Tuesday, May 11, 2010

Hikmahnya Fungsi Roh - Siaran 208


CHE DAN BIN AHMAD,
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau – www.hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 208


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم .


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه



1. Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.


إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


2.. Soalan.

Apakah Hikmahnya Fungsi roh.?

Jawapan.

Hikmahnya fungsi-fungsi roh yang baik dan mudaratnya jika sebaliknya kepada manusia yang mempunyai fungsi-psungsi roh yang baik seperti berikut:
a. Makan - Untuk hidup atau keperluan kesihatan.
b. Hiburan - Menyenangkan bukan melaikan.
c. Bermain - Kemesraan bukan pertaruhan.
d. Tidur - Kerehatan bukan sumber malas.
e. Bakat - Dikemukakan bukan dibanggakan.
f. Ibadat - Ikhlas.
g. Warak - Semakin berasa bersalah kepada Allah s.w.t.
h. Ilmu - Terasa berkurangan.
i. Kaya - Pemurah.
j. Marah - Luahan mendidik.
k. Pangkat - Memberkatkan.
l. Hidup - Mulia.
m. Mati - Beriman

Firman Allah s.w.t.
أَلَاإ ِنَّ أ َوْلـِيَاءَاللهِ لَا خَوْفٌ عَلـَيْهِمْ وَلَاهُمْ يَحْزَنُونَ ج
الـَّذِينَ ءَامَنُووَكــَانُو يَتـَّقُونَ.
(سورة يونس: 62-63)
“Igatlah, sesungguhnya wali-wali Allah, tiada ketakutan terhadap mereka dan tiada pula mereka berdukacita. Yaittu orang-orang yang beriman dan taqwa. (Surah Yunus – ayat 623- 63)

Orang-orang yang dinamakan wali Allah, ialah orang-orang yang beriman serta takut kepada Allah, artinya mengikut perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Mereka tiada takut dan tiada pula berdukacita, serta mendapat kabar suka pada hidup di dunia dan di akhirat. Jika mereka ditimpa malapetaka mereka terima dengan hati yang sabar dan iman yang teguh, sehingga kedukaannya itu, dengan sebentar lenyap dari dalam hatinya.

Ringkasnya wali Allah itu telah mendapat bahagia (senang hati) di atas dunia ini sebelum di akhirat, kerana bahagia yang sebenarnya, bukanlah kesenangan tubuh atau kekayaan, melainkan kesenangan hati. Berapa banyaknya orang miskin yang lebih berbahagia dari orang kaya, kerana badannya sihat, makannya banyak, tidurnya nyenyak. Sebab itu hendaklah kita tiru bagaimana hati wali Allah itu, yaitu hendaklah kita berhati sabar, jika ditimpa bala, dan berterima kasih kepada Allah, jika mendapat nikmatNya.

Maka ketahuilah bahawa mudaratnya kepadsa manusia yang mempunyai fungsi-fungsi roh yang buruk adalah seperti bderikut:-

a. Makan - Dengan sekenyangh-kenyangnya.
b. Hiburan -Melalaikan nmereka.
c. Tidur - Menyuburkan saifat malas.
d. Bakat - Mendewakan-dewakan diri mrereka.
e. Beribadat - Terburu-buru.
f. Warak - Bersifat maksum.
g. Ilmu - Mereka sembunyikan.
h. Kaya - Bersifat tamak, haloba dan bakhil.
i. Marah - Pendendam.
j. Panghkat - Memikat kejahatan.
k. Hiudup - Manakutkan orang yang beriman.
l. mati - Tergolong manusia yang rugi.

Firman Allahs.w.t.:

فَذَرْهُمْ يَخُوْضُوْا وَيـَلـْعَبُوْا حَتَّى يُلـَقـُوْا
يَوْمَهُمُ الـَّذِىْ يُوْعَدُوْنَ.
“Maka biarlah mereka masuk pada yang bukan-bukan dan bermain-mainm (di atas dunia), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.(Az-Zukruf : ayat 83).

3.. Pertanyaan.

Apabila menempuh kematian, roh meneruskan kehidupan di alam barzakh untuk menanti ketibaan hari kiamat di mana akan di hisab amal ibadatnya dan menentukan tempat yang kekal (syurga tau neraka). Apakah yang dibuat oleh roh…? Dan tidakkah merasa lama dalam pernantian di alam kubur itu.? Diperkirakan satu penyiksaan kepada roh yang baik, manakala berkesesuian yang diterima kepada roh yang jahat.
Jawapan.

Jarak masa di dunia tidak sama jarak masa di dalam alam barzakh ataupun dialam akhirat. Di dunia ada matahari untuk dihitung harinya dan ada bulan untuk dikira bulannya menjadikan setiap 12 bulan satu tahun. Di alam barzakh atau di akhirat tidak ada matahari dan bulan lagi untuk membezakan jarak masa, dengan itu jarak masa adalah di bawah kekuasaan Allah menentukannya, yang tiada wujud waktu-waktu tertentu.

Contohnya ialah sebagaimana seperti kita tidur. Roh keluar dari hasad bersama akal, kerana yang tidur itu manusia yang masih bernyawa lagi. Apabila mengalami mimpi, peristiwa di mana dia sedang terikat disebuah rumah yang hampir muasnah terbakar.

Dari perasaan takut membuatkan roh bersama akal kembali kepada jasad (manusia itu bangun dari tidur). Akal manusia yang bangun dari tidur mengetahui berapa lama dia tidur disamping tekanan masa kekuasaan Allah mengikuti roh yang berada di dalam mimpi tersebut, (merasakan sekejap) kerana jarak masa di atas muka bumi berperantaranan dengan matahari dan bulan, berbeza jarak masa di alam barzakh yang tidak ada lagi perantaraan tesebut.

Lain jadinya bila manusia itu sudah mati. Roh bersendirian meninggalkan jasad buat selama-lamanya. Misalnya seperti contoh di atas. Roh tidak mampu kembali kepada jasad yang telah dikebumikan dan hancur, lalu roh merasakan kebakaran rumah itu membakarnya juga di dalam keadaan terikat. Oleh kerana roh tidak boleh mati, maka roh berterusan dari merasakan kesakitan akibat kebakaran itu, tanpa dipengaruhi masa lagi.

Bagi roh yang baik, ia merasakan kenikmatan dari bayangan tempatnya di syurga., Demikian juga kepada roh yang jahat dirasakan keazaban melalui pembayang tempat seksaannya di neraka pada hari akhirat.

Ertinya pembayang yang difahamkan oleh akal semasa manusia hidup tidak sama erti pembayang yang roh merasakan di alam barzakh, sebab akal membayangkan dengan tidak dirasakan oleh jasad.

Misalnya : Prerasaan membayangkan kepanasan api, jasad tidak di dalam keadaan terbakar. Manakala roh yang tidak berjasad itu, pembayang itulah yang sebenarnya

4.. Bolehkah dimulakam kita melalui jalan yang lurus atau benar?

Belum boleh lagi, kerana ada dua perkara yang perlu diketahui iaitu (1) mengenali iblis atau syaitan dan (2) bagaimana beristiqamah.

Iblis (perkara Pertama yang perlu diketahui):

Iblis perlu diketahui dan mengenali sifat-sifatnya yang sering dipakai oleh manusia untuk menyesatkan mukmin di pertengahan jalan yang lurus itu. Sekiranya berjaya disesatkan oleh iblis, bukanlah mudah untuk membetulkan semula keadaan diri yang tersesat itu.
Misalnya:
a. Bukan mudah untuk melepaskan diri dari ketagihan arak, dadah, judi mahupun ketagih rokok atau gila betina.

b. Harta yang dimiliki secara haram bukanlah mudah hendak dikembalikan kepada yang hak hingga menggugat kesenangan hidup yang pernah dinikmati dari hasil yang tidak halal itu.

c. Tidak mungkin mampu menanggung malu untuk memohon maaf secara terperinci kepada manusia yang telah dideritakan atas perbuatan kezaliman yang telah dilakukan terhadp manusia tersebut.

5..Bagaimana saifat-sifat Iblias?

Iblis juga menyedari perbutan sia-sia untuk menyerupai sifat-sifat manusia yang sedang melakukan maksiat malahan perbuatan maksiat yang dilakaukan oleh manusia melampaui sifat kebinatangan.
Adapun sifatnya juga terterap kepada manusia seperti berikut:

a. Hidup - Takut berjihad
b. Kaya - Bersifat tamak
c. Berilmu -Dibangga-banggakan
d. Mulia -Diberhalakan
e. Pemurah - Berasuah
f. Waras - Digila-gilakan dengan arak atau dadah
g. Pendiam - Pengumpat

h. Bijak - Penipu
i. Pangkat - Pemikat kemungkaran
j. Alim - Perisai kejahatan diri.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al’Hijr, ayat 3,bermakasud:

”...Biarkanlah mereka (di dunia ini), makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong) maka mereka akan mengetahui ( akibat perbuatan mereka.”

Iblis pun mempunyai teknik tercanggih , mengikuti perkembangan zaman untuk mengelirukan manusia, contohnya:

a. Berlakon filem di luar kuasa suntikan dosa kepada pelakon yang melakukan pergaulan bebas, antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, dan mendedahkan aurat (wanita), menonjolkan kecantikan kepada masyarakat umum.

b. Teknik kecanggihan memberi dan menerima rasuah.

c. Melalui internet pun berhasil menyusup perkara kefitnahan dan merangsang keberahian.

d. Semakin mahal harga arak dan dadah, semakin murah harga nyawa.


Iblis juga mempunyai bahasa tersendiri yang sering digunakan oleh manusia iaitu:
a. Dusta.
b. Fitnah
c. Menghasut
d. Perbualan yang sia-sia
e. Meratap tangis atas sebab musibah yang ditakdirkan.
f. Menyakiti hati orang
g. Memuji-muji diri sendiri
h. Membisukan ilmu yang baik.

6. Beristiqamah. (Perkara Kedua yang Perlu diketahui)

Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran Surah Hud ayat 112, yang ertinya:-
”...maka tetaplah (beristiqamah), kamu pada jalan yang benar, sebagaimana yang diperintahkan kepada mu dan (juga), orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia- Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Sabda Rasulullah s.a.w.” yang ertinya:
”Beristiqamahlah kamu walaupun kamu tidak akan dapat melakukannya dengan sermpurna,”

Erti Istiqamah di sini: iaitu; Tetap bertahan dalam ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. dengan redha dan menyakinkan mengandungi hikmahNya yang tersembunyi, untuk menyingkap rahmatNya hendaklah berikhtiar dan berdoa, jika hanya berikhtiar tanpa doa didatangi kesesatan. Berdoa tanpa ikhtiar menjadikan manusia itu bodoh.”:

Semakin manusia disibukkan hal keduniaan, semakin akal dilemaskan dalam lautan nafsu, hingga tiada berupaya berkeyakinkan kepada yang ghaib dan ajaib milik Allah, lalu disepikan hingga iman menjadi lesu dan lemah untuk beramal ibadat, kalau dilakupun cuma sebagai acara bukan atas dasar ketaqwaan.

Dalam susana beginilah para remaja yang didatangi keinsafan hendaklah beristiqamah diarus kerosakan serta kecacatan institusi ke Islaman di atas muka bumi di zaman mutakhir ini dengan kesedaran kepada diri sendiri supaya dapat meletakkan diri di gulungan yang sedikit umat Nabi daripada banyak tetapi diumpamakan Buih di Lautan.”

7..Caranya.
Fungsi-fungsi roh diperanankan mengikut fitrahnya dengan menggunakan akal membimbning secara adil dan sihat membuat pertimbangan dalam menghadapi hujah-hujah fungsi-fungsi roh terutama tuntutan nafsu.

Untuk memudahkan kefahaman diri sendiri tentang kewujudan akal, perasaan, fikiran, hati, dan nafsu hendaklah diperbualkan mengikut fitrahnya, melalui penguasaan akal yang sihat supaya dapat mengawasi fitrah masing-masing (fungsi-fungsi roh). Diumpamakan dalam sebuah rumah (jasad) di penghunikan (roh) oleh satu keluarga (fungsi-fungsi roh) yang sedang berbincang dan berbahas tentang kehidupan dan peristiwa Israk Maeraj dalam istilah beristqamah.
Telah diumpamakan oleh para Ulama’ yang mengatakan:
a. Jasad ; Umpama sebuah trumah.
b. Roh ; Umpama penghuni rumah itu.

Penghuni rumah adalah panggailan kepada yang menduduki rumah, manakala penghuninya itu ada nama-nama yang di ibaratkan seperti berikut: (fungsi-fiungsi roh)
a. Akal adalah ibarat Ayah.
b. Perasaan adalah ibarat Ibu
c. Fikiran adalah ibarat Anak Pertama
d. Hati adalah ibarat Anak Kedua
e. Nafsu adalah ibarat Anak Yang Ketiga

Sebabnya demikian ialah :
a. Melalui Akal yang sihat terbitlah Perasaan kasih sayang dari Fikiran yang bersih, maka terbentuklah Hati yang mulia supaya dapat mengawal Nafsu.

b. Manusia dilahirkan bermula dengan Akal untuk mengenal ibu bapa atau pengjaganya, kemudian terbit pula Perasaan menyebabkan tangisan dan ketawa yang bersebab, lalu Berfikiran untuk berkehendak sesuatu melalui kemahuan Hati apabila ianya menjelang dewasa m
سكين دهولو....
سلامت برجومفا لاكي.
والسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه
Sekian dahulu bagi siaran ini, sehingga berjumpa lagi di siaran akan datang Blog ini penulis mengucapkan
Wassala mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh....!

(Petikan dari; Rencana ”Siapalah Aku” oleh Dr.Ibrahim Hj. Che’ Noh, Fakulti Pengajian Islam,UKM, tahun 2003) Terima kasih.


-----------------ooooooo-------------------------------

No comments:

Post a Comment