah ta’ala berikut:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah ta’ala, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (kaum muslimin).” (QS Fushilat : 33)

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS An Nahl : 125)

Pernahkah kita mencuba untuk menimbulkan rasa empati kepada orang-orang bukan muslim di bulan Ramadhan terutama orang-orang yang selama ini kita anggap tidak mempunyai masalah dengan kita ertinya, mereka tidak termasuk golongan “kafir harbi” (orang kafir yang memusuhi Islam). Tahukah kita bahwa bila tiba bulan Ramadhan, orang-orang seperti ini, hatinya cukup tersentuh menyaksikan umat Islam yang sedang mengalami transformasi penampilan yang bermakna.

Kenapa?

Ini adalah kerana di dalam diri merekapun ada aspek fitrah atau kemurnian jiwa yang ditanamkan oleh Allah ta’ala sedangkan fitrah manusia sentiasa cenderung kepada kebaikan.

Fitrah manusia adalah sesuatu yang mampu mengenalpasti mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang buruk.

Maka ketika orang-orang bukan Muslim yang bukan musuh ini menyaksikan umat Islam tiba-tiba menjadi rajin beribadah, membaca kitab suci, memperbanyakkan sedekah dan menampilkan perpaduan sosialnya, niscaya di dalam diri mereka muncul perasaan terharu kalaupun tidak dapat dikatakan rasa cemburu. Mereka menjadi cemburu kerana sesungguhnya mereka juga ingin merasakan perkara yang serupa. Itulah sebabnya mengapa sebahagian mereka bahkan ada yang secara ikut-ikutan turut sama “berpuasa” bersama umat Islam.

Maka, dalam detik penuh rahmat dan berkat dari Allah ta’ala ini, mengapa kita tidak cuba memanfaatkannya serta terus menawarkan kepada mereka untuk semuanya masuk ke dalam rahmat Allah ta’ala di bulan yang baik ini?

Sampaikanlah kalimat yang biasa Nabi saw sampaikan:

“Aslim Taslam” ertinya “Masuk Islamlah engkau, niscaya engkau bakal selamat di dunia dan di akhirat”

Dengan kedatangan bulan yang penuh rahmat ini, marilah kita bersungguh-sungguh berperanan menjadi penyebar rahmat Allah ta’ala sebagaimana yang diisyaratkan di dalam Al-Qur’an:

“Dan tidaklah kami mengutus engkau (Muhammad saw) melainkan agar menjadi rahmat bagi semesta alam. ” (QS Al-Anbiyaa : 107)

Inilah hakikat sebenarnya umat Islam menjadi rahmat bagi segenap alam semesta. Kita berusaha untuk berkongsi nikmat yang paling mahal yang dianugerahkan oleh Allah ta’ala, iaitu nikmat iman dan Islam.

Ini adalah kerana kita tidak ingin masuk syurga bersendirian. Kita ingin seramai mungkin manusia turut bersama menuju rahmat dan syurga Allah swt dan untuk meraih rahmat dan syurga Allah swt, tidak ada jalan lain selain dari jalan yang telah ditempuh oleh Nabi Muhammad saw iaitu dengan cara berda’wah kepada manusia dengan menampilkan akhlak yang terbaik sehinga rahmat ini dapat dirasakan dan dikecapi oleh seluruh umat manusia sehingga hari Qiamat.

Ya Allah, kami memahami betapa luasnya rahmat dan keampunanMu di bulan Ramadhan. Berilah kekuatan kepada kami untuk kami mampu menarik rahmat dan keampunanMu itu dengan amal-amal soleh kami serta doa-doa kami. Kami juga mengharapkan semoga amal-amal kami yang naik ke atas di terima olehMu manakala rahmat dan keampunanMu tercurah ke bawah dengan sebanyak-banyaknya menerusi jalur lebar yang tidak bertepi di bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Ameen Ya Rabbal Alameen
0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Tarikh Siaran 20 Ogos 2010
------------------------oooooooooooo--------------------

Tuesday, August 17, 2010

Berulangnya Kes Renong - Siaran Ke 304


Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Petikan Siaran Semasa –Siaran ke 304



Pendahuluan.

Rencana berikut ini dipetik dari Blog ”dari dalam diri –http:// 4 bp. Blogspot.com/ - untuk tatapan dan pengetahuan anda sekalian yang mungkin akan menjadi tauladan dan panduan anda melaksanakan tugas anda seharian,

DARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/

http:// daramawiham dani-blogspot.com


WEDNESDAY, JUNE 23, 2010





DARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/

http:// daramawiham dani-blogspot.com


WEDNESDAY, JUNE 23, 2010

Sime Darby : Berulangnya Kes Renong
Di Malaysia, kos melebihi anggaran adalah sesuatu yang lumrah, terutamanya projek-projek besar yang melibatkan kerajaan. Kontraktor tempatan, terutamanya GLC sering berdepan dengan keadaan kos berlebihan.

Namun demikian, mungkin Sime Darby telah biasa berurusan dengan kerajaan yang sanggup menanggung kos berlebihan, sehingga terlupa bahawa pelanggan-pelanggan asingnya bukan kerajaan Malaysia. Mereka tidak akan membiayai kos berlebihan ini. Akhirnya, Sime Darby terpaksa menanggung kos berlebihan itu sendiri.

Sime Darby yang mengalami kerugian ini menaruh harapan agar kerajaan akan menanggung kos berlebihan dalam projek Empangan Bakun, supaya tekanan kewangannya akan diringankan. Akhbar The Edge melaporkan bahawa Sime Darby, kontraktor utama projek Empangan Bakun pernah meminta kerajaan membiayai kos berlebihan sebanyak RM700 juta, malah meminta kerajaan supaya mengecualikan segala kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat tersebut.

Sarawak Hidro Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan merupakan pemilik Empangan Bakun. Disebabkan penangguhan projek, Sarawak Hidro Sdn Bhd berhak meminta ganti rugi dari pihak kontraktor, iaitu Sime Darby yang berjumlah 20% daripada kos modal asal. Selain itu, menurut perjanjian, Sarawak Hidro Sdn Bhd juga berhak meminta Sime Darby membiayai pampasan untuk bahagian elektronik dan kejenteraan.

Jikalau diimbas kembali sejarah Malaysia, Sime Darby bukanlah kes pertama. Penswastaan (privatisation) dan pensyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah melahirkan banyak syarikat atau badan korporat milik kerajaan.

Namun, kebanyakan syarikat ini bukan sahaja tidak berupaya untuk mencapai matlamat asal (termasuk meringgankan beban kerajaan, "menguruskan" sektor awam, meningkatkan efisiensi dan daya saing, meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera dan sebagainya), sebaliknya mengundang kerugian yang besar. Kerajaan terpaksa menyelamatkan (Bailout) syarikat milik kerajaan yang "terlalu besar untuk runtuh" atau "sebagai lambang kekuatan ekonomi kaum bumiputera".

Antaranya, Renong Berhad yang ditimpa krisis pada ketika kemelut Kewangan Asia 1997/98 merupakan satu pengajaran yang baik. Jika dibuat perbandingan, kita akan mendapati banyak persamaan antara Sime Darby dengan Renong Berhad.

Renong Berhad merupakan sayap pelaburan UMNO pada zaman Mahathir, dan merupakan badan korporat yang paling berpengaruh di Malaysia. Perusahaannya merentasi pelbagai bidang, termasuk infrastruktur asas, petroleum dan gas asli, perhotelan, pembankan, hartanah, kesihatan, pengangkutan awam, telekomunikasi, media dan sebagainya. Syarikat GLC yang dikawal secara langsung atau tidak langsung termasuklah UEM Group Berhad (UEM, 37.1%), Bumiputra-Commerce Group (sekarang dikenali sebagai CIMB, 18.3%), Faber Group Berhad (Faber, 60%), Time Engineering Berhad (Time Eng, 46.8%), Park May (50.1%), PLUS, PUTRA LRT, CIMA dan lain-lain lagi.

Namun, Krisis Kewangan Asia dengan mudah memusnahkan Renong Berhad, mendedahkan faktor-faktor kegagalan badan korporat yang berkelihatan kukuh di luar tetapi sebenarnya rapuh di dalam - kerenah birokrasi, struktur operasi yang kurang telus, dan campur tangan parti politik. Kesemua ini menyebabkan penyelewengan dalam pentadbiran, kronisme, rasuah yang semakin berleluasa.

Lebih-lebih lagi, bank-bank berkaitan kerajaan menawarkan pinjaman kewangan berfaedah rendah tanpa batasan, menjurus kepada masalah moral, dan seterusnya menjadikan badan korporat besar itu sering berhutang untuk memperluaskan projek-projek yang kurang praktikal (kebanyakannya berorientasikan politik dan bukan keuntungan). Akhirnya, Renong Berhad terjerat ke dalam krisis muflis lantaran daripada kemelut ekonomi dan penyekatan dalam pinjaman bank.

Laporan penyelidikan terhadap kes Renong Berhad dan anak syarikatnya, UEM yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) menunjukkan bahawa Renong Berhad dan UEM sebelum rombakan telah menanggung hutang sebanyak RM20 bilion, dianggarkan mencakupi 5% daripada pinjaman dalam sistem pembankan Malaysia. Hutang yang besar ini dipinjam dari bank-bank pelaburan asing dan pemiutang asing.

Akhirnya, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee) menerusi Bank Negara untuk menyelamatkan kedua-dua badan korporat yang hampir bankrap. Tindakan yang diambil termasuk memberikan khidmat nasihat kepada pemiutang kedua-dua badan korporat ini dalam penyelesaian hutang, untuk mengelakkan aset badan-badan korporat tersebut dijual dengan harga yang rendah & memberi impak yang besar kepada sistem pembankan.

Antaranya, hutang dengan jaminan dan tanpa jaminan yang ditanggung Renong Berhad dalam penyelesaian ini masing-masing mencatat RM2.545 bilion dan RM3.16 bilion. UEM pula mencatat RM2.962 bilion dan RM179 juta masing-masing. Jumlah hutang keseluruhan kedua-dua syarikat ini adalah RM8.846 bilion.

Dalam penyelesaian hutang ini kerajaan telah menggadaikan syarikat konsesi lebuhraya yang paling bernilai, iaitu PLUS Expressways Berhad. Menerusi jualan bon, PLUS memperolehi modal untuk menanggung 50% daripada hutang pemiutang. 50% hutang yang lain dijelaskan secara tunai. Antaranya, Renong Berhad memperolehi RM5.4 bilion daripada PLUS, dan PLUS juga meminjamkan tunai sebanyak RM2.96 bilion untuk membantu UEM menjelaskan hutangnya (kecuali hutang tanpa jaminan yang bernilai RM179 juta).

Rancangan penstrukturan semula hutang Renong Berhad sebanyak RM13 bilion ini berjalan perlahan, maka kerajaan akhirnya mengambil alih UEM menerusi Khazanah Nasional, sayap pelaburannya dengan RM3.8 bilion. Dengan ini, kerajaan dapat mengawal Renong Berhad dan menyelesaikan krisis hutang badan korporat ini dengan lebih pantas.

Selain daripada Renong Berhad, kerajaan Malaysia juga berusaha untuk menyelamatkan syarikat GLC dalam rantaian industri otomobil dan jaringan bekalan tenaga. Usaha ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang besar. Antaranya, tekad kerajaan Mahathir untuk membina rangkaian industri otomobil (pembekal aksesori otomotif) menerusi promosi kereta Proton pada tahun 1985, seterusnya melahirkan usahawan dan kelas pertengahan bumiputera.

Namun demikian, untuk menyokong and menyelamatkan industri otomobil Proton, kerajaan telah menggunakan dana Petronas sebanyak RM1 billion pada tahun 2000 untuk mengambi alih Proton yang mengalami kerugian besar, di samping meluluskan dasar perlindungan jangka masa panjang (termasuk subsidi dan cukai import).

Perlindungan terhadap Proton menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar (termasuk bayaran ganti rugi berikutan kelewatan untuk membuka pasaran otomobil dalam negara di bawah Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Namun demikian, jualan kereta Proton semakin merosot, menyebabkan ramai pembekal dan penghasil aksesori otomotif yang bergantung kepada Proton terpaksa mencari jalan baru dengan mengalih perusahaan mereka ke sektor lain.

Selain itu, kerajaan Mahathir berusaha membentuk satu rangkaian pembekalan tenaga menerusi penswastaan Tenaga Nasional dan Independent Power Producer (IPP). Namun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini, pembiayaan subsidi tenaga melalui Petronas kepada Tenaga Nasional, dan perjanjian konsesi yang tidak rasional untuk menjamin keuntungan Tenaga Nasional dan IPP telah menyebabkan penjanaan tenaga elektrik yang berlebihan sebanyak 40%.

Setelah menyaksikan kegagalan GLC yang "besar itu indah", dari Renong Berhad, Proton, Tenaga Nasional sehinggalah Sime Darby, Perdana Menteri Najib Abdul Razak tetap ghairah dengan "besar itu indah", membentuk syarikat-syarikat besar tersenarai untuk menarik pelaburan asing. Beliau telah mengabaikan faktor-faktor kegagalan syarikat GLC. Isu Sime Darby hanyalah detik permulaan, rancangan penswastaan dan pensyarikatan Malaysia yang dijalankan di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) kerajaan Najib bakal mengulangi jejak kegagalan Mahathir.

Post a Comment




---------------------------OOOOOOOOOOOOO-------------------------------------

Membaca Surah Al-Kahfi - Siaran ke 308


Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Teruskan Membaca Surah Al-Kahfi–Siaran ke 308

Friday, April 30, 2010

Teruskan amalan membaca surah al Kahfi di pagi Jumaat.

Pagi ini hampir terlupa membaca surah al Kahfi, amalan yang amat disukai oleh Rasulullah s.a.w.;

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan barangsiapa membaca 10 ayat daripada akhir surah al-Kahfi akan terhindar dari fitnah dan beroleh banyak rezeki." (Muslim)

Sekian, Wassala mualaikum…………..!


---------------oooooooooo--------------------

Masalah Judi - Siaran ke 307


Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

MSALAH JUDI–Siaran ke 307


Pendahuluan.


Rencana berikut ini dipetik dari Blog ”dari dalam diri –http:// 4 bp. Blogspot.com/ - untuk tatapan dan pengetahuan anda sekalian yang mungkin akan menjadi tauladan dan panduan anda melaksanakan tugas anda seharian
dARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/

HTTP:// DARAMAWIHAM DANI-BLOGSPOT.COM


Wednesday, June 23, 2010


Judi: Pandangan Agama Dunia
Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.

Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.

Allah ta’ala telah berfirman yang mafhumnya: "Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". Al-Maidah, 90-91. Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi).

Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; " membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi".

Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.

Dalam kitab Budha, 'Tipitaka' juga ada menceritakan enam perkara bahaya akibat judi: Pertama bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)' .

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan 'mahjung' atas dasar untung nasib atau ‘ong’. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.
Apa yang berlaku, aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 " Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari".

Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ' Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)'. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi ‘Bingo’ sebagai akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat.

Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar 'melampau'. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.

Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat.

Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan.

Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.

Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan.

Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.

Post a Comment

------------

Kesah Ramalan PRU ke 13 - Siaran Ke 306


Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Kesah Ramalam PRU 13–Siaran ke 306


Pendahuluan.


Rencana berikut ini dipetik dari Blog ”dari dalam diri –http:// 4 bp. Blogspot.com/ - untuk tatapan dan pengetahuan anda sekalian yang mungkin akan menjadi tauladan dan panduan anda melaksanakan tugas anda seharian
dARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/
HTTP:// DARAMAWIHAM DANI-BLOGSPOT.COM


Wednesday, June 23, 2010

PRU ke-13 : Nov 2010 @ April, 2011?
Seperti dilaporkan media massa, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat, pilihanraya umum ke-13 dijangka akan diadakan hujung tahun ini kerana Perdana Menteri memerlukan mandat baru daripada rakyat memandangkan mandat sekarang adalah daripada kepimpinan terdahulu, Tun Abdullah Ahamad Badawi.

Katanya, beliau bersependapat dengan Tun Dr. Mahathir bahawa pilihanraya umum wajar dipercepatkan dan menjangkakan seawal hujung tahun ini ataupun awal tahun depan. Jika pilihanraya umum diadakan pada hujung tahun depan, ianya sudah menjadi pilihanraya umum biasa dan bukan lagi dipercepatkan.

Pada Rabu, 18hb. Jun, Perdana Menteri berkata tarikh pilihanraya umum akan mengejutkan semua pihak. Dengan keyakinan popularitinya semakin meningkat sebagaimana kajian Merdeka Center for Opinion yang menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuashati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.

Sukar untuk dipastikan, sejauh mana Najib bersedia melakukan pilihanraya umum lebih awal sebelum cukup tempoh tiga tahun yang menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini. Jika Najib memilih untuk membubarkan parlimen lebih awal dari tempoh 3 tahun, adakah semua Menteri Besar terutama yang bukan dari kalangan Barisan Nasional akan turut membubarkan DUN di negeri masing-masing bagi membolehkan pilihanraya serentak diadakan.

Pilihan yang ada pada Najib sekarang ini, adalah untuk membenarkan pilihanraya negeri Sarawak diadakan secara berasingan seperti sebelum ini, atau diadakan serentak dengan pilihanraya persekutuan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkeyakinan pilihanraya umum kali ini diadakan pada bulan April, 2011 serentak dengan pilihanraya Sarawak.

Jika diadakan pilihanraya negeri Sarawak lebih awal sebelum pilihanraya umum persekutuan tetapi keputusan tidak memihak kepada BN seperti pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini, ini akan memudahkan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan.Percaturan BN kali ini agak kritikal. Jika pilihanraya persekutuan hendak diadakan serentak dengan pilihanraya Sarawak bagi menjimatkan kewangan negara, tempoh yang terbaik adalah selepas bulan Mac, 2011 hingga hujung tahun tersebut.

Talian hayat BN sekarang ini adalah bergantung kepada persempadanan semula kerusi pilihanraya parlimen dan DUN yang memihak kepada mereka. Dalam Muktamar PAS ke-56 baru-baru ini, Datuk Abdul Halim Abd. Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS mengingatkan Pakatan Rakyat boleh terlepas Selangor dan Kedah dalam pilihanraya akan datang. Manakala Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri kanan pula meramalkan hanya kerajaan Kelantan dan Pulau Pinang sahaja mampu dipertahankan oleh pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 1hb. Jun lalu yang memberi petanda bahawa kabinet kali ini adalah kabinet yang dibarisi senator untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 selain menyelesaikan krisis kepimpinan dalam parti komponen BN terutama MCA, MIC dan PPP.

Empat orang senator baru lantik sebagai Timbalan Menteri berikutan rombakan kabinet pada 1hb. Jun, 2010 adalah Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Preladangan dan Komoditi, Naib Presiden Kanan PPP, Datuk Maglin Denis D’Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, serta dua orang Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Sebelum itu dalam kabinet yang dibuatnya selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Pak Lah pada Mac, 2009 beberapa orang telah dilantik senator untuk dijadikan Menteri dan Timbalan Menteri. Diantaranya, dua orang pemimpin parti yang dijadikan Senator untuk dilantik sebagai Menterui adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dijadikan Senator untuk dilantik sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri.

Selain dua pemimpin utama tersebut, Najib melantik 3 orang lagi sebagai Senator untuk dilantik sebagai Menteri, iaitu Mejar (B) Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Idris Jala sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri dan Menteri wilayah Persekutuan.

Tidak cukup dengan ini, beberapa orang lagi pemimpin BN yang turut dilantik sebagai Senator untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri seperti T.Murugiah (PPP), Datuk Maznah Mazlan (UMNO), Datuk Awang Adek (UMNO), Dr. Mashitah Ibrahim (UMNO), A Kohilan Pillay (Gerakan), Chiew Mei Fun (MCA).

Najib memilih mengekalkan T. Murugiah yang berseteru dengan Presiden PPP. M Kayveas sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet baru-baru walaupun didesak oleh PPP. Bagi meredakan kemarahan Kayveas, beliau melantik seorang lagi pemipin PPP sebagai Timbalan Menteri.

Kabinet Najib kali ini juga janggal kerana Datuk G. Palanivel hanya dilantik sebagai Timbalan Mentei sahaja sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden MIC berbanding dengan Datuk Dr. S Subramaniam yang dilantik sebagai Menteri walaupun hanya menjadi naib Presiden MIC, satu tahap dibawah Timbalan Presiden.

Sama ada perkara ini terlepas pandang atau perkara ini disengajakan oleh Perdana Menteri keatas pemimpin MIC memnyebabkan berlaku sedikit keganjilan. Untuk mengelak dari menggugurkan mana-mana menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini, Najib sepatutnya boleh melantik dua Menteri dikalangan MIC.

Kenapa Najib hendak menafikan hak kaum India diwakili sewajarnya dalam kabinet? Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum dari ini pun pernah ada dua pemimpin MIC menjadi Menteri kabinet serentak. Apakah Najib akan membuat perubahan kepada kedudukan perwakilan MIC dalam kabinet setelah G. Palanivel dilantik sebagai pemangku presiden?

Sama-sama kita tunggu.

Post a Comment


-----------------------oooooooooooooo-----------------------------------

Orang Melayu Makan dengan Tangan - Siaran Ke 305


Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Kesah Orang Melayu Makan Dengan Tangan–Siaran ke 305


Pendahuluan.


Rencana berikut ini dipetik dari Blog ”dari dalam diri –http:// 4 bp. Blogspot.com/ - untuk tatapan dan pengetahuan anda sekalian yang mungkin akan menjadi tauladan dan panduan anda melaksanakan tugas anda seharian
dARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/
HTTP:// DARAMAWIHAM DANI-BLOGSPOT.COM


Wednesday, June 23, 2010


Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan?
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
Post a Comment

-------ooooo----------

Petikan Siaran Semasa - Siaran 303


Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Petikan Siaran Semasa –Siaran ke 303



Pendahuluan.

Rencana berikut ini dipetik dari Blog ”dari dalam diri –http:// 4 bp. Blogspot.com/ - untuk tatapan dan pengetahuan anda sekalian yang mungkin akan menjadi tauladan dan panduan anda melaksanakan tugas anda seharian,

DARI – “dari dalam diri - http:// 4 bp. Blogspot.com/

http:// daramawiham dani-blogspot.com


WEDNESDAY, JUNE 23, 2010

Sime Darby : Berulangnya Kes Renong
Di Malaysia, kos melebihi anggaran adalah sesuatu yang lumrah, terutamanya projek-projek besar yang melibatkan kerajaan. Kontraktor tempatan, terutamanya GLC sering berdepan dengan keadaan kos berlebihan.

Namun demikian, mungkin Sime Darby telah biasa berurusan dengan kerajaan yang sanggup menanggung kos berlebihan, sehingga terlupa bahawa pelanggan-pelanggan asingnya bukan kerajaan Malaysia. Mereka tidak akan membiayai kos berlebihan ini. Akhirnya, Sime Darby terpaksa menanggung kos berlebihan itu sendiri.

Sime Darby yang mengalami kerugian ini menaruh harapan agar kerajaan akan menanggung kos berlebihan dalam projek Empangan Bakun, supaya tekanan kewangannya akan diringankan. Akhbar The Edge melaporkan bahawa Sime Darby, kontraktor utama projek Empangan Bakun pernah meminta kerajaan membiayai kos berlebihan sebanyak RM700 juta, malah meminta kerajaan supaya mengecualikan segala kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat tersebut.

Sarawak Hidro Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan merupakan pemilik Empangan Bakun. Disebabkan penangguhan projek, Sarawak Hidro Sdn Bhd berhak meminta ganti rugi dari pihak kontraktor, iaitu Sime Darby yang berjumlah 20% daripada kos modal asal. Selain itu, menurut perjanjian, Sarawak Hidro Sdn Bhd juga berhak meminta Sime Darby membiayai pampasan untuk bahagian elektronik dan kejenteraan.

Jikalau diimbas kembali sejarah Malaysia, Sime Darby bukanlah kes pertama. Penswastaan (privatisation) dan pensyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah melahirkan banyak syarikat atau badan korporat milik kerajaan.

Namun, kebanyakan syarikat ini bukan sahaja tidak berupaya untuk mencapai matlamat asal (termasuk meringgankan beban kerajaan, "menguruskan" sektor awam, meningkatkan efisiensi dan daya saing, meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera dan sebagainya), sebaliknya mengundang kerugian yang besar. Kerajaan terpaksa menyelamatkan (Bailout) syarikat milik kerajaan yang "terlalu besar untuk runtuh" atau "sebagai lambang kekuatan ekonomi kaum bumiputera".

Antaranya, Renong Berhad yang ditimpa krisis pada ketika kemelut Kewangan Asia 1997/98 merupakan satu pengajaran yang baik. Jika dibuat perbandingan, kita akan mendapati banyak persamaan antara Sime Darby dengan Renong Berhad.

Renong Berhad merupakan sayap pelaburan UMNO pada zaman Mahathir, dan merupakan badan korporat yang paling berpengaruh di Malaysia. Perusahaannya merentasi pelbagai bidang, termasuk infrastruktur asas, petroleum dan gas asli, perhotelan, pembankan, hartanah, kesihatan, pengangkutan awam, telekomunikasi, media dan sebagainya. Syarikat GLC yang dikawal secara langsung atau tidak langsung termasuklah UEM Group Berhad (UEM, 37.1%), Bumiputra-Commerce Group (sekarang dikenali sebagai CIMB, 18.3%), Faber Group Berhad (Faber, 60%), Time Engineering Berhad (Time Eng, 46.8%), Park May (50.1%), PLUS, PUTRA LRT, CIMA dan lain-lain lagi.

Namun, Krisis Kewangan Asia dengan mudah memusnahkan Renong Berhad, mendedahkan faktor-faktor kegagalan badan korporat yang berkelihatan kukuh di luar tetapi sebenarnya rapuh di dalam - kerenah birokrasi, struktur operasi yang kurang telus, dan campur tangan parti politik. Kesemua ini menyebabkan penyelewengan dalam pentadbiran, kronisme, rasuah yang semakin berleluasa.

Lebih-lebih lagi, bank-bank berkaitan kerajaan menawarkan pinjaman kewangan berfaedah rendah tanpa batasan, menjurus kepada masalah moral, dan seterusnya menjadikan badan korporat besar itu sering berhutang untuk memperluaskan projek-projek yang kurang praktikal (kebanyakannya berorientasikan politik dan bukan keuntungan). Akhirnya, Renong Berhad terjerat ke dalam krisis muflis lantaran daripada kemelut ekonomi dan penyekatan dalam pinjaman bank.

Laporan penyelidikan terhadap kes Renong Berhad dan anak syarikatnya, UEM yang dijalankan oleh Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) menunjukkan bahawa Renong Berhad dan UEM sebelum rombakan telah menanggung hutang sebanyak RM20 bilion, dianggarkan mencakupi 5% daripada pinjaman dalam sistem pembankan Malaysia. Hutang yang besar ini dipinjam dari bank-bank pelaburan asing dan pemiutang asing.

Akhirnya, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (Corporate Debt Restructuring Committee) menerusi Bank Negara untuk menyelamatkan kedua-dua badan korporat yang hampir bankrap. Tindakan yang diambil termasuk memberikan khidmat nasihat kepada pemiutang kedua-dua badan korporat ini dalam penyelesaian hutang, untuk mengelakkan aset badan-badan korporat tersebut dijual dengan harga yang rendah & memberi impak yang besar kepada sistem pembankan.

Antaranya, hutang dengan jaminan dan tanpa jaminan yang ditanggung Renong Berhad dalam penyelesaian ini masing-masing mencatat RM2.545 bilion dan RM3.16 bilion. UEM pula mencatat RM2.962 bilion dan RM179 juta masing-masing. Jumlah hutang keseluruhan kedua-dua syarikat ini adalah RM8.846 bilion.

Dalam penyelesaian hutang ini kerajaan telah menggadaikan syarikat konsesi lebuhraya yang paling bernilai, iaitu PLUS Expressways Berhad. Menerusi jualan bon, PLUS memperolehi modal untuk menanggung 50% daripada hutang pemiutang. 50% hutang yang lain dijelaskan secara tunai. Antaranya, Renong Berhad memperolehi RM5.4 bilion daripada PLUS, dan PLUS juga meminjamkan tunai sebanyak RM2.96 bilion untuk membantu UEM menjelaskan hutangnya (kecuali hutang tanpa jaminan yang bernilai RM179 juta).

Rancangan penstrukturan semula hutang Renong Berhad sebanyak RM13 bilion ini berjalan perlahan, maka kerajaan akhirnya mengambil alih UEM menerusi Khazanah Nasional, sayap pelaburannya dengan RM3.8 bilion. Dengan ini, kerajaan dapat mengawal Renong Berhad dan menyelesaikan krisis hutang badan korporat ini dengan lebih pantas.

Selain daripada Renong Berhad, kerajaan Malaysia juga berusaha untuk menyelamatkan syarikat GLC dalam rantaian industri otomobil dan jaringan bekalan tenaga. Usaha ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang besar. Antaranya, tekad kerajaan Mahathir untuk membina rangkaian industri otomobil (pembekal aksesori otomotif) menerusi promosi kereta Proton pada tahun 1985, seterusnya melahirkan usahawan dan kelas pertengahan bumiputera.

Namun demikian, untuk menyokong and menyelamatkan industri otomobil Proton, kerajaan telah menggunakan dana Petronas sebanyak RM1 billion pada tahun 2000 untuk mengambi alih Proton yang mengalami kerugian besar, di samping meluluskan dasar perlindungan jangka masa panjang (termasuk subsidi dan cukai import).

Perlindungan terhadap Proton menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar (termasuk bayaran ganti rugi berikutan kelewatan untuk membuka pasaran otomobil dalam negara di bawah Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Namun demikian, jualan kereta Proton semakin merosot, menyebabkan ramai pembekal dan penghasil aksesori otomotif yang bergantung kepada Proton terpaksa mencari jalan baru dengan mengalih perusahaan mereka ke sektor lain.

Selain itu, kerajaan Mahathir berusaha membentuk satu rangkaian pembekalan tenaga menerusi penswastaan Tenaga Nasional dan Independent Power Producer (IPP). Namun demikian, beberapa tahun kebelakangan ini, pembiayaan subsidi tenaga melalui Petronas kepada Tenaga Nasional, dan perjanjian konsesi yang tidak rasional untuk menjamin keuntungan Tenaga Nasional dan IPP telah menyebabkan penjanaan tenaga elektrik yang berlebihan sebanyak 40%.

Setelah menyaksikan kegagalan GLC yang "besar itu indah", dari Renong Berhad, Proton, Tenaga Nasional sehinggalah Sime Darby, Perdana Menteri Najib Abdul Razak tetap ghairah dengan "besar itu indah", membentuk syarikat-syarikat besar tersenarai untuk menarik pelaburan asing. Beliau telah mengabaikan faktor-faktor kegagalan syarikat GLC. Isu Sime Darby hanyalah detik permulaan, rancangan penswastaan dan pensyarikatan Malaysia yang dijalankan di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) kerajaan Najib bakal mengulangi jejak kegagalan Mahathir.

Post a Comment

---------------------------OOOOOOOOOOOOO-------------

Kesah Orang Sombong dan Bakhil - Siaran Ke 302



Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Kesah Orang Bakhil –Siaran ke 302



Pendahuluan.

Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran Surah Al-Qashash ayat 76- 82 yang bermaksud:

Ayat 76 – Sesungguhnya Qarun adalah salah seorang dari kaum Nabi Musa (bangsa Israil), kemudian ia aniaya kepada bangsanya. Telah Kami berikan kepadanya harta benda yang banyak, sehingga anak-anak kunci gudang-gudangnya amat berat dipikul oleh orang banyak yang kuat-kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya – Janganlah engkau terlalu bersuka ria, kerana Allah tidak mengasihi orang-orang yang sangat bersukaria itu.

Ayat 77. Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu.

Ayat 78. Qarun berkata: Aku memperoleh harta benda itu, adalah dengan ilmu pengetahuanku sendiri. Tiadakah ia tahu, bahawa Allah telah membinasakan di antara umat-umat yang sebelumnya orang-orang yang sangat kuat dari padanya dan lebih banyak mengumpulkan (harta). Tiada (perlu) diperiksa orang-orang yang berdosa tentang dosa-dosa yang diperbuatnya, (kerana telah maklum oleh Allah).

Ayat 79. Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan (memakai) perhiasannya. Berkata orang-orang yang menghendaki hidup di dunia: Hai kiranya, untuk kami seumpama (kekayaan) Yang didapat Qarun itu, sungguh dia mempunyai untung yang besar.

Ayat 80. Berkata orang-orang yang berilamu pengetahuan: Celakalah kamu, pahala Allah terlebih baik untuk orang yang beriman dan ber’amal salih, tetapi tiadalah yang memperolehnya, melainkan orang-orang yang sabar.

Ayat 81. Kamudianh Kami benamkan Qarun itu berserta rumah-tangganya ke dalam bumi. Maka tak adalah satu kaum yang menolongnya, selain dari pada Allah, sedang dia tidak mendapat pertolongan.

Ayat 82. Orang-orang yang bercita-cita kemarin, supaya setempat dengan Qarun berkata: Ajaib, seolah-olah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Jikalau tiadalah Allah memberi kurnia kepada kami, niscaya Allah membenamkan kami pula. Ajaib, kerana sesungguhnya tiada menang orang-orang kafir itu.

Ulasan.

Dari apa yang di terangkan oleh al-Quran akibatnya mereka yang sombong, bongak dan bakhil, maka itulah balasannya. Pada hari ini tiadalah hairan sekali, peristiwa Tsunami masih teringat oleh kita sekalian, itulah balasannya kepada mereka yang berkenaan.

Semoga akan menjadi ingatan dan tauladan kepada mereka yang bersangkutan itu.

Sekian. Wassala mulaikum..........!


----------------OOOO-----------