Saturday, April 24, 2010

Masalah Solat - Siaran 183











CHE DAN BIN AHMAD
E-mail –
hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 183
Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.





”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56


Maasalah 313.

Bagaimanakah hukumnya seseorang itu selalu meninggalkan sembahyang, baik sembahyang waktu mahu pun sembahyang-sembahyang sunat. Apa nasihat tuan?

Jawapan.

Meninggalkan sembahyang fardhu itu adalah berdosa besar kerana Allah s.w.t. berfirman :-





إ ِنَّ الصَّلَاةَ كـَانَتْ عَلىَ الـْمُؤْمِنِيْنَ كِـتَابًا مَوْ قُوْ تـًا.
(النساء: 103)





Ertinya:”Sesungguhnya itu merupakan kewajipan yang ditentukan atas kaum Mukminin. (An-Nisa’ ayat 103)

Rasulullah s.a.w. bersabda:





اَلصَّلَوَاتُ الـْخَمْسُ وَالـْجُمُعَةُ إ ِلىَ الـْجُمُعَةُ كـَفَّارَاتٌ
لـِمَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتـُنـِبَتِ الـْكـَبَاءِـرُ" (رواه مسلم)

Ertinya : “Sembahyang-sembahyang yang lima dan demikian pula satu Jumaat sampai satu Jumaat yang lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing sembahyangnya. Selama dijauhi dosa-dosa besar” (HR Muslim).
Baginda Rasulullah s.a.w. juga pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab : “Sembahyang pada waktunya” (Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1, m.s. 49)

Masalah 314

Bagaimanakah hukumnya seseorang itu yang menunaikan sembahyang waktunya lewat pada waktunya dan tidak melengkapkan sujudnya, dan tidak khusyuk sehingga terlalai atau terlupa apakah rakaat yang dilakukannya sehingga ia terpaksa mengerjakan sujud sahwi?

Jawapan.





Dalam hal ini penulis ingin membawa sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyinya aseperti berikut:

مَنْ صَلىَّ صَلَاةً لـِوَقْتِهَا وَأ َسْبَغَ وُضُوْءَهَا وَأ َتَمَّ رَكُوْعَهَا وَسُجُوْدَهَاوَخُشُوْعَهَا عَرَجَتْ وَهِيَ بَيْضَاءُ مُسْفِرَةٌ




تَقُوْلُ حَفِظَكَ اللهُ كَمَا حَفِظَتَنِيْ وَمَنْ صَلىَّ لِغَيْرِ وَقْتِهَا وَلـَمْ يُسْبِغْ وُضُوْءَهَا وَلـَمْ يُتِمَّ رَكُوْعَهَا وَلَا سُجُوْدَهَا وَلَا




خُشُوْعَهَا عَرَجَتْ وَهِيَ سَوْدَاءُ مُظْلِمَةٌ تَقُوْلُ ضَيَّعكَ اللهُ كَمَا ضَيَّعْتَنِيْ حَتىَّ إ ِذ َا كَانَتْ حَيْثُ شَاءَ اللهُ لـُفَّتْ كـَمَا




يُلَفُّ الثـَّوْبُ الـْخَلِقُ فَيُضْرَبُ بِهَا وَجْهُهُ




Artinya: “ Barangsiapa menunaiakan sembahyang pada waktunya dan melengkapkan wuduknya serta menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyuknya, nescaya sembahyang itu akan terangkat (keatas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar sembahyang itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihar aku. Barang siapa menunaikan sembahyang di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudu’nya serta tiada menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyuknya, nescaya Allah menyia-nyikan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku. Apabila ia (sembahyanh) itu sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah sembahyang itu kemuka orang yang melakukannya.” (H..R At-Termidzi r.a.)
(Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1, ms 50)


Masalah 315.

Bagaimanakah hukumnhya seseorang itu sentiasa bersembahyang seorang diri di rumahnhya sahaja, tidak ke masid walaupun masjid hampir rumahnya?

Jawapan.





Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang yang tidak ikut serta dalam sembahyang berjemaah, lalu bahginda berkata: “Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya akan pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkanya (berjemaah), lalu saya akan membakar rumah-rumah mereka.”

Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:





صَلَاةُ الـْجَمَعِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الـْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْريْنَ دَرَجَةٍ.
(حديث رواه أبو هريرة)





Ertinya: Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendirian dengan 27 darjat. (HR. Abu Hurairah).
Firman allah s.w.t.:





إ ِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مِنْ آمَنَ بِـاللهِ وَالـْيَوْمِ الْآخِرِ.
(التوبة: اية 18)





Ertinya: Hasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. (Al-Taubat ayat 18)
(Rjujukan: Kitab Bimbingan Mukminin Jil.1 ms 54)

Masalah 316

Bagaimanakah seseorang itu dapat menjadikan sesuatu sembahyang itu istimewa dari segi kebatinannya?

Jawapan.





Syarat-syarat yang menjadikan sesuatu sembahyang itu istimewa dari segi kebatinan adalah banyak sekali, tetapi bolehlah disimpulkan seperti berikut:

a. Kehadiran hati dalam sembahyang - Maksudnya ialah agar dapat kita mengosongkan hati itu dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut paut dengan ibadat sembahyang yang sedang dikerjakan itu.

b. Mengerti bacaan-bacaan atau maksud-maksud perbicaran dalam sembahyang, iatu adalah menjadi seperkara yang utama dalam kontex menghadirkan hati dalam sembahyang, iaitu hati itu haruslah mengetahui segala yang dibicarakan oleh lidah.

c. Membesarkan Allah dalam sembahyang – Iaitu dalam pengertian yang mendalam kepada diri orang yang bersembahyang itu, di sebalik menghadirkan hati dan memaham bacaan-bacaannya.

d. Merasakan kehibatan Allah dalam sembahyang – Ia akan menambahkan lagi kebesarannya yang dirasakan di dalam sembahyang dan ia di ibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari Maha Agung Allah s.w.t. yang disembah ketika itu.

e. Penuh harapan – Haruslah mengharapkan pahala yang banyak dari Allah s.w.t., dan sebaliknya ia merasa takut dari siksaanNya yang munkin ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.

f. Perasaan malu – Harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemunkinan sekali tanpa disedarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam sembahyang itu, atau dosa yang tidak disangkakannya.
(Rujukan Kitab Bimbingan Mukminin Jil. 1 ms 67)

Masalah 317

Ada beberapa macam amalan kebaikan yang boleh menjamin seseorang wanita itu masuk syurga dengan izin Allah s.w.t.

Jawapan.

Seorang wanita yang solehah, ialah wanita yang patuh terhadap segala peraturan yang di tetapkan Allah s.w.t dan RasulNya, yang memelihara dirinya walaupun di balik belakang suaminya. Sebagaimana tersebut dalam firman Alah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 34 berikut:

فَـالصَّا لِحَاتُ قـَانِتـَتٌ حَا فِظَاتٌ لـِلـْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ.
(الـنـسأ: 34)

Ertinya: Maka wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang taat lagi memelihara dirinya dikala suaminya berjauhan (ghaib) dari padanya dengan pemeliharan yang telah ditentukan Allah”:




( An-Nisa’: ayat 34)





Kalau ditinjau dari segi keterangan-keterangan agama, maka yang paling menonjol sekali di antara sebab-sebab wanita yang dijanjikan masuk Syurganya seorang wanita itu adalah ketaatannya terhadap suaminya.
Mengenai beberapa macam amalan atau kebaikan yang menjamin wanita masuk Syurga adalah:

a. Apabila ia melakukan akan sembahyang fardunya yang lima dan mengerjakan yang sunat-sunat selalu.

b. Berpuasa ia akan puasa fardunya sebulan Ramadzan dan kerap berpuasa yang sunat-sunat.

c. Memelihara ia akan kehormatannya dari persentuhan orang lain dari suaminya.

d. Sentiasa patuh ia terhadap suaminya terhadap arahan yang baik.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.3 ms 54)


Masalah 318

Apakah hukumnya seorang lelaki berjabat tangan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya?

Jawapan.

Sudah maklum tentang keharaman lelaki melihat perempuan ajnabiyyah dengan bersyahawat. Maka berjabat tangan antara laki-laki dengan wanita ajnabiyyah (bukan mahram) adalah juga haram. Kerana dengan persentuhan kulit laki-laki terhadap wanita yang helat (yang bukan isteri atau dan bukan mahram) itu adalah termasuk suatu hal yang dapat mengasyikkan, lebih daripada keasyikkan dari memandang.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil. 3 ms 61).

Masalah 319

Apakah hukumnya bila seorang penceramah wanita memberikan ceramah di atas podium kepada umum yang mana kebanyakannya terdiri dari lelaki dengan tidak ada memakai dinding?

Jawapan.

Seorang muballighah atau penceramah, ahli pidato, penceramah wanita yang naik di atas podium, lalu berpidato berhadapan langsung tanpa dinding di hadapan kaum lelaki hukumnya adalah haram. Apa lagi kalau si penceramah wanita itu melunasi seluruh hiasan mukanya dengan bermekp semua alat kecantikan yang menggiurkan hadirin yang menatap. Firman Allah s.w.t.:

وَقُلْ لـِلـْمؤ مِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أ َبْصَارِهِنَّ.
سورة النور: 31)




Ertinya: “ Katakanlah olehmu hai Muhammad bagi orang-orang mukmin wanita, hendaklah mereka menutup sebahagian dari pandangan-pandangan mereka. (An-Nur ayay 31).
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil. 3 ms 90).

Masalah 320

Bagaimanakah hukumnya seorang Ustaz mengajar kaum wanita dan apakah caranya yang tidak boleh ia mendatangkan fitnah?

Jawapan.

Terdapat tiga perkara yang membolehkan seorang Ustaz mengajar atau memberi cermah agama kepada kaum wanita:

a. Tidak ada guru perempuan ataupun mahram atau suami yang dapat atau mahu mengajarnya.

b. Aman dari fitnah.

c. Dengan berdinding.

Jika syarat-syarat ini sudah dipenuhi, maka jika untuk memgajar sesuatu kaifiat yang wajib, yang sukar mengajarnya dari balik dinding, bolehlah wanita itu dan guru itu saling melihat, artinya terbatas untuk keperluan pengajaran tersebut sahaja.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.3 ms 92)


Sekian dahulu buat sementara waktu, disudahi dengan Wssala Mu alaikum..














------------------------------ooooooooooooooooo-------------------



No comments:

Post a Comment