Friday, September 25, 2009

Bab Perkahwinan (Fasakh) - Siaran Ke 37

CHE DAN BIN AHMAD,
No.770, Permatang Pasir,
34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.




BAB PERKAHWINAN, FASAKH - SIARAN KE 37


1. Maksud Fasakh.

Fasakh yang berarti ”tuntutan menjatuhkan talaq” merupakan satu jalan bagi kedua-dua pasangan suami isteri untuk melepaskan diri masing-masing dari ikatan rumahtangga yang tidak lagi sesuai akibat timbul beberapa sebab tertentu atau kerana berlaku kecacatan.

Maksud ” fasakh” ialah tindakan merombak atau memutuskan hubungan perkahwinan di antara suami isteri yang dilakukan oleh Kadhi dengan sebab-sebab tertentu tanpa ucapan talaq (maksud talaq -lihat Siaran 21 dan Siaran 22 yang lalu)

Bai pihak isteri, fasakh berperanan membela nasibnya di saat dia tidak mampu meneruskan hidupnya bersama-sama suaminya itu. Dengan itu sesiapa pun tidak boleh mendakwa sebagai tidak adil apabila si-suami diberi hak atau kuasa mencerai atau menjatuhkan talaq ke atas isterinya kerana si isteri juga mempunyai hak untuk mengatasi kesulitannya menerusi Fasakh atau ”tuntutan menjatuhkan talaq”


2. Perbezaan di antara Fsakh dan Talaq. (186)

Perbezaan pertama ialah tentang hubungan di antara suami isteri. Jika perceraian itu berlaku menerusi talaq biasa, semasa bekas isteri menjalani Idah Raja’i, hubungan perkahwinan di antara mereka berdua belum lagi terputus, kecuali apabila talaq tersebut bertukar menjadi Talaq Ba’in, iaitu sesudah habis masa Idahnya atau sejak awal-awal lagi dia diceraikan dengan tiga Talaq.

Tetapi perceraian dengan sebab Fasakh menyebabkan hubungan perkahwinan mereka terputus. Mereka tidak dapat kembali semula sebagai pasangan suami isteri, kecuali dengan akad perkahwinan yang baru sekalipun bekas isteri masih di dalam Idahnya. Kedudukannya adalah sama seperti di dalam Talaq Ba’in.

Perbezaan kedua ialah dari sudut bilangan Talaq; si suami yang menceraikan isterinya menerusi Talaq biasa begitu juga menerusi cara Khuluk akan berkurangan bilangan Talaq yang dimilikinya, tetapi jika perceraian itu berlaku menerusi Fasakh maka bilangan Talaqnya tidak akan berkurangan sekalipun dia merujuk kepadanya sesudah itu dengan akad perkahwinan yang baru. (187)

3. Nikmat Diharuskan Fasakh.

Kemungkinan jika dilihat sepintas lalu, keharusan Fasakh boleh mengcewakan hati salah seorang di antara pasangan suami isteri kerana rumahtangga yang dibinna boleh dihancurkannya dengan cara Fasakh.
Akan tetapi jika ditinjau dengan lebih mendalam kita akan dpati keharusanya bukanlah secara mutlak dan terbuka. Ia diikat dengan pelbagai sebab yang mengharuskannya. Sebab-sebab itu pula dengan kewujudannya, boleh menyebabkan kehidupan pasangan suami isteri menjadi terseksa atau terinaya.

Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa keharusannya mengandungi kebaikan bagi sesebuah rumahtangga agar tidak ada sesiapa yang tertekan jiwanya oleh sesuatu keadaan yang menyekat tercapainya matlamat bahagia yang diidamidamkan.

Ia juga menjadi suatu jalan keluar kepada si isteri apabila Talaq atau Khuluk tidak lagi dapat berfungsi kerana ia (iaitu Fasakh) diputuskan menerusi kuasa Kadhi.

4. Orang Yang Bertanggungjawab.

Fasakh pada asalnya merupakan tugas pihak berkuasa yang diwakili oleh Kadhi atau pihak Mahkamah Syariah. Tetapi di dalam keadaan-keadaan yang tertentu apabila seorang isteri tidak mampu membawa kesnya kepada Kadhi, maka diharuskan dia sendiri memfasakhkan perkahwinannya berdasarkan kepada keadaan darurat. Keadaan yang sama jika di sesuatu tempat itu tidak terdapata Kadhi atau Mahkamah Syatiah, si isteri diharuskan memfasakahkan sendiri perkahwinannya, seperti katanya:

”Aku fasakah (batalkan) nikah”


5. Sebab-Sebab Harus Menuntut Fasakh. (147)

Seorang isteri harus menuntut fasakh perkahwinannya dengan sebab-sebab berikut:-
(Rujukan –”Kitab Undang-Undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan m.s. 147)


a. Kecacatan dan Berpenyakit.

Kecacatan merangkumi lemah alat kelamin atau terpotong yang tidak memampukannya melakukan persetubuhan dengan isterinya, atau dia seorang yang berpenyakit dengan penyakit-penyakit yang merbahaya, berjangkit dan tidak diingini oleh tabiat manusia yang normal,seperti gila, kusta sopak dan sebagainya.

b. Tidak Mendapat nafkah

Seseorang isteri yang langsung tidak mendapat nafkah daripada suaminya yang berada atau nafkah yang diberi tidak mencukupi atas kadar yang patut, harus menuntut Fasakh perkawinannya kecuali jika suaminya itu saedang sakit yang mnenyebabkannya ia tidak boleh bekerja dan tidak pula berpanjangan masanya (iaitu tidak melebihi masa tiga hari). Tetapi jika penyakitnya itu berpanjangan maka harus dia menuntut Fasakh kerana keadaan itu menyebabkan berlaku kesusahan pada dirinya. Begitu juga jika si suami seorang pengganggur dan si isteri tidak bersabar lagi dengan keadaan kesusahan yang ada, harus dia menuntut Fasakh.

c. Tidak Mencukupi Nafkah Batin.

Seorang isteri yang tidak dilayani keperluan batinnya dengan secukupnya oleh si suami, harus baginya menuntut Fasakh.

d. Pembohongan.

Seorang suami yang mengaku dirinya seorang yang baik sebelum dia
berkahwin dengan isterinya, tetapi ternyata selepas itu bahawa dia
seorang yang fasik atau berakhlak yang buruk, maka harus bagi si
isteri menuntut Fasakah untuk mebatalkan perkahwinannya.

e. Pergaulan Yang Buruk

Seorang isteri yang menerima layanan yang buruk daripada suaminya dan dia tidak mampu lagi bertahan untuk meneruskan hidup bersama-samanya, maka menurut pendapat Mazhab Maliki, harus baginya menuntut mahkamah supaya memisahkannya darpada suaminya itu.

f. Suami Dipenjarakan

Jika si suami dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan, maka menurut Imam Malik dan Ahmad, si isteri harus membuat tuntutan talaq kerana pemenjaraan itu boleh menyebabkan berlaku keburukan pada dirinya, jika masanya berpanjangan.


g. Mandul

Harus bagi si isteri menuntut Fasakh jika diyajini suaminya seorang yang mandul.

h. Suami Menghilangkan Diri.

Fasakah boleh juga berlaku jika si suami menghilangkan dirinya, tidak diketahui adakah dia masih hidup atau sudah pun meninggal dunia, selama 4 tahun.


i. Tidak membayar mahar

Si isteri harus nenuntut Fasakh jika si suami tidaksanggup mmbayar mahar tunai yang disebut di dalam akadaa petrkahwinan sebrlum dia disutubuhi.

j. Perkara yang tidak Harus Fasakh.

Si isteri yang ditinggalkan oleh suaminya kerana musafir keluar negeri untuk bekerja yang direlainya, seperti seorang pegawai luar diluar negeri, atau kerana berniaga, atau seorang tentera yang mengambil latihan di suatu tempat yang jauh, atau keluar negeri kerana menuntut ilmu, maka keadaan demikian tidak membolehkan isterinya menuntut cerai, begitu juga jika ketiadaanya itu masih di dalam negeri tempat tinggalnya. (149)


6.. Idah Fasakh.(152)

Isteri yang telah difasakh perkahwinannya akan menjalani idahnya seperti perempuan-perenmpuan lain yang diceraikan menerusi talaq atau khuluk iaitu idah perempuan yang masih didatangi haid ialah selama tiga kali suci. Jika berlaku fasakh pada masa sucinya maka idahnya akan tamat dengan kedatangan haidnya yang ketiga. Tetapi jika fasakh pada masa haidnya atau pada masa nifasnya maka idahnya akan tamat dengan kedatangan haidnya yang keempat. Bagi perempuan yang belum berhaid (kerana masih kecil) atau yang telah berhenti haidnya kerana tua ialah selama tiga bulan. Jika fasakh itu berlaku sebelum disetubuhi maka dia tidak akan beridah.
(Al-Quran surah al Talaq ayat 4)
((Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 152,177 dan 186.

7.. Tempat Tinggal Seamasa Idah.

Oleh kerana Fasakh dianggap sama seperti Talaq Ba’in maka bekas isteri semasa menjalani idahnya, mendapatkan tempat tinggal sahaja tanpa nafkah daripada bekas suaminya, sama seperti perempuan-perempuan lain yang menjalani idah Talaq Ba’in.
8.. Fasakh Krerana Isteri Menghilangkan Diri.

Menurut hukumnya, apabila seseorang isteri itu menghilanghkan dirinya (ghaib) tanpa diketahui oleh suaminya, maka dia sudah menjadi isteri yang derhaka. Jika sabit penderhakannya dengan bukti-bukti yang jelas, maka gugurlah nafkahnya. Dengan itu si suami tidak berkewajipan lagi memberikannya nafkah.

Oleh kerana tindakan si suami menaham nafkah isterinya yang keluar menghilangkan diri adalah selaras dengan kehendak syarak, maka si isteri tidak harus menuntut Fasakh kerana nafkahnya telah gugur.

Sekian dahulu hal ehwal mengenai Fasakh, penulis akan menyambung lagi dalam hal elwal perkahwinan ini dalam Siaran blog akan datang.

(Rujukan: Kitab Undang-Undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan,
m.s. 147, 152, 177 dan 186).


-----------------------------ooooooooooooooo------------------------------

No comments:

Post a Comment