Monday, July 26, 2010

Menemui Keluarga di Syurga - Siaran 282








Che’ Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Juga - ahmadchedan@yahoo.com
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/
www.flickr.chedan.com

Menemui keluarganya di akhirat – Siri 282

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم

Orang-orang yang Beriman.

Ketahuilah bahawa orang-orang yang beriman yang telah meninggal dunia, kemudian diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) yang beriman juga, maka Allah akan mempertemukan mereka bersama anak cucunya itu dalam syurga jannatuna’iim. Kerana dengan demikian itulah mereka mendapat mikmat dan kesenangan.
Firman Allah s.w.t.:

وَالـَّذِيْنَ ءَآمَنُوْا وَاتـَّبَعَتْهُمْ ذ ُرِّيـَّتُهُمْ بِإِ يْمَانٍ أ َلـْحَقـْنَا بِهِمْ ذ ُرِّيـِّتـَهُمْ وَمَـآ أ َلـَتْنَهُمْ مِّنْ عَمَلِهِمْ مِّنْ شَىْءٍ ط كـُلُّ اَمْرِىءِ بِمَا كـَسَبَ رَهـِين ٌ. (سورة الطور: 21)
Orang-orang yang beriman dan diikuti oleh anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan, Kami perhubungkan (kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu dan tiadalah Kami kurangkan (pahala) ‘amalan mereka sedikitpun. Tiap-tiap manusia tergadai (terikat) oleh usahanya masing-masing.
(Surah Ath Thur ayat 21)

Tetapi jika anak cucunya itu tiada beriman, maka tak dapatlah mereka berkumpul bersama, kerana tiap-tiap orang itu terikat menurut usahanya masing-masing. Jika ia beriman, ia masuk syurga, tetapi jika ia tiada beriman, ia akan dimasukkan ke neraka. Sebab itu tak dapat mereka berkumpul, jika mereka tidak sama-sama beriman.

Begitu juga antara laki isteri, mereka juga akan berkumpul bersama, jika sama-sama mereka beriman.

Semoga setiap manusia dapat mengambil iktibar dengan penurunan ayat tersebut, semoga setiap manusia turutlah beriman yakni kerjakan segala suruhan Allah s.w.t. dan jauhkanlah atau tinggalkanlah segala perkara yang di larang Allah s.w.t.. Begitu juga jangan sekali-kali kita berlaku syirik berarti menduakan Allah s.w.t. itu.

Sekian dahulu secara ringkasa,yang dapat mudah difaham dan mudah di ikuti oleh sekalian peringkat.

Wassala mualaikum…….

------------------oooooooooo----------------------

No comments:

Post a Comment