Saturday, April 24, 2010

Masalah Solat - Siaran 182











Hj.Che Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http://www.blogspot.com/




MASALAH SOLAT - SIARAN KE 182



Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Firman allah s.sw.t :-.

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ َجْرَ
هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل 97)





Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)

Firman Allah s.w.t. :-





وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا





Bermaksud:-
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka.




(Al-Thalaq ayat 11)




Masalah Agama – Siaran ke 182.


Masalah 310. (hingga 312)

Apa hukum makmum ruku’ atau sujud atau lainnya serentak dengan imam, dan makmum berdiri sebaris dengan imam pada tempat berdiari ?

Jawapan.

Apabila makmum mengerjakan ruku’ atau sujud atau rukun fi’li yang lain serentak dengan perbuatan imam tidaklah batal solatnya itu, hanya makruh sahaja perbuatan itu, kerana sabda Rasulullah s.a.w. " اذا ركع فار كعوا" ertinya ”Apabila ia ruku’ maka hendaklah kamu ruku’. Dan apabila serentak makmum dengan imam pada perbuatan solat maka ia meluputkan fadhilat ber jamaa’ah (sepertri yang ditegaskan oleh imam Rafie dan Ibn al-Rif’ah) Kerana ia menyalahi imam.
Oleh yang demikian jika makmum sebaris dengan imam pada tempat bediri juga boleh meluputkan fadhilat berjama’ah kerana makruh. Bahkan yang sepatutnya makmum berdiri di belakang imam dan sekurang-kurangnya tumit makmum terkebelakang sedikit daripata tunit imamnya. (Kitab Solat jama’ah, m.s. 90)


Masalah 311.

Apakah hukum makmjum memberi salam serentak dengan imam ?

Jawapan.
Jika makmum memberi salam serentak dengan imam, maka ulama berbeza pendapat di antara batal solat ataupun tidak. Tetapi pendapat yang lebih sahih ialah tidak batal solatnya, hanyalah makruh dan luput fadhilat berjama’ah kerana menyalahi imam.
(Kitab Solat jama’ah, m.s. 90)


Masalah 312.





Apakah hukum makmum masbug bangun saebelum imam memberi salam ?

Jawapan.

Apabila makmum yang masbug bangun kepada qiyam kerana menyempurnakan raka’at yang baki lagi sebelum imam memberi salam tanapa niat mufaraqah nescaya batallah solatnya. Demikianlah juga akan terbatal solat sunat mutlaq seseorang yang bangun kerpada qiyam kerana menambah rakaa’tnya tanpa niat hendak menambahnya.




(Kitab Solat jama’ah, m.s. 90)


Sekian dahulu mengenai solat.





Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه





---------------------ooooooooooo---------

No comments:

Post a Comment