Friday, May 21, 2010

Yang Membatalkan Wudhuk - Siaran 247




http://hjchedan.blogspot.com/
atau hjdan@myjaring.net

Siaran yang Ke 247.

Perkara yang membatalkan Wudhuk.

Terdapat lima perkara yang membatalkan wudhuk iaitu:

1..Semua yang keluar daripada salah satau dari dua jalan (qubul dan dubur) sama ada kencing, air besar, darah atau kentut.

Firman Allah swt:

أ َوْ جـَآءَ أ َحـَد ٌ مـِّنكُمْ مـِّنَ الـْغـَآءِـطِ

”Atau seseorang dari kamu datang ke tempat pada qada’ hajat. (dan ia menunaikan hajatnya sama ada buang air besar atau kencing). (An-Nisa’L: 43)

Al-Bukhari (135) dan Muslim (225) telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Allah tidak menerima sembahyang seseorang kamu apabila ia berhadas, sehinggalah ia mengambil wudhuk (semula). Lalu seorang lelaki dari penduduk Hadral Maut bertanya: Apakah hadas tersebut wahai Abu Hurairah: Jawab Abu Hurairah r.a.: Kentut tanpa bunyi atau krntut dengan bunyi”

Apa yang disebabkan diqiaskan kepada semua yang keluar daripada qubul dan dubur sekalipun benda tersebut suci.

2.. Tidur Yang Tidak Tetap.

Tidur yang tidak tetap bermaksud tetap di sini ialah dia duduk dalam keadaan papan punggungnya bersentuhan (berdempek) dengan lantai dan maksud tidak tetap ialah terdapat di sana rongga atau ruang antara punggung dan lantai.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ نـَامَ فـَلـْيـَتـَوَ ضَّـأ ْ

Siapa yang tidur hendaklah dia berwudhu.
(Abu Daud (203) dan lainnya).

Adapun orang yang tidur dalam keadaan tetap (tidur) dalam keadaan duduk) maka wudhuknya tidak batal kerana ia akan sedar atau terasa dengan apa yang keluar daripadanya.
Ini sebagaimana yang telah disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (376) daripada Anas r.a. bahawa dia berkata:

”Sembahyang telah hampir hendak di dirikan, sedang Nabi s.a.w. bercakap dengan seorang lelaki (tanpa didengari oleh orang lain) dan baginda terus bercakap sehingga para sahabat tertidur kemudian Nabi datang dan bersembahyang bersama-sama nereka.

Daripada Anas r.a.:

”Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidur, kemudin mereka sembahyang dan mereka tidak berwudhuk.
(Al-Bukhari 541,544,545).
Di sini jelas bahawa para sahabat tidur dalam keadaan duduk dan tetap papan punggung mereka. Ini kerana mereka berada dalam masjid sedang menunggu untuk bersembahyang dan berharap supaya Nabi s.a.w. segera menghentikanh perbualannya dan bersembahyang bersama-sama mereka.

3.. Huang akal dengan sebab mabuk...

Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila kerana apabila salah satu perkara tesebut berlaku kepada serseorang, maka dibimbangi keluar sesuatu daripada qubul atau duburnya tanpa disedari. Ini juga dihukum batal wudhuk kerana diqiaskan kepada tidur kerana ia lebih kuat maknanya daripada tidur.

4.. Lelaki atau Suami menyentuh isterinya atau perempuan.
Ajnabiyyah tanpa brerlapik.
Dengan demikian maka ketika itu batallah wuduhk keduanya. Ajnabiyyah ialah perempuan yang halal kahwin dengannya.
Firman Allah swt:

أَوْلـَمَسْتـُمُ النـِّسـَآءَ.

Atau kamu menyentuh perempuan-perempuan.
(Al-Nisa’ : 43)
”Laamastum” dengan makna ”Lamastum” iaitu kamu menyentuh adalah sebagaimana yang terdapat pada qira’at yang mutawatitr.


5.. Menyentuh kemaluan diri sendiri atau orang lain sama ada qubul atau dubur; dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik.

Sekian dahulu dalam bab ini, penulis ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi mengikuti siaran Blog ini, semoga anda akan menadapat manfaat darinya. Amin...

(Rujukan: Kitab Fikh Mazhab Shafie Jil 1 m.s. 81)

Wassala mualaikum....

------------------oooooooooooo-----------------

No comments:

Post a Comment