Sunday, September 27, 2009

Tauhid Peringkat Asas Siaran Ke 40

CHE DAN BIN AHMAD,
No.770, Permatang Pasir,
34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.


TAUHID PERINGKAT ASAS – SIARAN KE 40.


Soalan 137.

Apa didapati oleh orang yang berpegang dengan agama Allah?

Jawapan.

Agama Allah iaitu Islam yang berarti sepatah kata yang mengandungi sekalian Syari’at (undang-undang) yang diberikan oleh Tuhan kepada RaslulNya dan disampaikan kepada sekalian umat yang membawakan kepada bahagia selama-lamanya bagi orang yang berpegang dengan dia. Itulah yang didapati oleh orang yang berpegang dengan agama Allah iaitu Islam.

Soalan 138.

Bagaimana kita beriman kepada Allah ?

Jawapan.

Kita beriman kepada Allah s.w.t. iaitu kita berpegang teguh di hati dan mengaku akan bahawa alam ini ada Tuhan yang menjadikana akan dia; iaitu Allah s.w.t. Tuhan yang asa yang hidup, Yang Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa pada sebarang kehendakNya.

Soalan 139.

Apakah maknanya Malaikat dan bagaimana kita percayakan akan dia?

Jawapan.

Malaikat ialah sejenis makhluk, barang yang dijadikan Tuhan. Kita misti percayakan Malaikat iaitu berpegang teguh dihati dan mengaku akan bahawa ada Malaikat itu, sebahagian daripada hambaNya yang tida makan, tiada minum, tiada lelaki dan tiada perempuan dan juga tiada tidur, hanya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhan.

Soalan 140.

Berapa banyak Malaikat yang wajib di ketahui dan apa-apa namanya?

Jawapan.

Malaikat itu banyak maka tiada sesiapa yang mengetahui akan bilangan mereka yang sebenarnya melainkan Allah s.w.t. Hanya yang wajib diketahui dengan nyata satu-satunya iaitu sepuluh sahaja. Nama-nama mereka ialah: Jibril, Mikail, Israfil, Azrail, Munkar, Nankir, Raqib, ’Atik, Malik dan Reduan.

Soalan 141,

Berapa banyak Suhup dan kitab yang Tuhan turunkan dan berapa Suhup yang diturunkan kepada Nabi Idris dan Nabi Ibrahim?

Jawapan.

Banyaknya Suhup dan Kitab yang diturunkan ialah seratus empat buah. Maka seratus daripadanya itu dinama akan dia Suhup dan empat buah lagi dinamakan Kitab iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Furqan (Qura’an). Diturunkan kepada Nabi Allah Adam sepuluh Suhup, Nabi Allah Idris Tiga puluh, kepada Nabi Allah Syith Lima puluh dan kepada Nabi Allah Ibrahim sepuluh. Dan ada ulama’ mengatakan ada diturunkan kepada Nabi Allah Musa sebelum Taurat sepuluh Suhup, Wallah hu ’alam.


Soalan 142.

Kepada siapakah ditutrunkan Kitab-kitab itu dan apa pula bahasanya.

Jawapan.

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Allah Daud dengan bahasa Qubti (Yunan Geris), Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa dengan bahasa ’Abrani (Yahudi), Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Allah ’Isa dengan bahasa Suria (Syria) dan Al-Qur’an di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan Bhasa Arab.
Soalan 143.

Apakah perbezaan di antara Rasul dan Nabi.?

Jawapan.

Makna Nabi dan Rasul itu ialah Nabi itu manusia yang lelaki yang dipilih oleh Allah s.w.t dan diberikan kepadanya syari’at untuk amalan dirinya sahaja. Adapun Rasul itu dilantik oleh Allah s.w.t. daripada Nabi-nabi itu, disuruh menyampaikan dan mengajarkan syari’at itu kepada umat-umat mereka. Nabi itu banyak dan tiada siapa yang mengetahui akan bilangan mereka yang sebenarnya melainkan Allah, tetapi ada ulama; berkata iaitu seratus dua puluh empat ribu, dan yang jadi Rasul daripada mereka itu iaitu tiga ratus tiga belas orang atau tiga ratus empat belas orang.

Soalan 144,

Bagaimana beriman kepada Rasul dengan ajmal.?

Jawapan.

Rasul yang wajib diketahui dengan tafsil (dengan nyata satu-satunya) iaitu sekalian Rasul yang ada disebut nama-nama mereka di dalam Al-Qur’an iaitu dua puluh lima sahaja. Ada pun selain daripada itu maka wajib diketahui akan dia dengan ajmal (dengan kumpulan) sahaja, iaitu bahawa beriktiqad (simpulkan di hati) mengakukan bahawa Nabi dan Rasul itu banyak, tiada mengetahui akan bilangan yang sbenarnya melainkan Allah.
Soalan 145.

Berapa orang Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an yang wajib kita ketahui dan apakah nama-nama mereka itu.?

Jawapan.

Nama-nama Rasul yang ada tersebuat di dalam Al-Qur’an iaitu dua puluh lima orang, dan nama-nama mereka adalah seperti berikut:-
(1) .Adam (11). Yusuf (21). Yunus
(2) .Idris (12). Ayub (22). Zakaria
(3) .Nuh (13). Shuib (23). Yahaya
(4) .Hud (14). Harun (24). ’Isa
(5) .Soleh (15). Musa (25). Nabi Muhammad s.a.w.
(6) .Ibrahim (16). Alyas’ak
(7) .Lud (17). Zulkifli
(8) .Ismail (18). Daud
(9) .Ishaq (19). Sulaiman
(10) .Ya’akub (20). Aliyas.



Soalan 146.

Berapa orangkah Rasul yang digelar ‘Ulul Azmi’, dan siapakah nama-nama mreka itu.?

Jawapan.

Wajib kita ketahui bahawa sekalian Rasul itu berlebh kurang pangkat mereka pada sisi Allah s.w.t, tetapi ada yang lebih utama lima orang daripada mereka itu yang digelarkan ‘Ulul Azmi’ iaitu:

(1). Nabi Muhammad s.a.w.
(2). Nabi Ibrahim a.s.
(3). Nabi Musa a.s.
(4). Nabi ’Isa a.s
(5). Nabi Nuh a.s.


Soalan 147.

Bagaimanakah kita misti mempercayakan tentang hari kiamat itu.?

Jawapan.

Wajib kita mempercayakan tentang hari kiamat itu. Iaitu berpegang teguh dihati mengaku dan percayakan bahawa semua kita akan dihidupkan semula kemudian daripada telah mati, sekalian yang bernyawa dan dihimpunkan dipadang ’mahsyar’ untuk dibicarakan. Maka orang yang beriman dan taat dimasukkan ke dalam syurga dan orang yang kafir dan orang yang banyak melakukan maksiat dimasukkan ke dalam neraka.

Sekian dahulu, akan disambung lagi dalam hal ini kemudian.


-----------------OOOOOOOOOOOOO-----------------------

No comments:

Post a Comment