Friday, September 18, 2009

MASALAH AGAMA - SIARAN KE 30

Hj.Che Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir,
34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.



MASALAH AGAMA - SIARAN KE 30

Soalan 129.

Saya memohon agar diterangkan mengenai Idah dalam perkara undang-undang keluarga Islam di dalam aturan perkahwinan.

Jawapan.

Idah merupakan suatu jangka masa yang wajib dilalui oleh seseorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya bagi mempastikan kekosongan rahimnya dari sebarang kandungaan untuk membolehkanya berkahwin, apabila tamat tempohnya, dengan lelaki yang lain.

Kesan pertama yang dapat dilihat pada diri sesorang isteri yang diceraikan ialah tanggungjawabnya menghabiskan masa idah itu.

Dari segi hukumnya, ia merupakan perkara yang wajib berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.:

وَالـْمُطَلـَّقـْتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأ َنْفُسِهِنَّ ثَلَاثـُة َ قـُرُوءٍ.

Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali suci”
(Al-Baqarah: ayat 228).

Terdapat dua sebab kenapa idah itu diperlukan:

a. Untuk mempestikan tentang kekosongan rahim, dengan itu
dapatlah dielakkan dari berlakuanya percampuran nasab suami
(keturunan) janin di antara nasab bapanya dengan nasab suami
ibunya yang lain .

b. Untukmembeftri kesedaran kepada suami isyteri di atas kesila[an
atau kesalahan yangtelah mereka lakukan.

Tentang kadar masanya pula, ia tidaklah sama di antara seorang perempuan dengan yang lain berdasarkan kepada keadaan. Masanya mula dikira sejak dia diceraikan atau sejak suaminya meninggal dunia (jika perpisahan itu berlaku dengan sebab kematian suami). Lantaran itu kita dapati kadar masanya seperti berikut:


a. Idah perempuan yang masaih didatangi haid adalah selama tiga kali sauci. Jia dia diceraikan pada masa sucinya maka idahnya akan tamat dengan kedatangan haidnya yang ketiga. Tetapi jika dia diceraikan pada masa haidnya atau pada masa nifasnya maka idahnya akan tamat dengan kedatangan haidnya yabng keempat. Firman Allah s.w.t. :

وَالـْمُطَلـَّقـْتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأ َنْفُسِهِنَّ ثَلَاثـُة َ قـُرُوءٍ.

Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali suci”
(Al-Baqarah: ayat 228)


b. Idah perempuan yang belum pernah didatangi haid (kerana masih kecil ) atau yang telah berhenti haidnya (kerana tua) ialah selama tiga bulan. Firman Allah s.w.t. yang ertinya ialah :
“Perempuan-perempuan dari kalangan yang putus haid mereka, jaki kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiuga bulan. Bagitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum berhaid”
(Al-Talaq: ahyat 4)


c. Idah perempuan yang hamil. Seorang perempuan jika diceraikan pada saat dia sedang hamil maka masa idahnya akan berlanjutan sehinggalah dia melahirkan anaknya. Apabila anak yang dikandung itu lahir maka berakhirlah masa idahbnya. Firman Allah s.w.t. yang ertinya :-

”Perempuan-perempuan yang sedang hamil maka idahnya berlanjutan sehinggalah mereka melahirkan kandungan mereka” (Al-Talaq: ayat 4).


d. Perempuan yang belum disetubuhi oleh suaminya, sekalipun dia seorang perempuan yang berhaid, dia sama asekali tidak diwajibkan menjalani masa idah yang tertentu. Keadaan ini mengharuskan ia berkahwin serta merta selepas dia diceraikan oleh suaminya. Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah al-Ahzab ayat 49) yang ertinya:

”Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yag beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (menyetubuhi) mereka, maka kamu tidaklah berhak terhadap mereka mengenai idah yang kamu boleh hitungkan masanya” (Al-Ahzab ayat 49)


e. Seorang perempuan yang mengidapi ”istihadah”, iaitu suatu keadaan dimana darahnya berterusan keluar, sebahagiannya bukanlah darah haid, maka hendaklah dia mengira idahnya berdasarkan kepada kebiasaan masa haid dan sucinya. Apabila berlalu masa tiga kali haid maka habislah idahnya.


f. Idah perempuan yang kematian suaminya ialah selama empat bulan sepuluh hari, berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 234 yang ertinya :


”Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedangkan mereka meninggalkan isteri-isteri, maka mereka (iaitu para isteri) hendaklah menahan diri mererka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari” (Al-Baqarah ayat 234).


g. Perempuan-perempuan yang mandul yang tidak mungkin berlakunya percampuran nasab, mereka juga dikehendaki menjalani idah jika mereka diceraikan oleh suami-suami mereka, bukannya bertujuan untuk membersihkan rahim mereka dari kandungan atau kerana hendak menjaga percampuran nasab, tetapi idah mereka itu lebih merupakan sebagai perkara ”ta’abudi” sahaja, iaitu merupakan satu ibadat dan lambang kepatuhan mereka kepada perintah Allah.

Begitulah secara ringkas mengenai keadaan idah yang ingin di fahami oleh pihak penanya blog ini. Terima kasih di atas sudinya menjadi ”follwer” blog ini.

Rujukan ”Kitab Undang-Undang Keluarga Islam Peraturan Perkahwinan” Jilid 1, m.s.152)

--------------------ooooooooooooooo------------------------

No comments:

Post a Comment