Tuesday, July 14, 2009

100 MASALAH AGAMA

Hj.Che 'Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu Kedah Darul Aman
Tel: HP 012- 4932547 (Rumah 05-7163954)
Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com/.

Tajuk: 100 MASLAH AGAMA


100 MASALAH AGAMA- SIARAN YANG KE 6

SOALAN 56.

Apakah hukumnya bagi seorang Muslim yang selalu berdengki-dengki terhadap rakannya.

Jawapan.

Dengki atau disebut juga hasad hukumnya adalah haram, kerana ia itu menjadi perosak kerpada masyarakat. Tersebut dalam Kitab ”Atthawiqatul Muhammadiyyah” bahawa dengki itu adalah keinginan agar kehilangan nikmat Allah dari seseorang, dari apa-apa yang ada padanya kebaikan agama ataupun dunia yang tidak membawa kemudharatan akhirat, atau ingin tidak sampainya nikmat itu kepada seseorang, atau menyukai kedengkian orang lain, dengan ketidak ingkaran kepadnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.:
لَيْسَ مِنِّىْ ذُوْحَسَدً. (رواه البطرانى)
Bukan daripada orang yang mengikuti sunnah aku bagi orang yang mempunyai dengki-mendengki (HR Al-Batrani).(Rujuk Kitab 100 Masalah Agama Jil:5 ms 83)
SOALAN 57.

Apakah hukumnya seseorang itu yang selalu mengumpat atau menceritakan keburukan-keburukan orang lain yang dia nya tidak ada di situ?

Jawapan.

Mengumpat atau disebut “Ghibah” adalah haram disisi agama Islam. Perbuatan memburuk-burukan orang lain, pada hal orang yang diceritakan itu bersih adalah merosakkan persaudaraan sesama Islam. Firman Allah s.w.t.:-

وَلَايَغْتُبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاءْ كُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيْتًا فَكَرِ هْتُمُوْهُ. (الهجرة ايت 12)

“Janganlah hendaknya sebahagian daripada kamu, melakukan ghibah terhadap sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudarnya yang sudsahmatu? Maka tentulah kamu merasa jijik daripadanya. (Al-Hujrat ayat 12)

SOALAN 58

Bagaimanakah kalau saya ketinggalan waktu menjalankan sembahyang Maghrib, sah apa tidak dikerjakan pada masa lainnya.

Jawapan.

Sembahyang Maghrib atau lain-lainnya yang terlambat dikerjakan sampai diluar waktunya, sah dikerjakan bukan pada waktunya yang telah ditentukan, hanya sembahyang itu dalam istilah disebut sembahyang Qadha, akan tetapi hukum sengaja mentakhirkannya sampai diluar waktunya, adalah haram dan berdosa besar, jika terjadi tanpa uzur melainkan terlupa dan tertidur.

Telah brfirman Allah s.w.t. “Maka celakalah bagi mereka yang bersembahyang, lalai dari sembahyang mereka.” Telah Bersabda Nabi s.a.w “Mereka itulah orang-orang yang menunda-nunda sembahyang mereka sampai keluar dari waktunya. Dan makna Neraka Wail adalah: “Kesangatan siksa. Dan dikatakan orang Neraka Wail itu suatu lembah dalam Neraka Jahanam, jika dijalankan padanya gunung-gunung di dunia ini, niscaya menjadi cair, dari lantaran sangat panasnya. Maka itulah tempat orang yang menunda-nunda sembahyang dari waktunya. ( Rujuk Kitab Masalah Agama Jil. 5 ms 132).

Soalan 59

Bolehkan wanita sembahyang Jumaat, maksudnya apakah kalau wanita sembahyang Jumaat dapat menggugurkan sembahyang Dzohornya atau tidak.

Jawapan

Wanita yang sukarela mengikuti sembahyang Jumaat kepada satu jumaah Jumaat yang lengkap segala persyaratannya, sahlah Jumaatnya dan tergugur sembahyang Dzuhurnya pada hari itu. Artinya gugurlah sudah Dzuhurnya dengan arti tidak mesti sembahyang Dzuhur lagi pada hari itu. (Rujukan Kitab Masaalah Agama Jil,5 ms 133).

SOALAN 60
Apakah benar sembahyang berjemaah itu pahalanya 27 darjat lebih besar dari sembahyang berseorangan.?

Jawapan.

Memang benarlah bahawa sembahyang berjemaah itu pahlanya 27 darjat dari sembahyang berseorangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.:
صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تـَفْضُلُ عَلىَ صَلَاةِ الـْفـَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَة ً.

“Sembahyang berjamaah itu melebihi atas sembahyang seorang diri dengan duapuluh tujuh darajat yakni pahala sembahyang. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.5)

SOALAN 61.


Apakah benar menghadiri majlis ilmu itu lebih utama daripada mendirikan solat sunat 1,000 rakaat?
Jawapan.

Sememangnya benar bahawa menghadiri majlis agama Islam itu besar pahalanya iaitu melebihi dari mendirikan 1,000 rakat solat-solat sunat.
Dalam satu Hadis dari Abi Dzar r.a. Rasulullah s.a.w. :-
وَفَىْ حَدِيْثِ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِى اللهُ عَنْهُ " حُضُوْرُ مَجْلِسِ عَالَم ٍاَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْفِ رَكَعَةٍ.

”Dan di dalam hadis Abi Dzar r.a. berkata ia: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,menghadiri majelis orang berilmu, lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat.”(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil;5,ms 142)

SOALAN 62

Apa bezanya najis dan haram. Bahawa babi itu haram, apakah babi itu termasuk najis atau haram. Bagaimana kalau kita memegang daging babi, perlukah di samak tangan kita.

Jawapan.

Benda-benda najis haram hukumnya untuk di makan, dan bukanlah tiap-tiap yang diharamkan itu disebut najis. Kerana benda-benda yang diharamkan memakannya itu adalah dapat terjadi kerana memudaratkan, kerana dihormati dan kerana najis.
Adapun yang diharamkan memakannya kerana memudaratkan seperti memakan paku halus disebabkan memakannya ususnya menjadi infeksi yang mengakibatkan mudarat bagi si pemakannya. Yang diharamkan kerana dihormati, contohnya seperti memakan daging manusia, atau makan air mani. Daging manusia itu adalah suci dan air mani adalah sauci, tetapi kedua-duanya diharamkan kerana dihormati. Yang diharamkan memakannya kerana najis seperti daging babi sebab ianya adalah najis.

Adapun perbezaannya haram dengan najis ialah, haram adalah salah satu dari hukum syarak yang lima. Najis adalah sebutan benda-benda yang tidak boleh dimakan. Kata-kata haram adalah terarah kepada hukum dan kata-kata najis terarah kepada sifat benda.

Perbezaan haram dan najis dalam hal daging babi ialah babi itu termasuk benda-benda najis dan hukum memakannya adalah haram, jadi najis nama sifat bendanya dan haram adalah hukum memakannya.

Mengenai memegang daging babi itu perlu disamak atau tidak, maka jawabnya bahawa najis babi itu lebih buruk dari anjing, maka kenalah disamak iaitu dibasuh tujuh kali yang satunya air bercampur tanah. (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 66).

SOALAN 63

Apakah hukumnya kalau solat Idilfitri atau Idiladha, takbir rakaat pertama Imam membaca takbir tujuh kali tetapi kalau rakaat kedua Imam terlupa membaca sebanyak lima kali takbir ?
Jawapan

Takbir tujuh kali selain TakbiratulIhram, pada rakaat pertama solat Idilfitri atau solat Idilahda adalah sunat. Bukanlah dari pada rukun dan bukan daripada sunat Ab’ad. Takbir-takbir tersebut hanya sunat Hai’at. Oleh kerana itu meninggalkannya tidaklah mengurangi hakikat sembahyang sehingga dapat membatalkannya dan tidak disunatkan untuk bersujud sahwi kerana meninggalkannya. Hanya makruh hukumnya jika meninggalkannya dengan sengaja. Solat Idilfitri atau Idiladha dilakukan tanpa takbir tujuh dan lima kali takbir itu sah dilakukan. Rujaukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms. 69.

SOALAN 64

Seorang makmum yang mulai takbir dimana keadaan Imamnya tengah ruku’ Dan ia berhasil melakukan ruku’ bersama Imam sekadar membaca ”subhana rabbiyal azim”. Apakah makmum ini mendapat rakaat itu kerana Makmum itu tidak membaca ”Al-fatihah ” ?
Jawapan.

Makmum yang termaksud disebut dalam istilah fikh dengan nama ”Masbuq” iaitu orang yang tak cukup waktu untuk membaca fatihah dalam pendiriannya bersama-sama Imam, dengan bacaan yang sederhana. Maka masbuq ini ditanggung fatihahnya, seluruh atau sebahagiannya oleh Imam yang suci dari pada hadas dan najis, dan pada bukan rakaat yang lebih dilakukan.

Begitu pula makmum yang mendapatkan Imam tengah ruku’, jika ia lakukan takbiratulihram, lalu ia segera ruku’ tanpa membaca fatihah, lalu didapatkannya thuma’ninah (berhenti sekejp) bersama-sama Imam dalam ruku’nya hasillah baginya rakaat itu, dan tak usah ditambahnya lagi nanti sesudah salam Imamnya.

Akan tetapi jika ia tidak mendapatkan thuma’ninah bersama-sama Imam dalam rukku’nya itu, seperti baru sahaja ia turun ruku’ Imamnya bangun dari ruku’nya, maka hampalah ia atau sia-sialah rakaat itu baginya, dan wajiblah ia sesudah salam Imam nanti ia menambah lagi satu rakaatnya yang kurang itu.(Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 70)

----------------oooooo--------------



KEWAJIPAN BERTAUBAT DENGAN SEGERA
(ULANGAN)

Pendahuluan

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته.

Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memberikan kita nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, kesenangan hidup yang mewah, dikurniakan anak-anak yang banyak dan berilmu, maka wajiblah kita membalasinya kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Namun demikian kita juga hendaklah mengingati dalam usia kita sekarang ini berapa banyakkah dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini, kita melakukan segala yang di haram oleh syarak seperti menipu, berbohong, tidak melakukan keadilan, minum arak, berzina, bongkak dan sombong, amalan riak diri, meninggalkan solat lima waktu, tidak berpuasa di bulan Ramdzan, tidak mengeluarkan zakat, berperangai kedekut dan banyak lagi.

Tetapi semuanya itu jika kita ketahui bahawa Allah s.w.t. akan menghapuskan dosa-dosa itu sekiranya kita bertaubat nasuha (taubat yang tidak akan melakukan lagi dosa-dosa seperti itu dan kembali kepada suruhan Allah dan banyak melakukan amalan-amalanm sunat. Firmanallah s.w.t.:

وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء 110)
Bermaksud:
Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)


1.. MAKSUDNYA BERTAUBAT


Ketahuilah bahawa taubat itu mempunyai tiga perkara:

a. Dengan amalan ilmu bertaubat itu kita dapat mengenal dan mengetahui tentang besarnya dan beratnya dosa-dosa itu.

b. Dosa itu sebagai menjadi tabir yang menyebabkan keadaan ummah terpisah dengan Allah s.w.t.

c. Dengan mengetahui ilmu taubat itu menyebabkan perbuatannya meninggalkan perlakuan dosa-dosa yang sedang bergelumang dalam dirinya.


2..KEWAJIPAN BERTAUBAT



a. Telah nyatalah kewajipannya bersegera bertaubat berdasarkan nas -nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.



b. Tidak ada kebahagian yang sebenarnya di akhirat melainkan ia telah bertaubat dari segala-dosa-dosanya.

c. Boleh menghalang ummah dari bertemu dengan Allah s.w.t. jika ia terlampau ikut nafsu kemungkarannya melainkan ia bertaubat dengan taubat nasuha.

d. Firman Allah s.w.t.:

وَتُوْبُوْا إِلىَ اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ

لَعـَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. (النور 31)

Ertinya: Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang-orang mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan. (An-Nur ayat 31)

يَا أَيُّهَا الـَّذِيْنَ أَمَنُوْا تُوْ بُوْا إلَى اللهِ
تَوبَةً نَصُوْحًا. (التحريم: 8)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman!, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang tulus ikhlas) (At-Tahrim ayat 8)


إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan dirinya. (Al-Baqarah: 222)

e. Allah s.w. mengampunkan segala dosa.
Firman Allah s.w.t.:


قـُلْ يَعِبَادِيَ الَّذِينَ أ َسْرَفـُوا عَلَى~ اَنـْفُسِهِمْ لَاتـَقـْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ الله ج

إِنَّ اللهَ يَغـْفِرُالذُّنُوبَ جَمِيعًا ج إِنـَّهُ هُوَالْغـَفـُورُّالـرَّحِيمُ. (اَلزُّمَرْ 53)

Ertinya :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), jnanganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah menganmpunkan segala dosa; sesungguhnya Dia juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Zumar ayat 53)



ULASAN

Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik.

3. Bertaubat Menghapuskan Dosa

Sabda Rasulullah s.a.w.

أَلتَّا ءِـبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ.


Ertinya:Orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tiada ada mempunyai dosanya lagi.
(HR Bukhari dan Muslim)



4.. Kewajipan Taubat Dengan segera


a. Tujuannya segera bertaubat untuk menjadi pendorong kepada
manusia supaya meninggalkan segala maksiat. Bertaubat itu wajib disegerakan kerana bahawa maksiat itu tergolong dalam perkara yang membinasakan diri dan seterusnya ia ada kaitan dengan keimanan seseorang itu.


b. Wajib disegerakan bertaubat ialah semua anggota badan manusia itu tidak pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan

c. Manusia itu semenjak mula kejadiannya di dunia suka ikut hawa nafsunya. Bertaubat bukan saja tinggalkan ikut hawa nafsunya tetapi taubat yang sempurna ialah mengenang kembali dan menyesali segala maksiat yang telah terlanjur di masa-masa yang lalu. Bertaubat itu menerangkan kembali hatinya yang telah terpadam kerana maksiat itu.

d. Firman Allah s.w.t.:

وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُوْنَ

الْاءِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْايَقْتـَرِفـُوْنَ. ( الانعام (120)

Ertinya: “Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” (Al-Am ayat 120)

e. Firman Allah s.w.t.
إِنْ تَجْتـَنِـبُوْا كَبَآءِرَمَا تـُنْهَوْن َعـَنْهُ نـُكـَفِرْعَنْكُمْ سَيِّـءَـا تِكُمْ وَنـُدْ

خِلْكُمْ مُّدْ خَلًا كَرِيْمـًا. (النساء : 31)

Ertinya: “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa –dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan dosa-dosa yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (iaitu Syurga). (An-Nisa’ ayat 31)

f..Firman Allah s.w.t.:

وَمَنْ يِعْمَلْ سُوْ~اءً اَوْيَظْلِمْ نَفـْسَهُ ثُـمَّ يَسْتَغْفِرِاللهَ يَجِدِ اللهَ غـَفـُوْرًارَحِيْمًـا. (النساء (110)
Ertinya:
Barangsiapa mengerjakan kejahatan atau menganianya dirinya sendiri, kemudian ia meminta ampun kepada Allah, niscaya ia memperolehinya bahawa Allah Pengampun lagi Penyayang. (An-Nisa’ ayat 110)

g. Firman allah s.w.t.

مَآ أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللهَ وَمَا أَصَا بَكَ مِنْ سَيِّـءَـةٍ فَمِن نَّفـْسِكَ ج

وَأَرْ سَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُوْلاً ج وَكَفَى بِاللهِ شَهِيْدًا. (النساء: 79)

Ertinya:
“Apa saja nikmat yang kamu perolehi dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka itu dari kesalahan dirimu sendiri, Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi” (An-Nisa’)


Dosa yang tidak di ampun


• أنَّ اللهَ لَا يَغْفـِرُأَنْ يُشُرِكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَآؤُ ج وَمَنْ

يُشْرِكْ بِاللهِ فـَقَـدْ ضَلَّ ضلـَلًا بَعِيْدًا. (:116 النساء )



Ertinya:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni jika Dia dipersekutukan dengan yang lain. Dia mengampuni dosa yang kurang dari itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, sesungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya”
(An-Nisa’ ayat 116)

5.. Seruan segera bertaubat.


Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 135-136 yang bermaksudnya:-



وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَا حِشَة ً اَوْظَلَمُوْا اَنْفُسَهُمء ذَكَرُوا اللهَ فَا سْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْ ج وَمَن يَغـْفِرُالذ ُّنُوْبَ اِلَااللهُ ج وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلىَ مَافَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ (135) أُولـَـءِـكَ جَزَآؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّتٌ تَجْرِىْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهَرُ خَلِدِيْنَ فِيْهَا ط وَنِعْمَ اَجْرُالْعَمِلِيْنَ (136)

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selaian daripada Allah.

Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengtahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. ” (Ali-Imran: 135-136)

Ulasan.
• Demikian bahawa setiap insan di atas dunia ini tidak dapat terhindar daripada dosa, namun di sebalik itu bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Mengampuni doso-dosa hamba-hambaNya selain daripada dosa syirik. .

• Oleh itu hanya kepada Allah setiap orang memohon pengampunan di samping besar nikmat ampunan daripada segala dosa. Allah juga besar azab dan seksaan Allah bagi sesiapa yang sentiasa dalam keingkaran . Sebelum pintu taubat di tutup atau sebelum kematian menjemput kita bertaubatlah dengan segera agar kita tergolong ke dalam ihsan yang diredhai Allah.

6. Bimbingan bertaubat.


Setelah terbuka pintu hati kita untuk menerima kebenaran yang datang dari Allah s.w.t., setelah kita menyedari bahawa selama ini kita telah banyak melakukan perbuatan dosa, maka segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t..



Tambahlah dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenar-benarnya dan berjanji tidak akan mengulangi segala kesilapan masa-masa yang silam dan banyakkanlah mengingati atau berzikir dan beristighfar kpada Allah s.w.t.


Kemudian lakukanlah Qiamullail atau solat-solat malam seperti solat Tahajjud, solat Tasbih, solat Taubat, solat Hajat dan solat Witir Juga hendaklah selalu lakukan solat Taubat agar segala kesalahan dan dosa masa lalu diampunkan.

7.. Cara-cara Melakukan Solat taubat

a. Solat Taubat dilakukan sebanyak dua rakaat atau tidak terbatas, dikerjakan setiap dua rakaat dengan satu salam. Waktu mengerjakannya selepas solat Maghrib atau selepas solat Isyak, pada waktu tengah malam di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi, atau pada bila-bila masa yang lapang.


b. Lafaznya niatnya:-

أُصَلىِّ سُنَّةَ الـْتَوْبَةِ رَكْعـَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى.
”Sahaja aku solat Sunat Taubat,dua rakaat kerana Allah Taala.”


c.. Pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah,kemudian membaca surah-surah pendek seperti “Qul ya “ قـُلْ يَا أَيُّهَا الْكَـفِرُوْنَ sebanyak 3 atau 11 kali.


d. Pada rakaat kedua selepas membaca surah Fatihah, kemudian membaca surah

Al-Ikhlas (قـُلْ هـُوَ اللهُ اَحـَدُ ) sebanyak 11 kali

e. Semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca tasbih ini, beberapa kali, jika mampu bacalah 40 kali.


لأِالَهَ اِلأَّ اَنْتَ سُبْحَانـَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesunguhnya aku termasuk daripada orang-orang yang aniaya (zalim)

Kemudian bacalah surah Al-Imran ahyat 135 dan 136 seperti berikut sebelum berdoa:



وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَـا حِشَةً أَوْظَلَمُوْا اَنْفُسَهُمء ذَكَرُواللهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لـِذُنُوْ بِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ

إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلىَ مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ. أُولَـءِـكَ جَزَاؤٌهُمْ مَغْفِرَةٌ مِّنْ رَبِّهِمْ وَجَـنَّاتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا

الْاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا وَنِعْمَ اَجْرُ الْعَالَمِين. (الآعمران 135- 136) معنا سفرت د أتس)



Selepas itu berdoalah dengan Doa taubat. (Jika tidak tahu baca tulisan Arab bacalah dengan Bahasa Melayu sahaja) seperti di bawah ini:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

تُبْنَا إِلىَ اللهِ ,تُبْنَا إِلىَ اللهِ, تُبْنَا إلِىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وَرَجَعْنَا إِلىَ اللهِ, وِنَدِمْنَا عَلىَ مَا فَعَلْنَا, وَعَذَمْنَا أَنْ لَا

نَعُوْدَلِذَنْبِ أَبَدًا, وَنَحْنُ بِرِبْـءُـوْ مِنْ كُلِّ دِيْن ٍ يُخَالِفُ دِيْنَ الْاِسْلَام ِ, وَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهِ إِلَا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَتَشْهَدُ

أَنَّ سَيْدِنَا مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ صَل َللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, رِضِيْنَا بِا للهِ رَبًّاوَبِالْاِسْلَامِ دِيْنًا وَبِسَيِّدِنَا مُحَمَّدً صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ نَبِيًّا

وَرَسُوْلًا, اَللَّهُمَّ صَلىِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلـِّمْ تَسْلِيْمًا وَكُنْ بِنَا وَبِالْمُوءْمِنِيْنَ رَءُوْفـًا رَحِيْمًا.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبِتَنـَا فِى الْأُمُوْرِ كُلَّهَا, وَأَجِرْ نَا مِنْ خِزْي الدُّنْيَا وَعَذَابِ ألْآَخِرَةِ. اَللَّهُمَّ إِنَا نَسْأ َلـُكَ رِضَا كَ

وَالْجَنَّة َ, وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ. اَللَّهُمَّ لَاتُسَلِّطْ عـَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُ وَلَا يَرْحَمْنَا. اَللَّهُمَّ اجْعـَلْ خَيْرَ أيَّـا

مِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ وَأَنْتَ رَاض ٍ عَنـَّا, وَاخْتِمْ بِا صَّا لِحَاتِ أَعْمَا لَنَا وتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلَـْحِقْنَا بِا لصَّا لِحِيْنَ, وَغـْفِرِ لَنَا

وَلـِوَالِدَ يْنَا وَلِمَشَا ءِخـِنَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.

Maksudnya :-

Kami bertaubat kepada Allah , kami bertaubat kepada Allah,kami bertaubat kepada
Allah, kami kembali kepada Allah,kami kembali kepada Allah. Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu selama-lamanya, kami tidak mengakui selain daripada agama Islam dan kami naik saksi bahawa tidak Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan kami naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kami redaha Allah itu sebagai Tuhan yang disembah ,Islam itu sebagai agama yang dianuti, dan Nabi Muhammad s.a.w. Itu sebagai Nabi dan Rasul. Ya Allah selawat dan sejahtera- kanlah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. para keluarganya para sahabat-sahabanya sekalian dan belas kasehanlah kami dan orang-orang mukmi.


• Ya Allah ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan kami, dan lepaskan kami dari pada kehinaan dunia dan azab akhirat, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keredaan dan syurgaMu, Dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan dan balasan api neraka. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah orang-orang yang tidak takutkan Engkau dan orang-orang yang tidak kasihkan kami menguasai kami disebabkan oleh dosa-dosa kami.

• Wahai Tuhan kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemuiMu di mana Engkau redha akan kami, dan sudahkan amalan-amalan kami dengan yang baik-baik, dan matikan kami dalam keadaan Islam dan himpunkan kami dengan orang-orang yang soleh, ampunlah dosa Kami, kedua ibu bapa kami, dan guru-guru kami. Ya Allah Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani.



KESIMPULAN.

• Bersegeralah bertaubat.
Wajib disegerakan bertaubat ialah kerana semua anggota badan manusia itu tidak
pernah sepi dari berbuat maksiat. Segera bertaubat maka anggota badan tidak dapat melakukan maksiat dan ini akan menjadikan iman manusia itu teguh dan berbalik mengingati Allah dan tidak pula terkena godaan syaitan.

No comments:

Post a Comment