Saturday, September 26, 2009

BAB PERKAHWINAN - SIARAN KE 39





CHE’ DAN BIN AHMAD,
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.



HAL EHWALAGAMA ISLAM – SIARAN KE 39

Masalah 136.

BAB PERKAHWINAN.



1..Takrif:

Nikah dalam bahasa Melayu berarti Perkahwinan. Nikah menurut syara’ ialah Aqad antara calon suami dengan wali perempuan untuk membolehkan keduanya bergaul sebagai suami isteri menurut yang diatur oleh syariat Islam.
Firman Allah s.w.t.-bermaksud’

“Kahwinlah mereka itu dengan seizin keluarganya.
(An-Nisa’ ayat 25)

Yang dimaksudkan dengan aqad ialah ijab dari pihak wali perempuan atau wakilnya dan kabul dari pihak calon suami atau wakilnya.


2.. Hukum Meminang.

.
a. Boleh meminang wanita yang tiada bersuami dan tidak pula berada dalam iddah talak raja’i.

b. Tidak boleh dipinang wanita yang telah dipinang lebih dahulu oleh lelaki lain

c. Lelaki yang meminang boleh melihat muka dan tapak tangan wanita itu. Begitu juga bagi wanita itu sebaliknya.

d. Hendaklah disiasat latar belakang sebelum meminang.

e. Setelah meminang belum lagi dibolehkan mengadakan pergaulan kedua mereka.




3..Tujuan Kahwin.

Menurut printah Allah s.w.t. untuk perolehi pergaulan yang sah dalam masyarakat, dengan mendirikan rumahtangga yang aman dan damai dan teratur berdasar firman Allah s.w.t. Bermaksud:

“Maka kahwinlah wanita-wanita yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut akan dapat berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja. “
(Surah An-Nisa’ ayat 3)

“Di antara pertandaNya, bahawa Dia telah menjadikan isteri kamu dari jenismu, agar kamu boleh bersama, dan bahawa Dia telah mengadakan sifat kasih mesra di antara kamu kedua belah pihak. Dalam hal ini, menjadi pertanda bagi orang-orang yang mahu berfikiir.”
(Surah Ar-Rum ayat 21)


4...Perkahwinan yang sunat,wajib dan makruh.


a. Sunat - bagi orang yang ingin memperolehi keturunan dan mampu
nenanggung nafkah isterinya.

b.Wajib - bagi orang yang mampu, yang ada keinginan kepada
perempuan dan khuatir akan melakukan zina.

c.Makruh - bagi orang yang berkeinginan tetapi tiada berkemampuan.

d.Haram –(a) Bagi orang yang dihinggapi penyakit perempuan, ia belum berubat

d. (b) Bagi orang yang sudah beristeri dan anak tetapi dia tidak mampu
mamberi naekah. (c) Jika lelaki itu Muslim tetapi bakal isterinya bukan Islam.

f. Harus - bagi orang yang tidak mampunyai keinginan tetapi mampu
menanggung nafkah.




5..Berkahwin.


a. Supaya manusia hidup dengan berpasang-pasangan, berkasih-kasihan dengan
mendirikan rumahtangga yang aman dan damai.

b. Akan melahirkan zuriat yang sah dalam masyarakat

c. Berbekalan waktu tua ada orang yang memeliharanya.

d. Memeliharakan diri supaya tidak terjatuh ke lembah kejahatan perzinaan.


6. Rukun Nikah



a. Calon suami (lelaki)

b. Calon isteri (wanita)

c. Wali (lelaki)

d. Dua orang saksi lelaki

e.. Shighah aqad atau ijab dan kabul


7.. Syarat-syarat bagi seorang Suami

a. Baragama Islam

c. Nyata calon itu seorang lelaki

d. Lelaki diketahui dan tertentu

e. Lelaki itu halal bagi calon isteri

f. Lelaki itu ketahui calon isterinya halal baginya

g. Lelaki itu tahukan calon isterinya

h. Tidak mempunyai isteri yang haram dimadukan

i. Tidak dalam ihram dan

j. Tidak sedang mempunyai empat orang isteri.


8.. Syarat-syarat bagi seorang isteri


a..Beragama Islam

b. Nyata calon itu wanita

c. Wanita yang Halal

d. Wanita yang tertentu

e. Wanita yang telah memberikan izinnya untuk dinikahkan dengan
calon suami , dan

f. Wanita yang bukan sedang dalam ihram


9.. Syarat-syarat Wali.

a. Beragama Islam

b. Dia adalah lelaki

c. Baligh lagi berakal

d. Wali yang waras

e .. Adil dan tidak fasiq ketika aqad

f. Tidak dalam ihram

g. Bukan safih atau orang-orang yang dicabut wilayahnya ke atas
hartanya sebab mubazir dan boros, dan

h. Merdeka.



10.. Syarat Dua Orang Saksi


a.Beragama Islam

b.Lelaki

c. Baligh lagi berakal

d. Mendengar

e. Melihat

f. Waras fikirannya

g. Adil tidak fasiq

h. Mempunyai marwah

i. Dia bukan wali yang melakukan aqad nikah

j. Faham perktaan ijab dan kabul dan

k.Merdeka.

11.. Aqad –Ijab dan Kabul ketika perjanjian nikah

Syarat Ijab;


a. Mistilah menggunakan kalimat atau sebutan nikah atau terjemahannya yang tepat

b…Ijab hendaklah dari wali atau wakilnya

c.. Nikah yang diaqad itu bukan buat waktu yang terbatas.

d..Bukan dengan kata-kata sindiran, dan

e..Bukan dengan ta’liq – syarat yang masih tergantung.

f..Lafaz ijab umpamanya:

” Ya Osman Aku nikahkan kamu dengan anakku, Hamidah binti Bidin
dengan mas kahwinnya sebanyak 50 ringgit tunai…”



12. Syarat-Syarat Kabul (terima)

a.Jangan ada kelengahan masa diantara ijab dan kabul.

b. Sesuai dengan kehendak Ijab

c. Dari bakal suami atau wakilnya.

d. Bukan dengan cara ta’liq

e. Nikah tak punya batas waktu

f. Bukan dengan kalikmat sindiran, dan

g..Sebutkan nama bakal isteri atau gati namanya

h.Lafaz Kabul :-

“ Aku terimalah nikah Hamidah binti Bidin dengan mas kahwin
sebanyak yang tersebut.”


13.. Ijab dan Kabul hal-hal tertentu

Ijab dan Kabul bagi aqad nikah itu, dalam hal-hal atau keadaan yang tertentu bolehlah berlaku menurut ragam-ragam seperti berikut:-

a. Dengan cakap atau isyarat jika cacat bertutur, atau

b. Surat dari bakal suami dan/atau bakal isteri menerusi walinya,atau

c. Perutusan dari mana-mana pehak atau dari kedua- duanya. Surat hendaklah
dibacakan di dalam majlis aqad oleh pehak yang berkuasa dalam pentadbiran dan
perutusan hendaklah hadir, dalam majlis tersebut.

14.. Hikmat perlunya Saksi dalam perkahwinan

a. Perkahwinan adalah ikatan lahir dan batin antara lelaki dan wanita, maka
sebab itulah harus di hadiri oleh dua orang saksi sebagai buktinya.

b. Apabila ada tuduhan dan kecurigaan pehak-pehak berkenaan maka saksi dapat
membuktikannya.

c. Suami dan isteri tidak boleh lagi memunkiri janjinya kerana ada dua orang
saksi

d. Apabila wanita itu melahirkan anak tetap menjadi anak suaminya dan suami
tidak boleh menolak lagi.


e. Masa kini bukan sahaja dua orang saksi dikehendaki tetapi juga sijil nikah
diperlukan bagi membuktikan kesasihannya perkahwinan itu.

15.. Hikmah Perlunya Wali dalam perkahwinan

a. Dalam Islam perhubungan antara anak dengan ibu bapanya hendaklah dijaga
dengan baik, bila anak perempuan hendak berkahwin harus degan izin ibu bapanya.

b. Supaya rumahtangga ada hubungan baik dengan orang tuanya.

c. Ibu bapa mempunyai pengalaman dan pandangan yang jauh dan boleh kenalpasti
bakal pasangan itu sama ada akan berlaku baik atau buruknya.

16.. Perwalian Dalam Nikah dan Susunannya

a. Wali ertinya orang yang berkuasa dalam urusan nikah kahwin. Sebarang
pernikahan yang dilakukan tanpa wali adalah tidak sah.


b. Seseorang gadis tidak faham tentang nasib masa depannya, maka wali akan
mengelakkan segala parkara yang buruk dan tipu helah itu.


c. Wali itu hendaklah seorang yang terdekat dalam susunan keluarganya,
dinamakan “Wali Aqrab”


d. Jika Wali terdekat tidak ada atau terhalang, maka baharulah bepindah kepada
wali yang jauh dalam susunan kelurganya,dinamakan “Wali Ab’ad”


17.. Susunan Perwalian

a. Bapa wanita itu

b.Datuk – sebelah bapa

c.Saudara lelaki seibu sebapa

e. Saudara lelaki sebapa

f. Anak saudara lelaki seibu bapa

g. Anak saudara lelaki sebapa

h. Bapa saudara seibu sebapa (adik beradik bapa)

i. Bapa saudara sebapa

j. Sepupu lelaki seibu
sebapa (anak bapa saudara seibu sebapa

k. Sepupu lelaki sebapa (anak bapa saudara sebapa)

l. Bekas tuannya

m. Sultan atau hakim


18.. Wali Mujbir

a. Ertinya orang yang berhak menikahkan anak gadisnya dengan tidak
payah meminta izin daripadanya. Orang itu ialah bapa atau datuk s
ebelah bapa sahaja.

b. Bermakna seorang bapa atau datuk mempunyai kuatkuasa untuk
menikahkan anak gadis itu dengan lelaki yang difikirkan layak dan
menjadi kebaikan

c. Mereka ini tahu akan masalah anak-anak dan cucunya, tetapi eloklah
diberitahu dahulu.

d. Namun demikian terdapat beberapa syarat yang membolehkan
seorang wali mujbir itu menikahkan anak gadis itu.


19.. Syarat-syarat bagi Wali Mujbir

a. Tidak ada permusuhan di antara anak gadis itu dengan walinya.

b. Tidak ada permusuhan di antara gadis itu dengan bakal suaminya.

c. Hendaklah bakal suami itu setaraf dengannya, iaitu setaraf atau ada
persesuaian di antara keduanya dari segi keturunan, pekerjaan dan
kedudukan,namun jika bakal isteri bersama-sama wali bersetuju menerima seorang
yang tidak setaraf adalah sah juga pernikahan itu.

d. Hendaklah bakal suami gadis itu mampu membayar Mas Kahwin yang semisal
dengannya.

e. Yang dinikahkan itu masih gadis lagi.


20.. Kahwin dengan Izin Wanita

a. Wanita-wanita sama ada janda mahu pun gadis adalah berhak menentukan nasib
diri sendiri dengan siapa yang ia redha nikah.

b. Wali hendaklah meminta keizinan dari wanita sebagai akuan untuk dinikahkan.

c. Menurut syariat Islam wanita mempunyai hak-hak berikut:-

1.Hak membantah terhadap wali

2.Hak Izin gadis

3.Hak Izin janda

4. Hak Izin anak yatim.

21.. Perpidahan Hak Wali

Hak perwalian akan berpindah dari wali akrab kepada wali ab’ad kerana 10 perkara berikut:-

a. Wali Bukan beragama Islam

b. Wali yang fasiq

c. Wali kanak-kanak

d. Wali yang menjadi hamba

e. Wali yang gila

f. Wali yang Rosak fikiran

g. Wali menjadi kelu

h. Wali telah nyanyuk

i. Wali yang bebal

j. Wali yang bisu


22.. Perpindahan kepada Wali Hakim
Hak perwalian adakalanya akan berpindah kepada Wali Hakim dengan sebab
berikut:-

a. Tiada mempunyai wali langsung.

b. Tidak diketahui di mana wali berada

c. Walinya hendak bernikah dengannya

d. Wali berada di tempat sejauh 2 marhalah

e. Walinya pitam

f. Walinya terpenjara atau tertahan

g. Walinya dalam ihram

h. Walinya enggan menikahkan.


23.. Mahram –Orang yang tidak halal di akahwini.

Mahram artinya orang yang tidak halal dikahwini oleh adanya sebab-sebab yang menjadi penghalang iaitu-Keturunan, susuan, persemendaan atau permaduan.

a. Haram buat selama-lamanya kerana sebab keturunan (nasab)

(1). Ibu dan seterusnya ke atas seperti nenek,moyang dll.

(2). Anak perempuan dan seterusnya ke bawah seperti cucu,cicit
Dan lainj-lain.

(3). Saudara perempuan dari ibu sama ada yang sekandung sebapa
atau seibu.

(4).Saudara perempuan dari bapa, sama ada yang sekandung,
sebapa atau seibu,juga saudara perempuan dari datuk dan nenek
dan ke atas.

(5). Anak perempuan dari saudara lelaki dan seterusnya

(6).Anak perempuan dari suadara perempuan dan seterusnya.


24.. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisa’ ayat 22-23.


”Janganlah kamu mengahwini perempuan yang sudah dikahwini oleh bapamu,kecuali apa yang terlanjur di zaman jahiliah. Sungguh yang demikian itu amat keji, dibenci dan sejahat-jahat jalan.”

”Diharamkan atas kamu mengahwini ibumu, anak perempuanmu, saudara perempuanmu, saudra perempuan dari bapa dan dari ibumu, anak perempuan dari ibumu, anak perempuan ibu yang nenyusukan kamu, saudara perempuan dari susuan ibu isteri dan anak tiri yang dalam penjagaan dari isteri yang sudah kamu setubuhi.Jika kamu belum bersetubuh dengannya, maka tidaklah kamu berdosa mengahwini anak tiri itu.”

”Begitu pula haram mengahwini isteri anak kandungmu dan menghimpunkan antara dua orang perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah berlaku pada zaman jahiliah. Sesunguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”


25.. Haram buat Sementara Waktu untuk dimadukan:



a. Saudara perempuan kepada isteri, sama ada yang sekandung,
sebapa, seibu atau sesusu dengan isteri.

b Ibu saudara kepada isteri, sama ada yang sekandung, sebapa, seibu
atau sesusu.

c. Ibu saudara sebelah ibu kepada isteri; sama ada yang sekandung, sebapa,
seibu atu sesusu.

d. Anak perempuan dari saudara lelaki bagi isteri, sama ada yang sekandung,
sebapa, ibu atau yang sesusu dengan saudaara lelaki bagi isteri.


26..Haram buat Sementara Waktu sahaja.


a. Saudara perempuan kepada isteri, sama ada yang sekandung,
sebapa, seibu atau sesusu dengan isteri.

b. Ibu saudara kepada isteri, sama ada yang sekandung, sebapa, seibu atau
sesusu.


c. Ibu saudara sebelah ibu kepada isteri; sama ada yang sekandung, sebapa,
seibu atu sesusu.


d. Anak perempuan dari saudara lelaki bagi isteri, sama ada yang sekandung,
sebapa, ibu atau yang sesusu dengan saudaara lelaki bagi isteri.


27.. Kahwin bukan Sekufu (setaraf).

a. Dari segi kebangsaan.

b. Dari segi keagamaan

c. Tidak harus yang merdeka dan hamba.

d. Tidak setaraf dalam pekerjaan danperusahaan.

e. Tidak sedarjat

f. Tidak yang bersesuaian

• Tetapi jika wali dan bakal isteri atau suami
bersetuju maka tidaklah menjadi halangan.


28.. Perihal Mas Kahwin (mahar).

a.Mas kahwin ialah bayaran wajib yang mesti dibayar oleh lelaki
kepada wanita.

b.Mas kahwin boleh dibayar tunai dan boleh juga berhutang kepada satu
masa yang lain.

c. Tidak ditentukan banyaknya ia, boleh sedikit atau banyak,tetapi berlebihan
adalah makruh

d. Tiap-tiap barang yang berharga, seperti wang, rumah, cincin, ternakan boleh
dijadikan mas kahwin. Juga bentuk usaha dan urusan yang menafaat seperti
mengajar al-Quran pada isteri.

e.Wajib dibayar seluruhnya, kalau suami telah mati atau isteri mati.

f. Kalau suami menceraikan isterinya sebelum bersetubuh wajib membayar
sepearuh mas kahwinnya.

g. Mas kahwian menjadi hak milik isteri dan ia berhak berbuat apa-apa yang
disukainya


29.. Hak dan Kewajipan Suami Isteri

Dalam agama Islam, bilamana terdapat kelamin suami isteri, maka dikala itulah berlakunya hak dan kewajipan, iaitu (1) Hak suami (2) Hak isteri (3) Kewajipan suami (4) Kewajipan isteri.


Hak Suami dan hak Isteri

Apa-apa yang menjadi hak bagi suami, adalah menjadi kewajipan ke atas isteri dan sebaliknya apa-apa yang menjadi kewajipan ke atsa suami adalah menjadi hak bagi isteri. Disamping itu ada pula hak kewajipan bersama.

Kewajipan Suami.

a. Memberi Mas kahwin (mahar)
Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa, ayat 4 –bermaksud: -

”Berikanlah mas kahwin kepada wanita yang kamu kahwin sebagai
pemberian…”

b. Nafkah hidup - Agama Islam menetapkan suami itulah yang
bertanggung jawab mencari nafkah dan mengadakan sara hidup
kepada isteri dan keluarganya.

c. Nafkah batin - Pergaulan secara suami isteri untuk menjalankan tugas
kejadian manusia.

d. Tidak membahayakan

e. Adil ketika berpoligami


Kewajipan Isteri.:-


a. Taat dan patuh kepada suami.

b. Bersopan santun dan senyum simpul

c. Bersolek dan berhias untuk suami

d. Pandai mengambil hati suami

e. Mengatur dan menyusun rumahtangga

f. Menghormati ibubapa, saudara-mara keluarga suami.

g. Jangan mempersulitkan suami

h. Berhemat dan menyimpan

i. Jangan cembur buta

j. Redha dan bersyukur atas pencarian suami.



30... Hak Bersama dan Kewajipan Bersama


a. Menikmati hubungan jenis di antara suami dengan isteri.

b. Menyimpan rahsia sulit peribadi masing-masing.

c. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

d. Pergaulan baik di antara suami dengan isteri
dan keluarga masing-masing

e. Waris mewarisi harta pusaka di antara suami degan isteri ketika mati
salah seorang daripadanya.

f. Kasih sayang dan persefahaman di antara suami isteri.


31.. Yang Memutuskan Perkahwinan

a.Kerana kematian (suami atau isteri)

b. Kerana jatuh Talak (diberi oleh suami)

c. Kerana Khulu’ (tebus talak-dibayar oleh isteri kepada suaminya.)


d. Karana Fasakh (atas permintaan isteri, hakim memutuskan suatu perkahwinan
itu dengan jalan fasakh kerana alasan sakit, gila, sopak,isteri menderita kerana
kecacatan suami,suami hilang dan sebagai lagi.)

e. Akibat syiqaq (perbalahan antara suami isteri yang tidak ada jalan lagi
untuk berdamai maka Hakim boleh memutuskan Talak atau Khulu’.

f. Pelanggaran Ta’liq Talak (termasuk Khulu’) kata-kata yang digantungkan, jika
berlaku maka jatuh lah talak).



32.. Kematian

a. Apabila mati salah seorang di antara keduanya, maka putuslah ikatan
perkahwinan antara keduanya dan terjadilah perceraian sejak mula meinggalkannya
itu. Tetapi harus pusaka mempusakai harta-harta mereka.


b. Isteri yang kematian suaminya,boleh melakukan perkahwinan dengan lelaki yang
lain sesudah habis waktu iddahnya. (Kalau ia tidak hamil iddahnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh meninggal suaminya. Kalau perempuan yang hamil, iddahnya sampai
melahirkan anaknya, meskipun kurang dari 4 bulan 10 hari).Munkht 229.

33.. Kerana Jatuh Talak

a. Suami boleh menjatuhkan talak satu kali (hingga dua kali sahaja) kepada
isterinya, tetapi talak amat dibenci Allah. Islam menganjurkan supaya suami
berhati sabar dan jangan terburu-buru menjatuh- kan talak.

b. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisa’ ayat 19.

Bermaksud:-

“Kalau kamu membenci mereka itu (isterimu) maka hendaklah kamu
sabar dan jangan segera menjatuhkan talaknya, kerana boleh jadi
kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan kebaikan yang
banyak di dalamnya.”


c. Kalau terjadi perbalahan dan perselisihan hebat suami isteri, maka
Islam menganjurkan supaya diadakan dua orang hakam (pendamai)
antara keduanya, seorang dari keluarga suami dan seorang dari keluarga
isteri.


d. Kedua-dua hakam itu berdaya upaya memperdamaikan kedua suami
isteri itu. Kalau tidak juga berhasil perdamaian maka waktu itulah baru
hakam menetapakn perceraian antara keduanya dengan menjatuhkan
talak satu atau khuluk’.

e.Perempuan yang meminta kepada suaminya, supaya menjatuhkan
talak ke atasnya tanpa sebab, maka haram baginya bau syurga
(Al-Hadis riwayat Ashabus)



34.. 5 Hukum Talak.


a. Wajib, iaitu apabila terjadi syiqaq (peselisihan) yang tidak dapat
diselesaikan oleh dua orang hakam.

b. Makruh, iaitu menjatuhkan talak dengan tiada sebab-sebab tertentu.

c. Harus,iaitu ketika ada sesuatu keperluan, tetapi kurang baik pergaulan
dengan isterinya.

d. Sunnat, jika isteri tiada menjaga kehormatannya dan telah diberi nasihat,
tetapi tiada dipedulikan.

e. Haram, iaitu menjatuhlan talak ketika isteri dalam keadaan haidh atau dalam keadaan suci, tetapi telah dicampuri (Sepakat para ulama’)



35.. Sebab-sebab yang boleh mejatuhkan talak

a. Isteri berbuat zina

b. Isteri nyusuz (derhaka) setelah diberi nasihat dengan sedaya upaya.

c. Isteri suka mabuk, melakukan perkara-perkara haram atau melakukan kejahatan
yang mengganggu keamanan rumahtangga.

d. Sebab-sebab yang berat yang tidak dapat memungkinkan mendirikan rumahtangga
dengan aman damai dan teratur.


36.. Lelaki yang sah menjatuhkan talak

a. Suami atau wakilnya.

b. Sudah baligh.

c. Berakal. (bukan gila)

d. Tidak ada paksaan.

e. Suami yang menjatuhkan talak dalam keadaan mabuk, maka sah
talaknya jika ia minum dengan kemahuan sendiri bukan kerana paksa
atau darurat.

Suami yang berolok-olok menjatuhkan talak atau berpura-pura maka
terjatuh juga talak itu.
(Ruwah al-Termizi).

37.. Pembahagian talak

a. Talak raja’i
Iaitu talak yang boleh suami rujuk kembali kepada bekas isterinya
dengan tiada perlu melakukan pernikahan baru, seperti talak satu dan
talak dua.

b… Talak Bain.
Iaitu talak yang tiada boleh suami rujuk kembali kepada bekas isterinya,
melainkan dengan melakukan pernikahan yang baru.

c...Talak Bain ini ada dua macam (1) Talak Bain Kecil iaitu talak satu
yang dinamakan Khuluk atau tebus talak. Iaitu talak yang dibeli oleh
isteri (2) Talak Bain Besar – ialah talak tiga.yang dilafazkan oleh
suami, sama ada secara sekaligus atau satu demi satu hingga ketiga
kali. (Munkht 209).

38.. Bahagian talak lagi


Selain dari pembahagian yang tersebut di atas tadi, maka talak itu ada empat macam lagi, dua macam sunni serta halal hukumnya dan dua macam lagi iaitu bid’i serta haram hukumnya.:-

a. Talak sunni yang halal itu ialah: Menjatuhkan talak kepada isteri ketika ia
tidak dalam keadaan haid.

b. Menjatuhkan talak kepada isteri dalam keadaan suci yang belum
dicampurinya. Hal ini khusus pada iateri yang sudah dicampurinya.

c. Ada pun isteri yang belum dicampuri, maka boleh menjatuhkan talak ketika ia dalam keadaan haid atau suci, kerana ia tiada beriddah sama asekali.(Munkht 209)

39.. Perkiraan mulanya iddah.

a. Pada waktu mula masuk iddahnya, iaitu dalam keadaan suci, kerana apabila
isteri ditalak dalam keadaan suci maka waktu suci itu telah mulai masuk waktu
iddahnya dan dihitung sekali suci. Apabila ditambah dengan dua kali suci lagi,
maka habislah waktu iddahnya dan bolehlah ia berkahwin kepada lelaki yang lain.

b. Tetapi pabila isteri ditalak ketika ia dalam keadaan haidh, maka selama
waktu haidh itu belum dihitung waktu iddah, bahkan belum dimulai waktu iddahnya,
hanya baru dimulai sesudah habis waktu haidh dan masuk waktu suci. Dengan
demikian isteri lebih lama dalam iddahnya. Dalam hal ini hukum nifas adalah
seperti haidh juga. (Munkht 210).

40.. Menjatuhkan talak dalam keadaan suci

a. Bahawa Allah s.w.t. membenarkan suami hanya menjatuhkan talak dalam keadaan
suci sebelum dicampuri dan dilarang dalam keadaan iddah.

b. Hadis Rasulullah s.a.w.:
“Suruhlah dia merujuk isterinya itu,kemudian ditalakkannya bila telah
suci dalam keaddan hamil.” Sebab itu dinamakan Talak Sunni iaitu
talak menurut sunnah. Talak yang satu lagi dinamakan talak bid’i,
iaitu talak yang tidak mengikut sunnah.

Talak bid’i ini hukumnya haram tetapi talak itu jatuh juga, sebab itu
disunatkan rujuk kepada
isterinay kembali seperti hadis di atas.
Menurut Juhur ulama’ Mentalak isteri dalam keadaan hamil ialah
talak sunni (Munakhat 211).

41…Menjatuhkan Talaq dalam keadaan suci.


a.. Bahawa Allah s.w.t. membenarkan suami hanya menjatuhkan talak dalam keadaan
suci sebelum dicampuri dan dilarang dalam keadaan iddah.

b.. Hadis Rasulullah s.a.w.:
“Suruhlah dia merujuk isterinya itu,kemudian ditalakkannya bila
telah suci dalam keaddan hamil.”

Sebab itu dinamakan Talak Sunni iaitu talak menurut sunnah. Talak
yang satu lagi dinamakan talak bid’i, iaitu talak yang tidak mengikut
sunnah. Talak bid’i ini hukumnya haram tetapi talak itu jatuh juga,
sebab itu disunatkan rujuk kepada isterinay kembali seperti hadis di
atas. Menurut Juhur ulama’ Mentalak isteri dalam keadaan hamil
ialah talak sunni (Munakahat 211).


42.. Kewajipan Suami Yang Menjatuhkan Talak.

a.. Memberi mutaah (pemberian untuk menggembirakan hati ) kepada
bekas isterinya Mutaah itu boleh merupakan pakaian, barangan atau pun
wang.

b...Memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal selama ia masih dalam
iddah.Firman Allah s.w.t.

“Berilah perempuan yang ditalak itu tempat kediaman…..(Al-Thalaq
ayat 6.

c. Membayar atau melunas maskahwin.

d. Membayar nafkah untuk anak-anaknya.(Mnkht 212).


43.. Talak orang Sedang marah.


a.. Marah itu pada tingkat pertama, iaitu marah yang belum
mengubah akal dan fikiran orang yang marah, sehingga ia masih
menyengaja apa yang dikatakan serta mengetahuinya. Maka talak
orang marah seperti ini sah.

c. Marah pada tingkat penghabisan, sehingga mengubah akal dan fikiran
orang yang marah, seperti orang gila yang tidak menyengaja apa yang dikatakan
dan tiada pula mengetahuinya. Maka talak orang marah seperti ini tidak sah.
(Munkht 213).


44…Talak Dengan Lisan


a.. Menurut Mazhab yang empat,talak dapat dilafazkan dengan lisan
secara “sharih” atau terus terang. Seperti kata kepada isterinya:-
“Aku tajuhkan talak mu dengan talak satu”
atau “Aku ceraikan engkau dengan satu talak” Maka jatuhlah
talaknya satu.


b..Talak juga jatuh dengan kata-kata kiasan atau kinayah yang terniat
dalam hatinya seperti:-

“Saya kembalikan awak kepada orang tua mu” atau “Beredarlah
awak” atau “Mulai sekarang awak saya bebaskan”
Tetapi jika tidak diniatkan dalam hati maka talak tidak jatuh.
(Munkht 214).

45… Masalah Talak

a. Orang bisu sah menjatuhkan talak dengan isyarat tangannya yang dapat
difahamkan akan maksudnya.

b. Kalu suami menulis kan talak itu, tetapi tiada diniatkan untuk menjatuhkan
talak, tidaklah jatuh talak itu. Kalau diniatkannya manjatuhkan talak dan tiada
dilafazkan dengan lisan, maka jatuhlah talak itu.

c. Kalau suami mengirimkan surat kepada isterimya mengatakan “Aku talakkan
engkau”, kemudian ia tidak niat hendak menjatuhkan talak hanya untuk mengugut
sahaja, maka tiadalah jatuh talak itu..

d. Kalau suami mengirim surat, tetapi surat tidak sampai,maka tiadalah jatuh
talak itu.

e. Kalau suami menghantar SMS (pesanan ringkas) kalau tidak diterima maka
tidaklah jatuh talak itu. (Mnkh 214)


46…Talak Tiga.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 229 bermaksud:-

“Talak itu dua kali (yang boleh dirujuk) ,kemudian menahan dengan
yang ma’ruf atau menceraikan secara baik.”

Apabila talak itu sampai yang ketiga kali, suami tidak boleh rujuk
kembali dan tidak pula boleh menghawini bekas isterinya, kecuali jika
isteri itu telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah bersetubuh dan
bercerai dengannya serta habis pula iddahnya. (Mnkht 216).


47... Ta’lik dengan Talak

a.. Talak juga terjatuh dengan sebab ta’lik, ertinya suami telah
melanggar ta’lik yang dibuat semasa akad nikah seperti:-

“Pada tiap-tiap kali saya Awang bin Omar meninggalkan isteri saya
Fatimah binti Sudin dengan sengaja atau tidak, selama empat bulan
atau lebih, atau

b..Saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa
tersebut, sedangkan ia taat kepada sya, atau

c..Saya melakukan sebarang perkara yang mencederakan tubuh
badannya, atau merosakkan harta bendanya,atau menjatuhkan
kehormatannya,



d. Kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah serta didapati
pengaduannya itu betul, nescaya gugurlah talak isteri saya itu dengan talak
satu” (Mnukhat 220).


48… KHULU’ (TEBUS TALAK)

a.. Khulu’ ertinya perceraian antara kedua suami isteri dengan
menerima bayaran tertentu dari pihak isteri, baik dengan ucap khulu’
atau talak.

b.. Seperti kata suami “ Saya khulu’ anda dengan bayaran seribu
ringgit.” atau “Saya talakkan anda dengan bayaran lima ratus ringgit.”

c...Lalu isteri menerimanya dengan katanya:’Saya terima” atau isteri
berkata pada suaminya: “ Talakkan saya dengan bayaran seribu
ringgit” atau “Kulu’lah saya dengan bayaran seribu ringgit.” Lalu
suami menerimanya dengan mengucapkan khuluk’itu (Mnkht 221).

(Rujukan : Kitab Undang-ndang Keluarga Islam-Aturan Perkahwinan)


49.. AKHIR KALAM


Sekian dahulu pelajaran ini
Akan disambung
Dalam blog akan datang nanti.

Wassala mualaikum………


-------------------ooooooooooooo-------------------------------

















Delete It Cancel

No comments:

Post a Comment