Sunday, April 25, 2010

Masalah Agama 336-342- Siaran 188.
















Hj.Che 'Dan bin Ahmad

Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com//.


Masalah Agama – Siaran 188.


Masalah 336.

Bagaimanakah kalau saya ketinggalan waktu menjalankan sembahyang Maghrib, sah apa tidak dikerjakan pada masa lainnya.
Jawapan.

Sembahyang Maghrib atau lain-lainnya yang terlambat dikerjakan sampai diluar waktunya, sah dikerjakan bukan pada waktunya yang telah ditentukan, hanya sembahyang itu dalam istilah disebut sembahyang Qadha, akan tetapi hukum sengaja mentakhirkannya sampai diluar waktunya, adalah haram dan berdosa besar, jika terjadi tanpa uzur melainkan terlupa dan tertidur.

Telah brfirman Allah s.w.t. “Maka celakalah bagi mereka yang bersembahyang, lalai dari sembahyang mereka.” Telah Bersabda Nabi s.a.w “Mereka itulah orang-orang yang menunda-nunda sembahyang mereka sampai keluar dari waktunya. Dan makna Neraka Wail adalah: “Kesangatan siksa. Dan dikatakan orang Neraka Wail itu suatu lembah dalam Neraka Jahanam, jika dijalankan padanya gunung-gunung di dunia ini, niscaya menjadi cair, dari lantaran sangat panasnya. Maka itulah tempat orang yang menunda-nunda sembahyang dari waktunya. ( Rujuk Kitab Masalah Agama Jil. 5 ms 132).

Masalah 337.

Bolehkan wanita sembahyang Jumaat, maksudnya apakah kalau wanita sembahyang Jumaat dapat menggugurkan sembahyang Dzohornya atau tidak.

Jawapan

Wanita yang sukarela mengikuti sembahyang Jumaat kepada satu jumaah Jumaat yang lengkap segala persyaratannya, sahlah Jumaatnya dan tergugur sembahyang Dzuhurnya pada hari itu. Artinya gugurlah sudah Dzuhurnya dengan arti tidak mesti sembahyang Dzuhur lagi pada hari itu. (Rujukan Kitab Masaalah Agama Jil,5 ms 133).




Masalah 338.
Apakah benar sembahyang berjemaah itu pahalanya 27 darjat lebih besar dari sembahyang berseorangan.?

Jawapan.

Memang benarlah bahawa sembahyang berjemaah itu pahlanya 27 darjat dari sembahyang berseorangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.:






صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تـَفْضُلُ عَلىَ صَلَاةِ الـْفـَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَة ً.

“Sembahyang berjamaah itu melebihi atas sembahyang seorang diri dengan duapuluh tujuh darajat yakni pahala sembahyang. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.5)

Masslah 339.


Apakah benar menghadiri majlis ilmu itu lebih utama daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat?

Jawapan.

Sememangnya benar bahawa menghadiri majlis agama Islam itu besar pahalanya iaitu melebihi dari mendirikan 1,000 rakat solat-solat sunat.
Dalam satu Hadis dari Abi Dzar r.a. Rasulullah s.a.w. :-






وَفَىْ حَدِيْثِ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِى اللهُ عَنْهُ " حُضُوْرُ مَجْلِسِ عَالَم ٍاَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْفِ رَكَعَةٍ.

”Dan di dalam hadis Abi Dzar r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,menghadiri majelis orang berilmu, lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat.”





(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil;5,ms 142)

Masalah 340.

Apa bezanya najis dan haram. Bahawa babi itu haram, apakah babi itu termasuk najis atau haram. Bagaimana kalau kita memegang daging babi, perlukah di samak tangan kita.

Jawapan.

Benda-benda najis haram hukumnya untuk di makan, dan bukanlah tiap-tiap yang diharamkan itu disebut najis. Kerana benda-benda yang diharamkan memakannya itu adalah dapat terjadi kerana memudaratkan, kerana dihormati dan kerana najis.
Adapun yang diharamkan memakannya kerana memudaratkan seperti memakan paku halus disebabkan memakannya ususnya menjadi infeksi yang mengakibatkan mudarat bagi si pemakannya. Yang diharamkan kerana dihormati, contohnya seperti memakan daging manusia, atau makan air mani. Daging manusia itu adalah suci dan air mani adalah sauci, tetapi kedua-duanya diharamkan kerana dihormati. Yang diharamkan memakannya kerana najis seperti daging babi sebab ianya adalah najis.

Adapun perbezaannya haram dengan najis ialah, haram adalah salah satu dari hukum syarak yang lima. Najis adalah sebutan benda-benda yang tidak boleh dimakan. Kata-kata haram adalah terarah kepada hukum dan kata-kata najis terarah kepada sifat benda.

Perbezaan haram dan najis dalam hal daging babi ialah babi itu termasuk benda-benda najis dan hukum memakannya adalah haram, jadi najis nama sifat bendanya dan haram adalah hukum memakannya.

Mengenai memegang daging babi itu perlu disamak atau tidak, maka jawabnya bahawa najis babi itu lebih buruk dari anjing, maka kenalah disamak iaitu dibasuh tujuh kali yang satunya air bercampur tanah. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 66).

Masalah 341.

Apakah hukumnya kalau solat Idilfitri atau Idiladha, takbir rakaat pertama Imam membaca takbir tujuh kali tetapi kalau rakaat kedua Imam terlupa membaca sebanyak lima kali takbir ?
Jawapan

Takbir tujuh kali selain TakbiratulIhram, pada rakaat pertama solat Idilfitri atau solat Idilahda adalah sunat. Bukanlah dari pada rukun dan bukan daripada sunat Ab’ad. Takbir-takbir tersebut hanya sunat Hai’at. Oleh kerana itu meninggalkannya tidaklah mengurangi hakikat sembahyang sehingga dapat membatalkannya dan tidak disunatkan untuk bersujud sahwi kerana meninggalkannya. Hanya makruh hukumnya jika meninggalkannya dengan sengaja. Solat Idilfitri atau Idiladha dilakukan tanpa takbir tujuh dan lima kali takbir itu sah dilakukan. Rujaukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms. 69.







Masalah 342.

Seorang makmum yang mulai takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’ Dan ia berhasil melakukan ruku’ bersama Imam sekadar membaca ”subhana rabbiyal azim”. Apakah makmum ini mendapat rakaat itu kerana Makmum itu tidak membaca ”Al-fatihah ” ?
Jawapan.

Makmum yang termaksud disebut dalam istilah fikh dengan nama ”Masbuq” iaitu orang yang tak cukup waktu untuk membaca fatihah dalam pendiriannya bersama-sama Imam, dengan bacaan yang sederhana. Maka masbuq ini ditanggung fatihahnya, seluruh atau sebahagiannya oleh Imam yang suci dari pada hadas dan najis, dan pada bukan rakaat yang lebih dilakukan.

Begitu pula makmum yang mendapatkan Imam tengah ruku’, jika ia lakukan takbiratulihram, lalu ia segera ruku’ tanpa membaca fatihah, lalu didapatkannya thuma’ninah (berhenti sekejp) bersama-sama Imam dalam ruku’nya hasillah baginya rakaat itu, dan tak usah ditambahnya lagi nanti sesudah salam Imamnya.

Akan tetapi jika ia tidak mendapatkan thuma’ninah bersama-sama Imam dalam rukku’nya itu, seperti baru sahaja ia turun ruku’ Imamnya bangun dari ruku’nya, maka hampalah ia atau sia-sialah rakaat itu baginya, dan wajiblah ia sesudah salam Imam nanti ia menambah lagi satu rakaatnya yang kurang itu.





(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 70)











Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه








----------------oooooo--------------


















No comments:

Post a Comment