Tuesday, April 27, 2010

Pandu Cermat Jiwa Selamat













BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.























Pegawai Tinggi RAMD Terima Pingat - Siaran 193







































Hj.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail –
hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.
com/

Pegawai Tinggi RAMD terima Pingat..


Pada 17 April 2010 YB.Menteri Pertahanan Malaysia telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada bekas-bekas pegawai tinggi Regimen Askar Melayu DiRaja bertempat di Kelab Regimen Askar Melayu DiRaja, Kuala Lumpur.

Di antara yang menrima pingat tesebut termasuklah bekas Panglima Angkatan Tentera Tun General Ibrahim Ismail.
Gambar-gam disiarkan untuk catatan sejarah.
Sekain,terima kasih.
-------------ooooooooooo--------

Masalah Agama (Munakahat) - Siaran Ke 192

























































Hj.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail –
hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.
com/




Masalah Agama (Munakahat) – Siaran Ke 192


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.

Untuk renungan.

Firmamn Allah s.w.t.










وَمَنْ يَعْمَلْ سُوْءًاَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثـُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًا رَّحِيْماً. (النساء 110)










“Barang siapa mengerjakan kejahatan atau menganiya dirinya sendiri, kemudian dia minta ampun kepada Allah. Niscaya ia memperolehi Allah Penganpunan, Lagi Penyayang.
(An-Nisa’ ayat 110)


MASALAH 367. (hingga 377)

Apakah yang dimaksudkan perceraian dalam hal perkahwinan dan bagaimanakah pula ianya ada kaitan dengan perkataan “talaq”. Minta tuan terangkan selanjutnya?

Jawapan.

Perceraian dan talak itu ada persamaan. Talaq atau perceraian, jika dilihat dari sudut bahasa mengertikan tindakan melepas atau menguraikan ikatan perkahwinan. Dari sudut istilah ia bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz (perkataan) yang tertentu, iaitu talaq (perceraian), firaq (perpisahan) dan sarah (pelepasan), seperti seorang suami berkata kepada isterinyaa; “Engkau telah ku talaqkan” atau “Engkau seorang perempuan yang sudah ditalaq” dan sebalikya.

Maksudnya selanjutnya ialah seorang suami menceraikan atau memisahkan atau memutuskan perkahwinan dirinya dengan isterinya melalui perkataan talaq seperti yang disyaratkan dalam hal pekahwinan.

Perceraian itu dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan kepada arah atau sudut kita melihatnya iaitu (1) Perceraian dengan bayaran dan (2) Perceraian tanpa bayaran.

Perceraian dengan bayaran – Iaitu perceraian yang disitilahkan oleh ulamak sebagai “Khuluk” dan ia terkenal di dalam masyarakat kita sebagai “tebus talak”. Kami akan terangkan selanjutnya nanti mengenai hal ehwal “khuluk” atau “tebus talak” kemudian.

Perceraian tanpa bayaran ialah prceraian yang biasa yang sering berlaku dalam agama Islam di kalangan suami isteri. Ia dibahagikan kepada tiga jenis atau nama seperti perceraian atau (1) “Talaq Sarih”, (2) “Talaq Kinayah “ dan (3) “Talaq Ta’liq”.
(1)..Talaq Sarih.

Iaitu talq dengan menggunakan ucapan yang jelas dan tegas maksudnya menunjukkan makna perceraian atau menjatuhkan talaq tanpa berkehendakkan kepada niat, seperti seorang suami dengan sengaja berkata kepada isterinya walaupun hatinya tidak berniat untuk menceraikannya seperti : “Aku talaqkan engkau” atau suaminya berrkata “Aku ceraikan engkau dengan talaq satu (atau dengan talaq dua) atau dengan talaq tiga”. Dengan ucapan begitu maka perceraian tetap berlaku di antara kedua-duanya sekalipun tanpa niat daripada si suami. Lantaran itu perkataan-perkataan tersebut tidaklah saeharusnya diucapkan oleh si suami secara sewenang-wenangnya kepada isterinya walaupun dalam bentuk main-maian atau gurauan sahaja. Rasulullah s.a.w. mengingatkan para suami kedudukan ini ababila baginda bersabda:


ثـَللَاثٌ جِدُّهُنَّ وَهَزْلـُهُنَّ جِدٌّ : اَلنـَّكَحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ.










“Ada tiga perkara yang apabila disungguhkan ia tetap menjadi dan pabila di main-mainkan pun ia tetap menjadi, iaitu nikah, talaq dan rujuk”

Terdapat tiga perkataan atau ucapan yang dihukum termasuk ke dalam talaq jnis Talaq Sarih ini iaitu “talaq” (perceraian) “ firaq”(petrpisahan) dan “ sarah”(pelepasan).
Apabila seorang suami sengaja menyebut dihadapan isterinya salah satu di antara prerkataan tersebut di atas atau sama ada dari segi ketetapan dan ketegasan maksudnya, maka terlerailah ikatan perkahwinan di antaranya dengan istertinya.

(2).. Talaq Kinayah.

Iaitu talaq dengan menggunakan ucapan yang tidak jelas maksudnya bagi menunjukkan perceraian. Ia boleh diertikan sebagai perceraian dan boleh diertikan dengan maksud yang lain. Talaq jenis ini memerlukan niat daripada si suami, seperti katanya “Engkau pulanglah kepada ibu bapamu” atau “Engkau kahwinlah dengan orang lain” atau “Saya tidak berhajat lagi kepadamu” dan pelbagai ungkapan lain yang mungkin membawa maksud yang lain selaian dai perceraian.
Ucapan-ucapan saperti di atas jika diniatkan oleh pengucapnya sebagai cerai, maka jatuhlah talaq ke atas si isteri yang dimaksudkan. Tegasnya ia amat bergantung dengan niat si suami yag mengucapnya.

(3).. Talaq Ta’liq.

Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”
Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan (2006),m.s. 129).











Masalah 368.

Bagaimana pandangan Islam terhadap perlakuan suami yang menceraikan isterinya ?

Jawapanm.

Perceraian merupakan satu perbuatan yan halal, tetapi ia amat dibenci oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w.bersabda:

أ َبْغَضُ الـْحَلَالِ عـِنْدَ اللهِ الطَّلَا قُ.










Perbuatan halal yangamat dimurkai Allah s.w.t.
ialah talaq (perceraian)
(H.R. Ibn Majah)
Para ulamak telah membahagikan perbuatan melakukan perceraian itu kepada lima perkara menurut hukum-hukum Islam seperti:

(1).. Haram – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia sedang berada di dalam haid atau nifas atau pada sewaktu suci yang disetubuhinya.










(2).. Makruh – Iaitu apabila seorang sauami mencertaikan isterinya yang baik tingkah lakunya, taat kerpada ajaran agama Islam dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

(3).. Wajib – Iaitu perceraian atau talaq yang dijatuhkan oleh hakim (orang tengah) dalam perselisihan suami isteri yang tidak dapat di damaikan lagi disamping kedua-dua belah pihak sama-sama mengambil keputusan untuk bercerai serta bersetuju bahawa perceraian adalah jalan yang paling baik untuk menyelesaikan ketegangan mereka. Termasuk juga di dalam perceraian yang wajib ialah tindakan suami yang bersumpah tidak akan mensetubuhi isterinya dan dia patuh kepada sumpahnya itu selama melebihi empat bulan.

(4).,. Sunat – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya yang mempunyai kelakuan yang buruk, tidak taat kepada perintah agama serta tiak menjaga kesopanan dirinya.

(5).. Harus – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia tidak sayang kepadanya dan dia tidak meberikannya nafkah.

Kelima-lima hukum di atas dilihat dari sudut tindakan bercerai atau menjatuhkan talaq yang dihubungkaitkan dengan keadaan si isteri pada ketika itu. Hukum-hukum ini tidak membabitkan tentang kesahan perceraian itu. Perceraian tetap dihukum sah, apabila cukup rukun dan syaratnya, sekalipun tindakan melakukannya itu dihukum sebagai perbuatan haram atau makruh dan sebagainya yang termasuk ke dalam salah satu di antara lima hukum yang telah kami sebutkan itu.
Talak jika berdasarkan kepada masa jatuhnya terbahagi kerpada “munjiz” “mudaf” dan “ mu’allaq”.

Talag Munjiz ialah talaq yang ucapannya tidak mengandungi syarat dan tangguhan masa, seperti seorang suami berkata kepada isterinya “Aku talaqkan kamu” atau “Kamu perempuan yang sudah ditalaq” . Ucapan ini menunjukkan bahawa talaq itu akan jatuh serta merta tanpa dikaitkan dengan masa yang ditangguhkan atau dengan apa-apa syarat. Talaq Munjiz ini akan berlaku kesannya apabila sahaja ucapannya disebut oleh si suami di samping sempurna pada dirinya syarat-syarat yang lain.

Talaq Mudaf ialah ucapan talaq digandingkan dengan masa di mana dikehendaki talaq itu berlaku apabila sampai ketikanya, seperti berkata si suami kepada isterinya: “Kamu akan tertalaq pada esok hari” atau “Kamu akan tertalaq pada awal bulan.” Hukum talaq ini tidak akan berlaku kecuali apabila tiba masa yang telah ditentukan oleh si suami. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengatakan bahawa si isteri akan jatuh talaqnya dengan serta merta sama seperti keadaannya di dalanm Talak Munjiz.

Talaq Mu’allaq – ialah samalah seperti hukum talaq Ta’alliq :

Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”
Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan (2006),m.s. 133).


Masalah 369 .

Apakah ada pembahagian atau masa Talaq itu apabila seorang suami melafazkannya ?

Jawapan.

Pembahagiuan talaq itu mengandungi tiga caranya iaitu ”Talaq Raji’i ” ”Talaq Ba’in Bainunah Sughra ” dan ”Talaq Ba’in Bainunah Kubra”

1. Talaq Raji’i menurut istilah ulamak ialah Talak Satu dan Talaq Dua yang belum habis idah si isteri yang diceraikan, maka si suami boleh merujuk (berblik semula) isterinya itu tanpa memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru. Tetapi apabila tamat masa idahnnya, si suami tidak lagi dapat merujukkan isterinya kecuali dengan akad perkahwinan yang baru, sama ada pada talaq satu atau pada talaq dua. Pada peringkat ini kedua-dua talaq itu, iaitu pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, dinamakan sebagai ”Talak Ba’in”. Kedua-dua pembahagian ini adalah berdasarkan kepada kesannya ke atas rujukan yang mungkin berlaku. Talaq Ba’in ini pula terbahagi kepada dua bahagian:

2. Talaq Ba’in Bainunah Sughra, seperti talaq pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, talaq dengan tebusan (iaitu khuluk) dan talaq yang dilakaukan terhadap isteri yang belum disetubuhi.

3. Talaq Ba’in Bainunah Kubra, iaitu talaq tiga atau talaq yang ketiga, di mana si suami tidak diharuskan merujuk isterinya lagi kercuali apabila bekas isterinya berkahwin lain dan diceraikan oleh suami yang baru itu dengan syarat si suami yang baru itu sudah menyetubuhinya dan tamat pula masa idahnya.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan
Perkahwinan (2006),m.s. 135).





Masalah 369.

Saya kurang faham mengenai takrif Khuluk, minta terangkan Takrif Khuluk itu


Jawapan.

Khuluk berarti menanggalkan pakaian. Kerana perempuan sebagai pakaian laki-laki dan laki-laki pun sebagai pakaian bagi perempuan.
Fieman Allah swt:-
Hunna Libasul lakum Waantum Liba sun Lahunna”
“Mereka (isteri - isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu pun pakaian bagi mereka.” (Al-Baqarah ayat 187)

Khuluk dinamakan juga tebusan, kerana isteri menebus dirinya dari suaminya dengan mengembalikan apa yang pernah diterimaya atau mahar kepada isterinya.
Menurut ahli Fiqh, khuluk adalah “isteri memisahkan diri dari suaminya dengan ganti rugi kepadanya.” Dasar pengertian ini ialah dari hadis riwayat Bukhari dan Nsaie yang bermaksud:-
“Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas datang kepada Raulullah saw sambil berkta: “ Wahai Rasulullah! Saya tidak mencela akhlaq dan agmanya, tetapi tidak ingin mengingkarai ajaran Islam. Maka Jawab Rasulullah saw: maukah kamu mengembalikan kebunnya (Tsabit, suaminya) jawabnya;” Mau… Maka Rasulullah saw bersabda; “ Terimalah, (Tsabit) kebun itu dan talaklah ia satu kali.”










b. Berikan contoh lafaz Khuluk.

Contoh (1) bagi yang menerima tawaran seperti suami berkata kepada seseorang lelaki “ Aku khuluk isteriku dengan bayaran satu ribu ringgit ke atas zimmah (tanggungan) engkau” (lelaki itu) maka terus lelaki itu menerimanya, maka sahlah khuluk itu dan ia bertanggungjawab membayarnya.

Contoh (2) bagi yang meminta dilakukanm khuluk seperti berkata seseorang ajnabi (orang asing) kepada seorang suami “ Awak khuluk isteri awak di atas satu ribu ringgit pada tanggungan aku” lalu suami itu terus khuluk isterinya di atas yang demikian itu.

c. Berikan rukun dan syarat syarat khuluk;

Jawapan.
Ruknma Khuluk ialah:-
(1) Orang yang bertanggungjawab membayar tebus talak.
(2) Al-Budz (faraj) wanita atau jimak.
(3) Bayarn tebus talak
(4) Suami
(5) Sighah (lafaz ijab dan qabul).

Syarat-Syarat bagi Setiap rukuan:-
(1) Orang yang bertanggungjawab membayuar tebus talak itu ialah seorang yang tidak dihalang dari nengurus hartanya sama ada ia isteri kepada suami yang berkenaan atau orang lain, lelaki atau pun perempuan dan sama ada ia yang menerima tawaran tebus talak atau ia yang meminta dilakukan tebus talak.

(2) Disyaratkan pada budz (faraj) hendaklah ia milik bagi suaminya. Maka isteri yang sedang dalam iddah talak Rajaie sah dan boleh dikhuluk, kerana ia dianggap masih seperti isteri pada kebanyakan hukum. Berlainan dengan isteri yang ditalak Bain, kerana ia telah ter;utus huubunga suami isteri, maka tidak sah dikhuluj keatas ianya yang dalam talak bain.

(3) Disyaratkan pada bayaran tebus talak itu hendaklah ia terdiri dari sesuatu yang dikehendaki (dihajati) oleh suami. Kalau dengan bayaran yang haram dari segi syarak tidak sah khuluk itu bahkan jatuh talak Rajaie tanpa wajib sebarnag bayaran tanpa berhajat pada sesuatu.

(4) Disyaratkan poada suami bahawa ia seseorang yang sah untuk menjatauhkan talaknya.

(5) Disyaratkan pada sighah atau ijab dan qabul tidak diselangi di antara kedua-duanya oleh perkataan yang tidak releven dengan khuluk.



d. Adakah khuluk dibolehkan semamsa isteri dalam haid?




















Jawapan.










Pada asalnya khuluk dalam masa haid adalah haram, tetapi dikecualikan apabila seseorang itu menceraikan dengan bayaran atau khuluk isterinya.
Firman Allah swt yang bermaksud:-
‘Maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberi oleh isteri untuk menebus dirinya.”
Dan Nabi s.a.w. memberi keizinan kepada Thabit bin Qais melakukan khuluk tanpa bertanya dan mengkaji kedudukan isterinya ketika itu adakah ia sedang haid atau tidak sedangkan haid itu suatu tabiat dan jarang-jarang sekali wanita yang tidak ada haid. Ini menandakan tidak dilarang melakukan khuluk dalam masa haid, kerana seorang wanita apabila dia sanggup memberi bayaran tebus talak bagi membebaskan dirinya bererti dia redza bagi dirinya dengan pemanjangan iddah.

e. Terangkan hukum berkhuluk menurut ulama fiqh:-

(1) Makurh – jika tidak ada sebab-sebab yang nunasabah mendorong ia khuluk.

(2) Sunat – Apabila isteri berakhlak buruk dengan suaminya.

(3) Harus – Diharuskan khuluk bagi mereka yang bersumpah bertalak dengan talak tiga kalau tidak melakukan sesuatu yang mesti ia lakuakan seperti makan, miunum atau masuk dalam rumah, maka ia bertebus talak agar dapat melepaskannya dari berkaku talak tiga. Para ulam’ berpendapat sunat dilakukan khulu.

(4) Terbatal – apabila seorang suami menahan nafkah isteri dengan tujuan supaya isterinya bertebus talak darinya, maka terbatal khuluk cara ini.

f. Jelaskan pandangan Ulama Fiqh adakah khukluk itu Fasakh atau talak..

Fasakh ialah perceraian yang tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, sebaliknya talak ialah perceraian yang mengurangkan bilangan talak hak suami.
Jika dalam perceraian itu digunakan lafaz talak dengan bayaran seperti kata suami “Aku talakkan engkau dengan seribu ringgit” maka ini dianggap talak yang mengurangkan bilangan tanpa khilaf ulama’.

Penceraian dengan lafaz khuluk pula menurut pendapat yang muktamat
dianggap talak yang juga mengurangkan bilangannya. Begitui juga
jika digunakan lafaz “Aku tebuskan engkau dengan satu ribu ringgit”,
maka ia dianggap talak menurut pendapat yang sah

g. Terangkan sama ada khuluk boleh di rujuk semula.

Apabila seseorang lelaki telah mentalakkan isterinya dengan bayaran atau khulu’ isterinya, maka suami tidak boleh lagi merujuk isterinyaa yang diceraikan itu, walau pun perceraian itu hanya dengan satu atau dua talaq sahaja., sama ada bayaran yang disebut sah atau fasid, melainkan dengan pernikahan yang baru yang perlu mengikuti beberapa proses yang tertentu..
h. Terangkan adakah semua perceaian secara khuluk dianggap talak bain?
Talak adakala Bain dengan wajib membayar kadar yang disebut sewaktu melafaz talak. Jika sah lafaznya dan sah sebutan bayarannya,. Adakala bain dengan mahar mithil, iaitu jika bayaran tebusan itu sahaja yang TIDAK sah sedangkan ia dikeheneaki.
Adakalanya jautuh takak Rajaie apabila sighah yang digunakan itu fasad (tidak sah) seperti katanya “ Aku khulukkan engkau dengan satu ribu ini dengan syarat aku boleh rujuk.” Maka bayaran itu fasad dan tidak dikehendaki.
Begitu juga adakalanya tidak jatuh talak sama sekakli iaitu jika ditaklikkan dengan sesuatu yang tidak wujud.






Masalah 370.
Minmta berikan pembahagian dan huraian mengenai Talak.

Jawapan.

Pembahagian talak.

Dalam istilah Agama talaq artinya melepaskan ikatan perkahwinan atau bubarnya hubungan perkahwinan. Perceraian atau perpisahan terputusnya aqad perkahwinan terbahagi kepada dua bahagian iaitu perceraian yang boleh dirujuk iaitu yang dikenali dengan Talak Rajaie dan perceraian yang tidak boleh dirujuk semula iaitu dikenalai dengan Talak Bain.











Talak Rajaie










Ialah yang boleh dirujuk selagi mana isteri yang dicerai dengan talaq satu atau dua msih lagi dalam ‘iddah. Suami boleh kembali semula kepada bekas isterinya dengan hanya mengucapkan lafaz rujuk dan dengan syarat-syarat tertentu. Ini bermakna ia tidak memerlukan kepada aqad perkahwinan yang baru untuk kedua suami isteri kembali bersatu semula.

Talaq Bain










Ialah perceraian yang tidak membolehkan suami kembali rujuk kepada isterinya semula walaupun dalam masa ‘iddah. Talak Bain tidak memberi kuasa rujuk kepada suami. Sekiranya mereka ingiaan bersatu semula sebagai suami isteri, pernikahan baru hendaklah dilakukan sebahgaimana perkahwinan yang pertama dahlu dengan melalui berbagai-bagai proses yang tertentu.

Masalah 371.










Apakah yang dfikatak ” hak-hak isteri ” yang diceraikan.

Jawapan,

Seorang isteri yang telah diceraikan mempunyai beberapa hak yang perlu ditunaikan oleh bekas suaminya sekiranya isteri itu masih lagi di dalam iddah. Hak ini bergantung kepda jenis perceraian sama ada mati suami, talak rajaie atau talak bain. Perkara-perkara tersebut ialah:-
a. Tempat tinggal
b. Nafkah Iddah
c. Mu’taah (sagu hati) bagi perceraian hidup sahaja










Tempat Tinggal.










Tempat tinggal hendaklah disediakan oleh suami bagi semua perceraian sama ada yang beriddah dengan kematian suami, talak rajaie, talak bain atau fasakh kecuali yang nusyuz sahaja.
Fifman Allah swt yang bermaksud:-
“Tempatakanlaha isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu”
(Al-talq ayat 6)
Nafkah Iddah










Nafkah iddah atau saraan hidup menjadi hak isteri yang ditalaq rajaie, kerana ia masih lagi seperti hukum isteri. Kewajipan nafkah isteri ini tidak berpindah kepada iddah suami mati, kerana sekiranya iddahnya belum berakhir maka berpindah iddahnya kepada iddah mati dan purtuslah nafkahanya. Walaupaun ia sedang mengandung.
Bagi yang dicerai dengan talak bain tidak berhak mendapat nafkah iddah kecuali jika ia mengandung maka berhak nafkah kerana mengandung,walau pun suami meninggal dunia pada waktu iddah cerai belum berkhir kerana iddah bercerai tetap terus berjalan dan tidak berpindah kepada iddah mati.
Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapt naafkah dan tempat tinggal.

Muta’ah (sagu hati )bagi perceraian hidup sahaja.

Muta’ah ialah satu jenis hatrta yang wajib ke atas suami memberikannya kepada issteri yang telaha dicieraikana padqa masa hidup dengan talak dan semumpamanya dengan syarat-syarat tertetnu.
Pemberian ini sama ada berupakan wang, pakaiana, makanan, harta dan sebaginya. Firmnan Allah swt yang bermaksud:=-
“Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak medapdapat muta’ah (pemberian sagu hati) dengan cara yang pataut sebagai satu tanggungn yang wajib atas orang-orang yang tgaqwa.”
(Al-Baqarah ayat 241 )


Masalah 372.










Apakah yang dikatakan ‘Iddah Perceraian

a… Sebab Wajib Iddah

Diwajibkan seseorang isteri itu beriddah ialah kerana tiga sebab:-


(1) Perceraian dari suami yang hidup dengan talak satu atau lainnya.

Hendaklah perceraian itu terjadi setelah berlaku persetubuhan yang sebenar dalam perkahwinan yang sah atau fasid atau dalam keadaan syubhah, sama ada persetubuhan itu halal atau haram (seperti wati isteri yang sedang haid atau berihram haji atau umrah). Kalau tidak ada berlaku persetubuhan tidak ada iddah walau pun ada berlaku khalwat diantara mereka berdua. Hendaklah suami dan isteri itu orang yang munkin boleh dilakukan persetubuhan.

(2) Wati Syubhah

Ialah persetubuhan yang berlaku dalam keadaan syubhah tentang halalnya seperti persetubuhan yang berlaku dalam perkahwinan yang tidak sah. Atau menjadi syubhah bagi pihak lelaki yang menyangka perempuan yang di wati itu isterinya, tetapi ia bukan isterinya. Maka perempuan itu wajib beriddah sama ia dara atau janda, isteri orang atau tidak.










Wati syubhah ialah persetubuhan yang tidak wajibkan dikenakan hukum hudud ke atas lelaki yang berwati, ada kemungkinan perempuan itu boleh dikenakan hukum hudud seperti yang sudah baligh atau perempuan yang berakal dan sebagai lagi, wajib ianya beriddah kerana menghormati air maninya.



(3) Kematian suami.

Seorang perempuan itu wajib beridah kerana kematian suami, maka wahjib ianya beriddah walaupun ia belumn lagi disetubuhi atau sedang menjalani iddah talak rajaie yang belumn tamat.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan isteri-iseteri yang diceraikkan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)
(Al-Baqarah ayat 228 )

Para ulama’ mujtahidin sekata sependapat (ijma’) bahawa ‘iddah adalah suatu hukum yang telah diperuntukkan melalui al-Quran dan al-Sunnah, bahkan ia termasuk dalam sejumlah hukum yang diketahui dengan mudah dalam Islam..


b……Pembahagian Wanita yang Beriddah.

Wanita yang beriddah dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu:-
Pertama -Wanita yang diceraikan dalam perceraian hidup dengan talak atau fasakh dan wanita yang diwati syubhah dan idahnya seperti berikut:-










(1) Wanita yang berhaid atau pernah datang haid dan tidak mengandung waktu di cerai, maka iddahnya tiga kali suci.

Firman Allah swt yang bermaksud:-
“Dan isteri-isteri yang dicieraikan itu hendaklah menunggu
dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga
furu’ (suci)” (Al-Baqarah ayat 228)

(2) Semasa diceraikan tiba-tiba datang haid kali pertama dalam hidupnya maka suci itu tidak dikira, kerana tidak berada diantara dua darah, oleh itu ia memerlukan tiga kali suci lagi selepas haid itu (jadi 4 kali suci)

(3) Perempuan yang pernah datang haid selepas diceraikannya walau pun satu minit selepas diceraikan, haid pun datang maka ia telah memperolehi satu haid, dan iddahnya akan berkahir dengan masuk haid kali ketiga.

(4) Bagi yang diceraikan dalam masa haid iddahnya akan berkahir apabila masuk haid yang keempat selepas bercerai.

(5) Kalau ia dicereai sermasa nifas (beranak) maka ia memerlukana tiga kali suci selepas nifiaas, nasa nifas itu tidak dikira idaahnya akan berkahir dengan masuk haid keempat.

(6) Bagi perempuan yang putus dari haid maka hendaklah ia beriddah selama tiga bulan.


C,, Kedua -Perempuan yang mati suami mempunyai iddah berikut:-

(1) Yang Mengandung










Jika ia mengandung maka iddahnya ialah hingga melahirkan kandungan dengan sempurna. Juga hendaklah kandungan itu boleh di nasabkan kepada suami yang mati
Jikakandungan itu berpounca dari wati sayubhah mak aiiddahnya empat bulan sepuluhhari sselepas melah8irkan kandungan itu.
Jika ia mengandung dengan sebab berlaku wati syubhah dalam masa iddah hendaklah di sempurnakan yang baki itu selepas melahrikan anak, kerana iddah mengandung mestilah didahulukan daripada iddah mati

(2) Yang Tidak mengandung










Jika seorang itu yang kematian suami tidak mengadung sama ada disetubuhi atau belum maka iddahnya empat bulan sepuluh hari dan malamnya, walaupun isteri itu berada dalam iddah talak rajaie, maka ia tetap kenaa beriddah empat bulan sepuluh hari juga dari trikh kkematiansuaminya itu.

(3).. Hikmat Wajibnya iddah

Untuk mengetahui bersih rahim seseorang wanita yang telah diceraikan sehingga tidak bercampur antara keturunan suami pertama dan suami keduaa.

Memberi peluang kepada suami iseri yang berpisah uintuk kembali kepada kehidupan berkeluarga semula.

Sebagaui menyanjung tfginggi urusan perkahwinan betapa appentingnya perkahwinan dibina.

Untuk menyatakan kesedidhan dan berkabung (ihdad) di atas kematian suami yang dikasihi dan berakahir nikmat satu perkahwinan.


d..Permulalan prkiraan Idaah

Dikira sebaik sahaja terjadi perceraian, sama ada kematian, talak
dan sebagainya. Sama ada perempuan itu tahu atau tidak ianya
dicerai atau kematian suaminya, maka tarikh iddah itu bermula
dari tarikh yang berlaku kejadian dan bukannya tarikah yang ia
tahu. Contohnya seorang perempuan telah dicerai pada bulan
Muharram, kemudian dia diberitahu pada bulan Rabiul Akhir,
sedangkan dalam masa tiga bulan itu isteri tadi melalui tiga atau
empat kali suci, maka ia tidak perlu lagi memulakan iddah baru
setelah diberitahu, bahkan ia boleh berkahwin pada hari itu
juga.


e...Pertukaran iddah Suci kepada idah Bulan.

Apabila seorang lelaki menceraikan isterinya yang pernah berhaid, kemudian ia meninggal dunia sedangkan isterinya belum lagi habis iddahnya, maka jika perceraian itu talak rajaie hendaklah ia beriddah dengan iddah mati suami, iaitu empat bulan sepuluh hari dari taaikh kematian suaminya itu. Tetapi jika talak bain ataua fasakh maka iddahnya tidak akan berubah kerpada iddah mati pula.


f... Pertukaran Iddah Bulan kepada Quru
Apabila seoranhg perempuan telah mulai beiddah dengan bulan
kerana kecilnya atau tidak pernah lagi datang haid tiba-tiba










datang haid maka wajiblah ia berpindah kepada iddah quru’.’


Tempoh iddah yang paling kurang.










Tempoh masa yang mungkin berakhir iddah ialah 32 hari.

Perempuan Berzina tiada iddah,










Tidak wajib beriddah perempuan yang melakukan persetubuhan
perzinaan.


Masalah 373.

Bagaimanakah berlaku dalam hal rujuk dan percreraian. Minta huraikan.

(a). Rujuk dari segi istilah ialah mengembalikan isteeri yang teeelah ditalak rajaie (bukan bain) kepada perlkahwinan asal sebagaai isteeri sepenuhnyaa di dalam iddah dan dengan ssyarat-syarat tertentu.

(b). Rukun rujuk dan syarat–syarat sah rujuk:










(1) Al-Murtajie –.
Suami atau mereka yang mengambil tempat suami.










(2) Kedua iaitu tempat yang dirujuk










(3).. Yakni sighah (lafaz)

c.) Syarat-Syarat rujuk










(1) Murtaji’orang yang mempunyai kelayakan berkahwin dengan sendirinya, iaitu seorang yang berakal, baligh dan membuat pihlihan sendiri.

(2) Isteri yang dicerai itu boleh menjadi halal bagi suami yang merujuk. Tidak sah merujuk isteri yang murtad pada ketika iddahnya,


(3) Isteri yang diceraikjan itu hendaklah ditentukan atau dipastikan yang berkenaan.

(4) Hendaklah isteri itu yang telah disetubuhinya. Tidak sah rujuk dengan isteri yang tidak disetubuhi kerana telah mejadi talak baian.










(5) Hendaklah perceraian itu dengan talak, maka tidk saah rujuk isteri yang dicierai dengan fasakh atau khuluk.










(6) Hendaklah talak itu tidak sampai kadar maksima










(7) Hendaklah taalak itu tanpa bayaran










(8) Hendaklah rujuk itu dilakukan sebelum berkahirnya iddah.


Masaslah 374

Apakah menjadfi Implikasi Rujuk secara Perbuatan.

Jawapan.

Adapun perbuatan seperti bersetubuh dan bercium, berdakap, berpeluk dan sebagainya, maka tidak akan hasil rujuk dengannya menurut mazhab Shafie, bahkan hukmnya adalah haram kerana talak menghilangkan perkahwinan.
Pewndapat mazhab selain dari Shafiw boleh dilaklujklanm dan sah.

Pendpaoat yang sebenarnya adalah rujuk dengan lafaz sahaja yang sah dan denganperbuatan ulama taidak sepakat mengeashkannya,


MASALAH 375.

Implikasi Rujuk –Perbuatan wati syubhah isteri boleh dituntut di mahkamah.

Jawapan.

Mempasakhkan akad nikah berarti membatalkannya dan melepaskan ikatan pertalian antara suami isteri. Fasakh terjadi kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi pada akad nikah atau kerana hal-hal lain datang kemudian yang membatalkan kelangsungannya perkahwinan.

Contoh fasakh kerana syarat-syarat yang tidak terpenuhi dalam akad perkahwinan ialah:-

a..Setelah akad nikah ternyata isterinya adalah saudara sesusuan.

b..Suami-isteri masih kecil diakadkan oleh selain ayah atau datuknya, kemudian setelah dia dewasa maka ia berhak untuk meneruskan ikatan perkahwianannya dahulu itu atau menghakhirinya.
Khiyar ini disebut khiyar baligh. Jika yang dipilih mengajkhiri ikatan suami-isteri maka hal ini disebut fasakh akad.

Contoh fasakah kerana hal-hal mendatang setelah akad ialah:-

1. Bila salah seorang dari suamni-iisteri murtad dari Islam dan tidak mahu kembali sama sekali. Maka akadnya fasakh (batal) disebabkan kemurtadan yang terjadi belakangan ini.

2. Jika suami yang tadinya kafir masukIsslam, tetapi isteri tetap dalam kekafiirannya,iaitau tetap jadimusyrik, maka akakdnya batak (fasakh).

3. Pisahnya suami isteri akibat fasakh berbeza daripada kerana talaq.. Sebab talaq ada talaq rajaie dan talaq bain. Talaq rajaie tidak mengakhiri ikatan suami-isteri dengan seketika. Dan talaq bain menghakhirinya ikatan perkahwinan seketika itu juga.

4. Adapun fasakh baik kerana hal-hal yang terjadi belakangan ataupun kerana adanya syarat-syarat yang tidak terpenuhi, ia mengakhiri ikatan perkahwianan sekektika itu juga.

5. Selain itu pisahnya suami isteri kerana talaq dapat mengurangkan bilangan talaq. Jika suami mentalaq isterinya dengan talaq rajaie, lalu rujuk lagi semasa iddahnya, atau akada lagi sehabis iddahnya, dengan akad baru, maka perbuatannya dihitung satu kali talaq dan ia masih ada kesempatan melakukan talaq dua kali lagi.

6. Adapun pisahnya suami isteri kerana fasakh, maka hal ini tidak berarati mengurangi bilangan talaq, sekalipun terjadinya fasakh kerana khiyar baligh, kemudian kedua orang suami-isteri tersebut kawin dengan akad baru lagi, maka suami tetap punya kesempatan tiga kali talaq.

7. Pisahnya suami isiteri kerana suami dan samasekakli tidak ada pengaruh isteri disebut talaq. Dan setiap perpisahan suami-iiteri kerana isteri, bukan kerana suami, atau kerana suaami tetapi dengan pengaruh dari isteri disebut fasakh.

Masalah 376.

Mohon terangkan hal-hal berkernaan hadanah.
a.. Takrif hadanah

Para ahli fiqh mendefinasikan ialah ‘Melakukan pemiliharaan anak-anak yang masih kecil laki-laki ataupun perempuan atau yang sudah besar, tetapi belum tamayiz, tanpa perintah dari padanya, menyediakan sesuatu yang menjadikan kebaikannya, menjaganya dari sesuatu yang menyakiti dan merusaknya, mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar mampu berdiri sendiri menghadapi hidup dan memikul tanggungjawabnya.



b...Susunan penjaga Atau Pengasuh.

Bahawa penjaga yang paling baik ialah ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang masih di dalam pertalian perkahwinan. Jika mereka bercerai maka pendapat ulama’ bahawa hak menjaga kanak-kanak itu diutamakan kepada ibu kerana ibu lebih mamapu untuk mengurus anak-ana kecil, lebih sayang dan lebih sabar. Ia tidak halang perhubungabn anak tersebut dengan ayahnya.

Adapan susunan penjagaa hadanah:-
(1). Nenek sebelah ibu hingga ke peringkat atas
(2). Bapa
(3). Nenek sebelah bapa hingga ke perinbgkat atas
(4). Saudara perempuan seibu sebapa
(5). Saudara perempuan seibu
(6).Saudara perempuan sebapa
(7).Anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu
sebapa
(8). Anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu
(9). Anak perempuan kepada kakak atau anak kepada adik
perempuan seibu
(10).Emkak suadara seibu sebapaa (pihak ibu)
(12.)0Emak saudara sebapa (pihak ibu)

Adapun syarat-syarat pengasuh atau penjaga ialah :-
(1) Sempurna akal
(2) Merdeka
(3) Islam
(4) Adil
(5) Bermukim di tempat anak itu tinggaal
(6) Tidak berkahwin dengan lelaki yang ajnabi
(7) Dewasa
(8) Tidak cuai (tidak sibuk)
(9) Tidak buta atau cacat anggota.
(10) Tidak mempunyai penyakit yang berterusan
(11) Bukan seorang yang murtad
(12) Tidak mengamalkan akhlak yang buruk
(13) Penjaga hendaklah seorang yang cerdik (tidak bodoh)

Adapaun Tempoh Hadanah

Sejak kanak-kanak itu dilahairkan sehinggalaha ia mumayiz atau lenbih kurang tujuh tahun bagi lelaki dana sembilan tahun nbagai perempuan.


Kuasa Mahkamah Menentukan Penjaga Bagi Kanak-kanak

Soal siapakah yang patut didahulukan di antara kedua ibu bapa itu ulama bersependapat bahawa agar didahulukan mereka yang suka berubuat baik dan ihsan serta berkemampuan memelihara dan menjaga anak tersebut. Jika ibunya seorang yang lalai dan cuai dalam menjaga anak itu dan bapa mempunyai syarat itu maka bapalah yabng diutamakan.
Mahkamah pula beerkuasa untuk menem,patkan siaapakah yang layak dan lebih cekap untuk kenjaga kanak-kank itu.

Masalah 377.










Mohon terangkan mengenai Kaffarah Zihar.










Jawapan.










Apakah kaffarah itu.










Terdapat empat jenis kafarat. iaitu (1) kifarah zihar,(2) kafarat bunuh tanpa sengaja, (3) kafarah kerana bersetubuh di siang hari bulan Ramadzan dengan senghaja dan (4) kafarah sumpah.

Perkara yang wajib di tunaikan di dalam kifarat-kifarat pertama (1), kifartat zihar, kedua (2) kifarat bunuh tanpa sengaja, dan ketiga (3) kifarat kerana bersetubhuh di siang hari dalam bulan Ramadzan ialah:

Secara mengikut tertib, iaitu memerdekakan seorang hamba, jika tidak mampu berbuat demikian, maka wajiblah berepuasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.. Hanya kifarat bunuh sahaja yang tidak terdapat kewajipan memberi makan kepada fakir miskin, kerana ia hanya dibataskan kepada yang dinyatakan dalam nas.

Kaffarah iaitu memerdekakan seorang budak perempuan. Jika tidak mampu puasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu juga memnberi makan 60 orang miskin, kerana Allah s.w.t. berfirfman:

Bermaksud:” Dan orang-orang yang nenzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka mencabut kembali apa yang mereka katakan, maka hendaklah dikenakan kifafrat…..”
(Al-Mujadalah ayat 3 dan 4 )


Apakah Zihar itu.










Zihar artinyta punggung. Maksudnya Suanmi berkata kepada isterinya; “Engkaua dengan aku seperti punggung ibu ku.” Islam menetapkana isteri yang dizihar haram dikumpuli sebelum membayar kaffarah kepada isterinya. Sekalipun suami yang menzihar isterinya hanya bermaksud untuk mentalaqnya sahaja, tetapi secara hukum tetap dipandang dizihar.
Dan jika dengan ucapan thalaq dimaksud zihar, tetapi secara hukum tetap talaq. Sekiranya suami berkata “Engkau denganku seperti punggung ibuku.” Sedang maksudnya hanya mantalaq, maka hukumnya bukan sebagai mentalaq tetapi zihar. Dan zihar tidak menyebabkan isteri tertalaq.
Haram sisuami yang menzihar isterinya menyetubuhinya sebelum kaffaranya dibayar, dan kaffarah taidak hapus dan tiudak menambah.

Zihar hanya boleh dibuat oleh suami yang beraqal sehat, dewasa lagi Muslim dan perkahwinannya dilakukan secara sah lagi dikuatkan menurut hukum.
Aakibat zihar sisuami yang telah menzihar isterinyaa dengan sah telah menimbulkan dua faktor iaitu:










(1) Haram menyetubuhi isterinya sebelum ia bayar kafarah szihar, kerana Allah swt berfirman
“MIN QABLI AN YATAMA SAA”
( sebelum mereka berdua bersetubuh.)

(2) Wajib bayar kafarah dan berhak kembali lagi.

Sekian dahulu dalam bab ini dan akan penulis sambung lagi dalam Siaran akan datang khusus mengenai Bab Munakahat atau Bab Perkahwinan jika ada terdapat apa-pa soalan yang timbul masalah.

(Rujukan: Kitab Undang-Undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan oleh Dr.Mat Saad Abd.Rahman, terbitan Intel Multimedia and Publication, Petaling Jaya, Selangor, tahun 1993.)

------------------oooooooooooo---------------------------

Monday, April 26, 2010

Masalah Agama siaran 191














































Hj.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


MASALAH AGAMA - SIARAN KE 191


Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.
”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 5




Masalah 356

Bagaimanakah orang yang mengangkat jari telunjuknya dan digoyang-goyag semasa membaca “Asyhaduan la ila hail lallah..”? ( اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ.....)

Jawapan.

Mengangkat jari telunjuk semasa membacakan “Asyhaduan la ila hail lallah…” adalah sunat, kerana di saat itu kita mentauhidkan bahawa Allah s.aw.t itu hanya satu sahaja dan Dia yang disembah, tiada ada lain. Tetapi menggoyangkan jari telunjuk itu beberapa kali adalah makruh dan kalau sampai tiga kali membatalkan sembahyang itu.
( Kitab Seratus Masalah Agama ms 136, para 156 Bhg.2)




Masalah 357

Kenapakah kita menyapu muka dan dahi selepas kita memberi salam sesudah solat?

Jawapan.

Sunat menyapu dahi dan muka setelah selesai sembahyang. Dalam satu hadis dari Annas a.s. menyebut bahawa Baginda menyapu dahinya dan dukucupkan dengan tangan kanannya.

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتـَهُ بِيَدِهِ الـْيُمْنَى ثُـمَّ قَالَ: اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى
الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.
”Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau telah menyelesaikan sembahyangnya, disapumya dahinya dengan tangan kanannya,kemudan diucapkannya.”

”اَشْهَدُاَنْ لَااِلَهَ اِلَا اللهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ اَللـَّهُمَّ اذْهِبْ عَنِّى

الـْهَمَّ وَالْحَزَنَ.”
Artinya:”Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Pengasih dan Penyayang. Ya Allah lakukanlah dari padaku segala dukacita.
(HR Ibnusunny, Albazzar dan ibnu ’Ady



Masaslah 358

Saya telah meninggalkan sembahyang kerana haid dan nifas dahulu, wanjibkah saya qadha sembahyang yang saya tertinggal itu?

Jawapan.

Wanita yang ada haid ataupun nifas wajib meninggalkan sembahyang dan haram kalau dia sembahyang. Dan dia tidak diwajibkan kepada mereka itu mengqadha sembahyangnya itu, bahkan tidak dibolehkan mengqadhanya.
(Kitab Masalah Agama Jil 2. para 158,ms 140)



Masalah 359

Saya telah tertinggal sembahyang Isya’ kerana terlalu letih dan tertidur hingga selepas waktu Subuh. Apakah saya harus mengqadhanya?.

Jawapan.
Adapun wanita atau lelaki yang meninggalkan sembahyang kerana tertidur atau terlupa, tidaklah disiksa kerana meninggalkan sembahyang itu. Hanya diwajibkan kepada mereka itu melakukan sembahyang setelah bangun dari tidurnya atau sesudah sedar atau ingat dari lupanya. Jika sembahyang itu dilakukanya masih di dalam waktu, walaupun kadar satu rakaat yang sempurna, sedang rakaat-rakaat selebihnya diluar waktu maka menurut istilah fiqh sembahyang itu di namakan ”Ada’an” Dan jika seluruh sembahyang itu diluar waktunya, atau kurang dari satu rakaat di dalam waktunya, maka menurut istilah fiqh sembahyang itu dinamakan ”Qadha”.



Masalah 360.

Saya telah sembahyang Maghrib berjemaah di rumah dan apabila saya pergi ke masjid orang masih lagi bersembahyang Maghrib di situ, dan merasa malu pula kalau tidak ikut sama, wajibkah saya sembahyang bersama.?

Jawapan.
Sembahyang untuk kali keduanya itu dengan berjemaah disebut sembahyang ”Mu’adah”. Hukumnya adalah sunat di lakukan. Terdapat hadis Rasulullah yang diriwayatkan dari Yazid ibn Aswad Bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:-

اِذَا صَلـَّيْتُمَا فِى رِحَالـِكُمَا ثـُمَّ اَتَيْتـُمَا مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ فَصَلـِّيَا
مَعهُمْ فَـاِنَّهَا لـَكُمَا نـَافـِلـَةٌ.
(رواه احمد,ابو داود, الترمزي وانساعي)
Apabila kamu berdua telah bersembahyang di rumah kamu kemudian kamu datangi suatu masjid jamaah, maka bersembahyanglah kamu bersama mereka, kerana sesungguhnya ia itu sunat untuk kamu”.
(H.R Ahmad, Abu Daud,Attitmidzi dan Annasa’ ) (Kitab MasalahAgama Jilid 2,para 160 ms 148)

Masalah 361

Saya telah sembahyang wajib (Isyak) sebagai makmum di madrasah dengan tidak sepengetahuan saya, orang yang sedang saya makmumi itu sebenarnya bersembahyang sunat. Bagaimana hukumnya?

Jawapan.

Orang yang sembahyangh fardhu, mengikuti orang yang sembahyang sunnat yang sama nadzam sembahyangnya baik diketahuinya si yang diikutinya itu sembahyang sunnat, ataupun tidak diketahuinya adalah sah sembahyangnya dan sah jamaahnya. Jika diketahui Imam itu tengah sembahyang sunat hanya makruh sahaja. Kemakruhan itu menghilangkan bagi fadilah jamaah yang dua puluh tujuh itu.

Jika ia orang masbuk sah juga sembahyangnya dan Fatihahnya ditanggung oleh Imam itu.
Maksud nadzam ialah berlainan sembahyang dari yang kita hendak sembahyang, seperti mengikut orang sedang sembahyang jenazah, pada hal kita sembayang Dzuhur, orang yang sembahyang gerhana matahari, orang yang sembahyang sembahyang tasbih dan sebagai lagi.
(Rujukan Kitab Maslah Agama Jil.2, para 161, ms. 151).



Masslah 362

Bolehkan saya sembahyang sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan sunat rotibah sesudah fardhu Subuh?.

Jawapan.


Tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Asar, dan tidak disyari’atkan sunat rotibah sesudah sembahyang fardhu Subuh. Dan makruh tahrim hukumnya dan tidak sah melakukan sembahyang sunat yang tidak mempunyai sebab sama sekali, seperti nafal mutlak, sunat ihram yang dilakukan di luar tanah haram Makkah, pada waktu sesudah sembahyang Asar dan sesudah sembahyang Subuh.


Adapun yang mempunyai sebab, tidakklah di makruhkan, yang berarti sebabnya itu terdahulu seperti sembahyang-sembahyang fardhu atau sunat-sunat yang luput, jelasnya qadha fardhu atau qadha sunat. Dan juga sembahyang-sembahyang gerhana matahari dan sembahyang istisqa’ atau sembahyang minta hujan tidak juga dimakruhkan.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 164 ms 157)


Massalah 363

Saya hendak sembahyang Hadiah tetapi saya kurang faham akan kafiatnya?

Jawapan.

Sembahyang Hadiah adalah sembahyang yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebagai nafal mutlaq pada malam yang pertama sesudah mayat dikebumikan

Caranya ialah dibaca tiap-tiap sesudah Al-Fatihah bagi tiap-tiap rakaat :-

a.Ayat kursi 1 kali
الله لآإله إلاهوالحي القيوم.... (البقرة 285)

b.Al-Takkasur الهكم التكاثر.....- 1 kali
c. Qul huwallah ahad… 11 kali

Surah-surah tersebut dibaca setiap rakaat sesudah Al-Fatihah.
Maka setelah selesai dilakukan dua rakaat sembahyang tersebut diucapkanlah doa seperti berikut:-

اَللـَّهُمَّ اِنَّيْ صَلـَّيْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ اَللـَّهُمَّ ابْعَثْ
ثـَوَا بَهَا اِلَا قَبْرِ.............(فُلَانِ بْنِ فُلَانَةٍ)

Maksudnya: Ya Allah. Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah. Kirimkan pahalanya kepada Kubur………………..(si pulan bin si pulan).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 2 para 165,ms 161)

Masalah 364

Saya dapati sekarang ini banyak orang berlumba-lumba mengerjakan sembahyang tarawih hanya sebanyak lapan rakaat sahaja, tetapi terdapat orang-orang tua yang melakukan dua puluh rakaat dan tiga rakaat sembahyang witir. Minta tuan jelaskan?.

Jawapan.

Setengah dari pada sunnah-sunnah adalah sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadhan. Bagi Abi Hurairah, As-Shafiei, dan Ahmad mereka mengerjakan dua puluh rakaat dan tiga rakaat witir. Yang dikenal Mazhab-mazhab yang Empat itu mereka juga melakukan dua puluh rakaat. Tidak ada dinaqalkan dari mereka itu sembahyang Tarawih hanya lapan rakaat.
Tdersebut sebuah hadis Rasulullah s.a.w. :-


كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـَّمَ يُصَلـِّى فِى شَهْرِ رَمَضَانَ فِى غَيْرِ جَمَاعضةٍ عِشْرِيْنَ رَكَعَة ً وَالـْوِتـْرَ.(رواه البهيقي والطبراني وعبد بن هـُمَيْدِ)

Bermksuad: “Adalah Rasulullah s.a.w. berseambahyang di bulah Ramdhan dengan tidak berhenti-henti dua pualuah rakaat di tambah dengan Witir.”
(HR. Al-Baihaqy, At-Thabarany dan ’Abdul Humain)
(Rujukan: ”Kitab Masalah Agama Jil 2.para 167,ms 169)

Masslah 365

Saya ingin tahu berapakah rukun Khtbah Jumaat?

Jawapan.

Rukun Khutbah itu ada lima iaitu:-

a. Memuji Allah s.w.t.
b. Berselawat ke atas Nabi s.a.w.
c. Berwassiat dengan Taqwallah
d. Membaca ayat al-Quran pada salah satu dari dua Khutabah.
e. Berdoa untuk orang-orang mukmin dan pemerimtah pada khutbah yang akhir.

Meninggalkan salah satu rukun khutbahnya seperti meninggalkan atau dibaca ”Hamdulillah” atau seperti diucapkannya ”Hamlaaah” Ini sama dengan tidak membaca ”Alhamdulillah” Atau meninggalkan wasiat ”Bittaqwa”, atau meninggalkan Selawat ke atas Nabi s.s.w., atau meninggalkan membaca ayat al-Quran pada salah satu dua khutbah, atau meninggalkan doa kepada mukmin pada khutbah kedua maka tidak sah khutabhnya itu.

Maka jika tidak dibacanya rukun-rukun khutbah yang lima itu, atau salah satu dari padanya, atau dibacanya tdak menurut persyaratnya yang wajib, maka kesemuanya itu membawa cedera pada khutbah, yang membawa cedera pada sembahyanagnya. Kerana syarat sah sembahyang Jumaat itu adalah terdahulu dua khutbah dengan segala fardhunya.
Rujukan Masalah Agama Jil.2 para 170, ms 181 dan Jil.4 para 71 ms 166)

Masalah 366

Saya dapati ada Imam yang kalau waktu sembahyabng Subuh pada rakaat akhir pada waktu sujud, maka sujudnya terlalu lama sehingga si makmum tidak kuat mengikutinya. Mohon beri penjelasan.?

Jawapan.

Memang sunat hukumnya melamakan sujud untuk berdoa di dalamnya kerana sujud itu adalah suatu keadaan yang terdekat seorang hamba kepada Tuhannya. Akan tetapi bagi Imam yang tidak mahu makmum menaruh kebenciaan padanya kerana perbuatan itu, janganlah hendaknya Imam melebihi tasbih dalam sujudnya dari tiga kali, dan tiada sunat menambahkan doa-doa apapun, bahkan hendaklah diperingankan untuk meraikan makmun yang lemah, yang sakit, yang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan atau kerja yang mesti diselesaikannya. Maka dalam hal ini disunatkan bagi Imam meringankan sembahyangnya.

Diriwayatkan dariAbi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.aw. bersabda:

اِذَا صَلـَّى اَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلـْيُخَفِّفْ فـَاِنَّ فِيْهِمُ الضَّعِيْفَ وَالسَّقِـيْمَ وَالـْكَبِيْرَ فـَاِذ َا صَلىَّ لـِنَفـْسِهِ فـَلـْيُطـَوِّلْ مَـا شَـاءَ.
(رواه الجماعه الاابن ماجه)

”Apabila bersembahyang salah seorang kamu mengimami orang banyak, maka hendaklah diringankannya sembahyang itu. Kerana di antara mereka ada yang lemah, yang sakit dan yang tua. Maka apabila sembahyang seorang bagi dirinya sendiri boehlah dipanjangkannya menurut kehendaknya.”
(HR .Aljamaah kecuali Ibnu Majah).


Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه


---------------ooooooooooooo------------------

Masalah Agama- Siaran Ke 190















































































Hj.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/

Masalah Agama (Adab)– Siarab Ke 190


Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulis telah pun menyampaikan dalam berbagai bentuk pengajaran dalam Blog-blog yang lalu dan hari ini kembali sejenak untuk menyambung masalah agama yang akan mencukupi masalah-maslah kita bersama. Semoga dapat bermanafaat kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.

Masalah 349.













Orang Mukmin manakah yang sempurna Imannya? Apakah yang disebut Ahli Sunnah wal jama’ah itu ? Minta tuan tolong terangkan.

Jawapan.

Bagi menjawab soalan pertama maka baiklah penulis membawa firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2 -4 seperti betikut:


إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ. أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)

Adapun mengenai apakah Ahlisunnah wal Jumaah itu? Maka dengan ringkas dapat penulis menjawab di sini menurut apa yang tersebut dalam Kitab Al-Majalisus Saniyyah, ms 88 seperti berikut:-

”Maka wajiblah ke atas orang-orang yang beriman mengikuti Sunnah dan Jama’ah. Maka arti Sunnah iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan arti Jama’ah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat r.a. ajma’in pada khilafatnya Imam-imam Empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin r.a. ajma’in.”
Demikianlah jawapan penulis menegnai solan tersbut.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama, Jil. 2, ms 43)


Masalah 350.

Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang itu lelaki atau perempuan ketika mandi tidak memkai seurat pun pakaian dan selepas itu mengambil wuduk, adakah sah wuduknya itu?


Jawapan.
Mengambil wuduk ketika selepas mandi yang tidak berpakaian adalah sah wuduknya, tetapi berwuduk dengan bertelanjang bulat sampai kubul dan dubur pun tidak ditutp, walau pun di dalam khalawat atau bersendirian adalah haram. Mengenai hukum menutup aurat ketika mandi itu bahawa ketahuilah anda aurat itu ada aurat pada khalawat atau seketika bersendurian,dan di hadapan orang yang boleh memandang kepadanya auratnya itu, seperti isterinya.

Untuk keperluan mandi boleh membuka seluruh aurat baik pada bersendirian ataupun dihadapan isteri. Akan tetapi haram membuka aurat di hadpan orang yang haram memandang kepadanya, sebagaimana juga ketika berwuduk tanpa sesuatu keperluan.

Tetapi aurat yang yang dimaksudkan itu adalah bagi lelaki yang dalam khalawat atau bersendirian khusus dua kemaluan sahaja, iaitu kabul dan dubur. Artinya Haram tidak menutup kabul dan dubur dalam khalawat seketika berwuduk jika tidak ada sesuatu keperluan mustahak.

Dan haram bagi perempuan dalam khalawat atau bersendirian tanpa sesuatu keperluan, berwuduk tanpa menutup antara pusat dan lututnya. Melainkan jika ianya ada sesuatu keperluan maka hal itu seperti memelihara kain dari kekotoran dimaafkan.

Jadi kesimpulannya sekurang-kurangnya berwuduk yang tidak dapat haram bagi lelaki ialah dengan memakai seluar dalam, dan bagi perempuan ialah dengan menutup antara pusat dan lututnya.
Firman Allah s.w.t

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِمـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)

Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78)
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama Jil.2.ms 85)


Masalah 351.

Sebelum kita mandi hadas besar (junub) sunnah kita membersihkan najis di badan lalu membaca ”Bimilla hirrahma nirra him”, lalu mengadap qiblat mengambilair semabhyang. Pada hal kita masih dalam keadaan berjunub lagi, dan membaca ayat Al-Quran itu. Tidakkah jadi berdosa kita berbuat demikian ?

Jawapan.

Mengenai membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” iaitu sepotong dari ayat al-Quran dalam keadaan berhadas besar memang diharamkan atas orang yang tengah berjanabat atau berhadas besar.

Untuk ini dinyatakan bahawa membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” adalah dengan niyat zikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran, dan kita melakukan sesuatu perbuatan yang diperuntukkan khusus tujuan itu. Tidaklah menjadi haram perbuatan itu.

Terdapat dalam sebuah hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sitti ’Aisyah r.a berkata ia:-

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـمَّ اِذ َا اغْتَسَلَ مِنَ الـْجَنَابَةِ
تـَوَضَّأ َ وُضُوْءَ ه ُلِلصَّلَاةِ. (رواه اشيخان)
Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwudukah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyangh. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Penulis merujukkan terdapat di dalam Kitab” Fathul Mu’in Juz 1,ms 72” seperti maksudnya berikut:-


”Dan disunnahkan untuk mandi wajib membaca Bismillah...pada permulaannya, dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan hingus, dan najis, sepertri madzi, walaupun sebenarnya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh satu basuhan sekaligus. Dan disunnahkan berkemih (kencing) oleh orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kekotoran, sunnah berkumur-kumur dan menghilangkan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunnahkan mengekalkan wuduk itu sampai seselsai mandi, sehingga jika berhadas ia, disunnahkalah baginya mengulanginya.
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama jil.2,ms 96)


Masalah 352.



Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?

Jawapan.

Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.

Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:

وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.

Artinya: “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”

Dalam hal haram atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:

لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.

Artinya: “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haidl akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah menghasankan hadis ini oleh Al-Mundziry) .(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100.




Maslah 353.

Bolehkah seorang wanita yang masih setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi,dan Tasbih ?



Jawapan.

Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )




Maslaah 354.



Bolehkah orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?


Jawapan.

Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku.
(Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115




Masalah 355.

Seorang sahabat saya suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?

Jawapan.

Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa ”Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”
Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:

”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”. Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin” sahaja. Sedang ucapan tersebut itu dfituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin. (Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)


Penutup Penulisan ini.

Sukacita jika anda apabila telah melayari Siaran Blog ini sudilah memberi tahu sekalian rakan anda agar menjadi Rakan ”Follower” Siaran Blog ini demi untuk faedah meningkatkan ehwal agama Islam. Tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka itu. Kerjasama anda amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Semoga Allah s.w.t . memberi ganjaran pahala di atas membantu kerja-kerja dakwah agama Islam.
Sekian dahulu buat sementara, jumpa lagi......!Salam bahagia dari Hj.Che Dan Ahmad.

---------------oooo------------------