Friday, December 11, 2009

Masalah Agama Islam - Siaran 132


CHE DAN BIN AHMAD
E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 132.

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج
يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.

(Al-Ahzab(33); ayat 56.

-----------------------------------------------------

Allah menyempurnakan agama Islam.

الـْيـَوْم َ أ َكـْمـَلـْتُ لـَكـُمْ د ِيـْنـَكـُمْ

وَا َتـْمـَمْتُ عـَلـَيـْكـُمْ نـِعـْمـَتِى وَوَضَيـْتُ

لـَكـُمُ الْإ ِسـْلـَمَ د ِينـًا

(المأيده 3)

Brmaksud:
“Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmat Ku dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama.” (Al-Maidah ayat 3).

------------------------------------


Masalah Agama 300. ( 301 )

Soalan.

Bilakah waktu solat Dhuha boleh dilakukan dan berapakah bilangan rakaatnya yang diperlukan.

Jawapan.

Waktu solat Dhuha adalah lebih kurang setengah jam selepas terbit matahari sehingga sebelum gelincir matahari. Ia boleh dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat ataupun dua belas rakaat.


Masalah 301.

Apakah solat-solat sunat yang dituntut supaya berjemaah dan apakah solat sunat yang boleh bersedirian?

Jawapan.

Solat-solat sunat yang dituntut berjemaah di antaranya ialah:-

a. Solat Tarawih.
b. Solat dfua hatri raya.
c. Solat istisqa’
d. Solat gerhana mnatahari danbulan.
e. Solat witir dalam bulan Ramadzan.

Solat-solat sunat yang tidak berjemaah antaranya ialah :-

a. Solat-solat rawatib.
b. Solat witir.
c. Solat tasbih.
d. Solat tahajjud.
e. Solat taubat.
f. Solat awwabin.
g. Solat hajat.
h. Solat tahiyatul masjid.
i. Solat wuduk.
j. Solat musafir.
k. Solat ihram.
l. Solat istikharah.



Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.


Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه



--------------------------oooooooooooooo

No comments:

Post a Comment