Sunday, April 25, 2010

Masalah Agama - Siaran 187











Hj.Che 'Dan bin Ahmad

Email –
hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com/.


Masalah Agama – Siaran 187

Masalah 331.. Bagaimanakah hukumnya apabila seseorang yang bersembahyang itu hanya memakai seluar sahaja dan tidak berbaju dan juga tidak bersongkok.

Jawapan.

Menutup aurat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang. Aurat orang lelaki dalam sembahyang adalah sesuatu yang ada di antara pusat dan lutut. Jadi jika seorang laki-laki sudah memakai seluar yang menutup bahagian pusat dan sekelilingnya dan bahagian lutut dan sekelilingnya berarti sudah menutup aurat, walaupun tidak memakai baju dan songkok. Dengan itu sahlah sembahyangnya.

Akan tetapi apabila kita pergi bersiar-siar di bandar, menonton wayang dan sebagainya kita memakai pakaian yang cantik-cantik dan sepenuhnya kerana kita malu kepada manusia yang melihatnya, mengapa kita tidak malu mengadap Tuhan dengan pakaian seperti hendak ke tandas. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud ”Apabila kamu hendak mengerjakan solat hendaklah memakai pakaian yang cantik-cantik dan lengkap” . Dari itu apabila kita hendak solat, kita hendaklah berpakaian yang lengkap dan cantik.
(Rujuk kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 99 )



Masalah.. 332 .Kita hendak mengambil air sembahyang kebiasaannya kita buang air kecil dahulu, dengan keyakinan kita sudah bersih, lantas mengambil air sembahyang, terus solat, tetapi kadang-kadang di waktu sujud ada seolah-olah air sedikit, ada rasa terkeluar ,ini mendatangkan karagu-raguan, apakah itu terbatalnya wuduk kita?

Jawapan

Masalah membersihkan diri dari bekas-bekas kencing amat penting, kerana jika kurang bersih akibatnya dapat merusakkan wuduk dan membatalkan sembaynag pula. Terdapat petua dalam Kitab Bidayatul Hidayah yang bermaksaud:





”Setengah daripada adab beristinja’ bahawa engkau lakukan istibro’ dari kencing, dengan berdehem-dehem, dan menarik zakar perlahan-lahan tiga kali, dan dengan melakukan dengan tangan kiri dari bawah”

Sekarang andaikata kita sudah bersih sesudah istinja’ dan istibro’, kemudian kita yakin menitisnya kembali air kencing dari zakar, maka dengan sendirinya batallah sembahyang, kerana batal wuduknya dan ternajis pakaian dalamnya. Akan tetapi apabila kita syak ragu-ragu seperti seolah-olah menetis sedikit air kencing, tetapi tidak yakin akan hal teresebut, tidaklah sembahyang itu menjadi batal demikian pula wuduknya. Oleh sebab pada asalnya kita yakin suci , sedangkan kita ragu-ragu dalam hal batalnya. Hukum fiqh adalah ”Yakin tidak menghilangkan dengan syak.”
Rujuk kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 96.


Masalah 333.. Jika saya mengambnil air sembahyang menggunakan cebok atau gayong, kemudian air sembahyang itu kembali kepada atau terjatuh kepada bekas itu apakah sah atau tidak wuduk saya itu?

Jawapan.





Pertanyaan ini mengenai air mustakmal yang terjatuh ke dalam cebok atau gayong ke dalam air muthlaq (air suci mensucikan). Air mustakmal hukumnya suci tetapi tidak mensucikan, artinya boleh diminum tetapi tidak dapat untuk mengambil air sembahyang, mandi junub dan menghilangkan najis Syarat berwuduk adalah dengan nair muthlaq. Jadi air yang jatuh ke dalam cebok atau gayong yang menetis dari muka atau tangan orang atau angguta yang wajib berwuduk seketika mengangkat hadas kecil tadi itu adalah air mustqmal.
Kalau air mustaqmal itu terjatuh ke dalam kolah tempat mengambil wuduk itu yang melebihi dua kolah maka sahlah wuduk itu, kecuali yang jatuh itu najis atau air mutanajis, maka tidaklah boleh mengambil wuduk. Begitu juga kalau air itu menjadi berubah dengan sebab kejatuhan air mustaqmal, dengan perubahan yang banyak sehingga dapat menghilangkan nama air muthlaq, maka air itu juga tidak boleh digunakan berwuduk.





Kesimpulan, jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong itu sehingga dapat merubahkan air muthlaq, jadi air itu tidak muthlaq lagi. Dia suci dan tidak mensucikan, boleh di minum tetapi tidak boleh mengnmbil air sembahyang. Jika air yang menitik ke dalam cebok atau gayong sedikit sahaja, tidak merubahkan air dan tidak menghilangkan nama aiar mutlaq maka tidaklah mengapa untuk meneruskan memakai air itu. Ia tetap air mutlaq dan suci mensucikan.




(Rujuk Kitab100 Maslah Agama Jil 5 ms 90.)



Masalah 334…Seorang yang mengambil wuduk sambil memakai sepatu, dan sewaktu membasuh kaki, sepatunya tidak dibuka, tetapi hanya dititiskan air di atas sepatu tersebut. Kemudian mengerjakan solat dengan memakai sepatunya. Sahkan wuduk dan solatnya ?

Jawapan.

Wuduknya sah dan solatnya pun sah. Memang diperkenankan bagi orang yang memakai sepatu (khuf) untuk menyapu khufnya, dan tanpa membukanya di waktu berwuduk, dan sewaktu bersolat. Tetapi jika ia mengambil wuduk memakai khuf dan membukanya sewaktu solat maka batallah wuduknya itu dan solatnya itu terjadi tidak sah.
Menyapu air di atas khuf itu hukumnya boleh, tetapi dengan syarat- syarat:

a. Bahawa dimulai memakai dua khuf itu sesudah sempurna bersuci




(sesuatu yang mewajibkan mandi.)
b. Bahawa kedua khuf itu menutupi bagi tempat basuhan yang fardhu, iaitu dua tapak kaki bersama dua mata kakinya (buku lali).
c. Bahawa kedua khuf itu kuat dipakai untuk berjalan jauh.
d. Jangan dibuka khuf itu dikala mahu bersembahyang.
e. Menjadi menyusahkan diri jika membuka khuf sewaktu hendak




bersolat.
Rujukan Kitab 100 Maslah Agama Jil 5, ms 92.


Masalah 335.. Suami isteri yang telah melakukan jima’ (persetubuhan) di waktu malam, apakah diwajibkan atas dirinya melakukan mandi hadas besar pada malam itu atau sesudah jima’ itu juga. Andaikata malam itu tidak terduga meninggl dunia secar mendadak sebelum mandi junub bagaimana pula hukumnya ?

Jawapan

Hukum mandi hadas besar adalah wajib, dan tidak mesti dilakukan dengan segera, kecuali dikala terdesak hendak melakukan sembahyang. Artinya mandi itu dapat dan boleh ditunda. Suami isteri yang melakukan persetubuhan di malam hari sesudah masing-masing mengerjakan solat Isya’, boleh menunda mandi sampai akan melakukan solat Subuh. Jika tidak terduga meningal dunia pada masa penundaanya itu tidaklah menjadi sebab atas kedosaannya, kerana dia melakukan hal yang boleh, dan kematian yang berlaku itu tidaklah menjadikan dia berdosa kerananya. Tetapi makruh bagi orang yang berhadas besar itu makan dan minum, tidur dan mengulangkan lagi persetubuhan pada malam itu.
Rujukan; Kitab 100 Masalah Agama Jil.5 ms 94.



Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


------------------oooooooooooooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment