Friday, September 18, 2009

MASALAH AGAMA - SIARAN KE 29

MASALAH AGAMA - SIARAN KE 29



Soalan. 128.

Bagaimana hukumnya abang saya itu mempunyai isteri, isterinya itu tersentuh tangan saya tanpa berlapik. Batalkah wuduk saya?
Adik perempuan saya mempunyai suami. Suami adik perempuan saya itu tersentuh tangan isteri abang saya. Batalkah wuduk abang saya itu?

Jawapan. (Pt.3 ms 106.)

Abang saudara dengan isterinya adalah orang lain, orang helat atau disebut juga ajnabi. Artinya bukan muhrimnya, sebab itu mereka berdua boleh berkahwin. Adapun anda dengan isteri abang anda itu adalah orang lain, artinya bukan muhrim. Jadi batallah wuduk anda itu dan juga wuduk kakak ipar anda itu, jika bersentuh tanpa berlapik.

Demikian pula halnya suami adik perempuan anda itu dengan isteri abang anda itu, adalah juga orang lain, bukan muhrim, jadi batallah wuduk mereka jika tersentuh tanpa berlapik.
Ingin dinyatakan bahawa mengenai wanita-wanita yang diharamkan kita berkahwin iaitu yang tidak membatalkan wuduk jika tesentuh tanpa berlapik sesama mereka adalah:

a. Sebab kerana keturunan (nasab)

b. Kerana di sebabkan penyususn semasa kecil dahulu.

c. Sbab ’musharah’ (berambilambnilan).


Untuk sebab keturunan (atau nsab ) itu ada tujuh orang:

a. Ibu terus keatas, artinya nenek yang memelihara ibu atau yang melahirkan bapaknya.

b. Anak perempuan terus ke bawah, artinya cucu perempuan, baik cucu dari anak laki-laki atau cucu dari anak perempuan.
c. Saudara perempuan, baik dari yang se ibu sebapak atau ayang sebapak atau pun yang seibua.
d. Saudara perempuan bagi ibu.
e. Saudara perempuan bagi bapa.
f. Anak perempuannya saudara laki-laki
g. Anak perempuannya saudara perempuan.
Ada pun yang tersebab persusuan (atau Raudla’) itu ada da macam iaitu”
a. Ibu yang menyusukan.
b. Saudara perempuan dari persusuan.

Ada pun yang haram juga tersebab Musharah (berambil-ambilan) iaitu empat orang:
a. Ibunya isteri.
b. Anak tiri yang perempuan apabila ibunya telah didukhul. (bersetubuh)
c. Isteri bapak yang bukan dari ibu kita.
d. Isterinya anak laki-laki kita.
Begitulah jawapannya dengan pertanyaan diatas.
(Rujukan ”Kitab Seratus Masalah Agama Jil.4 m.s. 108” dan juga keterangan yang lebih lanjut boleh didapati dari ”Kitab Fiqh dan Peundangan Islam Jilid 7, m.s. 184 ” )

No comments:

Post a Comment