Hj.Che 'Dan bin Ahmad
Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com/.
Masalah Agama(Akhlak) – Siaran 189
Masalah 343.
Bagaimanakah perbezaan antara ciri-ciri akhlak Islam dengan moral.
Jawapan.
Ciri-ciri akhlak Islam ialah kemahuan atau kecenderungan serta budi pekerti atau tingkah laku yang berdasarkan Islam yang dcontohi oleh Rasulullah saw. Iaiatu Saddiq, Amanah,Tabliq dan Fatannah. Apabila Insan dituntut menyerahkan semua yang ada padanya kepada Allah, maka perbuatan atau amalannya termasuk kerjayanya juga perlu diserakan kepada Allah.
Akhlak dan akidah erat hubungan hingga tidak dapat dipisahkan. dimana ada akhlak di situ adalah akidah. Ulamak membahagikan akhlak dan akidah kepada tiga bahagian iaitu akidah, syariat dan akhlak. Asas-asas akidah Islam ialah keimanan kepada Allah, persamaan dan kebebasan memilih, tanggungjawab, universal dan syumul.
Islam menyediakan kepada manusia prinsip-prinsip akhlak yang universal seperti menggalakkan manusia supaya menjadi pemurah, memjadi baik, berbuat baik dengan jirannya, dengan ibu bapa dan menjadi adil, berbuat baik dengan Allah dengan menunaikan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Contoh yang di tunjukkan oleh Rasulullah saw ialah berpegang dengan akidah yang benar, melaksanakan suruhan dan larangan Allah, menghiaskan diri dengan akhlak mulia dan menjauhkan dari akhlak yang tercela dan mengelakkan keruntuhhan moral seperti mencuri, merompak, betzina, minum arak, menagih dadah, dan sebagai lagi.
Perbezaan akhak Islam dengan moral ialah akhlak yang bersifat Mahmudah iaitu zuhud, sabar, syukur, ikhlkas, taubat, ikhlas, tawakkal, muhibbah, redza dan inatkanmati.
Manakla moral pulal bersaifat Mazmumah yang menganduni sifat-sifat pemarah, dengki, khianat, bakhil, sukankan megah, kasihkan dunia, takbur, riyak gemarkan makan, brercakap kosong dan sebagai lagi.
Masalah 344 .
Bagaimakah yang dikatakan keadaan nafsu manusia.
Brgitu juga dalam pembinaan akhlak, alim ulama sering mengaitkan dengan tingkat-tingkat nafsu, antaranya; ”Nafsu ammarah bi al-Suu” dan ”Nafsu lawwamah”
Mohon Huraikan dengan ringkas mengenmai ”Nafsu Amarah bi al-Suu”yang tersebut di atas dengan menerangkan ciri-cirinya..
Jawapan.
Adapun tahap nmafsumanusia itu trbahagi kepada 7 tahap seperti berikut:
1. Amarah (rendah sekali)
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiyah
7. Kamilah
Adalah yang terbawah sekali ialah dinamakan ”Nafsu Ammarah” iaitu Nafsu yang suka menyuruh kepada melakukan kejahautan.
Pertengahan – Lawammah, Peringkat kedua bawah atau sederhana.
Tertinggi – Mutma’innah Individu berusaha untuk meningkatkan nafsunya ke peringkat trertinggi ini. Dengan melakukan taqarrub.
Nafsu Mutma’innah ialah Nafsu yang aman tenteram yang selalu membuat hubungan dengan Allah untuk mendapat keredaanNya di dunia dandi akhirat.
Nafsu ammarah merupakan tahap terendah di mana seseorang itu seronok melakukan dosa. Tetapi apabila seseorang mula berusaha memperbaiki diri, bermujahadah melawan segala keinginan hawa nafsu dari perkara-perkara terkutuk, maka ia naik ketahap nafsu lawwamah. Di peringkat ini seseorang belum rasa seromnok meninggalkan maksiat yang sekian lama menjadi pakaian hariannya. Namun ditinggalkannya juga dengan rasa berat dan tersiksa demi kerana Allah. Proses mujahadah ini apanbila diteruskan dan nafsu mula lembut dan jinak malah lazat dengan kebaikan akan naik pulalah tahap nafsu seseorang ke tahap nafsu mulhamah.
Demi menjamin masa depan yang baik di Akhirat, iaitu untuk terlepas dari azab neraka Allah, seseorang hendaklah berusaha untuk meningkatkan tahap nafsunya, sekurang-kurangnya ke tahap mutmainnah.
Nafsu jahat dan liar merupakan sifat-sifat mazmumah. Di antara contoh-contohnya ialah : riak, ujub, takbur, hasad dengki. marah, bakhil, penakut, dendam, cinta dunia,gila pangkat, gila harta, banyak cakap bohong, banyak makan dan mengumpat.
Nafsu buruk (mazmumah) yang mempunyai tingkah laku seperti berikut;
a. Bersifat Takbur
b. Bersifat Dengki khianat
c. Bersifat pemarah
d. Mencala dunia
e. Bersifat riak
f. Bersifat kikir danbakhil
g. Bersifat tidaj sabar
h. Bersifat TidakIkhlas
i. Berdengki dankjhianat
j. Melakukan zina
k. Memimum arak
l. Suka bermain judi
m. Suka bergaduh dengan jiran tetangga
n. Tidak menghormati ibu bapa
o. Sukakann kepada ujub
p. Mengamalkan perbuatan kezaliman
q. Menginiaya binatang
r. Terelibat dengan penyalahan guna dadah
Nafsu Lawwamah (sederhana)
Mukmin yang mempunyai nafsu lawwamah adalah mukmin yang
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan nafsu ke perangai yang lebih baik iaitu yang tertinggi dengan cara melalukan taqarub atai menghampirikan diri kepada Allah dengan melakukan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah, serta memperbanyakkan ama;an-amalan sunat seperti sembahyang sembahyang sunat pada waktu malam, bersedekah, menolong fakir miskin,
Firman Allah swt dalan Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud:
“Dan aku tiadalah aku berani membersihkan diri ku, sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat Tuhanku.”
Mukmin dari Anak Adam yang sentiasa melawan nafsu godaan syaitan yang sengaja mengahsut mukminn untuk melakukan kejahatan , kerana syaitan adalah musuh bagi manusia.
Masalah 345.
Bagaimanakah yang dikatakan sebaghai Ahlak Islam itu, apakah matlamatnya?
Jawapan.
Akhkak Islam ialah-
(1) Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab iaitu
" خـللق " أخلاق " . Kebanyakan ulama mendefinasikan
Akhlak sebagai “adat” (kemahuan) atau suatu
kecenderungan yang mengatasi kecenderungan-
kecenderungan yang lain secara berterusan. Kamus
Dewan pula mendefinasikan akhlak sebagai budi
pekerti atau kelakuan.
(2) Jadi akhlak Islam ialah kemahuan atau kecenderungan serta budi pekerti atau tingkah laku yang berdasarkan Islam.. Rasulullah adalah insane yangdiutus untuk menjadi model akhlak kepada selutriuh umat manusi.
(3). Contoh yang di tunjukkan oleh Rasulullah saw ialah berpegang dengan akidah yang benar, melaksanakan suruhan dan larangan Allah, menghiaskan diri dengan akhlak mulia dan menjauhkan dari akhlak yang tercela dan mengelakkan keruntuhhan moral seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak, menagih dadah, dan sebagai lagi.
Adapaun yang dikatakan matlamat akhlak Islam itu ialah:
(1). ’Matlamat ilmu akhlak ialah untuk mencapai kebahagian jiwa, ketenangan hati, kehidupan yang aman dan kehidupan yang yang diredhai untuk jangka pendek dan jangka panjang.
(2). Matlamat akhlak Islam juga adalah untuk menjadikan manusia berakhlak mulia , beradab sempurna seperti berlaku benar, memelihara lidah, tiada berdusta, tidak melihat barang yang haram, bermurah tangan memberi prtolongan, membantu fakir miskin dan anak-anak yatim dan sebagai lagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Saya diutus ke dunia ialah untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia (H.R. Bukhari dan Muslim)
3). Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasul dengan tujuan untuk membina dan menyempurnakan akhlak manusia. Islam mengajar manusia hidup dengan matlamat berakhlak yang mulia dalam keadaan bagaimanapun sebagaimana dinyatakan al-Quran dan al-Hadis, iaitu membersihkan jiwa dari perbuatan keji yang membawa kehinaan dan mensucikan diri dari perkataan buruk.
(4). Matlamat akhlak untuk menjadikan pokok-pokok kehidupan yang utama yang diharuskan Islam dan agama menghormati orang yang memilikinya. Agama dan akhlak adalah hubungannya sangat erat sekali. Rasulullah bersabda:-
“Seorang Mukmin menjadi mulia kerana agamanya
(mempunyai) keperbadiannya, kerana akalnya, dan
menjadi terhormat karana akhlaknya” (H.R.al-Hakim)
(5).. Matlamat akhlak juga untuk mengelakkan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku terutama dikalangan muda mudi yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan yang pada zaman sains dan teknologi ini menjadi semakin meluas dan ketara secanggih peralatan yang ada.
(6). Matlamat yang khusus adalah untuk menghapuskan tabiat yang diwarisi sejak zaman berzaman seperti mencuri, merompak, membunih, berzina, minum arak, menagih dadah, dan sifat-sifat tdercela seperti sombong, takbur, hasad dengki, memsandang rendah kepada orang lain, perasangka, berhibur hingga lupa diri dan tanggungjawab yang berlaku berluluasa masa kiji.
Masalah 346.
Mohon Terangkan beberapa prinsip akhlak sebagaimana yang tersebut dalam Al-Quran Surah al-Isra’ ayat 23 hingga 39.
Jawapan
(1). Tuhan memerintahkan jangan menyembah selain dari Allah. Hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika mereka sudah tua janganlah kamu herdik atau memaki mereka walaupu mengatakan “ces” sahaja. Ucapkanlah kepada kedua mereka perkataan yang mulia. (23)
(2). Berhinalah diri kepada dua ibu apa dan berilah kasih sayang pada mereka.sebagaimana yang mereka kasih kamu semasa keil lagi. Mohon pada Allah agarkalan mereka.
Dikurniakan rahmat Allah danampunlah dosa-dosa mereka yang lalu, sedang dan yangakandatang.(24)
1. Tuhan amat megetahui apa-apa yang ada dalam hati mu. Jika kamu berakhlak mulia maka Allah mengampun kamu jika kamu memohon ampun (25)
2. Berbuat baik baik kepada jiran tetangga, kaum kerabat dan bersedeakah kepada fakir miskin, orang-orang musafir dan jangan membazir. (26)
3. Janganlah berakhlak membazir kerana mereka yang membazir itu saudara pada syaitan. (27)
4. Jika tidak sanggup memberinya ucapkan perkataan dengan bailk dan lemah lembut. (28)
5. Jangan engkau kedekut dan bakhil dan tidak suka memberi pertongan atau sedekah kepada fakir miskin dan yang menimpa kemalangan. Jangan pula pemboros. (29)
6. Jika kamu berakhlak pemurah hati Tuhan akan menambahkannya reziki kamu dan jika sebaliknya Tuhan akan mengurangkannya. (30)
7. Jangan kamu bunuh anak-amnak mu kerana takut maiskin, tretapi Tuhan yang memberi rezeki bukan kamu.(31)
8. Janganlah kamu hampiri zina, (melakukan zina) sesungguhnya zina itu amat keji dan akhlak yang amat jahat. (32)
9. Jangan kamu membunuh manusia yang tidak brerdosa dan tidak bersalah. (33)
10. Janganlah kamu berakhlak buruk dengan memakan harta anak-anak yatim. (34)
11. Hendaklah kamu sempurna sukatan bila kamu menyukat dan janganlah kamu kurangkan timbang-menimbang. (35)
12. Janganlah kamu mengerjakan sesuatu urusan tanpa ilmu pengetahuannya iaitu jadi pak turut sahaja. (36)
13. Jangan engkau berjalan di muka bumi ini dengan brerlagak sombongm kerana kamu tidak sampai hajat sombong itu.(37)
14. Kesombongan kamu itu adalah krejahatan dan kamu amat dibenci oleh Allah.(38)
15. Itulah riwayat bagi kamu segala akhlak yang baik dan mulia yang dikehendaki kamu amalkan dan segala akhlak yang buruk itu kamu tinggalkan. Janganlah kamu menyembah selain dari Allah menyengutukan Akkah itu nanti akan dimasukkan kamu ke dalam neraka. (39)
(dari Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 23 – 39)
Maslah 347.
Masalah Bderdasarkan matlamat-matlamat tersebut, yang dinytakan, sejauh manakah ia telah dapat dicapai dalam kehidupan umat Islam sekarang ini.
Jawapan
(1) Islam adalah wahyu Allah dan bukan ideology, kerana . Ideologi datangnya dari fikiran manusis. Jadi bezanya wahyu ibarat bumi dan langit Memperjuangkan Islam tidak sama dengan memperjuang ideology..
(2) Islam walaupun agama berteraskan wahyu tetapi gagal dipaparkan menurut asalnya kerana diperjuangkan lebih mirip kepada ideology. Pejuang-pejuang Islam lebih menjurus kepada kepentingan tertentu dan bukan untuk mentaati dan mematuhi perintah Allah.
(3) Akhlak penganut Islam masa kini amat kasar dan bengis dan mementingkan kebendaan.
(4) Akhlak Umat Islam masa kini terlalu kotor kerana banyak mengerjakan hal-hal yang mungkar, jauh dari melakukan perkara amar makruf.
(5) Maksiat berlaku secara terdedah dan banyak pula secara tertutup
(6) Tidak banyak berlaku sifat-sifat terpuji tetapi terlalu banyak berlaku sifat-sifat trerkeji.
(7) Bukti-buktinya lebih separuh dari Umat Islam masa kini yang tidal mngerjakan solat wajib apa lagi solat-solat sunat, meraka bertaburan di pasar pasar malam, di super market atau di kelab-kelab malam semasa waktu solat, berapa banyak umat Islam yang tidak mengerjakan puasa Ramadzam, berapa banyak yang tidak mengeluarkan zakat.
(8) Rasuah, tipu menipu, memakan riba, mengumpat, berjudi, sumbang muhram, minum arak sudah menjadi budaya umat Islam masa kini.
(9) Sifat mazmumah (amalan yang buruk) menjadi amalan sehari-harian oleh umat Islam hari ini dan meninggalkan sifat mahmudah (amalan hyang terpuji) sama sekali.
(10) Oleh itu jalan penyelesaian kepada krisis akhlak dan moral yang berlaku dikalangan umat Islam masa kini, ia hanya boleh diselesaikan dengan cara kembali kepada agama Islam yang sejati. Syariat Islam diterangkan, dihuraikan lahir dan batin, kemudian diamalkan dengan teratu. Itulah ubat yang amat murab sekali.
Masalah 348
Bagaimanakah yang misit di lakukan perhubungan dalam Islam dengan sesama insan, sesama masyarakat , sesama anak, sesama isterti dan sesama suami?
Jawapan.
a.. Hubungan Sesama Insan.
(1). Mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri
kita sendiri. Tidak berlagak sombong dan bongkak padanya
dan tidak beriri hati padanya kerana Allah murka dengan
akhlak yang negativ., sebagaimana kesah dua orang sehabat
yang berlagak sombong pada rakannya.
(2). Merasa gembira di atas kegembiraannya dan merasa
dukacita apabila dia dalam kesusahan.
(3). Inginkan kebahagian untuk dirinya dan berharap segala
kecelakaan menjaihi dirinya.
(4). Membenci pada akhlak buruknya dan kasih pada
dirinya dedngan akhlak terpujinya.
(5).. Bersifat pemurah padanya, bertolak ansur padanya,
dan mengenangkan jasa-jasanya serta bercita-cita untuuk
membalas budinyanya
(6). Kebaikan insan disnjung dan diikuti, kejahatannya
dinasihati dan dirahsiakan.
(7). Baik sangka terhadap orang Islam dan hendaklah
Tawadhuk dengan manusia.
(8). Menyukai saudara seagama dan Tidak menyakit
Muslim yang lain.
(9).. Tawadhu (merendah diri), Bersikap hormat dan
pengasih, Bermanis muka dan Tidak mudah
mendengan berita -berita buruk
(10)..Memelihara kehormatan dan Menempatkan
seseorang pada haknya.
(11).. Memberi nasihat Dan sentiasa jujur.
(12). Hakimkan antara manusia dengan adil dan saksama.
b..Hubungan dengan masyarakat
(1)… Anggota masyarakat kini sering terlibat dengan pelbagai masalah akhlak dalam hubungan sesama insan. Jenayah yang berlaku turun temurun seperti berzina, mencuri, merompak, menyamun dan sebagai lagi masih terus berlaku. Cuma caranya sahaja yang berbezam. Contohnya mencuri atau menyamun dilakukan dengan menekan keyboard komputer sahaja. Perbuatan zina pula lebih parah lagi kerana berlaku di kalangan keluarga terdekat.
(2)… Justeru itu bagi mengelakkan kejadian jenayah sesama insan itu mukmin perlukan pergaulan yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Agama Islam menyeru dan mengajak kaum Muslimin bergaul sesama insan dengan baik dan berakhlak mulia. Dengan pergaulan yang baik sesama insan kita dapat saling bantu membantu, maka yang demikia kita akan dapat tercapai sesatu yang berguna untuk kepentingan masyarakat yang adil dan makmur.
(3)... Untuk saling mengenal di antara sesama insan dalam kehidupan kita, adalah ajaran Islam yang sangat ditekankan yang mempunyai garis hidup yan konkrik dalam batasan hidup bermasyarakat.
(a) Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
dengan jiran tetangga kamu dan menolong ianya
apabila dai ada kesuahanba
(b). Jangan mengurangkan timbangan dan sukatan jualan
(c)… Kembalikan amanah atau harta kepada yang
empunyainya.
(d). Jangan memasuki rumahnya sehingga kamu meminta
izin dan dia membenarkan kamu masuk.
(e). Hendaklah kamu hormati jiran kamu dan berbuat baik
dengan jiran tetangga kamu dan menolong ianya
apabila dai ada kesuahanba.
(f).,.. Bersikap pemaaf terhadap sesama manusia dan
sentiasa mengamalkan kesabaran dalam saegala
usrusan ursan dengan masyakakat.
(g). Ziarah dia apabila I dalam keuzurandanberdoa suoay
sebuhkembali.
c...Hubungan akhlak dengan anak.
(1).. Anak adalah amanat pada kedua orang tuanya. Hatinya yang suci sebagai permata yang berharga. Ia menerima setiap ukiran dan ikuti segala arahan dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam tugas-tugas mendidik anak untuk membentuk akhlak mulia. Anak itu lahi bersih maka ibu bapalah yang akan menjadikan ia Majusi atau Nasrani.
(2).. Islam menjelaskan segala hukum yang bersangkutan anak-anak dan prinsip-pinsip pendidikan, supaya ibu bapa boleh mempunyai petunjuk dan hidayah dalam kewajipan terhad anak. Pertama sekali disyaratkan azan sebaik sahaja ia dilahirkan. Melakukajn Tahnik sejurus kelahirnnya. Mencukur kepala dan memberi nama pada hari ketujuh kalahirannya. Melakukan aqiqah pada anak itu. Melakukan berkhatan.
(3).. Apabila anak itu mencapai umur empat atau lima tahun mengajar anak itu membaca al-Quran dan bila sampai tujuh tahun mulalah mendidik bersembahyang.
(4)..Anak kecili itu perlu diberi bimbingan akhlak mulia serta nilai-nilai terbaik dari dari ibu bapa dan orang-orang yang di sekelilingnya. Sabda Rasulullah saw”
“Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada
Anaknya yang lrebih utama daripada sopan santun mereka yang baik” (HR Timidzi)
(5).Hubungan akhlak dengan anak ialah dengan melatih anak dengan empat budi pekerti yang mulia:
(a).. Hikmah atau kebijaksanaan berarti sesuatu dalam diri yang mana menrusinya dapat memilih yang benar atau yang salah.
(b) Sjaat atau keberanian – Sifat marah yang sedang meluap-luap dapat ia melihat oleh akalnya untuk menujukan keberaniannya.
(c) Kebersihan jiwa iaitu menhan kemahuan syahawat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada penunjuk akal dan syatriat.
(d) Adil atau keadilan – iaitu sesuatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahawat lalu membimbing keduanya ke jalan kebjaksanaan dan kebahagian.
(e) Berdasarkan perkara di atas Ibu bapa hendaklah
membimbing anak kepada mengamalkan nafsu mahmudah
(terbaik) dan mengelakkan mereka dari nafsu mazmumah
iaitu keburukan.
d. Hubungan akhlak dengan isteri
(1).. Suami hendaklah mengamalkan memjadi sebagai suami
soleh. Bermaksud ia menunaikan kewajipan-kewajipan
terhadap Allah, keluarga, ibu bapanya dan semua orang yang
menjadi tanggungannya, dengan semangat kasih sayang.
(2).. Menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah.
Isteri, keluarga dan semua orang yang menjadi
tanggungannya.
(3)..Menggaul isteri dengan baik dan penuh perasaan kasih
Sayang dan ramah mesra.
(4). Mengelakkan mempunyai akhlak yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak yang
terpuji (mahmudah )
(5). Menghiasi diri dengan perangai, kelakuan dan akhlak
secara orang-orang soleh yang terpilih dan banyak membuat
kebajikan.
(6). Raulullah s.a.w. mewasiatkan hendaklah suami isteri
menunjukkan wajah dan watak yang berseri apabila bertemu
sekalian mukmin walau dalam keadaan apa sekaliapun.
(7). Sunat Nabiyh bagi suami menunjukkan sikap mesra
ketika makan dan tidaklah makan seorang diri
e... Hubungan akhlak dengan suami.
(1). Hendaklah bergaul dengan suaminya dengan baik,
penuh perasaan kasih sayang dan menghormati suami
dan keluarga pihak suami.
(2) Menjadi istetri yang solehah iaitu taat kepada
Rabbnya, suaminya dan menggaul suamainya dengan
penuh ketaatan serta bersungguh-sungguh ia
menyempurnakan tugasnya
(3) Mengelakkan mempunyai sifat yang terkeji
(mazmumah) dan hendaklah mengamalkan akhlak
Yang terpuji (mahmudah).
(4). Menghiasi diri dengan perangai orang solehah yang
terpilih dan banyak membuat kebajikan.
(5).. Sunat Nubawiyah bagi isteri menunjukkan mesra
ketika makan dan janganlah makan seorang diri.
Sekian dahulu.
Akan diteruskan lagi Siaran Blog ini dalam masa yang terdekat. Seamoga dengan penyampaian dalam siaran ini moga-moga akan memberi banyak faedah kepada semua masyarakat Islam. Ikuti dan patuhilah nsihat-nasihat trersebut semoga kita akan menjadi insan yang berbahagia.
Perlanggaran daripada yang demikian akan menjadi dosa kepada kita dan tinggallah dosa-dosa tersebut samada kecil atau besar semoga kita akan berbahagia di dunia dan akahirat nanti.
Firman Sallah s.w.t.:
وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج
إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَالْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ
بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)
“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120)
(Rujukan: Nota Pengajian Usuluddin Univertsiti Malaya 2009)
---------------oo----------------
---------------oo----------------
No comments:
Post a Comment