Friday, April 23, 2010

Masalah solat jenazah - Siaran 181






















Hj. Che Dan bin Ahmad.
E-mail –
hjdan@myjaring.net.



MASALAH 305 - 309 - SIARAN KE 181



Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Maslah 305.







Bagaiman keadaan makmum masbug dalam solat jenazah .(92)

Jawapan.

Seorang makmum yang masbug hendaklah ia membaca Fatihah kemudian daripada takbirat al-ihram, walaupun imam berada dalam takbir yang lain.

Namun begitu jika imam takbir sebelum makmum itu membaca Fatihah maka hendaklah ia mengikut imamnya pada takbir dan gugurlah Fatihah itu daripadanya, kemudian hendaklah ia sempurnakan solatnya dengan takbir dan bacaan-bacaannya itu selepas imam memberi salam.

Oleh yang demikian jika imam bertakbir dan makmum masbug sedang mambaca Fatihah, maka wajib ia bertakbir mengikut imam dan tinggalkan bacaan Fatihah yang baki itu jika ia tidak sibuk membaca Ta’wwuz ;
أعوذ بـا لله من الشيطان الرجيم..."







Sebaliknya jika ia membaca Ta’awwuz maka wajib ia tambah bacaan Fatihah sekadar Ta’wwuz.

Disunatkan jangan mengangkat jenazah sehingga makmum masabug menyelesaikan solatnya, kerana barangsiapa solat jenazah dan bertakbirat al-ihram sebelum jenazah diangkat maka tidak membatalkan solatnya jika diangkat jenazah selepas itu walaupun jauh dan berpaling daripada Qiblat.

Namun begitu jika bertakbirat al-ihram selepas diangkatkan jenazah dan dibawa pergi ke perkuburan, maka disyaratkan sah solatnya itu tidak jauh melebihi tiga ratus hasta dan tidak bepaling daripada Qiblat, sebaliknya jika jauh atau berpaling daripada Qiblat sebelum salamnya nescaya batallah solatnya itu.
(Kitab solat jamaah m.s. 92)

Masalah 306.

Apa hukum dalam solat jenazah, makmum masbug membaca doa iftitah hingga ia tidak dapat menghabiskan bacaan fatihahnya ?

Jawapan.

Jika makmum masabug membaca doa iftitah hinngga ia tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya dan imam mengangkat takbnir yang kedua, maka batallah solatnya kerana doa iftitah tidak disunatkan pada solat jenazah sebab solat jenazah itu hendaklah diringankan dan menyegerakan pengkebumikan jenazah itu amat digalakkan oleh Syara’. (Kitab solat jamaah m.s. 92)

Masalah 307.

Bolekah kita membaca doa iftitah dalam solat ke atas mayat ghaib ?

Jawapan.

Jika seseorang itu solat ke atas mayat ghaib maka disunatkan ia membaca iftitah, kerana doa iftitah tidak disyaratakan pada solat jenazah yang hadir sahaja disebabkan sunat segera pengkebumiannya, sedangkan solat ghaib dan juga solat mayat yang telah dikebumikan tidak lagi dituntut bersegera, bahkan boleh solat dan berdoa yang panjang. (Kitab Solat Jamaah m.s.93)

Masalah 308.
Dimanakah imam akan berdiri pada solat jenazah ?

Jawapan.

Disunatkan imam dan juga munfarid (seorang sahaja) berdiri berbetulan krepala mahyat, jika mayat itu lelaki dan berbetulan pinggangnya jika mayat itu perempuan dankhunsa.
(Kitab solat jamaah m.s 93).

Masalah 309.
Ketika saolat jenazah, dimana yang sepatutnya kepala mayat diletakkan.

Jawapan.

Sunat diletakkan kepala mayat lelaki pada pihak kiri imam, sementara mayat perempuan dan khunsa pula sunat diletakkan kepalanya pada pihak kanan imam, kecuali jika mayat itu disembahyangkan bersebelahan kubur Nabi s.a.w. di Masjid Madinah, maka kepala mayat perempuan dan khusa hendaklah diletakkan sebelah kiri imam dan kepalanya sebelah kubur Nabi s.a.w.. Ini kerana beradab dengan Baginda s.a.w.
(Kitab solat jamaah m.s. 94)



Sekian dahulu mengenai taubat.

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.

Sekian dahulu dan di ucapkan....








وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


---------------------oooooooooooooooo----------------

No comments:

Post a Comment