Thursday, July 29, 2010

Hikmah Solat Terawih - Siarah 283






Che’ Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Juga - ahmadchedan@yahoo.com
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/
www.flickr.chedan.com

Hikmah Kita Solat Teraweih. (283)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم

Maka adalah tersebut dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Muslim yang maksudnya seperti berikut:
”Barangsiapa yang mendirikan solat Isyak dan selepas itu mengerjakan Solat Terawih pada malam bulan Ramdhan
Dengan penuh keimanan dan ikhlas maka Allah s.w.t. mengampui dosanya yang telah lalu”
(H.R. Muslim).

Diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Talib r.a. katanya
”Telah ditanya oleh sahabat-sahabat akan Rasulullah s.a.w. ”Apakah kelebihan Solat Terawih di bulan Ramadhan, maka jawab baginda yang be rmaksud.”

1. ”Telah keluar orang-orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti ia baharu lahir, dosanya diampun oloeh Allah.”

2. Diampun dosa orang yang Solat Terawih serta kedua-dua ibubapanya, kiranya mereka orang yang beriman.

3. Diberi pahala sebahagian pahala orang yang membaca Al-quran Al-Quran.

4. Allah s.w.t. mengurniakan kebaikannya di dunia dan di akhiart.

5. Kematiannya dalam keadaan bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

6. Allah s.w.t. memberi peluang akan 24 doa yang mustajab, yang baik didoakanya di waktu Subuh.

7. Allah s.w.t. mengangkatkan daripadanya siksaan kubur.

8. Ianya melintas titian (Siratal Musataqim) seperti kilat menyambar.

9. Allah s.w.t. mengurniakan padanya pahala haji yang marbrur.

10. Dikurniakan baginya pahala seumpama orang yang solat di Masjidil Haram.”

Maka dengan itu wahai anda sekalian rebutlah peluang-peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t. dengan mengerjakan Solat Terawih setiap malam di bulan Ramadan.
Sekian, Wassala mualaikum.....!

-----------------oooooooooooooo---------------------

No comments:

Post a Comment