Monday, July 19, 2010

Seks bebas, kelahiran anak luar nikah - Siaran 280



hjdan@myjaring.net.
Juga - ahmadchedan@yahoo.com
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/
www.flickr.chedan.com


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم

Seks bebas, kelahiran anak luar nikah – Siaran 280


Kegiatan seks bebas dan kelahiran anak luar nikah tidak wajar lagi dianggap gejala social tetapi sudah sampai masanya disebut sebagai bencana social berikutan dengan penambahan kes berkenaan saban hari.

Menurut Pengasas Pusat Kebahagian Wanita dan Remaja (KEWAJA) Encik Yahaya Mohamed Yusof (gambar di atas), kes remaja hamil luar nikah yang semakin berleluasa di negara ini menjadi penanda sudah sampai masanya semua pihak memikirkan cara yang lebih efektif bagi menanganinya bukan sekadar kempen melalui kempen media saja.


Di pejabat KEWAJA saja, sejak 1996 hingga Mei 2010, sebanyak 2,720 remaja dan wanita hamil luar nikah sama ada mangsa rogol atau kerelaan sendiri telah direkodkan
Malah, hasil pertemuan dengan dengan beberapa pengusaha rumah perlindungan lain mendapati juga jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun hingga ada di antara pusat berkenaan tidak cukup menampung bilangan penghuninya.

Walaupun bahana akibat perbuatan itu kerap didedahkan pihak media sebelum ini, ia masih tidak cukup menakutkan remaja daripada melakukan perkara tidak bermoral itu hingga hamil luar nikah, malah bilangannya terus bercambah setiap hari.

Angka itu masalah besar yang membimbangkan dan menakjutkan. Justeru, apabila sudah menjadi bencana tak boleh kata ini tanggungjawab jabatan agama, pihak polis, badan bukan kerajaan atau terletrak di bahu pihak tertentu saja.

Hari ini bukan masanya untuk menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak harus memikirkan peranan dan tanggungjawab bersama bila berdepan dengan benca tersebut. Masalah ini ibarat wabak yang memerlukan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ia menular dengan lebih serius.

Maknanya, jika di pusat beli-belah kita hanya melihat perlakuan belia-belia yang menjolok mata seolah-olah kita menghalalkannya. Apa salahnya jika kita menegur dan memberi nasihat dengan baik dengan berbudi bahasa untuk menunjukkan keperhatinan kita perbuatan itu adalah tidak baik dan tidak bermoral yang akibahnya menjadi terlalu besar.

Kita perlu perhatin dengan konteks sebenar, iaitu mencegah lebih baik daripada merawat atau menyalahkan orang lain tanpa mencari penyelesaian. Berhubung dengan ada setengah pihak berpendapat bahawa kewujudan pusat perlindungan telah memberi galakkan kepada bertambahnya kes sedemikian, adalah tidak benar kerana pusat seumpama itu dapat menyelamatkan gadis-gadis terlanjur yang tiada ada hala tujuannya. Perkara yang terbaik sekali ialah dapat menyelamatkan kanak-kanak itu dibuang di merata tempat yang kita lihat kejadian membuang bayi semakin bertambah dari ke hari.

Cara yang terbaik untuk menyelesaikan kejadian seperti ini ialah bergantung kepada ibu bapa dan keluarga yang berkenaan.
a. Mereka harus mengetatkan kawalan mereka terhadap anak remaja mereka, mengambil tahu perihal aktiviti anak remaja mereka.

b. Mendidik anak-anak dengan ilmu agama dengan lebih serius bukan sahaja setakat menunaikan solat setiap waktu, tetapi harus mengajarkan mereka cara dan bagaimana mengerjakan solat-solat malam (Qiamullail) dan aktiviti-aktiviti ibadat sunat yang lain.


c. Kawalan anak remaja suaya tidak keluar rumah lebih daru jam 12.00 malam atau berpoya-poya di supermarket pada hari-hari cuti kelepasan dan sebagainya.

d. Tentukan rumah mempunyai lebih dari dua bilik tidur kerana rumah yang hanya satu bilik tidur menyebabkan anak-anak remaja akan keluar rumah dan berpoya-poya di merata-merata tempat, seperti di rumah kawan, di kelab-kelab dan sebagainya. Maka ini dengan demikian timbulllah kegitan yang tidak diingini itu berlaku.

e. Tentukan anak remaja kita tidak berkawan dan bergaul dengan orang-orang yang berkelakuan buruk.

Sekian dahulu, semoga dengan rencana yang ringkas ini dapat menjadi panduan kepada ibu bapa sekalian.
Nota:
Dipetik dari Harian Metro keluaran 10 Julai, 2010 muka surat 23).
-------------------------ooooooooooooooooo----------

No comments:

Post a Comment