Hj.Che’ Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu,
Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
500 MASALAH AGAMA – SIARAN KE 21
Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.
Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.
MASALAH 121.
Apakah yang dimaksudkan perceraian dalam hal perkahwinan dan bagaimanakah pula ianya ada kaitan dengan perkataan “talaq”. Minta tuan terangkan selanjutnya?
Jawapan.
Perceraian dan talak itu ada persamaan. Talaq atau perceraian, jika dilihat dari sudut bahasa mengertikan tindakan melepas atau menguraikan ikatan perkahwinan. Dari sudut istilah ia bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz (perkataan) yang tertentu, iaitu talaq (perceraian), firaq (perpisahan) dan sarah (pelepasan), seperti seorang suami berkata kepada isterinyaa; “Engkau telah ku talaqkan” atau “Engkau seorang perempuan yang sudah ditalaq” dan sebalikya.
Maksudnya selanjutnya ialah seorang suami menceraikan atau memisahkan atau memutuskan perkahwinan dirinya dengan isterinya melalui perkataan talaq seperti yang disyaratkan dalam hal pekahwinan.
Perceraian itu dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan kepada arah atau sudut kita melihatnya iaitu (1) Perceraian dengan bayaran dan (2) Perceraian tanpa bayaran.
Perceraian dengan bayaran – Iaitu perceraian yang disitilahkan oleh ulamak sebagai “Khuluk” dan ia terkenal di dalam masyarakat kita sebagai “tebus talak”. Kami akan terangkan selanjutnya nanti mengenai hal ehwal “khuluk” atau “tebus talak” kemudian.
Perceraian tanpa bayaran ialah prceraian yang biasa yang sering berlaku dalam agama Islam di kalangan suami isteri. Ia dibahagikan kepada tiga jenis atau nama seperti perceraian atau (1) “Talaq Sarih”, (2) “Talaq Kinayah “ dan (3) “Talaq Ta’liq”.
(1)..Talaq Sarih.
Iaitu talq dengan menggunakan ucapan yang jelas dan tegas maksudnya menunjukkan makna perceraian atau menjatuhkan talaq tanpa berkehendakkan kepada niat, seperti seorang suami dengan sengaja berkata kepada isterinya walaupun hatinya tidak berniat untuk menceraikannya seperti : “Aku talaqkan engkau” atau suaminya berrkata “Aku ceraikan engkau dengan talaq satu (atau dengan talaq dua) atau dengan talaq tiga”. Dengan ucapan begitu maka perceraian tetap berlaku di antara kedua-duanya sekalipun tanpa niat daripada si suami. Lantaran itu perkataan-perkataan tersebut tidaklah saeharusnya diucapkan oleh si suami secara sewenang-wenangnya kepada isterinya walaupun dalam bentuk main-maian atau gurauan sahaja. Rasulullah s.a.w. mengingatkan para suami kedudukan ini ababila baginda bersabda:
ثـَللَاثٌ جِدُّهُنَّ وَهَزْلـُهُنَّ جِدٌّ : اَلنـَّكَحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ.
“Ada tiga perkara yang apabila disungguhkan ia tetap menjadi dan pabila di main-mainkan pun ia tetap menjadi, iaitu nikah, talaq dan rujuk”
Terdapat tiga perkataan atau ucapan yang dihukum termasuk ke dalam talaq jnis Talaq Sarih ini iaitu “talaq” (perceraian) “ firaq”(petrpisahan) dan “ sarah”(pelepasan).
Apabila seorang suami sengaja menyebut dihadapan isterinya salah satu di antara prerkataan tersebut di atas atau sama ada dari segi ketetapan dan ketegasan maksudnya, maka terlerailah ikatan perkahwinan di antaranya dengan istertinya.
(2).. Talaq Kinayah.
Iaitu talaq dengan menggunakan ucapan yang tidak jelas maksudnya bagi menunjukkan perceraian. Ia boleh diertikan sebagai perceraian dan boleh diertikan dengan maksud yang lain. Talaq jenis ini memerlukan niat daripada si suami, seperti katanya “Engkau pulanglah kepada ibu bapamu” atau “Engkau kahwinlah dengan orang lain” atau “Saya tidak berhajat lagi kepadamu” dan pelbagai ungkapan lain yang mungkin membawa maksud yang lain selaian dai perceraian.
Ucapan-ucapan saperti di atas jika diniatkan oleh pengucapnya sebagai cerai, maka jatuhlah talaq ke atas si isteri yang dimaksudkan. Tegasnya ia amat bergantung dengan niat si suami yag mengucapnya.
(3).. Talaq Ta’liq.
Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”
Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan (2006),m.s. 129).
Soalan 122.
Bagaimana pandangan Islam terhadap perlakuan suami yang menceraikan isterinya ?
Jawapanm.
Perceraian merupakan satu perbuatan yan halal, tetapi ia amat dibenci oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w.bersabda:
أ َبْغَضُ الـْحَلَالِ عـِنْدَ اللهِ الطَّلَا قُ.
Perbuatan halal yangamat dimurkai Allah s.w.t.
ialah talaq (perceraian)
(H.R. Ibn Majah)
Para ulamak telah membahagikan perbuatan melakukan perceraian itu kepada lima perkara menurut hukum-hukum Islam seperti:
(1).. Haram – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia sedang berada di dalam haid atau nifas atau pada sewaktu suci yang disetubuhinya.
(2).. Makruh – Iaitu apabila seorang sauami mencertaikan isterinya yang baik tingkah lakunya, taat kerpada ajaran agama Islam dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
(3).. Wajib – Iaitu perceraian atau talaq yang dijatuhkan oleh hakim (orang tengah) dalam perselisihan suami isteri yang tidak dapat di damaikan lagi disamping kedua-dua belah pihak sama-sama mengambil keputusan untuk bercerai serta bersetuju bahawa perceraian adalah jalan yang paling baik untuk menyelesaikan ketegangan mereka. Termasuk juga di dalam perceraian yang wajib ialah tindakan suami yang bersumpah tidak akan mensetubuhi isterinya dan dia patuh kepada sumpahnya itu selama melebihi empat bulan.
(4).,. Sunat – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya yang mempunyai kelakuan yang buruk, tidak taat kepada perintah agama serta tiak menjaga kesopanan dirinya.
(5).. Harus – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia tidak sayang kepadanya dan dia tidak meberikannya nafkah.
Kelima-lima hukum di atas dilihat dari sudut tindakan bercerai atau menjatuhkan talaq yang dihubungkaitkan dengan keadaan si isteri pada ketika itu. Hukum-hukum ini tidak membabitkan tentang kesahan perceraian itu. Perceraian tetap dihukum sah, apabila cukup rukun dan syaratnya, sekalipun tindakan melakukannya itu dihukum sebagai perbuatan haram atau makruh dan sebagainya yang termasuk ke dalam salah satu di antara lima hukum yang telah kami sebutkan itu.
Talak jika berdasarkan kepada masa jatuhnya terbahagi kerpada “munjiz” “mudaf” dan “ mu’allaq”.
Talag Munjiz ialah talaq yang ucapannya tidak mengandungi syarat dan tangguhan masa, seperti seorang suami berkata kepada isterinya “Aku talaqkan kamu” atau “Kamu perempuan yang sudah ditalaq” . Ucapan ini menunjukkan bahawa talaq itu akan jatuh serta merta tanpa dikaitkan dengan masa yang ditangguhkan atau dengan apa-apa syarat. Talaq Munjiz ini akan berlaku kesannya apabila sahaja ucapannya disebut oleh si suami di samping sempurna pada dirinya syarat-syarat yang lain.
Talaq Mudaf ialah ucapan talaq digandingkan dengan masa di mana dikehendaki talaq itu berlaku apabila sampai ketikanya, seperti berkata si suami kepada isterinya: “Kamu akan tertalaq pada esok hari” atau “Kamu akan tertalaq pada awal bulan.” Hukum talaq ini tidak akan berlaku kecuali apabila tiba masa yang telah ditentukan oleh si suami. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengatakan bahawa si isteri akan jatuh talaqnya dengan serta merta sama seperti keadaannya di dalanm Talak Munjiz.
Talaq Mu’allaq – ialah samalah seperti hukum talaq Ta’alliq :
Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”
Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan (2006),m.s. 133).
Soalan 123.
Apakah ada pembahagian atau masa Talaq itu apabila seorang suami melafazkannya ?
Jawapan.
Pembahagiuan talaq itu mengandungi tiga caranya iaitu ”Talaq Raji’i ” ”Talaq Ba’in Bainunah Sughra ” dan talaq Ba’in Bainunah Kubra”
Talaq Raji’i menurut istilah ulamak ialah Talak Satu dan Talaq Dua yang belum habis idah si isteri yang diceraikan, maka si suami boleh merujuk (berblik semula) isterinya itu tanpa memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru. Tetapi apabila tamat masa idahnnya, si suami tidak lagi dapat merujukkan isterinya kecuali dengan akad perkahwinan yang baru, sama ada pada talaq satu atau pada talaq dua. Pada peringkat ini kedua-dua talaq itu, iaitu pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, dinamakan sebagai ”Talak Ba’in”. Kedua-dua pembahagian ini adalah berdasarkan kepada kesannya ke atas rujukan yang mungkin berlaku. Talaq Ba’in ini pula terbahagi kepada dua bahagian:
a. Talaq Ba’in Bainunah Sughra, seperti talaq pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, talaq dengan tebusan (iaitu khuluk) dan talaq yang dilakaukan terhadap isteri yang belum disetubuhi.
b. Talaq Ba’in Bainunah Kubra, iaitu talaq tiga atau talaq yang ketiga, di mana si suami tidak diharuskan merujuk isterinya lagi kercuali apabila bekas isterinya berkahwin lain dan diceraikan oleh suami yang baru itu dengan syarat si suami yang baru itu sudah menyetubuhinya dan tamat pula masa idahnya.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan
Perkahwinan (2006),m.s. 135).
(Bersambung lagi dalam Siaran akan datang khusus mengenai Bab Munakahat atau Bab Perkahwinan.)
------------------oooooooooooo---------------------------
No comments:
Post a Comment