Monday, September 27, 2010

Kerjakanlah Amalan Soleh - Siaran 328

CHE’ DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com



KERJAKANLAH AMALAN-AMALAN SOLEH – SIARAN 328




1.. Kerjakanlah Amalan-Amalan Soleh. – Siri 328.


Setelah kita sedarkan diri kita yang telah banyak melakukan dosa-dosa semasa dahulu kita telah melakukan taubat nasuha iaitu taubat yang tidak aka melakukan dosa-dosa lagi masa hari ini dan akan datang, maka kita melakukan amalan-amalan soleh untuk kita menemui Allah s.w.t. di akhirat nanti seperti firtman Allah s.w.t. :-

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لـِقـا~ ءَرَبِّهِ فـَلـْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا

وَلَايُشـْرِكْ بِعِبـَادَةِ رَبـِّهِ اَحـَدًا.(الكهف"110)

Bermakasud:” Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amalam-amalan yang soleh dan janganlah ia menyengutukan sesiapan pun dalam beribadat kepad Tuhannya. (Al-Kahfi ayat 110).

2.. Amalan Soleh.

Beramal soleh bermaksud iaitu kita tidak lagi meninggalkan solat-solat wajib, dan melakukannya tepat pada waktunya, tidak tertangguh-tangguh lagi, kita menunaikan Haji dan Umrah apabila mampu, tidak lagi melakukan apa-apa maksiat, seperti berbohong, minum arak, berzina, memakan wang riba, kita bersedekah, kita tidak menanyai anak-anak yatim, kita hadir ceramah agama, kita menuntut menambah lagi ilmu-ilmu agama, kita sentiasa hadir berjemaah solat di masjid, mengerjakan segala yang sunat-sunat seperti puasa di bulan Rejab, Syaaban.

Dan kita tidak neninggalkan Puasa Wajib di bulan Ramadzan puasa di bulan Syawal, dan kita bangun ditengah-tengah malam mengerjakan solat-solat Tahajjud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan Solat Witir solat Dhuha, solat Al-Ishraq di pagi hari. Kita tidak mensyirikkan Allah s.w.t. dan tidak menyembah selain dari Allah, kita tidak menyembah manusia (yakni takut pada manusia dari takut pada Allah).

Kita menghormati jiran tetangga kita, menziarahi sanak saudra, menziarahi orang sakit dalam kariah kita, menghadiri jemputan kenduri, kita beri derma dan bantuan pada yang daif dan miskin. Kita amalkan amanah, tidak menipu dan putar belit, kita membuat tugas apa yang di beri taggung jawab pada kita dengan rajin dan ikhlas, kita menetapi segala janji-janji kita sesama Islam, kita menjual barangan dengan tidak menipu atau berselindung yang buruk agar melaris barangan kita dan banyak lagi yang menjadi perkara yang munkar.

Kita menjauhi dari mengumpat, kita tidak amalkan sifat takbur dan riak serta besarkan diri, kita tidak berkata-kata yang tidak memberi manfaat, kita banyakkan sabar, kita tidak bergaduh sesama Islam, kita tidak bermasam muka tidak tegur menegur sesama Islam, kita tidak menyombong diri sesama manusia, kita tidak bakhil diri untuk berbelanja pada hal-hal keagamaan dan kebajikan, kita tidak mementingkan diri sendiri, kita tidak langsung mementingkan hal-hal kebendaan dan sebagainya lagi.

Melazimkan Qanaah dan Meninggalkan Asraf.

Barangsiapa yang ingin beranal soleh, wara’ dan memelihara diri serta memilih hanya yang halal semata-mata, maka hendaklah ia bersifat qanaah (memadai dengan yang ada) dari harta benda dunia, dan hendaklah cenderung kepada yang sedikit daripadanya, tidak asraf iaitu bersifat boros, tidak berlebih-lebihan dan terlampau mencintai syahawatnya

3.. Qiamullail – Sembahyang Malam

Jika ditinjau latar belakang kehidupan para auliya’ dan ulama’ terbilang, maka kita dapati bahawa amalan Qiamullail ini merupakan satu amalan yang tidak pernah diabaikan dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh kerana itu sebagai umat Muhammad yang menjadikan Rasulullah itu sebagai Qudwuh Hasanah, maka sudah sewajarnya kita perlu mengetahui apakah jenis-jenis sembahyang malam, kelebihan-kelebihan dan kaedah-kaedahnya supaya kita dapat mengamalkannya dengan sempurna. Amalan ini merupakan sebagai tamrin untuk membina insan yang bermoral, insan yang beristiqamah, insan kamil dan insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Firman allah s.w.t.:-

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً

ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ جْرَ هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ. (النخل 97)

Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakh ayat 97)


4.. Fadhilat Qiamullail.

Keutamaan sembahyang malam itu berdasarkan perintah Allah s.w.t. sendiri kepada Rasulullah s.aw. agar melakukan sembahyang di waktu malam sebagaimana firmanNya:-

وَمِنَ اللـَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَا فِلَة ً لـَكَ عـَسَ أ َنْ يَبْعَثـَكَ رَبُّكَ مَقـَامًا مَحْمُوْدًا. (الاسرأ اية: 79)

“Dan banagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semuga Tuhanmu membangkit dan menempatkan (pada hari Akhirat) di tempat yang terpuji” (Al-Isra’ ayat 79.)

Perintah ini meskipun sifatnya khusus untuk Rasulullah s.aw., tetapi seluruh umat Islam termasuk di dalamnya kerana mereka itu dianjurkan untuk mencontohi Rasulullah s.a.w.

Dijelaskan oleh Allah bahawa orang-orang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmatNya, sebagaiman firmanNya;-

إِنَّ الـْمُتـَّقِيْنَ فِىْ جَنـَّاتٍ وَعُيُوْنَ آخِذِيْنَ مآ آتـَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كـَانُوْا قـَبْلَ ذَلـِكَ مُحْسِنِيْنَ, كـَا

نُوْا قـَلِيْلاً مِنَ اللـَّيْلِ مَـا يَهْجَعُوْنَ
,
وَبِالْا َ سْحَارِهُمْ يَسْتـَغْفـِرُوْنَ. (الذاريات اية 18).


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga dan mata air-mata air terpancar daripadanya (keadaannya pula tidak bersikap sombong takbur). Mereka selalu merenggangakan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal solih), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka menderma bersedekah dari apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka. Maka tiada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”(Al-Zariat ayat 18)

5.. Orang Yang Berbakti Pada Allah.

Mereka yang berbakti kepada Allah distemiwakan oleh Allah s.w.t dari orang-orang yang tidak melakukannya sebagaimana firman Allahs.w.t. :-

أَمَّنْ هُوَ قـَانِتٌ آنَاءَ اللـَّيْلِ سَاجَدً وَقَاءِـمًا يَحْذُرُ الْآ خِرَةَ وَيَرْجُوْا رَحْمَةَ رَبِّهِ قـُلْ هَلْ يَسْتَوِى

الـَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالـَّذِيْنَ لآ يَعْلَمُوْنَ اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ ا ُولُوْا الْاَلـْبَابِ. (الزمر: هية 9)

“Adakah orang yang berbakti pada Allah di waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada seksa hari Akhirat dan mengharap rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak demikian, katakanlah adakah sama orang yang mengerti dan orang yang tidak mengerti? Sesunguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan ini hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Al-Zumnat ayat 9)

Demikianlah beberapa ayat Al-Quran yang menghuraikan betapa besarnya keutamaan solat malan itu. Dalam demikian Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda supaya kita melakukam solat malam iaitu:-



أَيُّهَا النـَّاسُ اَفـْشُوا السَّلَامَ, وَأَطـْعِمُوْا الطـَّعَامَ, وَصِلـُّوا الآرْحَامَ, وَصَلـُّوْا بِاللـَّيْلِ وَالنـَّاسُ

نِيَامٌ, تـَدْخُلـُوْا الْجَنَّة َ بِسَلَامِ.

(رواه الحاكم وابن ماجه والترمزي)

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersembahyanglah di waktu malam dikala orang-orang sedang tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera. (HR Al-Hakim dan Ibnju Majah dan Termizi.)



Sulaiman bin Farsi berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda”-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهِ عَلَيْه ِوَسَلـَّمَ:- عَلـَيْكُمْ بِقِيَامِ اللـَّيْلِ فَإِنَّهُ

دَأْ ْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْـلـَكُم ْ,وَمَقْرَبَة ٌ لـَكُمْ اِلىَ رَبِّكُمْ, وَمَكْفِرَة ٌ لـِلسَّيَـءَـاتِ وَمَنْهَاة ٌ عـَنِ الْإِثـْمِ,

وَمطـْرَدَة ٌ لِلـدَّاءِ عَنِ الـْجَسَدِ.

Salman Farsi berkata:- Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Kerjaknlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, juga sebagai penebus keburukan-keburukan kamu, pencegah dosa serta dapat menghilangkan penyakit dari bhadan.”



6..TERTIB MENGERJAKAN SOLAT-SOLAT MALAM.

Seseorang yang hendak melakukan solat malam itu disunatkan semasa hendak tidur hendaklah berniat bangun untuk bersembahyang. Dari Abu Darda r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

Bermaksud: ”barangsiapa yang hendak tidur dan berniat hendak bangun bersembahyang malam, kemudian terlanjur terus tertidur hingga pagi, maka dicatatlah niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap kurnia Tuhan yang diberikan padanya.” (Diriwayatkan oleh Nasa’i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih).

Sebaik-baik solat itu dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan (solat Tahajjud) dan selanjutnya bolehlah bersambubng sesuka hati. Rasulullah s.a.w.bersabda:

Bermaksud: ”Apabila salah seorang di antara kamu bangun hendak mengerjakan sembahyang malam hendaklah mulai dengan dua rakaat yang rngan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Hendaklah membangunkan pula keluarganya untuk mengerjakan sembahyang malam. Sabda Rsulullah s.a.w:-

Bermaksud: ”Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk bersembahyang malam lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya menolak lalu dipercikkan air di mukanya. Allah juga memberi rahmatNya kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk bersembahyang lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya itu menolak lalu dipercikkan air di mukanya.” (HR Abu Daud).



7.. WAKTU YANG PALING UTAMA.

Solat malam itu dapat dikerjakan di permulaan malam, pertengahan malam, atau di penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak.
Sebaik-baik waktu untuk melakukan solat malam itu ialah sepertiga malam yang akhir iaitu di antra jam 3.00 hingga jam 6.00 pagi.

8.. Orang Mukmin yang sempurna imannya.


Firman Allah s.w.t.:

إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ

اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.

أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ

• Artinya:
Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)


9.. Melakukan Sedekah Jariah

Firman Allah s.w.t dalam SurahAl-Baqarah ayat 254.

يَاَ يُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا اَنـْفِقـُوْا مِمَّارَذَ قـْنَكُمْ

مِنْ قـَبْلِ اَنْ يّأْ تِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِـيْـهِ

وَلَاخُلَّـة ٌ وَلَا شَفـَا عـَة ٌ وَالـْكَفـِرُوْنَ

هـُمُ الظـَّلِمُوْنَ.

• Bermaksud “Hai orang-orang yang breriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mu, sebelum tiba hari yang tak ada jual beli hari itu, tak ada persehabatan dan tak ada pertolongan, (yakni hari kiamat). Orang-orang kafir itu adalah orang-orang inanya.”
(Al-Baqarah ayat 254)

10.. Kesimpulan:
Beriman soleh dimasukkan ke syurga.
Fitrman Allah s.w.t. :

وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ

تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَدًا.

قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا. (11)

Bermaksud:
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka
(At-Thalaaq ayat 11)


Sekian dahulu nota ”Santapan Rohani” untuk renungan kita bersama.

-----------------ooooooooooooo-----------------

Friday, September 24, 2010

Makanan Haram - Siaran 327


.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


Makan dan Minuman dari Sumber Haram – Siaran ke 327


Sabda Rasululah s.a.w.:

”Seseorang yang makan Minumnya daripada Sumber yang Haram Doanya Tidak Akan Dikabulkan.”
(H.R.Bukhari dan Muslim)

Rasullah s.a.w. bersabda ”Allah s.a.w. ialah Zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja. Dia telah memerintahkan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasulNya.

Firman Allah s.a.w.

يَأ َيُّهَا الرُّسُلُ كُلـُوْا مِنَ الطَّيِّبَتِ وَاعْمَلـُوْا صَلِحًا . إِنـِّىْ بِمَا تَعْمَلـُونَ عَلـِيم.ٌ (المؤمنون 51)

”Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda yang suci dan kerjakanlah amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Mukminun ayat 51)


Di tempat yang lain Allah s.w.t. berfirman lagi :

يأيها الذين ءامنوا كلوا من طيبت ما رزقنكم
.
(البقرة: 172)

“Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang suci yang telah Kami berikan kepada kamu.”
(Al-Baqarah ayat 172)

Kenudian Rasulullah s.a.w. menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh. Dengan rambut yang kusut-masai, pakaian yang berdebu-debu, lalu mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata “ Ya, Allah,Ya Allah”. Tetapi makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram, sentiasa memakan makanan yang haram, bagaimana mungkin dosanya sdikabulkan?” (Jam’ul Fawaid)

Keterangan.

Orang ramai kadang-kadang tidak terfikir sebab-sebab doa orang Islam tidak diterima. Tikar sembahyangnya yang diambil dari masjid tanpa keizinan. Pakaiannnya dari jenis yang diharamkan syarak. Makanannya dari wang yang diterima daripada wang judi. Kita boleh membayangkan keadaan yang sebenar daripada mahfum hadis di atas. Kadang-kadang Allah s.w.t. turut menerima doa daripada orang-orang kafir pun kerana kemurahan dan kurniaanNya, Namun, doa orang yang bertakwalah sebenarnya yang berkesan.

Oleh sebab itu, doa orang-orang yang bertakwa sahajalah yang sangat-sangat diharapkan. Mereka yang inginkan doa mereka diterima oleh Allah s.w.t. hendaklah mengambil berat untuk menjauhkan diri mereka daripada harta dan perbuatan yang haram.

Sekia dahulu, mudah-mudahan dengan kenyataan yang ringkas dapat meresap ke jiawa anda dan akan mengambil iktibar dalam kehidupan sehari-harian anda.
Wassala mualaikum. (Kitab Fadhilat Amal m.s. 71)


------------ooooooooo------------------

Monday, September 20, 2010

Bersedekah Melipatganda Rezeki - Siarab 326





Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Bersedekah Melipatganda Rezeki –Siaran ke 326



Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Bersedekah Harta Ke Jalan Allah.
Firman Allah s.w.t.

مَّثـَلُ الـَّذِينَ يُنـْفـِقُونَ أ َمْوَ لـَهُمْ فَى سَبِيلِ اللهِ كـَمَثـَلِ حَبَّةٍ أ َنْبًتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِى كـُلِّ سُنْبُلـَةٍ

مِّاءَـة ُ حَبَّةٍ ج وَاللهُ يُضَعِفُ لِمَنْ يَشَآءُ ج وَاللهُ وَسِعٌ عَلـِيمٌ. (البقرة 261)

"Bandingan perbelanjaan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 261).

Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya semata-mata ke jalan Allah s.w.t. semata-mata mengharapkan keredaan dan tanda kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang telah di terima daripada Allah s.w.t., adalah seperti mereka yang menanam sebiji benih yang kemudian daripada itu menjadi sebatang pokok mempunyai tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai tersebut pula menjadi mengandungi seratus biji atau dengan lain perkataan hasilnya lumayan dan berlipat ganda.

Firman Allah s.w.t. lagi:



وَمَثـَلُ الـَّذِينَ يُنْفِقُونَ أ َمْوَلـَهُمُ ابْتِغَآءَ مَرْ ضَاتَ اللهِ وَتـَثـْبِيتـًا

مِّنْ أ َنْفُسِهِمْ كـَمَثـَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أ َصَابَهَا وَابـِلٌ فَـءَـاتـَتْ أ ُكـُلَهـَا ضِعـْفـَيْنِ فـَإ ِنْ لـَمْ يُصِبْهـَا

وَابِلٌ فَطَلٌّ ج وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُوْنَ

بَصِيرٌ. (البقرة 265)


”....Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah s.w.t. dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan yang renyai-renyai pun cukup untuk menyiramnya dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. ” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 265).

Sabda Rasullah s.a.w. yang beermaksud:

”Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak-gerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan meletakkan (memancak) di atas bumi sehingga bumi mantap tidak bergerak lagi”

a. Maka kagumlah para malaikat seraya berkata ”Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-gunung itu.?: Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu besi.”

b. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi.? Allah menjawab: Ya ada, iaitu api.”

c. Para malaikat bertanya lagi. ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari api.” Allah menjawabn, ”Ya ada, iaitu air.”

d. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari daripada air.”? Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu angin.”

e. Para malaikat bertanya lagi.”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin,?” Allah menjawab, ”Ya ada, iaitu anak keturunan Adam a.s. yang memberikan sesuatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahasiakan dermanya itu dari tangan kirinya maka dia lebih hebat daripada angin,”

Oleh sebab begitu tinggi nilainya orang-orang yang menderma (sedekah) di sisi Allah itu, maka untuk sampai ketahap itu, ianya memerlukan beberapa syarat di antaranya:

a. Peratama – Adalah lebih baik sekiranya derma dan sedekah itu dirahsiakan daripada orang pengetahuan umum.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

إ ِنْ تُبْـدُوالصَّـدَقَتٍ فـَنِعِمَّا هِيَ ج وَإ ِنْ تُخْفـُوهَا وَتـُؤْتـُوهَا

الـْفـُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌلـَّكـُمْ ج وَيُكـَفـِّرُ عَنكـُمْ مِّنْ سَيِّـءَـا تِكـُمْ ج

وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُونَ خَبـِيرٌ. (البقرة 271)

”Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang faqir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Quran surah al-Baqarah, ayat 271).

b. Kedua – Tidak diungkit-ungkit selepas derma dikeluarkan dan tiada terkeluar daripada mulut penderma perkataan atau kelakuan yang menyakiti.

c. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan perasaan riak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


”....Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakan pahala
amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit
dan kelakuan yang menyakiti saperti (rosaknya pahala
amal sedekah) orang-orang yang membelnajakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).
d. Perkara yang didermakan itu sedapat-dapatnya hendaklah yang paling baik dari hartanya atau yang boleh dimanafaatkan oleh si penerima. Firman allah s.w.t.yang bermakaud:-

”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan
kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksaud:-

a. Pada mulanya aku kecil, maka engkau telah membesarkan aku.

b. Pada mulanya engkau adalah penjaga ku, maka serkarang aku menjadi penjaga mu.

c. Pada mulanya aku adalah musuh mu, maka sekarang aku menjadi kekasih mu.

d. Aku adalah suatu yang punah musnah, maka engkau jadikan aku sesuatu yang kekal.

e. Aku adalah bilangan sedikit, maka engkau jadikan aku jumlah bilangan yang banyak.

Firman Allah s.w.t.:

”Jelasnya, adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kerja kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).

Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaannya dan kemudahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesangsaraan, dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab siksa hari akhirat,”
(Al-Quran Surah Al-Laili, ayat 5 hingga 11).

Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermakasud:-

”Apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah ’amalannya melainkan tiga perkara sahaja yang kekal dibawa bersamanya:
(1) Sedekah jariah yang dijadikan wakaf, (2) ’Ilmu yang diambil yang bermanafaat baginya,(3) Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.’ (Hadith riwayat Muslim).

Sabda Rasululah s.a.w. lagi yang bermaksud:

”Hendaklah kamu mencari keuntungan dari lima perkara sebelum datangnya lima perkara lagi yaitu:

a. Di masa hiduphendaklah engkau beramal sebelu mati.

b. Di masa sihat hendaklah engkau beramal selum sakit.

c. Di masa lapang hendaklah engkau beramal sebelum banyak pekerjaan.

d. Di masa muda umur mu hendaklah engkau beramal sebelum engkau tua.

e. Di masa kaya hendaklah engkau beramal dan membuat kebajikan sebelun datangnya engkau papa kedana.
(Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Ibnu ’Abbas)

Firman Allah s.w.t. :

وَمَنْ يَتـَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا ج. وَيَرْزُقـْهُ مِنْ حَيْثُ لآ يَحْتـَسِبُ.ج وَمَنْ يَتَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ج إ ِنَّ اللهَ

بـَالـِغُ أ َمْرِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لِكـُلِّ شَيْىءٍ قـَدْرًا.

(الطلاق 2 دان3)


”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah necsaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhanya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Quran Surah At-Talaaq, ayat 2 dan3).

Sekian dahulu penulisan untuk Siaran ini, dan kita akan berjumpa lagi dalam Blog yang sama dalam masa yang terdeat. Insaya Allah....!

Wassala mualaikum warahmatula hiwabarakatuh.....!


-----------------------ooooooooooooooooooo-------------------------

Friday, September 10, 2010

Penjelasan Ehwal Agama - Siaran 325



Daripada:

Hj.Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


Penerangan Ehwal Agama – Siaran ke 325

Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

MASALAH AGAMA ISLAM - SIARAN KE 20

Penjelasan 400. (400 – 409)

Apakah hukumnya bila seseorang Islam itu mencaci, memaki atau mengeluarkan kata-kata yang tidak bersopan terhadap seorang Muslim yang lain ?

Jawapan.

Setengah daripada maksiat lidah adalah mencaci dan menghina sesama Muslim. Firman Allah s.w.t.;

وَلآ تـَلـْمِزُوْا أ َنـْفـُسَكـُمْ. (الهجرة – 11)

Ertinya: “ Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri”
(Al-Hujjarat ayat 11)

وَيـْلٌ لِــكـُلِّ هـُمَـزَ ةٍ لـُمَزَةٍ. (الهمزة – 1)

Ertinya “Neraka Wail, bagi setiap pengumpat lagi pencela
.(Al-Humazzat ayat 1.)

Adapun Humazzat makna iaitu pemakan daging-daging manusia (artinya-tukang memakan orang). Dan adapun Lumazah itu maka pencela atas mereka.

Orang-orang beriman hendaklah selalu berusaha menjauhkan diri dari menceritakan keburukan atau mengumpat orang atau saudara sesama Islam,
dan menjauhkan diri dari mencaci dan mencela sesama Islam atau menghinakannya. Bersabda Rasulullah s.a.w.:

اَلـْمُسْلِمُ اَخُوالْمُسْلِمِ لآ يَخُوْ نُهُ وَلآ يُكَذِّبُهُ وَلآ يَخْذُلُهُ كُلُّ الـْمُسْلِمِ عَلىَ الـْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْ ضُهُ وَمَا

لـُهُ وَدَمُهُ التـَّقْوَى هَهُنَا – بِحَسَبِ امْرِءٍ مِنَ الشـَّرِ انَ يَحْقِرَ اَخَاهُ الـْمُسْلِمَ. (رواه الترمزى).

Artinya: Muslim adalah saudaranya Muslim. Tidak akan mengkhianatinya, tidak mendustakannya, dan tidak mengkhianatinya. Keseluruhan Muslim atas Muslim itu haram. Kehormatannya, hartanya dan darahnya, taqwa itu di sini. Cukuplah seorang itu tergolong jahat, bahawa dihinanya saudaranya yang Muslim. (H.R. Attirmidzi).

Dari Abi Hurairah pula, bersabda Rasulullah s.a.w. ;

Bermaksud:
Janganlah kamu berdengki-dengki. Janganlah kamu menaikan tawaran harga dagangan dengan maksud menipu, dan janganlah kamu berbenci-benci, dan janganlah kamu saling membelakangi, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan setengahnya, dan jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah satu dengan lainnya bersaudara. Orang Muslim adalah saudaranya Muslim, tidaklah menganaianyanya, tidaklah menghinakannya, dan tidak meremehkannya. Taqwa itu di sini beliau berisyarat keadaannya tiga kali. Cukuplah seorang itu dari pada kejahatan bahawa diremehkannya saudaranya. Keseluruhan Muslim atas Muslim lainnya adalah haram. Darahnya, hartanya dan kehormatannya (H.R.Muslim).
(Rujukan ”Kitab Masalah Agama Jil. 3 ms 96)




Penjelasan 401.

Seseorang itu mengangkat hadas besar sunat dia mengambil wuduk sebelumnya. Maka setelah selesai mandi hadas besar adakah perlu lagi dia mengambil wuduk kerana tadi dia telah pun mengambil wuduk?

Jawapan.

Jika wuduknya tidak terbatal semasa mandi hadas besar itu seperti tidak menyentuh qubul atau duburnya sendiri dengan tapak tangan atau perut jarinya, maka tidaklah dia dituntut untuk melakukan wuduknya lagi sesudah mandi, kerana ia telah melakukan mandi dengan sempurna.
(Rujukan : Kitab Masalah Agama Jil; 3 m.s. 102)

Penjelasan 402.

Semasa saya bertugas di dalam hutan tebal yang cuacanya gelap tidak nampak kelihatan awan di langit akibat akan turun hujan, maka masuklah waktu Zuhur, saya tidak tahu dimana barat dan di mana timur atau di mana qiblat untuk bersembahyang. Adakah sah saya berijtihad menentukan arah qiblat sembahyang itu ?.

Jawapan.

Menghadap qiblat adalah salah satu daripada syarat sah sembahyang. Wajib mengadap qiblat dengan yakin dari dekat mahupun dari jauh. Wajiblah ia mengetahui di mana arah qiblat itu. Syarat bagi penentuan arah qiblat adalah:

a. Mengetahui sendiri.
b. Pengkhabaran dari orang berkepercayaan.
c. Ijtihad.
d. Taqlid kepada orang yang berijtihad.

Dalam hal di atas wajib ia mengetahui sendiri di mana qiblatnya. Tetapi kalau ia tidak berupaya wajib ia mencari tahu dari orang-orang yang menegathuinya. Tetapi kalau tidak ada orang tahu, wajib ia menyemak dengan pengalamannya yang lalu. Tetapi ini juga tidak diperolehi, wajib ia berdaya upaya mencari tanda-tanda yang lebih meyakinkan dirinya itu adalah arah qiblat. Jika keseluruhannya itu tidak berdaya maka wajiablah ia berijtihad iaitu membuat kepercayaan dengan cekal hatinya bahawa itulah arah qiblat yang ia tidak menaruh syak wasangka sedikitpun. Sembahyanglah ia dengan khusyuk sperti biasa kerana Allah akan menerima amalan sembahyangnya itu. Firman Allah s.w.t.:

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ

مـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)


Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78) .

Tetapi ternyata selepas itu dia mendapati Ijtihadnya itu tidak tepat iaitu tersalah mengadap qiblat, maka wajiblah ia qadha sembahyangnya itu selepas yang ia ketahui sahnya kesalahannya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 3. m.s 156)



Penjelasan 403.

Saya ingin tahu apakah fadhilat membaca SuratYasin itu?

Jawapan.

Adapun fadihilat itu amat besar faedahnya kerana surat Yasin itu mempunjyai keutamaan melebihi surat lainnya, lagi pula di hatinya Al-Quran. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. dari Nabi s.a.w.:

اَنَّ لِكلِّ شَىْءٍ قـَلْبًا وَقـَلْبُ اَلْقُرْأَنِ يَــسِ وَمَنْ قـَرَ أَيَـسِ كَتَبَ اللهُ لَهَ بِقَراءَ تِهَا قِرَاءَةَ الْقُرأَنِ عَشَرَ

مَّرَاتٍ. (رواه اترميزى)

Ertinya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu ada hatinya. Dan hatinya Al-Quran itu adalah Yasin. Dan barang siapa yang membaca Yasin niscaya dituliskan Allah baginya dengan pembacaannya itu, membaca Al-Quran sepuluh kali. (H.R. At-Termidzi):

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bahawasanya beliau bersabda:

مَنْ قَرَأَ يَـسِ فَى لـَيْلَةٍ اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ غُفِرَ لَهُ مِنْ ذَنْبِهِ فَاقـْرَءُوْهَا عِنْدَ مَوْتـَا كـُمْ. (رواه

أطابارانى
)

Ertinya: Barangsiapa yang membaca Yasin pada suatu malam, kerana menghendaki keredaan Allah, niscaya diampunkan baginya dari dosanya. Maka bacalah dia pada orang-orang mati kamu (H.R. Kitab Masalah Agama Islam Jil. 4 m.s.61).

Penjelasan 404.

Ada seorang sahabat saya yang sudah berumur lebih 20 tahun memberi tahu saya yang dia tidak tahu yang dia belum lagi berkhatan. Apakah hukumnya?

Jawapan.

Bahawasanya hukum berkhatan bagi lelaki dan perempun sesudah akil baligh adalah wajib. Maka seseorang wanita yang belum lagi berkhatan wajiblah dia berkhatan. Sekiranya selama ini dia tidak tahu tidaklah berdosa, tetapi sekarang sesudah dia tahu wajiblah disegerakannya, jika tidak ia akan berdosa kerana hukum khatan bagi wanita adalah wajib. Tersebut dalam ”Kitab Isa’adurrofiq, Jil.2 m.s 3 seperti berikut:

Bermaksud: ”Dan setengah daripada maksiat faraj, adalah meninggalkan berkhatan sesudah dewasa, kerana khatan itu hukumnya wajib ketika dewasa itu, atas mukallaf sama ada ia leki-laki atau perempuan. Dan adalah khatan itu dengan memotong kulup laki-laki dan asal ada nama potong bagi permpuan.”

Penjelasan 405.

Saya dapati ada bebarapa wanita Islam rakan wanita saya yang masih lagi memakai pakaian mendedahkan rambutnya, memakai baju yang ketat bagi menonjol buah dadanya, ada yang menutup kepala tetapi memakai baju tangan pendek menampakkan lengannya. Apakah hukumnya?

Jawapan.

Aurat perempuan di dalam atau di luar sembahyang yang boleh terlihat oleh lelaki ajnabi, hendaklah di tutup seluruh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangannya. Jadi rambut, buah dada, lengan, kaki betis, semuanya itu adalah aurat, yang wajib ditutup, dan haram dilihat atau diperlihatkan kepada lelaki ajnabi. Jadi mereka yang anda sebut demikian itu adalah satu perlanggaran dan suatu perkara membuat dosa yang terancam dengan siksaan yang pedih di hari kemudian kelak.
(Rujuk Kitab Masalah Agama, Jil 4, m.s. 104)




Penjelasan 406.

Semasa menaiki bas yang saya kena berdiri untuk pergi semabahyag Jumaat dan mempunyai wuduk dan dalam perjalanan itu saya tersentuh dengan rambut wanita yang sama-sama berdiri dengan saya. Apakah batal atau tidak wuduk saya itu ?

Jawapan.

Ketahuilah persentuhan yang membatalkan wuduk itu adalah disyaratkan berlainan kelamin yang bukan mahram iaitu kulit dengan kulit. Jadi persentuhan kulit laki-laki dengan gigi, kuku, atau rambut perempuan yang bukan mahram juga tidaklah membatalkan wuduk anda. Kerana gigi, kuku, dan rambut, bukanlah kulit dan tidak membawa kelazatan dengan menyentuhnya.
Terdapat satu siaran dalam Kitab Ghayatul Bayan ’ala Zubadibni Ruslan” halaman 46 yang ertinya seperti berikut:-

”Dan setengah dari pada yang membatalkan wuduk, adalah persentuhan perempuan akan laki-laki; artinya meyentuh laki-laki akan perempuan yang helat lagi dewasa dengan kulit masing-masing. Dan iaitulah selain gigi, rambut, dan kuku atau sesuatu yang semakna dengan keduanya,”

Penjelasan 407.

Saya ingin tahu si ”A” saudara yang tua dan si ”B” saudara yang muda. Si ”A” mempunyai anak perempuan dan si ”B” mempunyai anak laki-laki. Batalkan wuduknya jika kudua anak-anak mereka bersentuhan kulit dengan kulit.

Jawapan.

Adapun anak si ”A” dan anak si ”B” itu disebut saudara sepupu, dan mereka bukan mahram. Oleh itu jika mereka bersentuhan kulit dengan kulit antara mereka adalah menjadi batallah wuduk keduanya itu.
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil. 4 m.s 114)


Penjelasan 408.

Apabila kita mengambil air sembahyang dan telah dilaksanakan dengan segala fardhunya dari sewal sampai akhir. Pada waktu membasuh muka tidak membaca doa, begitu juga di waktu membasuh tangan dan selanjutnya tidak membaca doa, apakah sah air sembahyang itu atau tidak?

Jawapan.

Syarat berwuduk adalah seperti berikut:-
a. Niat
b. Membasuh muka.
c. Membasuh dua tangan berserta sikunya.
d. Menyapu sebahagian kepala.
e. Membasuh dua kaki serta hingga dua mata kakinya.
f. Tertib.

Itulah syarta-syaratnya dan jika tertinggal salah satu dari padanya, maka tidaklah sah air sembahyag atau wuduk tersebut. Dala mhal berwuduk ini tersebut firman Allah s.w.t.:




يَآاَيُّهَا الـَّذِيْنَ آمَنُوْا إِذَا قُمْتُمْ اِلىَ الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ

وَاَيْدِيَكُمْ إِلىَ الـْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُسِكُمْ وَاَرْجُلكُمْ

إِلىَ الـْكَعْبَيْنِ. (المأيده: اية 6)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjaklan solat, maka basuhlah muka mu dan tangan mu sampai ke siku, dan sapulah kepala mu, dan basuhlah kaki mu sampai dengan kedua mata kaki. (Al- Maidah ayat 6)
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 116)


Penjelasan 409.

Pada masa ini terdapat banyak orang-orang Islam tidak gemar melakukan sembahyang dua rakaat sebelum sembahyang Maghrib kata mereka Rasulullah tidak pernah melakukannya. Apakah betul pendapat itu?

Jaewapan.

Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memang ada melakukannya sembahyang dua rakaat sebelum sembahyabg Maghrib. Terdapat hadis yang di riwayatkan oleh Innu Hibban r.a.:-

وَفِىْ رِوَايَةِ ابْنِ حِبَّانِ : اَنَّ النـَّبِىَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَلىَّ قـَبْلَ الـْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ.

Ertinya: Dan dalam satu riwayat bai Ibnu Hibban: Bahwa Nabi s.a.w ada lakukan sembahyang sebelum Maghrib sebanhyak dua rakaat.
(Syed Sabiq dalam Fiqhusunnah , juz 2 m.s.23)
Ditiwayatkan dari Abdullah Al Muzani dari Nabi s.a.w. yang baginda telah bersabda:-

صَلُّوْا قَبْلَ صَلَاةِ الـْمَغْرِبِ قَالَ فِى الثَّا لِـءَـةِ لِمَنْ شَاءَكَرَاهِيَّة َ

اَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً.

Ertinya: Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang Maghrib, dan dikatakannya pada ketiga kalinya: Bagi siapa yang mahu kerana khawatir sembahyang itu dijadikan orang sebagai sunnah muakkadah.”

Diriwayatkan dari Anas r.a. berkata ia:-



لَقَدْ رَأ َيْتُ كَبَارَاَصْحَابِ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ للهُ عَلَيْهِ وَسَلـَّمَ

يـَبـْتـَدِ رُوْنَ السَّوَارِىَ عِنْدَ الـْمَغْرِبِ. (رواه البخارى)

Ertinya: Demi sesungguhnya akua pernah melihat orang-orang besar dari sahabat Rasulullahs.a.w. berlumba-lumba mendekati tiang-tiang seketika Maghrib (Maksudnya untuk bersembahyang dua rakaat.) (H.R. Al-Bukhari).
(Rujukan Kitab Masalah Agama Islam, Jil.4, m.s. 150)
Penangguhan.

Sekian dahulu disampaikan bagi waktu ini, semoga kita akan berjumpa lagi di halaman Blog ini dalam masa terdeka. Justeru itu penulis mengcapkan Selamat Berpuasa dan seterusnya Selamat Hari Raya Aidil Ftri 1430, dengn Maaf Dzahir Batin jika terdapat apa-apa kesalahan yang tidak sengaja berlaku. Wassa lamu ’alaikum...” (400- 409)

-----------------------sssssssssss--------------------------

Tuesday, September 7, 2010

Hal Ehwal Perkahwinan - Siaran 324






Hj.Che Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com




Hal Ehwal Perkahwinan – Siaran Ke 324


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه
Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.

MASALAH

Apakah yang dimaksudkan perceraian dalam hal perkahwinan dan bagaimanakah pula ianya ada kaitan dengan perkataan “talaq”. Minta tuan terangkan selanjutnya?

Jawapan.

Perceraian dan talak itu ada persamaan. Talaq atau perceraian, jika dilihat dari sudut bahasa mengertikan tindakan melepas atau menguraikan ikatan perkahwinan. Dari sudut istilah ia bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz (perkataan) yang tertentu, iaitu talaq (perceraian), firaq (perpisahan) dan sarah (pelepasan), seperti seorang suami berkata kepada isterinyaa; “Engkau telah ku talaqkan” atau “Engkau seorang perempuan yang sudah ditalaq” dan sebalikya.

Maksudnya selanjutnya ialah seorang suami menceraikan atau memisahkan atau memutuskan perkahwinan dirinya dengan isterinya melalui perkataan talaq seperti yang disyaratkan dalam hal pekahwinan.

Perceraian itu dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan kepada arah atau sudut kita melihatnya iaitu (1) Perceraian dengan bayaran dan (2) Perceraian tanpa bayaran.

Perceraian dengan bayaran – Iaitu perceraian yang disitilahkan oleh ulamak sebagai “Khuluk” dan ia terkenal di dalam masyarakat kita sebagai “tebus talak”. Kami akan terangkan selanjutnya nanti mengenai hal ehwal “khuluk” atau “tebus talak” kemudian.

Perceraian tanpa bayaran ialah prceraian yang biasa yang sering berlaku dalam agama Islam di kalangan suami isteri. Ia dibahagikan kepada tiga jenis atau nama seperti perceraian atau (1) “Talaq Sarih”, (2) “Talaq Kinayah “ dan (3) “Talaq Ta’liq”.

(1)..Talaq Sarih.

Iaitu talq dengan menggunakan ucapan yang jelas dan tegas maksudnya menunjukkan makna perceraian atau menjatuhkan talaq tanpa berkehendakkan kepada niat, seperti seorang suami dengan sengaja berkata kepada isterinya walaupun hatinya tidak berniat untuk menceraikannya seperti : “Aku talaqkan engkau” atau suaminya berrkata “Aku ceraikan engkau dengan talaq satu (atau dengan talaq dua) atau dengan talaq tiga”. Dengan ucapan begitu maka perceraian tetap berlaku di antara kedua-duanya sekalipun tanpa niat daripada si suami. Lantaran itu perkataan-perkataan tersebut tidaklah saeharusnya diucapkan oleh si suami secara sewenang-wenangnya kepada isterinya walaupun dalam bentuk main-maian atau gurauan sahaja. Rasulullah s.a.w. mengingatkan para suami kedudukan ini ababila baginda bersabda:


ثـَللَاثٌ جِدُّهُنَّ وَهَزْلـُهُنَّ جِدٌّ : اَلنـَّكَحُ وَالطَّلَاقُ وَالرَّجْعَةُ.

“Ada tiga perkara yang apabila disungguhkan ia tetap menjadi dan pabila di main-mainkan pun ia tetap menjadi, iaitu nikah, talaq dan rujuk”

Terdapat tiga perkataan atau ucapan yang dihukum termasuk ke dalam talaq jnis Talaq Sarih ini iaitu “talaq” (perceraian) “ firaq”(petrpisahan) dan “ sarah”(pelepasan).
Apabila seorang suami sengaja menyebut dihadapan isterinya salah satu di antara prerkataan tersebut di atas atau sama ada dari segi ketetapan dan ketegasan maksudnya, maka terlerailah ikatan perkahwinan di antaranya dengan istertinya.

(2).. Talaq Kinayah.

Iaitu talaq dengan menggunakan ucapan yang tidak jelas maksudnya bagi menunjukkan perceraian. Ia boleh diertikan sebagai perceraian dan boleh diertikan dengan maksud yang lain. Talaq jenis ini memerlukan niat daripada si suami, seperti katanya “Engkau pulanglah kepada ibu bapamu” atau “Engkau kahwinlah dengan orang lain” atau “Saya tidak berhajat lagi kepadamu” dan pelbagai ungkapan lain yang mungkin membawa maksud yang lain selaian dai perceraian.
Ucapan-ucapan saperti di atas jika diniatkan oleh pengucapnya sebagai cerai, maka jatuhlah talaq ke atas si isteri yang dimaksudkan. Tegasnya ia amat bergantung dengan niat si suami yag mengucapnya.

(3).. Talaq Ta’liq.

Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”
Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan (2006),m.s. 129).

MASALAH

Bagaimana pandangan Islam terhadap perlakuan suami yang menceraikan isterinya ?

Jawapanm.

Perceraian merupakan satu perbuatan yan halal, tetapi ia amat dibenci oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w.bersabda:

أ َبْغَضُ الـْحَلَالِ عـِنْدَ اللهِ الطَّلَا قُ.
Perbuatan halal yangamat dimurkai Allah s.w.t.
ialah talaq (perceraian)
(H.R. Ibn Majah)
Para ulamak telah membahagikan perbuatan melakukan perceraian itu kepada lima perkara menurut hukum-hukum Islam seperti:

(1).. Haram – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia sedang berada di dalam haid atau nifas atau pada sewaktu suci yang disetubuhinya.
(2).. Makruh – Iaitu apabila seorang sauami mencertaikan isterinya yang baik tingkah lakunya, taat kerpada ajaran agama Islam dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

(3).. Wajib – Iaitu perceraian atau talaq yang dijatuhkan oleh hakim (orang tengah) dalam perselisihan suami isteri yang tidak dapat di damaikan lagi disamping kedua-dua belah pihak sama-sama mengambil keputusan untuk bercerai serta bersetuju bahawa perceraian adalah jalan yang paling baik untuk menyelesaikan ketegangan mereka. Termasuk juga di dalam perceraian yang wajib ialah tindakan suami yang bersumpah tidak akan mensetubuhi isterinya dan dia patuh kepada sumpahnya itu selama melebihi empat bulan.

(4).,. Sunat – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya yang mempunyai kelakuan yang buruk, tidak taat kepada perintah agama serta tiak menjaga kesopanan dirinya.

(5).. Harus – Iaitu apabila seorang suami menceraikan isterinya ketika dia tidak sayang kepadanya dan dia tidak meberikannya nafkah.

Kelima-lima hukum di atas dilihat dari sudut tindakan bercerai atau menjatuhkan talaq yang dihubungkaitkan dengan keadaan si isteri pada ketika itu. Hukum-hukum ini tidak membabitkan tentang kesahan perceraian itu. Perceraian tetap dihukum sah, apabila cukup rukun dan syaratnya, sekalipun tindakan melakukannya itu dihukum sebagai perbuatan haram atau makruh dan sebagainya yang termasuk ke dalam salah satu di antara lima hukum yang telah kami sebutkan itu.
Talak jika berdasarkan kepada masa jatuhnya terbahagi kerpada “munjiz” “mudaf” dan “ mu’allaq”.

Talag Munjiz ialah talaq yang ucapannya tidak mengandungi syarat dan tangguhan masa, seperti seorang suami berkata kepada isterinya “Aku talaqkan kamu” atau “Kamu perempuan yang sudah ditalaq” . Ucapan ini menunjukkan bahawa talaq itu akan jatuh serta merta tanpa dikaitkan dengan masa yang ditangguhkan atau dengan apa-apa syarat. Talaq Munjiz ini akan berlaku kesannya apabila sahaja ucapannya disebut oleh si suami di samping sempurna pada dirinya syarat-syarat yang lain.

Talaq Mudaf ialah ucapan talaq digandingkan dengan masa di mana dikehendaki talaq itu berlaku apabila sampai ketikanya, seperti berkata si suami kepada isterinya: “Kamu akan tertalaq pada esok hari” atau “Kamu akan tertalaq pada awal bulan.” Hukum talaq ini tidak akan berlaku kecuali apabila tiba masa yang telah ditentukan oleh si suami. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengatakan bahawa si isteri akan jatuh talaqnya dengan serta merta sama seperti keadaannya di dalanm Talak Munjiz.

Talaq Mu’allaq – ialah samalah seperti hukum talaq Ta’alliq :

Iaitu talaq yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan, sama ada perbuatan itu dilakukah oleh si isteri atau oleh si suami sendiri, seperti seorang suami berkata kepada isterinya ”Jika engkau keluar daripada rumah ini tanpa kebenaranku maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau pergi ke rumah ibumu maka engkau akan tertalaq” atau ”Jika engkau balik ke rumah ibu bapamu selama sebulan maka engkau akan tertalaq”
Dalam perkara contoh di atas jika berlaku perkara yang digantungkan itu maka jatuhlah ke atas si isteri berkenaan, seperti isteri keluar rumah tanpa izin suaminya atau dia pergi ke rumah orang yang dilarang oleh suaminya atau si isteri pulang ke rumah ibu bapanya selama masa sebulan. Talaq akan jatuh dan prerceraian akan berlaku dengan berlakunya perkara-perkara yang digantungkan di dalam kesemua ucapan si suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan Perkahwinan (2006),m.s. 133).



MASALAH

Apakah ada pembahagian atau masa Talaq itu apabila seorang suami melafazkannya ?

Jawapan.

Pembahagiuan talaq itu mengandungi tiga caranya iaitu ”Talaq Raji’i ” ”Talaq Ba’in Bainunah Sughra ” dan talaq Ba’in Bainunah Kubra”

Talaq Raji’i menurut istilah ulamak ialah Talak Satu dan Talaq Dua yang belum habis idah si isteri yang diceraikan, maka si suami boleh merujuk (berblik semula) isterinya itu tanpa memerlukan kepada akad perkahwinan yang baru. Tetapi apabila tamat masa idahnnya, si suami tidak lagi dapat merujukkan isterinya kecuali dengan akad perkahwinan yang baru, sama ada pada talaq satu atau pada talaq dua. Pada peringkat ini kedua-dua talaq itu, iaitu pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, dinamakan sebagai ”Talak Ba’in”. Kedua-dua pembahagian ini adalah berdasarkan kepada kesannya ke atas rujukan yang mungkin berlaku. Talaq Ba’in ini pula terbahagi kepada dua bahagian:

a. Talaq Ba’in Bainunah Sughra, seperti talaq pertama atau kedua yang habis masa idah si isteri, talaq dengan tebusan (iaitu khuluk) dan talaq yang dilakaukan terhadap isteri yang belum disetubuhi.

b. Talaq Ba’in Bainunah Kubra, iaitu talaq tiga atau talaq yang ketiga, di mana si suami tidak diharuskan merujuk isterinya lagi kercuali apabila bekas isterinya berkahwin lain dan diceraikan oleh suami yang baru itu dengan syarat si suami yang baru itu sudah menyetubuhinya dan tamat pula masa idahnya.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam – Aturan
Perkahwinan (2006),m.s. 135).

(Bersambung lag dalam Siara akan datang khusus mengenai Bab Munakahat atau Bab Perkahwinan.)


------------------oooooooooooo---------------------------

Ehwal Perkahwinan - Siaran 323



EHWAL PERKAHWINAN- SIARAN KE 323


Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.

MASALAH

Saya kurang faham mengenai perkara yang dimaksudkan dengan Talaq Sunni dan Talaq Bid’i itu. Sukacita jika dapat tuan jelaskan?

Jawapan.
Selain daripada talaq yang disebutkan terdahulu talaq juga dibahagikan kepada “talaq sunni” dan “talaq bid’i “.

Talaq Sunni – Ialah talaq yang dijatuhkan mengikut peraturan syarat, seperti talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami ke atas isterinya yang sedang di dalam keadaan suci yang belum lagi disetubuhinya.

Talaq Bid’i - Ialah talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami ke atas isterinya ketika dia di dalam masa haid atau nifas atau di dalam masa suci yang disetubuhinya. Talaq ini hukumnya haram dan sunat bagi si suami merujuk semula akan isterinya.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 136)

MASALAH

Minta terangkan hal-ehwal bilangan talaq yang seorang suami boleh menjatuhkan talaq keatas isterinya dan bagaimana cara-cara peraturan dan hukum yang selanjutnya.?

Jawapan.

Seorang suami yang merdeka boleh menjatuhkan talaq ke atas isternya sebanyak tiga kali. Talaq satu atau dua membolehkan si suami merujuk bekas isterinya sebelum habis idahnya tanpa memerlukan kepada akad yang baru. Tetapi apabila tamat masa idahnya, jika si suami ingin mengambil kembali bekas isterinya ke pangkuannya, maka hendaklah dengan menerusi akad perkahwinan yang baru. Firman Allah s.w.t. :
اَلطَّلـَقُ مَرَّتَانِ فَـإِمْسَكٌ بِمَعْرُوْفٍ أَوْ تَسْرِيْحٌ بِـإِحْسَنٍ.

“Talaq (yang dapat di rujuk) sebanyak dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (merujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah: 229)

Jika si suami menjatuhkan talaq ke atas isterinya untuk kali yang ketiga, atau sekaligus talaq tiga, ini merupakan talaq terakhir yang dimilikinya, maka dia tidak diharuskan merujuk bekas isterinya sekalipun dengan akad perkahwinan yang baru kecuali apabila bekas isterinya itu berkahwinn dengan suami yang lain, kemudian dia diceraikan setelah sesudah dia di setubuhinya, dan tamat masa idahnya, pada saat itu barulah bekas suaminya dapat merujuk bekas isterinya itu dengan akad yang baru.

Suami kedua itu menurut ulamak dipanggil ”muhallil”, iaitu orang yang menghalalkan si isteri kembali kepada suaminya yang pertama, dengan menerusi akad yang baru.

Untuk renungan semua mansyarakat Islam bahawa apabila si suami mentalaqkan isterinya untuk kali terakhir, maka Islam menyekat kedua-duanya kembali semula. Sekatan ini sebenarnya merupakan pengajaran dan ancaman yang bertujuan supaya kekuasan menjatuhkan talaq itu tidak digunakannya secara rambang, tanpa ia hendaklah merenung lebih jauh akan akibat yang akan ditanggungnya kemudian, sama ada kesulitan untuk mendapatkan seorang isteri yang baru atau kesulitan menanggung nafkah anak-anaknya yang termasuk upah penyusuan, penjagaan dan keperluan-keperluan lain jika keadaan mereka memerlukannya.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 140)


MASALAH

Jika seseorang suami itu hendaklah mentalaq isterinya itu apakah cara-cara dan rukun yang Islam menetapkannya supaya perceraian menjadi sah?

Jawapan.

Seperti juga perkahwinan, talaq atau perceraian mempunyai rukun-rukun dan syarat-syaratnya yang tersendiri. Kesahannya amat bergantung dengan kedua-dua perkara tersebut. Talaq atau perceraian mempunyai lima rukun iaitu:
a. Ianya seorang suami.
b. Ianya serang isteri.
c. Niat menjatuhkan talaq (bagi talaq kinayah).
d. Isteri yang masih didalam jagaan suaminya.
e. Sighah (iaitu uacapan yang digunakan untuk menjatuhkan talaq.

Tidak semua talaq yang ditajuhkan oleh seseorang suami ke atas isterinya dihukum sah dan berlaku kesannya kerana terdapat beberapa syarat kelayakan peribadi yang berkaitan dengan diri si suami. Tanpa kesempurnaan syarat-syarat itu maka talaq yang dijatuhkan itu tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Di antara syarat-yarat itu ialah:-

a. Berakal. – Syarat ini bermaksud bahawa talaq yang dijatuhkan oleh seorang suami yang gila atau sedang tidur adalah tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan, tetapi jika kehilangan akalnya disebabkan oleh mabuk kerana sengaja meminum minuman keras dan seumpamanya, maka talaqnya adalah sah dan berlangsung kesannya.

Kedaan ini tidaklah sama jika seseorang itu meminum ubat yang
boleh menghilangkan akalnya dengan tujuan untuk berubat atau
terminum bahan yang memabukkan dengan tidak disengajakan
maka talaq yang diucapkan ke atas isterinya tidak akan jatuh
dan tidak mempunyai apa-apa kesannya terhadap si isteri.
Dalam soal tidak waras ini Rasulullah bersabda:

كُلُّ طَلاَقٍ جَاءِـزٌ إِلا َّ طَلاَقُ الـْمَعْتُوْهِ الـْمَغْلـُوْبِ عَلىَ عَقْلِهِ.
Kesemua talaq itu sah kecuali talaq seorang yang tidak waras akalya. (H.R. a;-Termidhi)

b. Baligh – Seorang suami yang masih diperingkat umur bawahan
(belum baligh), talaq yang dijatuhkannya adalah tidak sah kerana dia
pada saat itu belum lagi menjadi seorang mukallaf. Rasuluallah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

”Diangkat dosa daripada penanggungan tiga orang: orang yang
sedang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia
menjadi dewasa dan orang yang gila sehingga dia menjadi
siuaman. (H.R. al-Baiahqi)

c.. Dengan pilihan sendiri - Dengan itu talaq yang dijatuhkan oleh
seorang suami yang dipaksa berbuat dermikian adalah tidak sah.
Maksud paksaan di sini ialah yang mengancam nyawa dan harta
benda seseorang itu. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Diangkat dosa umatku kerana perbuatannya yang tersalah (iaitu
tidak sengaja), terlupa, dan dipaksa.”
(H.R. Ibn Majah dan Al-Hakim)

c. Sekalipun seorang lelaki itu sempurna syarat-syarat kelayakan diri untuk menjatuhkan talaq ke atas seorang perempuan tetapi kesahan talaq yang dijatuhkannya itu adalah terikat dengan dua syarat, iaitu:

(1). Perempuan yang dijatuhkan talaq itu adalah isterinya yang
sah dan:
(2). Dia masih di dalam kekuasaannya sekalipun di dalam idah
raji’i.

d. Kedua-dua syarat diatas meberi gambaran kepada kita, jika perempuan yang berkaitan belum menjadi isterinya yang sah atau isterinya yang telah tamat masa idah raji’inya, maka talaq yang diucapkannya tidak mempunyai apa-apa kesan kerana kedua-dua kedudukan itu meletakkan perempuan yang berkenaan diluar kekuasaannya sebagai seorang suami.
(Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 140)



MASALAH

Saya difahamkan bahawa sungguhpun seorang suami mempunyai hak mentalaqkan atau menceraikan isterinya dengan syarat-syarat tertentu tetapi juga saya difahamkan seorang isteri juga mempunyai hak menceraikan suaminya serkiranya keadaan memaksa yang menimpakan dirinya. Minta tuan terangkan perkara-perkara hak tersebut?

Jawapan. (144)

Islam telah memberikan keadilan layanan kepada si isteri kerana dia memiliki hak terhadap dirinya, iaitu hak membuat tuntutan bagi melepaskan dirinya dari cengkaman si suami ketika dia berada di dalam keadaan terhimpit oleh gelagat si suami yang tidak bertanggungjawab dan dia tidak mampu lagi meneruskan hidup bersama-sama. Dia memiliki hak menuntut cerai daripada suaminya sekalipun dengan memulangkan maskahwin yang diterimanya atau lain-lain bayaran. Itulah yang dinamakan ”KHULUK” atau disebut sebagai tebus talak. Sealian dari itu terdapat juga satu lagi hak terhadap si isteri iaitu yang dinamakan ’FASAKH’.

KHULUK (177) – atau lebih terkenal sebagai tebus talaq. Perkataan khuluk dari susdut bahasanya membawa erti mencabut atau menanggalkan, seperti seseorang itu menanggalkan pakaiannya. Ia juga disebut sebagai tebus talak kerana si isteri ketika meminta khuluk, menebus dirinya dengan sesuatu
yang diberikan kepada suaminya supaya diceraikan.

Dari sudut istilah khuluk bermaksaud Perceraian yang berlaku di antara sepasang suami isteri dengan tebusan yang dibayar kepada suami menurut kadar yang telah dipersetujui, sama ada dengan menggunakan lafaz talaq atau lafaz khuluk, seperti suami berkata ”Kau ku talaqkan ” atau ”Kau ku khulukkan dengan bayaran sepuluh ribu ringgit”. Kemudian si isteri bersetuju dan membayar jumlah tersebut kepada suaminya.

Perbuatan menceraikan isteri menerusi khuluk adalah di hukunm makruh, kecuali jika dilakukan atas sebab-sebab yang diharuskan oleh sayarak. Sebahagian ulamak berpendapat khuluk yang tidak berasaskan kepada sebab-sebab yag diharuskan oleh syarak adalah haram. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
”Mana-mana perempuan yang menebus dirinya daripada suamainya tanpa sesuatu kesalahan, maka dia tidak akan mencium bau syurga”

Di antara sebab-sebab yang mengharuskannya ialah:

a. Suaminya cacat tubuh badannya.
b. Suami yang buruk akhlaknya.
c. Suami atau isteri tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan,
d. Isteri takut melanggar hukum Allah kerana tidak taat kepada suaminya (arahan untuk melakukan perkara maksiat)

Perceraian yang dilakukan menerusi khuluk menyebabkan bekas suami tidak dapat merujuk isterinya kercuali dengan akad perkahwinan yang baru, yang akan menurut dengan syarat-syarat yang tertentu. Dan dia juga tidak boleh menambahkan talaqnya semasa di dalam idahnya. Hal ini disebabkan si isteri yang dikhuluk sudah terkeluar dari penjagaan dan tanggungjawab suaminya dan perceraian yang berlaku merupakan Talaq Ba’in. Dengan berlakunya khuluk si isteri diwajibkan membayar kadar pembayaran yang telah dipersertujui di antaranya dengan bekas suaminya.

Khuluk mempunyai rukun-rukunya seperti berikut:-

a. Suami yang sah talaqnya mengikut syarat-syarat talaq. Dengan kerana itu tidak sah khuluk daripada seorang suami yang masih kanak-kanak atau gila atau dipaksa.

b. Isteri yang menguasai hartanya. Dengan kerana itu tidak sah khuluk yang dikemukakan oleh seorang isteri yang ditahan hartanya atau bodoh atau tidak siuman.

c. Isteri masih menjadi milik suami. Dengan kerana itu tidak sah khuluk jika si isteri belum menjadi milik suaminya, seperti seorang perempuan yang akan dikahwininya.

d. Sesuatu yang telah dipersetujui untuk dibayar kepada si suami apabila dia (suami) melakukan khuluk terhadap isterinya.

e. Sighah iaitu ucapan khuluk. Ia dikehendaki dengan menggunakan lafaz yang sareh dan mengandungi ijab dan kabul. (180)

Syarat-syarat yang dikehendaki mengenai ijab dan kabul adalah sama dengan syarat-syarat yang perlu pada ijab dan kabul jual beli iaitu:

a. Tidak harus diselangi dengan perkataan-perkataan lain yang tidak ada kaitan dengan lafaz khuluk.
b. Tidak harus diselangi dengan diam yang lama.
c. Mistilah bersamaan maksud di antara ijab dan kabul.
d. Sebagai contoh kepada lafaz yang sah apabila suami berkata kepada isterinya:

”Saya ceraikan engkau dengan RM 1,000.00 ringgit”
Isterinya menjawab:
”Saya terimalah”

Atau si isteri berkata kepada suamainya:
”Kamu khulukkan saya dengan RM 1,000.00 ringgat”

Suaminya menjawab:
”Saya khulukan engkau dengan RM 1,000.00 ringgit”

Bercerai menerusi khuluk boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada si isteri itu dalam masa sucinya atau di dalam masa haidnya.

Pembayaran khuluk harus dilakukan dengan apa sahaja yang boleh dijadikan maskahwin, sama ada dijelaskannya secara tunai ataupun secara hutang. Tentang menentukan jenis bayarannya berdasarkan kepada persetujuan diantara kedua belah pihak.

Tempat berlangsungnya khuluk dengan persetujuan kedua dua suami isteri sama ada di rumah kediaman mereka tanpa memerlukan bantuan kehakiman. Jika keadaan suami enggan bersetuju untuk menyelesaikan krisis mereka, si isteri harus memohon bantuan kehakiman.

Tidak sah khuluk jika si suami mengambil kesempatan dengan menyiksa isterinya sebelum itu atau sengaja tida memberikan nafkah kepada si isteri dengan tujuan supaya si isteri memohon khuluk dan si suami boleh menggunakan wang tebusan tersebut untuk sesuatu kepetinganya sendiri.

Idah khuluk – Pendapat jumhur ulamak si isteri dikehendaki beridah selama tiga kali suci jika ia seorang perempuan yang berhaid. Jika perempuan yang telah berhenti haidnya kerana tua ialah selama tiga bulan.(Al-Quran surah Al-Talaq ayat 4) Semasa beridah khuluk bekas isterinya mempunyai hak tempat tinggal untuk di diaminya. Ia tidak dapat apa-apa nafkah daripada bekas suaminya lagi kerana hubunganya telah terputus kecuali ia hamil maka ia berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal.

FASAKH –(186)
Fasakh atau tuntutan menjatuhkan talaq, ialah satu lagi hak kepunyaan si isteri untuk membebaskan dirinya dari perbuatan kezaliman si suaminya. Fasakh merupakan satu jalan bagi kedua-dua pasangan suami isteri melepaskan diri masing-masing dari ikatan rumahtangga yang tidak lagi sesuai akibat timbul beberapa sebab tertentu atau kerana berlaku kecacatan.

Maksud fasakh ialah tindakan merombak atau memutuskan hubungan perkahwinan di antara suami isteri yang dilakukan oleh Kadhi dengan sebab-sabab tertentu tanpa ucapan talaq. Bagi pihak isteri fasakh berperanan membela nasibnya di saat dia tidak mampu meneruskan hidupnya bersama-sama suaminya. Dengan itu sesiapa pun tidak boleh mendakwa sebagai tidak adil apabila si suami diberi hak atau kuasa mencerai atau menjatuhkan talaq ke atas isterinya kerana si isteri juga mempunyai hak untuk mengatasi kesulitannya menerusi fasakh atau tuntutan menjatuhkan talaq.

Seorang isteri harus menuntut fasakh perkahwinannya dengan sebab-sebab berikut:

a. Kecacatan suami -merangkumi lemah alat kelamin, seorang yang berpnyakit berjangkit atau merbahaya, dengan sebab gila atau perkara yang tidak dingini oleh tabiat manusia.
b. Tidak mendapat nafkah atau nafkah yang tidak mencukupi.
c. Tidak mendapat nafka batin.
d. Pembohongan– seperti mengakui seorang baik sebelum berkahwin.
e. Pergaulan yang buruk – seperti menyiksa isterinya.
f. Suami dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan jenayah.
g. Mandul – jika diyakini suaminya yang menyebabkannya.
h. Suami menghilngkan diri, tidak diketahui di mana ianya berada.
i. Tidak membayar mahar –seperti tidak sanggup lagi membayar mahar tunai yang disebut dalam akad nikah.

Hubungan perkahwinan –Perceraian dengan sebab fasakh menyebabkan hubungan perkahwinan mereka terputus. Mereka tidak dapat kembali semula sebagai pasangan suami isteri kecuali dengan akad perkahwian yang baru sekalipun bekas isteri masih di dalam idahnya. Kedudukannya sama seperti di dalam Talak Bai’in. Perceraian berlaku menerusi fasakh ini maka bilangan talaqnya tidak akan berkurangan sekalipun dia merujuk kepadanya sesudah itu dengan akad perkahwinan yang baru.

Idah fasakh (152) – Isteri yang telah difasakh perkahwinannya akan menjalani idahnya seperti perempuan-perenmpuan lain yang diceraikan menerusi talaq atau khuluk iaitu idah perempuan yang masih didatangi haid ialah selama tiga kali suci. Jika berlaku fasakh pada masa sucinya maka idahnya akan tamat dengan kedatangan haidnya yang ketiga. Tetapi jika fasakh pada masa haidnya atau pada masa nifasnya maka idahnya akan tamat dengan kedatangan haidnya yang keempat. Bagi perempuan yang belum berhaid (kerana masih kecil) atau yang telah berhernti haidnya kerana tua ialah selama tiga bulan.
Jika fasakh itu berlaku sebelum disetubuhi maka dia tidak akan beridah. (Al-Quran surah al Talaq ayat 4)
((Rujukan Kitab Undang-Undang Keluarga Islam –Aturan Perkahwinan 2002 m. s 152,177 dan 186.
Sekian dahulu perbicaraan dalam hal ehwal perkahwinan yang dapat kami utarakan dalam siaran 21 dan 22 ini, dan akan di teruskan dalam siaran-siaran akan datang. Insya Allah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 DENGAN UCAPAN RIBUAN MAAF JIKA TERDAPAT APA-APA KESALAHAN.

WASSALA MUALAIKUKM.....


--------------------ooooooo--------------------------

Bersedekah Melipatganda Rezek i- Siaran 322

Hj.Che Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com




Bersedekah Melipatganda Rezeki– Siaran Ke 322


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Bersedekah Melipatganda Rezeki –Siaran ke 298


.
Pendahuluan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

إِنَّ اللهَ وَمَلـَـءِـكَتـَهُ يُصَلـُّوْنَ عَلىَ النَّبِىِّ ج

يَــأ َيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْا صَلـُّوْا عَلـَيْهِ وَسَلـِّمُوْا تَسْلِيْمـًـا.

”Allah dan para malaikat memberikan rahmat kepada Nabi. Wahai Orang-orang beriman, berikanlah selawat dan salam kepadanya.
(Al-Ahzab(33); ayat 56.


Bersedekah Harta Ke Jalan Allah.
Firman Allah s.w.t.

مَّثـَلُ الـَّذِينَ يُنـْفـِقُونَ أ َمْوَ لـَهُمْ فَى سَبِيلِ اللهِ كـَمَثـَلِ حَبَّةٍ أ َنْبًتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِى كـُلِّ سُنْبُلـَةٍ

مِّاءَـة ُ حَبَّةٍ ج وَاللهُ يُضَعِفُ لِمَنْ يَشَآءُ ج وَاللهُ وَسِعٌ عَلـِيمٌ.

(البقرة 261(

"Bandingan perbelanjaan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuan” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 261).

Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya semata-mata ke jalan Allah s.w.t. semata-mata mengharapkan keredaan dan tanda kesyukuran terhadap nikmat-nikmat yang telah di terima daripada Allah s.w.t., adalah seperti mereka yang menanam sebiji benih yang kemudian daripada itu menjadi sebatang pokok mempunyai tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai tersebut pula menjadi mengandungi seratus biji atau dengan lain perkataan hasilnya lumayan dan berlipat ganda.

Firman Allah s.w.t. lagi:



وَمَثـَلُ الـَّذِينَ يُنْفِقُونَ أ َمْوَلـَهُمُ ابْتِغَآءَ مَرْ ضَاتَ اللهِ وَتـَثـْبِيتـًا

مِّنْ أ َنْفُسِهِمْ كـَمَثـَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أ َصَابَهَا وَابـِلٌ فَـءَـاتـَتْ أ ُكـُلَهـَا ضِعـْفـَيْنِ فـَإ ِنْ لـَمْ يُصِبْهـَا

وَابِلٌ فَطَلٌّ ج وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُوْنَ بَصِيرٌ
)
. البقرة 265(

”....Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah s.w.t. dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan yang renyai-renyai pun cukup untuk menyiramnya dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan. ” (Al-Quran Surah al-Baqarah, ayat 265).

Sabda Rasullah s.a.w. yang beermaksud:

”Ketika Allah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak-gerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan meletakkan (memancak) di atas bumi sehingga bumi mantap tidak bergerak lagi”

a. Maka kagumlah para malaikat seraya berkata ”Ya Tuhanku, apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung-gunung itu.?: Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu besi.”

b. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi.? Allah menjawab: Ya ada, iaitu api.”

c. Para malaikat bertanya lagi. ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari api.” Allah menjawabn, ”Ya ada, iaitu air.”

d. Para malaikat bertanya lagi, ”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat dari daripada air.”? Allah menjawab: ”Ya ada, iaitu angin.”

e. Para malaikat bertanya lagi.”Apakah ada dari makhluk Engkau yang lebih hebat daripada angin,?” Allah menjawab, ”Ya ada, iaitu anak keturunan Adam a.s. yang memberikan sesuatu derma (sedekah) dengan tangan kanannya dan merahasiakan dermanya itu dari tangan kirinya maka dia lebih hebat daripada angin,”

Oleh sebab begitu tinggi nilainya orang-orang yang menderma (sedekah) di sisi Allah itu, maka untuk sampai ketahap itu, ianya memerlukan beberapa syarat di antaranya:

a. Peratama – Adalah lebih baik sekiranya derma dan sedekah itu dirahsiakan daripada orang pengetahuan umum.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

إ ِنْ تُبْـدُوالصَّـدَقَتٍ فـَنِعِمَّا هِيَ ج وَإ ِنْ تُخْفـُوهَا وَتـُؤْتـُوهَا

الـْفـُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌلـَّكـُمْ ج وَيُكـَفـِّرُ عَنكـُمْ مِّنْ سَيِّـءَـا تِكـُمْ ج
وَاللهُ بِمَا تَعْمَلـُونَ خَبـِيرٌ.
(البقرة 271()

”Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu memberikannya kepada orang-orang faqir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah) Allah amat mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al-Quran surah al-Baqarah, ayat 271).

b. Kedua – Tidak diungkit-ungkit selepas derma dikeluarkan dan tiada terkeluar daripada mulut penderma perkataan atau kelakuan yang menyakiti.

c. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan perasaan riak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


”....Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakan pahala
amal sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit
dan kelakuan yang menyakiti saperti (rosaknya pahala
amal sedekah) orang-orang yang membelnajakan hartanya
kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).
d. Perkara yang didermakan itu sedapat-dapatnya hendaklah yang paling baik dari hartanya atau yang boleh dimanafaatkan oleh si penerima. Firman allah s.w.t.yang bermakaud:-

”Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan
kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian
dari apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksaud:-

a. Pada mulanya aku kecil, maka engkau telah membesarkan aku.

b. Pada mulanya engkau adalah penjaga ku, maka serkarang aku menjadi penjaga mu.

c. Pada mulanya aku adalah musuh mu, maka sekarang aku menjadi kekasih mu.

d. Aku adalah suatu yang punah musnah, maka engkau jadikan aku sesuatu yang kekal.

e. Aku adalah bilangan sedikit, maka engkau jadikan aku jumlah bilangan yang banyak.

Firman Allah s.w.t.:

”Jelasnya, adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kerja kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).

Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaannya dan kemudahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesangsaraan, dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus ke dalam azab siksa hari akhirat,”
(Al-Quran Surah Al-Laili, ayat 5 hingga 11).

Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermakasud:-

”Apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah ’amalannya melainkan tiga perkara sahaja yang kekal dibawa bersamanya:
(1) Sedekah jariah yang dijadikan wakaf, (2) ’Ilmu yang diambil yang bermanafaat baginya,(3) Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.’ (Hadith riwayat Muslim).

Sabda Rasululah s.a.w. lagi yang bermaksud:

”Hendaklah kamu mencari keuntungan dari lima perkara sebelum datangnya lima perkara lagi yaitu:

a. Di masa hiduphendaklah engkau beramal sebelu mati.

b. Di masa sihat hendaklah engkau beramal selum sakit.

c. Di masa lapang hendaklah engkau beramal sebelum banyak pekerjaan.

d. Di masa muda umur mu hendaklah engkau beramal sebelum engkau tua.

e. Di masa kaya hendaklah engkau beramal dan membuat kebajikan sebelun datangnya engkau papa kedana.
(Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Ibnu ’Abbas)

Firman Allah s.w.t. :


وَمَنْ يَتـَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا ج. وَيَرْزُقـْهُ مِنْ حَيْثُ لآ يَحْتـَسِبُ.ج وَمَنْ يَتَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ج إ ِنَّ اللهَ
بـَالـِغُ أ َمْرِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لِكـُلِّ شَيْىءٍ قـَدْرًا.
(الطلاق 2 دان3)

”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah necsaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhanya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Quran Surah At-Talaaq, ayat 2 dan3).

Sekian dahulu penulisan untuk Siaran ini, dan kita akan berjumpa lagi dalam Blog yang sama dalam masa yang terdeat. Insaya Allah....!

Wassala mualaikum warahmatula hiwabarakatuh.....!


-----------------------ooooooooooooooooooo--------------------

Sunday, September 5, 2010

Penerangan Ehwal Agama - Siaran 321









Hj.Che Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – www.blogspot.com




Penerangan Hukum – Siaran Ke 321




Pendahuluan.

بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.


Penerangan 405 (hingga 411)

Orang Mukmin manakah yang sempurna Imannya? Apakah yang disebut Ahli Sunnah wal jama’ah itu ? Minta tuan tolong terangkan.

Jawapan.

Bagi menjawab soalan pertama maka baiklah penulis membawa firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah Al-Anfal ayat 2 -4 seperti betikut:



إِنَّمَا الـْمُؤْ مِنُوْنَ الـَّذِيْنَ إِذَا ذُكـِرَ اللهُ وَجِلـَتْ قـُلـُوْ بُهُمْ وَاِذَا تـُلِيَتْ عَلـَيْهـِمْ ايَا تـُهُ زَادَتُهُمْ

اِيْمَا نـًا وَعَلىَ رَبِّهـِمْ يَتـَوَكَّلـُوْنَ. الـَّذِيْنَ يُقـِيْمُوْنَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقـْنَا هُمْ يـُنْفـِقـُوْنَ.

أ ُلـَءِـكَ هُمُ الـْمُؤْ مِنُوْنَ حَقـًّا لـَهُمْ دَرَجـَا تٌ عـِنـْدَ رَبِّهِمْ وَمَغـْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيْمٌ.

Artinya: Hanyasanya orang-orang mukmin yang sempurna imannya itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, menjadi takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan atas mereka akan ayat-ayatNya, hal tersebut menjadikan iman mererka semakin bertambah-tambah, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan membelanjakan sebahagian dari pada yang Kami kurniakan rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sunggug-sungguh sempurna iman mereka. Bagi mereka itu darjat disisi Tuhan mereka ampunan, dan rezeki yang mulia. (Al-anfal ayat 2-4)

Adapun mengenai apakah Ahlisunnah wal Jumaah itu? Maka dengan ringkas dapat penulis menjawab di sini menurut apa yang tersebut dalam Kitab Al-Majalisus Saniyyah, ms 88 seperti berikut:-

”Maka wajiblah ke atas orang-orang yang beriman mengikuti Sunnah dan Jama’ah. Maka arti Sunnah iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. dan arti Jama’ah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat r.a. ajma’in pada khilafatnya Imam-imam Empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin r.a. ajma’in.”
Demikianlah jawapan penulis menegnai solan tersbut.

(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama, Jil. 2, ms 43)


Penerangan 406.

Saya ingin tahu bagaimanakah seseorang itu lelaki atau perempuan ketika mandi tidak memkai seurat pun pakaian dan selepas itu mengambil wuduk, adakah sah wuduknya itu?

Jawapan.
Mengambil wuduk ketika selepas mandi yang tidak berpakaian adalah sah wuduknya, tetapi berwuduk dengan bertelanjang bulat sampai kubul dan dubur pun tidak ditutp, walau pun di dalam khalawat atau bersendirian adalah haram. Mengenai hukum menutup aurat ketika mandi itu bahawa ketahuilah anda aurat itu ada aurat pada khalawat atau seketika bersendurian,dan di hadapan orang yang boleh memandang kepadanya auratnya itu, seperti isterinya.

Untuk keperluan mandi boleh membuka seluruh aurat baik pada bersendirian ataupun dihadapan isteri. Akan tetapi haram membuka aurat di hadpan orang yang haram memandang kepadanya, sebagaimana juga ketika berwuduk tanpa sesuatu keperluan.

Tetapi aurat yang yang dimaksudkan itu adalah bagi lelaki yang dalam khalawat atau bersendirian khusus dua kemaluan sahaja, iaitu kabul dan dubur. Artinya Haram tidak menutup kabul dan dubur dalam khalawat seketika berwuduk jika tidak ada sesuatu keperluan mustahak.

Dan haram bagi perempuan dalam khalawat atau bersendirian tanpa sesuatu keperluan, berwuduk tanpa menutup antara pusat dan lututnya. Melainkan jika ianya ada sesuatu keperluan maka hal itu seperti memelihara kain dari kekotoran dimaafkan.

Jadi kesimpulannya sekurang-kurangnya berwuduk yang tidak dapat haram bagi lelaki ialah dengan memakai seluar dalam, dan bagi perempuan ialah dengan menutup antara pusat dan lututnya.
Firman Allah s.w.t

وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِمـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)

Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama (Al-Haj ayat 78)
(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama Jil.2.ms 85)


Penerangan 407.

Sebelum kita mandi hadas besar (junub) sunnah kita membersihkan najis di badan lalu membaca ”Bimilla hirrahma nirra him”, lalu mengadap qiblat mengambil air semabhyang. Pada hal kita masih dalam keadaan berjunub lagi, dan membaca ayat Al-Quran itu. Tidakkah jadi berdosa kita berbuat demikian ?

Jawapan.

Mengenai membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” iaitu sepotong dari ayat al-Quran dalam keadaan berhadas besar memang diharamkan atas orang yang tengah berjanabat atau berhadas besar.

Untuk ini dinyatakan bahawa membaca ”Bismilla hirrahma nirra him” adalah dengan niyat zikir dan bukan dengan niat membaca al-Quran, dan kita melakukan sesuatu perbuatan yang diperuntukkan khusus tujuan itu. Tidaklah menjadi haram perbuatan itu.

Terdapat dalam sebuah hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sitti ’Aisyah r.a berkata ia:-

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَ اللهُ عَلـَيْهِ وَسَلـمَّ اِذ َا اغْتَسَلَ مِنَ الـْجَنَابَةِ

تـَوَضَّأ َ وُضُوْءَ ه ُلِلصَّلَاةِ. (رواه اشيخان)

Bermaksud: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila beliau akan melakukan mandi kerana janabah berwudukah beliau seperti wuduknya seketika akan sembahyangh. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Penulis merujukkan terdapat di dalam Kitab” Fathul Mu’in Juz 1,ms 72” seperti maksudnya berikut:-


”Dan disunnahkan untuk mandi wajib membaca Bismillah...pada permulaannya, dan menghilangkan kecemaran yang suci, seperti mani dan hingus, dan najis, sepertri madzi, walaupun sebenarnya memadai untuk pencucian najis dan hadas itu oleh satu basuhan sekaligus. Dan disunnahkan berkemih (kencing) oleh orang yang keluar mani sebelum mandinya, agar keluarlah sisa-sisanya yang berada pada salurannya. Maka sesudah menghilangkan segala kekotoran, sunnah berkumur-kumur dan menghilangkan air ke hidung, lalu wuduk dengan sempurna, kerana ittiba’, yang diriwayatkan oleh Syaikhain. Dan disunnahkan mengekalkan wuduk itu sampai seselsai mandi, sehingga jika berhadas ia, disunnahkalah baginya mengulanginya.

(Rujukan Kitab Seratus Maslah Agama jil.2,ms 96)


Penerangan 408.


Apakah hukumnya apabila saya sedang mempunyai hadas besar makan, minum dan membaca al-Quran tanpa memegangnya?

Jawapan.

Hukumnya makan dan minum seketika berhadas besar adalah makruh. Adapun membaca al-Quran dengan niat tilawah adalah haram dalam keadaan berhadas besar. Demikian pula dengan dua niat, iaitu niat tilawah dan berzikir adalah haram. Tetapi semata-mata niat zikir atau muthlak dibolehkan.

Mengenai makruh makan minum dalam keadaan berhadas besar adalah sebagaimana tersebut dalam Kitab Syarah Mukhtashar Bafdlal halaman 110 sebagai berikut:

وَيُكْرَهُ لِلـْجُنُبِ الْ َاكْلُ وَالشـُّرْبُ وَالنـُّوْمُ وَالـْجَمَاعُ قـَبْلَ غَسْلِ الـْفَرَجِ وِالـْوُضُوْءِ لِمَاصَحَّ مَنَ الْا َمْرِبِهِ فِى الـْجَمَاعِ وَالْاِ تْبَاعِ فِى الـْبَقِـيـَّةِ.

Artinya: “Dan dimakruhkan bagi orang junub, makan dan minum, tidur dan jimak sebelum membasuh farji dan berwuduk, kerana hadith yang sahih daripada perintah dengannya dalam hal jimak, dan kerana Ittiba’ pada yang tinggal.”

Dalam hal haram atas orang Islam membaca al-Quran dengan lidahnya Rasulullah bersabda:

لا َ يَقْرَأ الـْجُنُبُ وَلا َ الـْحَاءِـضُ شَيْـءًـا مِنَ الـْقُرْآنِ حَسَّنَهُ الـْمُنْذِرِىُّ.

Artinya: “Janganllah hendaknya membaca orang junub dan orang haidl akan sesuatu dari pada Al-Quran, (Telah menghasankan hadis ini oleh Al-Mundziry) .

(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil.2 ms 100.




Penerangan 409.

Bolehkah seorang wanita yang masih setelah melahirkan anak, berzikir, Salawat Nabi,dan Tasbih ?


Jawapan.

Tidak ada larangan bagi wanita yang masih dalam bernifas untuk melakukan zikir. Jadi bolehlah baginya bersalawat, bertahlil, membaca salawat nariyyah atau kamilah, bertasbih dan sebagainya.
Adapun yang terlarang bagi orang yang sedang haidl dan nifas atau orang yang berhadas besar, adalah membaca Al-Quran dengan qashad tilawah, artinya dengan niat membaca Quran. Adapun apabila diqashadnya zikir atau doa pada ayat-ayat yang mengandungi zikir dan doa, maka berarti bukanlah ia membaca Quran, tetapi berzikir atau berdoa. Maka hal itu boleh dilakukan.
(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama,Jil. 2 ms 102 )




Penerangan 410.

Bolehkah orang yang sedang sembahyang fardhu apabila dipanggil orang tuanya harus digugurkan semabahyangnya itu ?


Jawapan.

Haram dan batal hukumnya menyahuti panggilan kedua orang tua di dalam sembahyang fardhu. Demikian pula haram kita membatalkan sembahyang fardhu, kerana menyahut panggilan kedua ibu bapa. Tetapi bolehlah menyahuti panggilan ibu bapa dalam sembahyang sunat, dan sembahyang sunat itu menjadi terbatal. Kerana jika teruskan juga sembahyang itu kita tidak khusyuk lagi dengan sembahyang itu, asyik memikirkan entah ada sesuatu hal yang nmustahak berlaku. (

Rujukan Kitab 100 Masalah Agama Jil.2 ms 115


Masalah 411.

Seorang sahabat saya suka berdoa sesudah Suratul Fatihah baik dalam sembahyang mahupun diluar sembahyang seperti ”robbigh
fir li waliwadiyya. Apakah maksud dan dibolekannya atau tidak?

Jawapan.

Bagi orang yang membaca Fatihah, baik diluar sembahyang atau di dalam sembahyang sunnat diucapkannya doa diantara ”Walad dallin dan Amin” doa ”Robbighfirli atau Robbighfirli waliwaliyya wa lil Musliman.”
Dan tidak disunatkan ucapan tersebut bagi makmum untuk bacaan Imamnya sewaktu sembahyang. Tetapi sunat bagi makmum untuk bacaan dirinya. Sesungguhnya yang sunat mengucapkan doa tersebut adalah mereka yang mempunyai bacaan ”Waladdallin....”, baik bagi Imam ataupun makmum.
Terdapat maklumat dalam Kitab : Bughyatul Mustarsyidin, halaman 45 yang bermaksud seperti berikut:

”Telah berkata Assyarif Al ’Allamah Thahir bin Husein. Tidak dituntut dari makmum seketika selesai Imamnya membaca Fatihah, akan ucapan ”Robbighfirli”. Dan hanya sanya dituntut daripadanya mengucap ”Amin” sahaja. Sedang ucapan tersebut itu dfituntut (disunatkan) dari pembaca Fatihah saja, pada diam yang ada di antara akhir Fatihah dan ”Amin”. Wallahu yahdi ila sawaissabil. Amin.

(Rujukan Kitab Seratus Masalah Agama Jil.2, ms 121)


Sekian dahulu buat sementara, jumpa lagi......!

Salam bahagia dari Hj.Che Dan Ahmad.



---------------oooo------------------