Tuesday, September 29, 2009

Tunjukanlah Ke Jalan Yang lurus - Siaran Ke 43








CHE’ DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.



TUNJUKLAH KE JALAN YANG LURUS – SIARAN KE 43



Masalah 149.


Catatan dalam nota ini memang sukar difahami, melainkan dengan kita memikirkan lebih mendalam dan memerlukan pemikiran sejenak untuk difahami.

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu daya iblis amat mengelirukan.

Contohnya ; Lima perkara dalam Rukun Islam.
Pertama.

Mngucap Dua Kalimah Syahadah.
Apakah ucapan yang dilafazkan sama dengan pelaksanaan yang dilakukan bagi amalan hidup seharian secara Islam yang sebenarnya. Menunduk kepada semua perintah-Nya?, dalam barisan pengikut Nabi pesuruh Allah dengan menghayati hadis dan mematuhi sunnahnya?.

Kedua.

Mendirikan Solat Fardhu.
Solat itu merupakan pesanan kepada diri sendiri, sebagai manusia yang dikatakan lemah sering berpenyakit lupa atau lalai, terutama kepada yang tidak menampakkan faedahnya atau mudaratnya, seperti faedah pahala menunaikan solat atau mudaratnya dosa bila meninggalkan ibadat solat itu. Dengan pesanan dalam sehari lima kali difardhukan (solat) tidak mudahlah dilupakan atau dilalaikan oleh syaitan dengan menunggangi nafsu untuk memesongkan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Ketiga.

Menunaikan Puasa Di Bulan Ramadhan.

Menunaikan puasa di bulan Ramadhan, bererti memperpuasakan diri sepanjang hayat dengan mensyukuri rahmat-Nya dalam usaha mencari lagi (bererti kekurangan).
Berilmu hendaklah sentiasa meanggap diri di dalam kejahilan. Rezeki yang dikurniakan hendaklah merasakan di dalam kelaparan. Bebanan hati bersimpati kepada manusia yang miskin di seluruh pelusok dunia ini, terutama kepada saudara-saudara Islam.

Keeampat:

Tentang pembayaran zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu. Dipergunakan istilah beramal dengan ikhlas, sumber keikhlasan itu adalah dengan tidak menunjuk-nunjuk atau riyak. Cara menyembunyi itu (ikhlas) digunakan dengan tidak melakukan amalan tersebut, lantaran sendiri menghumbankan diri ke jurang kesesatan seperti firman Allah s.w.t. dalam Surah Fusilat ayat 7 – iaitu ” ...orang-orang yang tidak menunaikan zakat, dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.”


Kelima.

Menunaikan Ibadat Haji.

Pengalaman semasa berada di Baitullah seperti latihan amali sebelum dihimpunkan ke Padang Mahsyar yang pasti wujud. Selesai mengerjakan ibadat haji hendaklah merasakan diri di berikan peluang seperti mati hidup kembali dengan penuh perasaan keinsafan, lalu menjalani hidup bertakwa dengan sebenar-benar takwa. Perubahan diri yang buruk menjadi baik dan dari yang baik menjadi terbaik kepada yang bergelar haji atau hajjah. Disitilah mercu kejayaan diri dilahirkan kembali dalam keadaan bersih setelah terkotor sebenarnya akibat kejahatan atau kelalaian.


Masalah 150.


Bagaimana cara untuk menerbitkan kerinsafan kepada diri sendiri untyk berada di permiukaan ”jalan yang lurus”?

Jawapan.

Hendaklah kita menanyai sendiri pada diri melalui ”Suara Hati ”. ”Siapalah Aku”? Semakin banyak bertanya semakin terasa kekerdilan, kerendahan, keinsafan diri sendiri di sisi Allah s.w.t., justeru terbitlah keinsafan itu, jika tiada perubahan bererti hidup yang terus bergrelumang dengan kemungkaranm adalah menurut ”Kata Hati.”


Masaalah 151.


Apakah bezanya antara ”Suara Hati” dengan ”Kata Hati” ?

Jawapaj.
Bezanya adalah seperti berikut:

(1) Suara Hati.
Terbit dari keikhlasan yang membawa kepada kebenaran setelah melalui proses akal yang sempurna dari fikiran yang sihat.

(2) Kata Hati.
(3) Lahir dari pada perasaan yang terdesak dan nafsu yang buas.


Contoh - Suara Hati:
1. Parokok :
Sia-sia membazirkan wang untuk membiakkan penyakit dalam tubuh sendiri.

2. Pejudi :
Bodohnya aku menggunakan masa hidup yang singkat ini dengan berkeadaan cemas dan berangan-angan.


3. Penipu :
Sebenarnya perbuatan aku ini adalah mengundang keaiban diri aku sendiri.

Contoh: Kata Hati.

(1).Perokok.
Bdergaya sambil menikmati kepasan.

(2).Pejudi.
Cara mudah untuk mendapatkan kesenangan.

(3). Pernipu.
Pintarnya aku berjaya membodohkan orang lain.

Pabila sudah memahami perbezaan antara ”Suara Hati” dengan”Kata Hati”,maka hendaklah pila menggunakan ”Mata Hati” untuk melihat petekatra-perara yanggfaub kepunyaan Sllahs.w.t..



Sekian dahulu buat sementara waktu. Akan disambung lagi dalam perkara ini sedikit masa lagi dalam Siaran akan datang.

Wassala mualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...!


Salam dari penulis Blog....!







--------------------oooooooooooooooo-----------------------

No comments:

Post a Comment