Thursday, April 22, 2010

Cara melakukan Solat Sunat Taubat - Siaran 178

KEWAJIPAN KEUTAMAAN KITA
BERTAUBAT.



1. Ertinya Taubat


a. Ketahuilah taubat itu mempunyai tiga perkara:

(1) Menyebabkan Ilmunya-
mengenal tentang besarya dosa.

(2) Menyebabkan keadaannya-
seabgai tabir yang memisahkan dengan
Allah s.w.t

(3) Menyebabkan perbuatannya-
meninggalkan dosa yang sedang
bergelimang dalam dirinya.

2. Kewajipan Bertaubat.


a. Telah nyata kewajipannya berdasarkan dari nas-nas al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

b. Tidak ada kebahagian yang sebenarnya di akhirat, melainkan ia telah bertaubat dari segala dosanya.

c. Boleh menghalang manusia dari bertemu dengan Allah s.w.t. jika ia terlampau ikut nafsu kemungkarannya melainkan ia bertaubat.


Firman Allah s.w.t. (9)

وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ

لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. (النور 31)

Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian
orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan.

يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ

تَوبَةً نَصُوْحًا. (التحريم: 8)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas)

إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya.
(Al-Baqarah: 222)

Sabda Rasulullah s.a.w. (13)


أَلتَّا ءِـبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ.

Ertinya:Orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tiada mempunyai dosanya lagi.
(HR Bukhari dan Muslim)
3.. Kewajipan Bertaubat Dengan Segera.


Bertaubat itu wajib disegerakan kerana bahawa maksiat itu tergolong dalam perkara yang membinasakan diri dan seterusnya mengaitkan dengan keimanan seseorang itu. Tujuannya segera bertaubat juga untuk menjadi pendorong kepada manusia supaya meninggalkan segala maksiat.

4..Wajiblah Kita Segerakan Bertaubat. (15)

Wajib kita segerakan bertaubat ialah kerana semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan.

5. Manusia sentiasa ikut Nafsunya. (16)

Manusia itu semenjak mula kejadiannya di dunia suka ikut hawa nafsunya. Bertaubat bukan saja tinggalkan ikut hawa nafsunya tetapi taubat yang sempurna ialah mengenang kembali dan menyesali segala maksiat yang telah terlanjur di masa-masa yang lalu. Bertaubat itu menerangkan kembali hatinya yang telah terpadam kerana maksiat itu.

Firman allah s.w.t.

وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج
إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُوْنَ
الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا
يَقـْتَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)
Bermaksud: (19)

Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orangyang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
• (Al-Am: 120)


6.. Meninggalkan Dosa mendapat pahala. (29)

Firman Allah s.w.t.:

إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َ
عـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ
خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا. (النساء : 31

Bermakasud: (22)

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang , kamu mengerjakan, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). (An-Nisa’ 31)


مَآ أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهَ وَمَا
أَصَا بَكَ مِنْ سَيِّـءَـةٍ فَمِن نَّفـْسِكَ ج
وَأَرْ سَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُوْلاً ج وَكَفَى
بِاللهِ شَهِيْدًا. (النساء: 79)
Bermaksud: (27)

Apa saja nikmat yang kamu perolehi dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari kesalahan dirimu sendiri, Kami mengutusmu menjadi Rasuil kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi” (An-Nisa’ 79)


• أنَّ اللهَ لَا يَغْفـِرُأَنْ يُشُرِكَ بِهِ وَيَغْفِرُ
مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآؤُ ج وَمَنْ
يُشْرِكْ بِاللهِ فـَقَـدْ ضَلَّ ضلـَلًا
بَعِيْدًا. (النساء :116)
Brermaksud- (29)
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni jika Dia dipersekutukan dengan yang lain Dia mengampuni dosa yang kurang dari itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, sesungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya”
• ( An-Nisa’ ; 116)




Firman allah s.w.t. dalam ayat 135-136 Surah Ali-Imran yang bermakasud:


• ”Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selaian daripada Allah?.
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengtahui.
Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan
syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang
mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala
orang-orang yang beramal.
• (Ali-Imran: 135-136) (taubat 17)

Ulasan. (31)
Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa,namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik. . Oleh itu hanya kepada Allah setiap orang memohon pengampunan di samping besar nikmat ampunan daripada segala dosa.

Allah juga besar azab dan seksaan Allah bagi sesiapa yang sentiasa dalam keingkaran Sebelum pintu taubat di tutup atau sebelum kematian menjemputg kita bertaubatlah dengan segera agar kita tergolong ke dalam ihsan yang diredhai Allah.


7. BIMBINGAN BERTAUBAT.

Setelah terbuka pintu hati kita untuk menerima kebenaran yang datang dari Allah s.w.t., setelah kita menyedari bahawa selama ini kita telah banyak melakukan perbuatan dosa, maka segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t.. Tambahlah dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenar-benarnya dan berjanji tidak akan mengulangi segala kesilapan masa silam.

Banyakkanlah mengingati atau berzikir dan bereistighfar kepada Allah s.w.t. kemudian lakukanlah Qiamullail atau solat-solat malam seperti solat Tahajjud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan solat Witir. Juga hendaklahj selalu lakukan solat Taubat agar segala kesalahan dan dosa masa lalu diampunkan.

8…Dosa-dosa yang berlaku.

Setiap insan pasti telah melakukan berbagai kesalahan atau dosa yang kita sendiri tidak sedar mahupun yang kita sedar. Di antar dosa-dosa itu ialah:

(1). Mengumpat kepada orang
( 2). Berdengki khianat
( 3). Bercakap takbur
(4). Perbuatan riak diri
(5). Marah dan berdengki
(6). Berdendam
(7). Tamak dan haloba
(8). Takbur dan bangga diri
(9). Menipu orang ramai
(10). Memakan wang riba
(11). Memutus solitarahim
(12). Minum arak
(13). Berzina atau melakukan liwath
(14). Mencuri
(15). Bertenung dan mengadu nasib.
(16). Tukang sihir
(17). Memakai dan percayakan azimat (tangkal)
(18). Derhaka kepada dua ibu bapa.
(19). Bakhil, kikir dan kedekut
(20). Gibah atau buat fitnah
(21). Berbohong dan berdusta
(22). Berjudi tikam ekor.
(23). Memaksa orang membuat kejahatan.
(Dan banyak lagi……….)



9..Solat Sunat Taubat.

Solat taubat ini dilaksanakan setelah berbuat dosa atau merasa berdosa, kemudian bertaubat kepada Allah s.w.t.. Solat sunat taubat merupakan solat yang disyariatkan. Jika kita terlah bertaubat daripada melakukan dosa, berarti kita telah menyesal terhadap perbuatan yang telah kita lakukan. Kemudian bercita-cita tidak akan melakukannya lagi serta memohon keampunan kepada Allah s.w.t
Allah s.w.t. akan mengampun kesslahankita itu. FirmanNya:

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوْءًاَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثـُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًا رَّحِيْماً. (النساء 110)

“Barang siapa mengerjakan kejahatan atau menganiya dirinya sendiri, kemudian dia minta ampun kepada Allah. Niscaya ia memperolehi Allah Penganpunan, Lagi Penyayang.”
(An-Nisa’ ayat 110)



10. Cara Melakukan Solat sunat Taubat. (42)




Solat Taubat dilakukan sebanyak dua rakaat atau tidak terbatas, dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak, pada waktu tengah malam di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi, atau pada bila-bila masa yang lapang.

أُصَلىِّ سُنَّةَ الـْتَوْبَةِ رَكْعـَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى.

”Sahaja aku solat Sunat Taubat,
dua rakaat kerana Allah Taala.


Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah,kemudian membaca surah-surah pendek seperti “Qul ya
“ قـُلْ يَا أَيُّهَا الْكَـفِرُوْ sebanyak 3 atau 11 kali.
Pada rakaat kedua membaca surah Fatihah, kemudianmembaca surah Al Ikhlas sebanyak 11 kali.
(…….قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحـَدُ)


Semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca tasbih ini,
beberapa kali, jika mampu bacalah 40 kali.

لأِالَهَ اِلأَّ اَنْتَ سُبْحَانـَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesunguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya (zalim)

Kemudian bacalah dua ayat al-Quran surah al-Imran 135-136.

وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَـا حِشَةً أَوْظَلَمُوْا اَنْفُسَهُمء ذَكَرُواللهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لـِذُنُوْ بِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلىَ مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ. أُولَـءِـكَ جَزَاؤٌهُمْ مَغْفِرَةٌ مِّنْ رَبِّهِمْ وَجَـنَّاتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا وَنِعْمَ اَجْرُ الْعَالَمِيْن.

Selepas itu bacalah doa taubat ini
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

تُبْنَا إِلىَ اللهِ ,تُبْنَا إِلىَ اللهِ, تُبْنَا إلِىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وِنَدِمْنَا عَلىَ مَا فَعَلْنَا, وَعَذَمْنَا أَنْ لَا
نَعُوْدَلِذَنْبِ أَبَدًا, وَنَحْنُ بِرِبْـءُـوْ

مِنْ كُلِّ دِيْن ٍ يُخَالِفُ دِيْنَ الْاِسْلَام ِ, وَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهِ إِلَا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَتَشْهَدُ أَنَّ سَيْدِنَا مُحَمَّدًا رَسُوْلُ

اللهِ صَل َللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, رِضِيْنَا بِا للهِ رَبًّاوَبِالْاِسْلَامِ دِيْنًا وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدً صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا, اَللَّهُمَّ

صَلىِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـِّمْ تَسْلِيْمًا وَكُنْ بِنَا وَبِالْمُوءْمِنِيْنَ رَءُوْفـًا رَحِيْمًا.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبِتَنـَا فِى الْأُمُوْرِ كُلَّهَا, وَأَجِرْ نَا مِنْ خِزْي الدُّنْيَا وَعَذَابِ ألْآَخِرَةِ. ...

اَللَّهُمَّ إِنَا نَسْأ َلـُكَ رِضَا كَ وَالْجَنَّة َ, وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللَّهُمَّ لَاتُسَلِّطْ عـَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُ وَلَا
يَرْحَمْنَا. اَللَّهُمَّ اجْعـَلْ خَيْرَ أيَّـا مِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ وَأَنْتَ رَاض ٍ عَنـَّا, وَاخْتِمْ بِا صَّا لِحَاتِ أَعْمَا لَنَا وتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ

وَأَلَـْحِقْنَا بِا لصَّا لِحِيْنَ, وَغـْفِرِ لَنَاوَلـِوَالِدَ يْنَا وَلِمَشَا ءِخـِنَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.

Maksudnya:
Kami bertaubat kepada Allah , kami bertaubat kepada Allah,kami bertauba kepada Allah, kami kembali kepada Allah,kami kembali kepada Allah. Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu selama-lamanya, kami tidak tidak mengakui selain daripada agama Islam dan kami naik saksi bahawa tidak Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan kami naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kami redaha Allah itu sebagai Tuhan yang disembah ,Islam itu sebagai agama yang dianuti, dan Nabi Muhammad s.a.w. Itu sebagai Nabi dan Rasul. Ya Allah selawat dan sejahtera- kanlah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. para keluarganya para sahabat-sahabanya sekalian dan belas…Kasehanlah kami dan orang-orang mukmin.

Ya Allah ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan kami, dan lepaskan kami dari pada kehinaan dunia dan azab akhirat, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keredaan dan syurgaMu, Dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan dan balasan api neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah orang-orang yang tidak takutkan Engkau dan orang-orang yang tidak kasihkan kami menguasai kami disebabkan oleh dosa dosa kami….Wahai Tuhan kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemuiMu di mana Engkau redha akan kami, dan sudahkan amalan-amalan kami dengan yang baik-baik, dan matikan kami dalam keadaan Islam dan himpunkan kami dengan orang-orang yang soleh, ampunlah dosa Kami, kedua ibu bapa kami, dan guru-guru kami.

Ya Allah Engkau sahaja yang lebih mengasihani daeipada segala yang mengasihani.(68)
11…Berzikir dan Beristighfar.

Zikir ialah ingat kepada Allah yang dapat dinyatakan dengan hati dan lidah,dan bahawa zikir juga dengan perbuatan seperti melakukan solat, puasa, solat-solah di tengah malam dan bersedekah yang mana boleh menghapuskan dosa yang telah kita lakukan.

Firman Allah s.w.t.

يَأَيُّهَا الذِيْنَ ءَا مَنُوْا اذْكُرُوْا اللهَ ذِكْرَا كَثِيْرًا (41 وَسَبِّحُوْهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلا ًّ (42)

Ertinya;”Hai orang-orang yang beriman, ber-zikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang (Al-Ahzab 41-42)

فَـاذْكُرُوْنِيْ أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِى وَلَا تَكْفُرُوْنِ.
.
Ertinya: “Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku.(Al-Baqarah: 152).

Di antara lafaz zikir yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. untuk kita amalkan ialah:

1. Tasbih سُبْحَانَ الله
2. Tahmid اَلْحَمْدُ لله
3. Tahlil لَا إِلـَهَ إِلآ الله
4. Takbir. اَللهُ أَكْـبَرُ

Kita boleh mengucapkannya secara terpisah iaitu tasbih saja, atau tahmid atau tahlil atau takbir saja. Biasanya keempat-empatnya sekaligus dirangkaikan:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلَا اِلَهَ اِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ.
• Lebih baik disambung lagi:
• وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم ِ.

KESIMPULAN.

Bersegeralah bertaubat.

Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan


Wassala mualaikum


Selamat Bertemu Lagi
Dalam Program
Santapan Rohani
Ehwal Islam.

--------------------------oooo-----------------------------

No comments:

Post a Comment