Daripada:
Hj.Che Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/
AMALAN IBADAT PUASA
Blog Siaran Ke 9
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.
1. Puasa itu satu daripada rukun Islam. Maknanya menahan diri daripada sekalian yang membatalkan akan dia- bermula daripada terbit fajar hingga masuk mata hari waktu Maghrib.
2. Bermula Tahun ke 2 Hijrah bulan Ramadan diwajibkan Islam, Mukallaf, yang kuasa, tidak uzur, dalam mukim wajib berpuasa.
3. Allah s.w.t. mewajibkan ke atas kita semua umat Muhammad berpuasa di bulan Ramadzan. Ibadat puasa ini juga tidaklah tertentu kepada umat Muhammad sahaja bahkan umat perbakala pun ada diwajibkan berpuasa. Moga-moga dengan berpuasa itu kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t., dapat kamu menahan syahawat daripada berbuat maksiat.
4. Orang-orang yang tidak daya berpuasa dengan sebab sakit atau dalam perjalanan yang jauh maka bolehlah ditangguhkan puasa dan diqadza puasanya itu pada hari-hari yang lain.
5. Bagi orang yang tidak boleh mengqadzanya dengan sebab tuanya atau sakit yang tidak diharapkan sembuhnya maka hendaklah digantikan dengan fediah, iaitu memberi secupak makanan bagi tiap-tiap sehari kepada orang-oang fakir dan miskin jika ia ada kuasa memberinya.
6. Firman Allah s.w.t.dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 & 184 bermaksud:
يَأَيُّهَا الـَّذِيْنَ ءَا مَنُوْ اكُتِبَ عَلـَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلىَ
الـَّذِيْنَ مِنْ قـَبْلِكُمْ لـَعَلـِّكُمْ تـَتـَّقُوْنَ.(183)
اَيَّا مًا مَعْدُ وْدَتٍ ج فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًـا اَوْعَلىَ سَفَرٍ فَعِدَة ٌ
مِنْ أ َيَّامٍ أ ُخَرَج وَعَلـَى الـَّذِيْنَ يُطِيْقـُوْنَهُ فـِدْيَتٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍ ج
فَمَنْ تَطَوَّع َ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌلَهُ ج وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌلـَكُمْ اِنْ كـُنـْتُمْ تَعْلـَمُوْنَ. (184)
Ertinya:
• Wahai mereka yang beriman, difardukan, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas mereka yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu takutkan Allah.
• Beberapa hari yang berbilang-bilang, )29 atau 30) maka barang siapa ada daripada kamu itu sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka) maka wajib baginya berpuasa qada pada hari-hari yang lain. Dan atas orang-orang yang tidah sanggup mengerjakannya (jika mereka tida berpuasa) memberi fidyah iaitu memberi makan seorang miskin. Maka barang siapa dengan kerelaan hatinya menegerjakan kebaikan (memberi makan lebih aripada seorang miskin) maka itu yang lebih baik baginya, dan bahawa puasa kamu itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
7. Kedatangan Ramadzan bererti suatu peluang besar bagi orang-orang yang beriman untuk memperkayakan dirinya dengan ibadah, kerana pada bulan Ramadzan itu ditingkatkan nilai segala pahala, amalan sunat dinaikan pahalanya sama dengan amalan wajib pada bulan lain, amalan wajib yang dikerjakan pada bulan Ramadzan dilipatgandakan menjadi tujuh puluh kali ganda. Selaian dari itu pada bulan Ramadzan juga ada satu malam yang nilai pahala padanya sama dengan 1,000 bulan.
8. Syarat –syarat Puasa.
• Beragama Islam yang aqal baligh.
• Suci daripada haid dan Nifas
• Bersempurna ‘akal sepanjang harinya.
• Tidak boleh berpuasa pada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu (1) Hari Raya Puasa (2)Hari Raya Haji (3) Tiga hari tasyriq (4)Hari Syak, iaitu hari yang ke 30 bulan Syaaban.
9. Hikmat berpuasa
• Melatihkan nafsu dan membiasakan dia pada menunaikan amanah bagi dirinya pada zahir dan bnatin.
• Melemahkan shahawat dan keinginan nafsu yang menjadi punca bagi maksiat.
• Merehatkan jentera tubuh badan.
• Mendatangkan perasaan insaf, kesihan belas kepada orang yang miskin.
• Memaksa sifat-sifat terpuji seperti sabar dan tekun dan lain-lain lagi.
10. Sunat bagi orang yang berpuasa:
• Segerakan berbuka apakala telah yakin masuk matahari (waktu maghrib)
• Bebuka dengan buah-buahan yang manis seperti korma yang masak atau air sejuk.
• Melewatkan makan sahur hingga lepas daripada tengah malam dengan niat menguatkan puasa pada siangnya (hampir masa terbit fajar)
11. Niat berpuasa:
Niat puasa Ramadhan bagi tiap-tiap malam:-
نَوَيْتُ صَوْمَ غَـدٍ عَـنْ أ َدَا ءِ فَرْضِ الرَّمَضَانِ
هـَذِهِ ا لـسَّـنـَـةِ للهِ تـَعَالىَ.
”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”
• Sayugia ia pada malam yang pertama daripada bulan Ramadan hendaklah ia berniat akan sekalian hari bagi bulan Ramadan mengikut pendapat Mazhab Maliki, kerana jika ia terlupa berniat pada satu malam daripada bulan Ramadan itu maka sah puasa puasanya itu juga.
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كـُلـِّهِ هَذّهِ للهِ تَعَالىَ
• Sahaja ku puasa bulan Ramdhan sekaliannya kerana Allah Taala.”
12. Niat bacaan bagiberbuka puasa:-
اَللـَّهُمَّ لـَـكَ صَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقـِكَ أ َفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ
يـَا أ َرْحـَمَ الـرَّحـَمَ الـرَّحِمِيْنَ.
“Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku dan dengan Engkaulah aku beriman dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka di sertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengaasih”
13..Rukun berpuasa :
• Niat – hendaklah niat di dalam hati antara Maghrib dan naik Fajar. Tidak sah berniat pada siang hari sekalipun ia terlupa berniat pada malamnya. Wajib ia qadha. Wajiblah juga dia menahan diri sebagai orang yang berpuasa.
• Memeliharakan daripada sekalian perkara yang membatalkan puasa.
14. Yang membtalkan puasa:
• Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga daripada yang terbuka.
• Muntah dengan sengaja
• Mengeluarkan mani dengan sengaja atau berkhayalan dalam perkara seks hingga terkeluar mani atau mazi
• Jimak dengan sengaja pada siang hari.
• Apabila terbatalnya puasa Ramadan itu dengan sengaja wajiblah ia qadhakannya.
15..Batal puasa kerana berjimak:
• Wajib ke atasnya qaddha dan mambayar kifarah.(denda)
• Kifarah itu ialah memerdekan seorang hamba Muslim, dan jika tiada upaya wajib berpuasa 60 hari berturut-turut dan jika tiada upaya juga wajib beresedekah 60 cupak (56 ½ kati) beras disedekahkan kepada 60 orang fakir miskin.
16.. Harus meninggalkan puasa:
• Kuat sangka dengan puasanya itu akan memberi mudharat kepada dirinya seperti perempuan yang hamil dan sebagai lagi.
• Kuat sangka akan memberi mudarat kepada orang lain seperti ibu-ibu yang mengandung.
• Orang yang lemah kerana sangat tua
• Orang yang musafir jauh hingga boleh sembahyang qasar –maka dia kenalah kadha puasanya itu.
17. Sunat bagi orang yang berpuasa :
• Berbuka dengan buah-buahan.
• Melewatkan makan sahur.
• Membaca doa ketika berbuka puasa.
• Membanyakkan beribadat pada siang dan malamnya.
18. Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa:
• Memamah sesuatu barang yang tiada keluar daripadanya sesuatu,seperti getah.
• Mandi berlebih-lebihanan.
• Bersugi gigi kemudian daripada telah gelincir matahari
• Mendakap atau memeluk isterinya berlebih-lebihan.
19. Melewat Qada Puasa:
• Orang yang lalai qada puasa Ramadan hingga masuk Ramadan yang lain, wajib menqada puasanya itu dan wajib membayar fediah secupak beras bagi tiap-tiap setahun; seumpama ia meninggalkan puasanya satu hari dan diqadanya kemudian daripada tiga tahun, maka wajib qada puasanya sehari dan fediah tiga cupak beras.
20... Kesimpulan beberapa hukum sekitar Puasa Ramadhan menurut Mazhab Al-Shafe’i: (1)
(1) – Rujukan “Kitab Bimbingan Lengkap Fardhu ‘Ain’ oleh Akmal Hj.Mohd Zain terbitan Darul Nu’man dicetak oleh Erfan Hj.M.A.Ghani ,Wisma Yakin Kuala Lumpur m.s 245 - tahun 1994).
(1). Tidak sah puasa tanpa niat, baik puasa wajib dalam bulan
Ramadhan, ataupun puasa-puasa yang lain, walaupun puasa
sunat.(1)
(2). Niat itu mestilah disabitkan pada malam hari, sebelum terbit
fajar, dan ia mestilah dilakukan setiap hari. Baik untuk puasa
Ramadhan, puasa nazar, mahupun puasa kaffarah dan ia itu
mestilah dengan ta’yin, yakni menyatakan puasa yang akan
dilakukan. Bagaimanapun untuk puasa sunat, adalah sah diniatkan
sebelum tergelincir matahari.(2)
(3). Apabila seseorang tidak berniat pada malam, kemudian dia
bersetubuh sebelum tergelincir matahari, maka tiadalah wajib
kaffarah atasnya, walaupun dia berdosa.(3)
(Kaffarah maknanya lihat para 15.diatas)
(4). Niat puasa itu hendaklah dilakukan setiap hari, baik puasa
Ramadhan, puasa qadha, puasa nazar, puasa kaffarah mahupun
puasa sunat. Demikian juga pendapat Abu Hanifa dan Ahmad
Hambal.(5)
(5). Waktu mulai puasa dari waktu imsak iaitu apabila telah terbit
fajar sadiq. (Lihat taqwim Islam bagi masa yang tepat). (6)
(6). Apabila seseorang perempuan yang sedang haid berniat
puasa keesokan harinya sebelum haidnya berhenti, atau orang
yang berhaid menurut kebiasaan dengan sebanyak-banyak
waktu haid dan haidnya berhenti pada malam itu, maka sahlah
puasanya, walaupun ia belum mandi haid.(7)
(7). Apabila seseorang berkata ”Saya makan sahur untuk
berpuasa, atau saya akan minum untuk mengelakkan kehausan
pada siang hari, atau saya tidak makan, minum dan bersetubuh
kerana khuatir terbit fajar,” maka sudah terlintas dalam hati
seseorang keinginan untuk berpuasa, maka ia sudah dipandang
sebagai niat puasa. Inilah pendapat yag tahqiq mazhab Shafei’i.(8)
(8). Apabila seseorang itu lupa berniat pada malam hari hingga
terbit fajar, maka tidak sah puasanya itu. Bagaimanapun dia
wajib imsak (menahan diri) pada siang hari dan wajib
mengqadha puasanya itu.(10)
(9). Apabila seseorang itu berniat untuk puasa, tetapi di ragu-
ragu apakah niatnya itu sebelum fajar atau sesudahnya, maka
menurut para fuquha tiadalah sah puasanya kerana menurut
hukum asal dia belum berniat. Tetapi jakalau dia berniat
kemudian dia ragu-ragu apakah fajar telah terbit atau
belum, maka sah puasanya, dengan pendapat kesepakatan
seluruh fuquha Safi’iyah. (11)
(10). Jika seseorang itu meyakini bahawa dia masih
mempunyai hutang puasa, tetapi dia ragu apakah puasa itu puasa
nazar, kaffarah atau puasa Ramadhan, maka hendaklah dia
meniatkan puasa fardhu saja dan memadailah baginya.(13)
(11). Jika seseorang yang sudah berpuasa pada siang hari,
kemudian dia ragu apakah dia sudah berniat pada malamnya
atau belum. Kemudian dia teringat bahawa dia sudah berniat
setelah berlalu sebahagian besar daripada hari itu, maka
puasanya adalah sah. (14)
(12).. Jika seseorang sudah sangat tua, atau orang sakit yang tidak
diharapkan sembuhnya bernazar puasa, maka tidak sah nazarnya,
kerana atas mereka diwajibjan fidyah. Tetapi apabila orang itu
adalah orang miskin yang tidak pula mampu untuk membayar
fidyah, maka dia tidak wajib mebayar fidyah. Kerana perintah ini
sama tarafnya dengan fitrah dan tidak tergolong kepada
kaffarah.(16)
(13).. Orang tua yang sangat lemah dan orang sakit yang tidak
diharapkan lagi sembuhnya, tidak dibolehkan membayar fidyah
sebelum masuk Ramadhan, tetapi hendaklah diberikannya sesudah
terbit fajar setiap hari. (18)
(14).. Orang musafir dan orang fakir yang tidak diharapkan untuk
sembuh lagi, tidak boleh menggunakan Ramadhan untuk puasa
yang lain selain daripada puasa Ramadhan, seperti puasa nazar,
puasa kaffarah, puasa qadha mahupun pusa saunat. Kalau
dilakukannya juga nescaya tidak sah puasanya, baik untuk puasa
Ramdhan mahupun puasa yang diniatkan itu.(19)
(15)..Apabila orang musafir jauh sampai balik di rumahnya pada siang hari Ramadhan dan didapatinya isterinya baru dalam keadan berbuka, umpamanya baru berhenti haidnya dan telah mandi, maka dia boleh mensetubuhi isterinya itu dan tiada kaffarah atasnya.(20)
(16)..Apabila seseorang makan dia ragu tentang terbit fajar dan tidak nyata tanda baginya sesuatu apa pun sesudah dia makan, maka sahlah puasanya dan tiada qadha baginya. (22)
(17).. Apabila seseorang yang sedang berpuasa menyangka bahawa matahari telah terbenam, kemudian dia melakukan persetubuhan. Setelah itu nyata baginya bahawa matahari belum terbenam, maka batallah puasanya itu dan wajib qada atasnya tetapi tidak wajib kaffarah.(23)
(18)..Apabila seseorang bersetubuh pada malam hari dan dalam keadaan junub ketika masuknya waktu Subuh. Maka sah puasanya itu.(24)
(19)..Apabila fajar sudah terbit, sedangkan di dalam mulut masih ada makanan, maka jika langsung diludahkannya, sahlah puasanya. Tetapi jika ditelannya maka batallah puasanya dan wajib atasnya qada, kecuali apabila dia sudah berusaha meludahannya, namun sabahagian makanan itu masuk ke fdalam perutnya tanpa sangaja. (25)
(20).. Apabila seseorang sedang bersetubuh, kemudian diketahuinya bahawa fajar sudah terbit, maka puasanya sah apabila dia mencabut zakarnya dan menghentikan persetubuhan itu ketika itu juga. Tetapi kalau dia masih goyangkan atau digerakkan walaupun hanya sekali gerakan, maka puasanya batal dan wajib atasnya qada serta kaffarah. Demikian pendapat Abu Hanifah dan sebahagiuan Ulama’. (26)
(21).. Jika betis seseorang luka, kemudian dia berubat dan dijangka ubat itu sampai ke dalam daging betisnya kemudian terus ke perutnya, maka puasanya tidak batal, kerana betis itu bukan anggota tubuh yang berlubang. Hukum ini disepakati semua fuquha dan tiada perbezaan pendapat mereka. (27)
(22).. Apabila seseorang memasukkan jarinya atau apa saja seperti najis yang keular dan masuk balik ke dalam duburnya, atau perempuan memasukkan jarinya atau apa saja ke dalam dubur mahupun qubulnya, maka batallah puasanya itu, walaupun sebahagiannya masih tinggal di luar. (29)
(23)..Apabila seseorang menitikkan air atau minyak ke dalam telinganya, kemudian air atu minyak itu sampai ke otaknya maka batallah puasanya itu. (30)
(24).. Jika seseorang itu menelan sesuatu, walaupun sangat kecil sepereti biji sawi, maka batallah puasanya itu. (31)
(25).. Apabila sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi, kemudian ditelan dengan sengaja, maka batallah puasanya itu. (32)
(26).. Menelan air ludah tidak mebatalkan puasa, kecuali apabila air ludah itu bercampur dengan yang lain dan berubah warnanya. Selain itu disyaratkan bahawa air ludah itu belum keluar melewati batas bibir, dan tidak sengaja dikumpulkan di dalam mulut kemudian di telan. Apabila begini maka batallah puasanya itu. (33)
(27).. Apabila seseorang terepaksa muntah atau muntah tanpa disengajakan maka tidaklah batal puasanya itu. (34)
(28).. Bahawa bersuntik itu membatalkan puasa. Tetapi jika keadaan darurat seperti jika tidak di suntik boleh menjadi keadaannya merbahaya maut maka keadaan itu di maafkan. Firman allah s.w.t. (35)
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ مـِن ْ حـَرَج ٍ .
(الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.
(Al-Haj ayat 78)
(29)..Menyedut ubat melalui hidung dan ubat itu sampai ke otak menyebabkan puasanya itu batal. (37)
(30)..Imam as-Shaffiei berpendapat bahawa apabila seseorang mencium istrerinya di siang hari semasa berpuasa, kemudian keluar air mazinya, tidaklah batal puasanya itu. Demikian juga pendapat al-Hassan, al-Auza’i, Abu hanifah dan Abu Tsaur. (38).Tetapi demikian pula pendapat Umar dan Abu Hurairah bahawa mencium istreri di bulan Ramdhan adalah makruh hukumnya, jika perbuatan itu menggerakakan syahawat. Jika tidak sampai menggerakkan shahawat tidaklah makruh. (39)
(31)..Adalah makruh hukumnya bagi orang yang hendak berbuka puasa dengan mendahului berkumur-kumur kemudian meludahkannya.(40)
(32).. Memeluk isteri atau merangkulnya sewaktu berpuasa lalu keluar air mani, membatalkan puasanya tetapi tidak kena kaffarah hanya qada puasanya itu (41).
(33)..Seseorang yang merosakkan puasanya dengan bersetubuh, diwajibkan membayar kaffarah dan qada puasanya itu. (42)
(34).. Kaffarah kerana melakukan persetubuhan semasa berpuasa Ramadhan dengan istetrinya atau perempuan-permpuan lain hanya diwajibkan bagi suaminya atau lelaki tersebut, tetapi tidak bagi isterinya atau perempuan-perempuan lain. (43)
(35)..Persetubuhan yang dilakukan ketika melaksanakan puasa nazar, puasa kaffarah, puasa qada, puasa jaza tidak dikenakan kaffarah. Tetapi bagi mereka yang sedang qada puasa Ramadhan menurut Qatadah melakukan persetubuhan di siang hari dikenakan kaffarah.(45)
(36). Berbekam tidaklah membatalkan puasa, menurut Imam Shafieei. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik,Abu Hanifah dan Abu Daud. (46)
(37)..Makan dan Minum atau mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa kerana lupa, tidaklah membatalkan puasa. Demikian juga pendapat Abu Hanifah. Dengan syarat dia cepat-cepat meninggalkan perbuatan itu bila ia teringat. (47)
(38).. Bersetubuh kerana ia terlupa yang ia puasa tidaklah membatalkan puasa. (48)
(39)..Apabila seseorangitu yang sedang berpuasa dipaksa makan atau minum, diikat kemudian diperkosa atau diperkosa dalam keadaan tidur maka tidaklah batal puasanya itu. (49)
(40)..Apabila seseorang dipaksa makan dan minum dengan sendirinya, Lantas dia makan atau minum, atau seseorang wanita yang dipaksa menyerahkan tubuhnya diperkosa, lantas dia menyerahkan tubuhnya, maka tidalah batal puasanya. Selain Imam Shafiei fuquha Syirazi, al-Ghazzali, al-Abdari dan al-Rafi’i berpendapat demikianjuga. (50)
(41)..Apabila seseorang itu berkumur-kumur atau memasukkan air ke hidungnya dengan berlebih-lebihan (lebih 3 kali) kemudian masuk air ke dalam kerongkongnya tanpa sengaja, maka batallah puasanya itu. Tetapi jika dia melakukan kedua-dua perkara tersebut dengan tidak berlebih-lebihan dan masuk air tanpa sengaja maka tidaklah batal puasanya itu. (51)
(42).. Seseorang yang berbuka dengan sengaja atau tidak berpuasa Ramadhan pada bulan itu, tetapi tidak melakukan persetubuhan maka dia hanya wajib mengqada sebanyak hari yang ditginggalkannya, tidak dikenakan kaffarah. Demikikan juga pendapat Maliki,Hanafiah dan jumhur ulama’. (52)
(43)..Seseorang yang melakukan persetubuhan berulang-ulang kali pada siang hari Ramadhan, hanya dikenakan satu kaffarah sahaja, baik dia sudah membayar kaffarah yang terdahulu atau belum.(53)
(44)..Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada siang hari yang berlainan dalam bulan Ramadhan itu, maka dia wajib membayar kaffarah untuk masing-masing hari itu. Demikian pendapat Imam Malik, Abu Daud dan Ahmad Hambal. (54)
(45).. Mengeluarkan mani dengan tangan atau istimna’ adalah
membatalkan puasanya itu, dan wajib qada tetapi tidak kena kaffarah.(55)
(46).. Apabila seseorang itu mentakhirkan qada puasanya hingga sampai Ramadhan berikutnya, maka hendaklah dia mengerjakan puasa Ramadhan itu lebih dahulu, kemudian barulah melaksanakan puasa qada, dan dia dikikenakan membayar fidyah. (56)
(47)..Apabila seseorang melambatkan qada puasanya kerana sakit atau kerana musafir, maka dia hanya wajib membayar qada saja, tanpa membayafr fidyah. Demikian juga pendapat al-Nakha’i, Imam Malik, Imam Ahmad dan Abu Hanifah. (57)
(48)..Menqada puasa Ramadan lebih baik dilakukan secara berturut-turut, tetapi tiada salahnya jika dikerjakan secara terpisah-pisah.(58)
(49).. Apabila seseorang yang telah meninggal dengan meninggalkan qada puasa Ramadhan, maka tiadalah puasanya itu di puasakan oleh Walinya, tetapi hanya dengan memberikan fidyah. Jika ditinggalkan dua Ramadhan, maka untuk Ramadhan yang terdahulu diberikan setiap hari dua fidyah (dua mud atu cupak) dan untuk Ramadhan yang kemudian pula dibayarkan satu fidyah (satu mud atau cupak) (59)
(50)..Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit, kerana safar atau kerana uzur-uzur syar’i lainnya dan dia tidak dapat diqadanya sebelum dia meninggal dunia, tiadalah dikenakan apa-apa atasnya dan tidak pula dibayarkan fidyah. Demikian juga pendapat Abu Hanifah dan Imam Malik serta para jumhur ulama’.(60)
21.. Akhir kalam:
Marilah kita amalkan berpuasa bukan sahaja di dalam bulan Ramadzan tetapi juga puasa-puasa sunat seperti pada hari-hari Isnin dan Hari-hari Khamis dan banyak lagi. Fedahnya kita bukan sahaja mendapat pahala tetapi juga menyegarkan badan dan kesihatan kita sentiasa dalam keadaan baik.
Sekian, Wassala Mualaikum..... Terimakasih.
Nota kaki: Catatan nombor Italic di hujung ayat yang bernombor (1) hingga (60) berarti Rujukan kepada kitab ”Bimbingan Lengkap Fardhu ’Ain –Ibadah Puasa” oleh Akmal Hj. Mohd.Zain Terbitan Darul Nu’man. Kuala Lumpur tahun 1994).
No comments:
Post a Comment