Monday, September 28, 2009

Marilah Kita Beramal Soleh - Siaran Ke 41

CHE’ DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com



KERJAKANLAH AMALAN-AMALAN SOLEH – SIARAN KE 41

Masalah 148.


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Pemilik sekalian alam ini dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, shabat-sahabtnya dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan taufiq dan inayahNya telah mengizinkan penulis menerbitkan Siaran ini sebagai sambungan siaran yang lalu. Siaran ini mengandungi mana-mana perkara yang sunat-sunat yang tidak di hebahkan dalam siaran yang lalu, demi untuk kebaikan para pembaca sekalian.

1.. Kerjakanlah Amalan-Amalan Soleh.


Setelah kita sedarkan diri kita yang telah banyak melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita telah melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa lagi masa hari ini dan akan datang, maka kita melakukan amalan-amalan soleh untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t. :-


فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لـِقـا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا

وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"
110)


Bermakasud:” Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia menyengutukan sesiapan pun dalam beribadat kepad Tuhannya. (Al-Kahfi ayat 110).

2.. Amalan Soleh.

Beramal soleh bermaksud iaitu kita tidak lagi meninggalkan solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada waktunya, tidak tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila mampu, tidak lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak, berzina, memakan wang riba, kita bersedekah, kita tidak menanyai anak-anak yatim, kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama, kita sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, mengerjakan segala yang sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban.


Dan kita tidak neninggalkan Puasa Wajib di bulan Ramadzan puasa di bulan Syawal, dan kita bangun ditengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajjud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan Solat Witir solat Dhuha, solat Al-Ishraq di pagi hari. Kita tidak mensyirikkan Allah s.w.t. dan tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari takut pada Allah).


Kita menghormati jiran tetangga kita, menziarahi sanak saudra, menziarahi orang sakit dalam kariah kita, menghadiri jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang daif dan miskin. Kita amalkan amanah, tidak menipu dan putar belit, kita membuat tugas apa yang di beri taggung jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita menetapi segala janji-janji kita sesama Islam, kita menjual barangan dengan tidak menipu atau berselindung yang buruk agar melaris barangan kita dan banyak lagi yang menjadi perkara yang munkar.


Kita menjauhi dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri, kita tidak berkata-kata yang tidak memberi manfaat, kita banyakkan sabar, kita tidak bergaduh sesama Islam, kita tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, kita tidak mementingkan diri sendiri, kita tidak sangat mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.


3.. Qiamullail – Sembahyang Malam


Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auliya’ dan ulama’ terbilang, maka kita dapati bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah itu sebagai Qudwuh Hasanah, maka sudah sewajarnya kita perlu mengetahui apakah jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna. Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Firman allah s.w.t.:-

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه

ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ جْرَ هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ. (النخل 97)


Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakh ayat 97)


4.. Fadhilat Qiamullail.


Keutamaan sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.aw. agar melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firmanNya:-

وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)

“Dan banagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji” (Al-Isra’ ayat 79.)


Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw., tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.

Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmatNya, sebagaiman firmanNya;-


إِنَّ الـْمُتـَّقِيْنَ فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ آخِذِيْنَ مآ آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ مُحْسِنِيْنَ, كـَا

نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ,

وَبِالْا َ سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ. (الذاريات اية 18).

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap sombong takbur).

Mereka selalu merenggangakan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal solih), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka menderma bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka.


Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)


5.. Orang Yang Berbakti Pada Allah.

Mereka yang berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allah s.w.t dari orang-orang yang tidak melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t. :-


أَمَّنْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى

الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا ُولُوْا الْاَلـْبَابِ. (الزمر: هية 9)


“Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada seksa hari Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang yang mengerti dan orang yang tidak mengerti? Sesunguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan ini hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Al-Zumnat ayat 9)



Demikianlah beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan betapa besarnya keutamaan solat malan itu. Dalam demikian Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda supaya kita melakukam solat malam iaitu:-



أَيُّهَا النـَّاسُ اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ, وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ
نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا الْجَنَّة َ بِسَلَامِ.


(رواه الحاكم وابن ماجه والترمزي)

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersembahyanglah di waktu malam dikala orang-orang sedang tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera. (HR Al-Hakim dan Ibnju Majah dan Termizi.)



Sulaiman bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda”-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ

دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْـلـَكُم ْ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ, وَمَكْفِرَة ٌ لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاة ٌ عـَنِ الْإِثـْمِ,

وَمطـْرَدَة ٌ لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.


Salman Farsi berkata:- Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu, pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”



6..TERTIB MENGERJAKAN SOLAT-SOLAT MALAM.

Seseorang yang hendak melakukan solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk bersembahyang. Dari Abu Darda r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-


Bermaksud: ”Barangsiapa yang hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).


Sebaik-baik solat itu dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:

Bermaksud: ”Apabila salah seorang di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Hendaklah membangunkan pula keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-

Bermaksud: ”Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).



7.. WAKTU YANG PALING UTAMA.


Solat malam itu dapat dikerjakan di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga jam 6.00 pagi.


8.. Orang Mukmin yang sempurna imannya.


Firman Allah s.w.t.:


إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ

اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.

أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ


Artinya:

Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)


9.. Melakukan Sedekah Jariah

Firman Allah s.w.t dalam SurahAl-Baqarah ayat 254.



يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ

مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِـيْـهِ

وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ

هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.


Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang inanya.”
(Al-Baqarah ayat 254)

10.. Kesimpulan:

Beriman soleh dimasukkan ke syurga.
Fitrman Allah s.w.t. :


وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ

تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.

قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)

Bermaksud:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
(At-Thalaaq ayat 11)


Sekian dahulu nota untuk ”Santapan Rohani” dan juga untuk renungan kita bersama.

-----------------ooooooooooooo-----------------

No comments:

Post a Comment