Sunday, April 25, 2010

Masaah Agama - Siaran Ke 186











Hj.Che 'Dan bin Ahmad

Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com//.



Masalah Agama – Siaran 186.


Masalah 321.. Membaca Allahhu Akbar.
Mengapa perkataan Allahhu Akbar pada permulaan solat dinamakakn Takbiuratul ihraam.

Jawapan.
Allahhu Akbar permulaan dinamakan Takbiratul Ihram kerana menjadi sebab atas keharaman apa-apa yang tadinya halal seketika sebelumn takbir, seperti makan, berbual, dan sebagai lagi. Allahhu Akbar selanjutnya dinamakan Takbiratul Intiqal berarti berpindah dari satu rukun fi’li kepada rukun yang lain. (Masalah 49 (1) ms 111)


Masalah 322..Baca Al-Fatihah Sekali sahaja
Bolehkah kita membaca Fatihaah sekali sahaja pada awal solat.

Jawapan.





Tidak boleh kerana menjadi tidak sah solat itu kerana membaca Fatihah adalah rukun sembahyang bagi Imam atau bagi makmum, kecuali bagi mereka yang masbuq kerana ditanggung oleh Imam, itupun ianya pada kali pertama memulakan solat masbuq itu, selepas itu ia wajib membaca Fatihah juga.






Masalah 323. Terlupa baca Fatihah.
Seorang tinggalkan Fatihan dengan terlupa dan teringat semula dalam rakaat kedua dalam masa Fatihah juga, bagaimanakah hukumnya.

Jawapan.





Jika ia ingat kembali pada rakaat selanjutnya yang juga dalam fatihah, maka rakaat yang tadi itu sia-sialah sahaja. Jika ia ingat sebelum sampai ke rakaat kedua sebelum Fatihah, maka wajiblah ia kembali semula berdiri membaca Fatihah. Dan sunatlah dia sujud sahwi. Akan tetapi diingatnya sesudah memberi salam, maka dilihatnya dahulu, jika belum lama fasal antara salamnya dengan masa yang di ingatnya, maka bolehlah dia bangun menambahkan lagi satu rakaat yang kurang itu, dan disunatkannya sujud sahwi. Akan tetapi jika terlalu lama dia baru ingat, maka wajiblah dia mendirikan solat itu semula.





Jika terjadi pada Imam, makmum hendaklah menegur dengan ucapan “subhanallah” Jika Imam tidak menghiraukannya maka wajiblah makmum tidak mengikuti Imam yang salah itu, dan dia hendaklah mufaraqah (keluar) dari solat itu dan terus buat berseorangan hingga selesai solat itu. Kalau makmum ikut juga maka batallah solatnya itu. Jika makmum itu tidak tahu seperti dia duduk di saf belakang tidak mengapalah, kecuali jika ia masbuq yang Fatihahnya ditanggung oleh Imam maka wajiblah dia menambah satu rakaat lagi, dan membuat sujud sahwi.





Kalau hal tersebut terjadi pada solat Jumaat, sekiranya baru diketahui sesudah salam, lebih kurang dua minit segeralah hendaknya menamabah rakaat itu. Jika melebihi dari dua minit itu wajiblah mengulang khutbah dan solat Jumaat semula, kerana sudah kehilangan muwalat (berturut-turut) antara khutbah dengan solat Jumaat itu. (Masalah 50 (1) ms 113)

Masalah 324.. Bacaan Fatihah di perlahankan

Mengapakah sebabnya bacaan Fatihah pada rakaat ketiga dari solat Magharib, dan rakaat ketiga serta keempat solat Isyak dibaca dengan sir (diperlahankan) tidak dijaharkan (dikuatkan).





Jawapan.





Adapun hikmah atau rahsia rakaat ketiga Maghrib dan dua rakaat akhir Isyak di sirkan (perlahankan) adalah terbilanag sebagai solat malam hari kerana tajalli (cahaya ghaib yang menerangi hati) diwaktu malam itu adalah ringan. Terjadi yang demikian itu adalah rahmat Allah s.w.t. terhadap orang-orang yang daif daripada umat ini. Allah meringankan membaca daripada jahar (kuat) pada akhir Maghrib dan dua rakaat akhir Isya’ untuk memberikan galakan mereka yang lemah melakukan supaya dapat menunaikan solat tersebut. Jika Allah memberatkan dengan jahar (kuat) nescaya menjadi lemahlah mereka itu dari pada melakukannya kerana tajalli Allah bagi mereka tidak kuasa menampungnya. (Masalah 51 (1) ms 115)



Masalah 325…Imam membaca ayat ketika Makmum baca Fatihah
Terdapat Imam membaca ayat selepas membaca Fatihah semasa makmum membaca Fatihah.

Jawapan.





Imam disunatkan diam sebentar ketika makmum membaca Fatihah hingga selesai. Arti diam ini adalah sunat tidak membaca sesuatu ayat untuk memberi makmum selesai membaca Fatihah dan dengan itu dapatlah makmum mendengar Imam membaca ayat-ayat al-Quran itu. Terdapat di dalam al-Quran mengatakan apabila sedang dibacakan Ayat-ayat al-Quran maka dengarkanlah oleh mu.




(Masalah 52 (1) ms 116)

Masalah 326.. Doa qunut dan fungsinya.
Apakah faedahnya doa qunut. Bagaimana jika tertinggal di kala solat Subuh.

Jawapan.





Keudukan doa Qunut pada rakaat kedua solat subuh dan rakaat akhir solat nisfu dan rakaat kedua solat witir selepas malam 16 Ramadzan sunat dilakukan, artinya diberi pahala dilakukan dan tidak berdosa meninggalkannya. Dia tergolong sunnat ab’ad seperti tashdud awal, maka disunatkan bagi mereka yang sengaja meninggalkannya sujud sahwi. Tetapi doa qunut yang dibaca selepas rakaat akhir kerana menghilang bala dan musibah tidak dikenakan sujud sahwi.
Menurut keterangan Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad Al-Husainy, dalam kitab Kifayatul Akhyar juz,1 halaman 70 sebagai berikut:-





“Dan adapun qunut maka disunatkan pada iktidal rakaat kedua dalam solat Subuh, kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata ia:- “Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat Subuh sehingga beliau meninggal dunia. Setelah meriwayatkan akan hadis ini oleh Al-Imam Ahmad dan lainnya, berkata Ibnusshalah; ”Sesungguhnya telah menghukum dengan sahihnya hadis ini oleh bukan sedikit dari pada Huffaz.





Dan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 bermaksud; ”Dan apa-apa yang Rasulullah s.a.w. datangkan kepada mu, maka ambillah oleh mu akan dia.” (Masalah 53 (1) ms 122)






Masalah 327..Membaca Surah Al-Fatihah

Apakah hukumnya membaca Fatihah diberhentikan dalam ayat “An am ta ‘alaihim….”

Jawapan.





Ketahuilah bahawa hukum waqaf pada “An ‘am ta ‘alai him” adalah khilafatul Aula, artinya menyalahi yang utama. Jadi sebaliknya jangan waqaf di situ. Akan tetapi apabila waqaf juga di situ, tidaklah sunnat kembali lagi kepada pernulaan ayat. Tegasnya kalau sudah terlanjur waqaf pada “An ‘am ta alaihim,” tak usah mengulangi lagi dari awal ayat. Jadi sudah sahaja, lanjutkan lagi: “Ghairil maghdu bi ‘alaihim…..” Keterangan tersebut dalam kitab Fathul Mu’in pada Hamisy I’anaatutthalibin, Juz 1 halaman 147 sebagaui berikut:-

“Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada “An ‘am ta ‘alaihim” kerana bahawasanya bukannya itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang atas ini tidaklah disunatkan kembali dari permulaan ayat.”




(Masalah 56 (1) ms 126)






Masalah 328…Solat Terlupa baca Fatihah

Setelah selesai solat baru ingat ada rukun yang tertinggal, apakah solatnya batal atau tidak.

Jawapan

Tidak sah solat yang kurang rukunnya, jika tertinggal itu dengan sengaja. Tetapi jika tertinggal itu dengan tidak sengaja atau terlupa maka jika terjadi teringatnya itu masih di dalam sembahyang, maka wajiblah segera dilakukan rukun itu. Umpamanya seorang terlupa membaca Fatihah, kemudian setelah ia sujud sekali, teringat olehnya bahawa ia belum membaca Fatihah, wajiblah ia kembali kepada kedudukan qiyam semula untuk membaca Fatihah, kemudian dibuat semula rukun-rukun solat selepas itu hingga sempurna, dan disunatkan ianya membuat sujud sahwi sebelum meberi salam, maka tidaklah membatalkan solatnya itu.





Jika rukun yang ditinggal secara terlupa itu baru diingatnya sesudah memberi salam, maka hal tersbut ialah keadaan masa antara salam dan teringatnya itu jaraknya dekat, wajiblah ia membina atas yang ditinggalkannya itu, berarti kembali berdiiri solat dan membaca Fatihah serta mengulang rukun-rukun yang seterusnya, dan kemudiian sebelum memberi salam, sunat jua dilakukannya sujud sahwi.








Solatnya itu sah.Tetapi jika antara ia memberi salam dan wakltu teringatnya itu, sudah jauh , tidaklah dapat rukun yang ditinggalkan itu, maka wajiblah ia mengerjakan solat itau semula dari mula hingga selesai.
Dalilnya ialah menurut hadis yang diriwayatkan oleh Adirrahman bin Auf yang bermaksud:- (Masalah 60 (4) ms 138)

Artinya: “ Apabila syak salah seorang kamu pada sembahyangnya, maka tidaklah diketahuinya apakah satu rakaat yang telah dilakukannya ataukah dua rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan bahawa baru satu rakaat, dan apabila tidak tahu lagi dia, apakah dua rakaat atau tiga rakaat, maka hendaklah dibuatnya keputusan dua rakaat. Dan apabaila tidak tahu lagi dia, apakah tiga rakaat yang telah disembahyangnya ataukah empat rakaat, maka hendaklah dijadikannya tiga rakaat, kemudian sujudlah dua sujud sahwi ia apabila telah selesai dari sembahyang, sebelum ia memberi salam.




(H.R Ahmad, Ibnumajah, Attirmidzi)
(Rujuk Masalah 60 (4) ms 140)






Masalah 329…Solat sunat sebelum Maghrib

Pernahkah Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat dua rakaat sunnah sebelum Maghrib.

Jawapan.





Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban bahawa Rasulullah s.a.w. ada melakukan sembahyang sunat qobliyyah (dahulu) Maghrib dua rakaat. Menurut hadis yang diriwayatkan dari Annas r.a. yang ertinya:-





“Demi sesungguhnya aku pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullah s.a.w. berlomba-lomba mendekati tiang-tiang seketika masuknya Maghrib untuk bersembahyang dua rakaat.”




(H.R. Al-Bukhari)

Ada juga Hadis yang diriwayatkan oleh Anas. A.s. yang bermaksud:-
“Adalah kami bersembahyang pada masa Rasulullah s.a.w. dua rakaat sesudah masuk matahari, sebelum sembahyang Maghrib, Maka ditanya orang; “Adakah Rasulullah s,a,w, menyembahyanghkannya? Jawabnya” Adalah beliau melihat kami melakukannya, maka beliau tidak perintah kami dan tidak melarang kami. (H.R.uslim)




(Maslaah 65 (4) ms. 151)

Masalah 330…Khatib Tertinggal Rukun Khutbah

Bagaimana seorang Khatib meninggalkan salah satu rukun Khutbah. Adakah sah solat Jumaat itu ?

Jawapan.

Meninggalkan salah satu rukun khutbah seperti meninggalkan Al-hamdulillah, atau dibacanya “hamdulillah” , maka dibacanya seperti “hamlaah…….” Ini sama dengan tidak mambacanya, atau meninggalkan wasiat “bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat atas Nabi, atau meninggalkan membaca ayat-ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa “lil mukminin” pada khutbah kedua. Maka jika tidak dibacanya rukun-krukun khutbah yang lima itu, atau salah satu daripadanya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang juga membawa cedera pada sembahyang Jumaat itu menjadi tidk sah. Oleh kerana syarat sah sembahyang Jumaat adalah terdahulu dua khutbah dengan segala rukun-rukan dan fardunya.









Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


-------------------------------oooooooooooooooo---------

No comments:

Post a Comment