Monday, April 26, 2010

Masalah Agama- Siaran Ke 190















































































Hj.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/

Masalah Agama (Adab)– Siarab Ke 190


Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali sejenak untuk menyambung masalah agama yang akan mencukupi masalah-maslah kita bersama. Semoga dapat bermanafaat kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.

Masalah 349.













Orang Mukmin manakah yang sempurna Imannya? Apakah yang disebut Ahli Sunnah wal jama’ah itu ? Minta tuan tolong terangkan.

Jawapan.

Bagi menjawab soalan pertama maka baiklah penulis membawa firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2 -4 seperti betikut:


إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)

Adapun mengenai apakah Ahlisunnah wal Jumaah itu? Maka dengan ringkas dapat penulis menjawab di sini menurut apa yang tersebut dalam Kitab Al-Majalisus Saniyyah, ms 88 seperti berikut:-

”Maka wajiblah ke atas orang-orang yang beriman mengikuti Sunnah dan Jama’ah. Maka arti Sunnah iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan arti Jama’ah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat r.a. ajma’in pada khilafatnya Imam-imam Empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin r.a. ajma’in.”
Demikianlah jawapan penulis menegnai solan tersbut.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama, Jil. 2, ms 43)


Masalah 350.

Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang itu lelaki atau perempuan ketika mandi tidak memkai seurat pun pakaian dan selepas itu mengambil wuduk, adakah sah wuduknya itu?


Jawapan.
Mengambil wuduk ketika selepas mandi yang tidak berpakaian adalah sah wuduknya, tetapi berwuduk dengan bertelanjang bulat sampai kubul dan dubur pun tidak ditutp, walau pun di dalam khalawat atau bersendirian adalah haram. Mengenai hukum menutup aurat ketika mandi itu bahawa ketahuilah anda aurat itu ada aurat pada khalawat atau seketika bersendurian,dan di hadapan orang yang boleh memandang kepadanya auratnya itu, seperti isterinya.

Untuk keperluan mandi boleh membuka seluruh aurat baik pada bersendirian ataupun dihadapan isteri. Akan tetapi haram membuka aurat di hadpan orang yang haram memandang kepadanya, sebagaimana juga ketika berwuduk tanpa sesuatu keperluan.

Tetapi aurat yang yang dimaksudkan itu adalah bagi lelaki yang dalam khalawat atau bersendirian khusus dua kemaluan sahaja, iaitu kabul dan dubur. Artinya Haram tidak menutup kabul dan dubur dalam khalawat seketika berwuduk jika tidak ada sesuatu keperluan mustahak.

Dan haram bagi perempuan dalam khalawat atau bersendirian tanpa sesuatu keperluan, berwuduk tanpa menutup antara pusat dan lututnya. Melainkan jika ianya ada sesuatu keperluan maka hal itu seperti memelihara kain dari kekotoran dimaafkan.

Jadi kesimpulannya sekurang-kurangnya berwuduk yang tidak dapat haram bagi lelaki ialah dengan memakai seluar dalam, dan bagi perempuan ialah dengan menutup antara pusat dan lututnya.
Firman Allah s.w.t

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِمـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)

Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78)
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama Jil.2.ms 85)


Masalah 351.

Sebelum kita mandi hadas besar (junub) sunnah kita membersihkan najis di badan lalu membaca ”Bimilla hirrahma nirra him”, lalu mengadap qiblat mengambilair semabhyang. Pada hal kita masih dalam keadaan berjunub lagi, dan membaca ayat Al-Quran itu. Tidakkah jadi berdosa kita berbuat demikian ?

Jawapan.

Mengenai membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” iaitu sepotong dari ayat al-Quran dalam keadaan berhadas besar memang diharamkan atas orang yang tengah berjanabat atau berhadas besar.

Untuk ini dinyatakan bahawa membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” adalah dengan niyat zikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran, dan kita melakukan sesuatu perbuatan yang diperuntukkan khusus tujuan itu. Tidaklah menjadi haram perbuatan itu.

Terdapat dalam sebuah hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sitti ’Aisyah r.a berkata ia:-

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـمَّ اِذ َا اغْتَسَلَ مِنَ الـْجَنَابَةِ
تـَوَضَّأ َ وُضُوْءَ ه ُلِلصَّلَاةِ. (رواه اشيخان)
Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwudukah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyangh. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Penulis merujukkan terdapat di dalam Kitab” Fathul Mu’in Juz 1,ms 72” seperti maksudnya berikut:-


”Dan disunnahkan untuk mandi wajib membaca Bismillah...pada permulaannya, dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan hingus, dan najis, sepertri madzi, walaupun sebenarnya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh satu basuhan sekaligus. Dan disunnahkan berkemih (kencing) oleh orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kekotoran, sunnah berkumur-kumur dan menghilangkan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunnahkan mengekalkan wuduk itu sampai seselsai mandi, sehingga jika berhadas ia, disunnahkalah baginya mengulanginya.
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama jil.2,ms 96)


Masalah 352.



Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?

Jawapan.

Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.

Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:

وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.

Artinya: “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”

Dalam hal haram atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:

لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.

Artinya: “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haidl akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah menghasankan hadis ini oleh Al-Mundziry) .(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100.




Maslah 353.

Bolehkah seorang wanita yang masih setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi,dan Tasbih ?



Jawapan.

Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )




Maslaah 354.



Bolehkah orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?


Jawapan.

Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115




Masalah 355.

Seorang sahabat saya suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?

Jawapan.

Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa ”Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”
Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:

”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”. Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin” sahaja. Sedang ucapan tersebut itu dfituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)


Penutup Penulisan ini.

Sukacita jika anda apabila telah melayari Siaran Blog ini sudilah memberi tahu sekalian rakan anda agar menjadi Rakan ”Follower” Siaran Blog ini demi untuk faedah meningkatkan ehwal agama Islam. Tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka itu. Kerjasama anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Semoga Allah s.w.t . memberi ganjaran pahala di atas membantu kerja-kerja dakwah agama Islam.
Sekian dahulu buat sementara, jumpa lagi......!Salam bahagia dari Hj.Che Dan Ahmad.

---------------oooo------------------

No comments:

Post a Comment