Daripada:
Hj.Che’ Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/
MASALAH AGAMA – SIARAN KE 180
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali lagi menyambung membicarakan ehwal Agama Islam bagi memberi bermanafaat kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian.
MASALAH AGAMA ISLAM - SIARAN KE 20
Masalah 204
Apakah hukumnya bila seseorang Islam itu mencaci, memaki atau mengeluarkan kata-kata yang tidak bersopan terhadap seorang Muslim yang lain ?
Jawapan.
Setengah daripada maksiat lidah adalah mencaci dan menghina sesama Muslim. Firman Allah s.w.t.;
وَلآ تـَلـْمِزُوْا أ َنـْفـُسَكـُمْ. (الهجرة – 11)
Ertinya: “ Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri”
(Al-Hujjarat ayat 11)
وَيـْلٌ لِــكـُلِّ هـُمَـزَ ةٍ لـُمَزَةٍ. (الهمزة – 1)
Ertinya “Neraka Wail, bagi setiap pengumpat lagi pencela
.(Al-Humazzat ayat 1.)
Adapun Humazzat makna iaitu pemakan daging-daging manusia (artinya-tukang memakan orang). Dan adapun Lumazah itu maka pencela atas mereka.
Orang-orang beriman hendaklah selalu berusaha menjauhkan diri dari menceritakan keburukan atau mengumpat orang atau saudara sesama Islam,
dan menjauhkan diri dari mencaci dan mencela sesama Islam atau menghinakannya. Bersabda Rasulullah s.a.w.:
اَلـْمُسْلِمُ اَخُوالْمُسْلِمِ لآ يَخُوْ نُهُ وَلآ يُكَذِّبُهُ وَلآ يَخْذُلُهُ كُلُّ الـْمُسْلِمِ عَلىَ الـْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْ ضُهُ وَمَا لـُهُ وَدَمُهُ التـَّقْوَى هَهُنَا – بِحَسَبِ امْرِءٍ مِنَ الشـَّرِ انَ يَحْقِرَ اَخَاهُ الـْمُسْلِمَ. (رواه الترمزى).
Artinya: Muslim adalah saudaranya Muslim. Tidak akan mengkhianatinya, tidak mendustakannya, dan tidak mengkhianatinya. Keseluruhan Muslim atas Muslim itu haram. Kehormatannya, hartanya dan darahnya, taqwa itu di sini. Cukuplah seorang itu tergolong jahat, bahawa dihinanya saudaranya yang Muslim. (H.R. Attirmidzi).
Dari Abi Hurairah pula, bersabda Rasulullah s.a.w. ;
Bermaksud:
Janganlah kamu berdengki-dengki. Janganlah kamu menaikan tawaran harga dagangan dengan maksud menipu, dan janganlah kamu berbenci-benci, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan setengahnya, dan jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah satu dengan lainnya bersaudara. Orang Muslim adalah saudaranya Muslim, tidaklah menganaianyanya, tidaklah menghinakannya, dan tidak meremehkannya. Taqwa itu di sini beliau berisyarat keadaannya tiga kali. Cukuplah seorang itu dari pada kejahatan bahawa diremehkannya saudaranya. Keseluruhan Muslim atas Muslim lainnya adalah haram. Darahnya, hartanya dan kehormatannya (H.R.Muslim).
(Rujukan ”Kitab Masalah Agama Jil. 3 ms 96)
Maslah 205
Seseorang itu mengangkat hadas besar sunat dia mengambil wuduk sebelumnya. Maka setelah selesai mandi hadas besar adakah perlu lagi dia mengambil wuduk kerana tadi dia telah pun mengambil wuduk?
Jawapan.
Jika wuduknya tidak terbatal semasa mandi hadas besar itu seperti tidak menyentuh qubul atau duburnya sendiri dengan tapak tangan atau perut jarinya, maka tidaklah dia dituntut untuk melakukan wuduknya lagi sesudah mandi, kerana ia telah melakukan mandi dengan sempurna.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil; 3 m.s. 102)
Masalah 206
Semasa saya bertugas di dalam hutan tebal yang cuacanya gelap tidak nampak kelihatan awan di langit akibat akan turun hujan, maka masuklah waktu Zuhur, saya tidak tahu dimana barat dan di mana timur atau di mana qiblat untuk bersembahyang. Adakah sah saya berijtihad menentukan arah qiblat sembahyang itu ?.
Jawapan.
Menghadap qiblat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang. Wajib mengadap qiblat dengan yakin dari dekat mahupun dari jauh. Wajiblah ia mengetahui di mana arah qiblat itu. Syarat bagi penentuan arah qiblat adalah:
a. Mengetahui sendiri.
b. Pengkhabaran dari orang berkepercayaan.
c. Ijtihad.
d. Taqlid kepada orang yang berijtihad.
Dalam hal di atas wajib ia mengetahui sendiri di mana qiblatnya. Tetapi kalau ia tidak berupaya wajib ia mencari tahu dari orang-orang yang menegathuinya. Tetapi kalau tidak ada orang tahu, wajib ia menyemak dengan pengalamannya yang lalu. Tetapi ini juga tidak diperolehi, wajib ia berdaya upaya mencari tanda-tanda yang lebih meyakinkan dirinya itu adalah arah qiblat. Jika keseluruhannya itu tidak berdaya maka wajiablah ia berijtihad iaitu membuat kepercayaan dengan cekal hatinya bahawa itulah arah qiblat yang ia tidak menaruh syak wasangka sedikitpun. Sembahyanglah ia dengan khusyuk sperti biasa kerana Allah akan menerima amalan sembahyangnya itu. Firman Allah s.w.t.:
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ
مـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78) .
Tetapi ternyata selepas itu dia mendapati Ijtihadnya itu tidak tepat iaitu tersalah mengadap qiblat, maka wajiblah ia qadha sembahyangnya itu selepas yang ia ketahui sahnya kesalahannya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 3. m.s 156)
Masalah 207.
Saya ingin tahu apakah fadhilat membaca SuratYasin itu?
Jawapan.
Adapun fadihilat itu amat besar faedahnya kerana surat Yasin itu mempunjyai keutamaan melebihi surat lainnya, lagi pula di hatinya Al-Quran. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. dari Nabi s.a.w.:
اَنَّ لِكلِّ شَىْءٍ قـَلْبًا وَقـَلْبُ اَلْقُرْأَنِ يَــسِ وَمَنْ قـَرَ أَيَـسِ كَتَبَ اللهُ لَهَ بِقَراءَ تِهَا قِرَاءَةَ الْقُرأَنِ عَشَرَ مَّرَاتٍ. (رواه اترميزى)
Ertinya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu ada hatinya. Dan hatinya Al-Quran itu adalah Yasin. Dan barang siapa yang membaca Yasin niscaya dituliskan Allah baginya dengan pembacaannya itu, membaca Al-Quran sepuluh kali. (H.R. At-Termidzi):
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawasanya beliau bersabda:
مَنْ قَرَأَ يَـسِ فَى لـَيْلَةٍ اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ غُفِرَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ فَاقـْرَءُوْهَا عِنْدَ مَوْتـَا كـُمْ. (رواه أطابارانى)
Ertinya: Barangsiapa yang membaca Yasin pada suatu malam, kerana menghendaki keredaan Allah, niscaya diampunkan baginya dari dosanya. Maka bacalah dia pada orang-orang mati kamu (H.R. Kitab Masalah Agama Islam Jil. 4 m.s.61).
Masalah 208
Ada seorang sahabat saya yang sudah berumur lebih 20 tahun memberi tahu saya yang dia tidak tahu yang dia belum lagi berkhatan. Apakah hukumnya?
Jawapan.
Bahawasanya hukum berkhatan bagi lelaki dan perempun sesudah akil baligh adalah wajib. Maka seseorang wanita yang belum lagi berkhatan wajiblah dia berkhatan. Sekiranya selama ini dia tidak tahu tidaklah berdosa, tetapi sekarang sesudah dia tahu wajiblah disegerakannya, jika tidak ia akan berdosa kerana hukum khatan bagi wanita adalah wajib. Tersebut dalam ”Kitab Isa’adurrofiq, Jil.2 m.s 3 seperti berikut:
Bermaksud: ”Dan setengah daripada maksiat faraj, adalah meninggalkan berkhatan sesudah dewasa, kerana khatan itu hukumnya wajib ketika dewasa itu, atas mukallaf sama ada ia leki-laki atau perempuan. Dan adalah khatan itu dengan memotong kulup laki-laki dan asal ada nama potong bagi permpuan.”
Masalah 209
Saya dapati ada bebarapa wanita Islam rakan wanita saya yang masih lagi memakai pakaian mendedahkan rambutnya, memakai baju yang ketat bagi menonjol buah dadanya, ada yang menutup kepala tetapi memakai baju tangan pendek menampakkan lengannya. Apakah hukumnya?
Jawapan.
Aurat perempuan di dalam atau di luar sembahyang yang boleh terlihat oleh lelaki ajnabi, hendaklah di tutup seluruh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangannya. Jadi rambut, buah dada, lengan, kaki betis, semuanya itu adalah aurat, yang wajib ditutup, dan haram dilihat atau diperlihatkan kepada lelaki ajnabi. Jadi mereka yang anda sebut demikian itu adalah satu perlanggaran dan suatu perkara membuat dosa yang terancam dengan siksaan yang pedih di hari kemudian kelak.
(Rujuk Kitab Masalah Agama, Jil 4, m.s. 104)
Masalah 210
Semasa menaiki bas yang saya kena berdiri untuk pergi semabahyag Jumaat dan mempunyai wuduk dan dalam perjalanan itu saya tersentuh dengan rambut wanita yang sama-sama berdiri dengan saya. Apakah batal atau tidak wuduk saya itu ?
Jawapan.
Ketahuilah persentuhan yang membatalkan wuduk itu adalah disyaratkan berlainan kelamin yang bukan mahram iaitu kulit dengan kulit. Jadi persentuhan kulit laki-laki dengan gigi, kuku, atau rambut perempuan yang bukan mahram juga tidaklah membatalkan wuduk anda. Kerana gigi, kuku, dan rambut, bukanlah kulit dan tidak membawa kelazatan dengan menyentuhnya.
Terdapat satu siaran dalam Kitab Ghayatul Bayan ’ala Zubadibni Ruslan” halaman 46 yang ertinya seperti berikut:-
”Dan setengah dari pada yang membatalkan wuduk, adalah persentuhan perempuan akan laki-laki; artinya meyentuh laki-laki akan perempuan yang helat lagi dewasa dengan kulit masing-masing. Dan iaitulah selain gigi, rambut, dan kuku atau sesuatu yang semakna dengan keduanya,”
Masalah 211
Saya ingin tahu si ”A” saudara yang tua dan si ”B” saudara yang muda. Si ”A” mempunyai anak perempuan dan si ”B” mempunyai anak laki-laki. Batalkan wuduknya jika kudua anak-anak mereka bersentuhan kulit dengan kulit.
Jawapan.
Adapun anak si ”A” dan anak si ”B” itu disebut saudara sepupu, dan mereka bukan mahram. Oleh itu jika mereka bersentuhan kulit dengan kulit antara mereka adalah menjadi batallah wuduk keduanya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil. 4 m.s 114)
Masalah 212
Apabila kita mengambil air sembahyang dan telah dilaksanakan dengan segala fardhunya dari sewal sampai akhir. Pada waktu membasuh muka tidak membaca doa, begitu juga di waktu membasuh tangan dan selanjutnya tidak membaca doa, apakah sah air sembahyang itu atau tidak?
Jawapan.
Syarat berwuduk adalah seperti berikut:-
a. Niat
b. Membasuh muka.
c. Membasuh dua tangan berserta sikunya.
d. Menyapu sebahagian kepala.
e. Membasuh dua kaki serta hingga dua mata kakinya.
f. Tertib.
Itulah syarta-syaratnya dan jika tertinggal salah satu dari padanya, maka tidaklah sah air sembahyag atau wuduk tersebut. Dala mhal berwuduk ini tersebut firman Allah s.w.t.:
يَآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا إِذَا قُمْتُمْ اِلىَ الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ
وَاَيْدِيَكُمْ إِلىَ الـْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُسِكُمْ وَاَرْجُلكُمْ
إِلىَ الـْكَعْبَيْنِ. (المأيده: اية 6)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjaklan solat, maka basuhlah muka mu dan tangan mu sampai ke siku, dan sapulah kepala mu, dan basuhlah kaki mu sampai dengan kedua mata kaki. (Al- Maidah ayat 6)
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 116)
Masalah 213
Pada masa ini terdapat banyak orang-orang Islam tidak gemar melakukan sembahyang dua rakaat sebelum sembahyang Maghrib kata mereka Rasulullah tidak pernah melakukannya. Apakah betul pendapat itu?
Jaewapan.
Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memang ada melakukannya sembahyang dua rakaat sebelum sembahyabg Maghrib. Terdapat hadis yang di riwayatkan oleh Innu Hibban r.a.:-
وَفِىْ رِوَايَةِ ابْنِ حِبَّانِ : اَنَّ النـَّبِىَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَلىَّ قـَبْلَ الـْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ.
Ertinya: Dan dalam satu riwayat bai Ibnu Hibban: Bahwa Nabi s.a.w ada lakukan sembahyang sebelum Maghrib sebanhyak dua rakaat.
(Syed Sabiq dalam Fiqhusunnah , juz 2 m.s.23)
Ditiwayatkan dari Abdullah Al Muzani dari Nabi s.a.w. yang baginda telah bersabda:-
صَلُّوْا قَبْلَ صَلَاةِ الـْمَغْرِبِ قَالَ فِى الثَّا لِـءَـةِ لِمَنْ شَاءَكَرَاهِيَّة َ
اَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً.
Ertinya: Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang Maghrib, dan dikatakannya pada ketiga kalinya: Bagi siapa yang mahu kerana khawatir sembahyang itu dijadikan orang sebagai sunnah muakkadah.”
Diriwayatkan dari Anas r.a. berkata ia:-
لَقَدْ رَأ َيْتُ كَبَارَاَصْحَابِ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ للهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ
يـَبـْتـَدِ رُوْنَ السَّوَارِىَ عِنْدَ الـْمَغْرِبِ. (رواه البخارى)
Ertinya: Demi sesungguhnya akua pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullahs.a.w. berlumba-lumba mendekati tiang-tiang seketika Maghrib (Maksudnya untuk bersembahyang dua rakaat.) (H.R. Al-Bukhari).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 150)
Sekian dahulu disampaikan bagi waktu ini, semoga kita akan berjumpa lagi di halaman Blog ini dalam masa terdekat. Justeru itu diucapkan ..... Wassa lamu ’alaikum...”
-----------------------oooooooooo--------------------------
No comments:
Post a Comment