Hj.Che 'Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu Kedah Darul Aman
Tel: HP 012- 4932547 (Rumah 05-7163954)
Email – hjdan@myjaring.net
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com/.
Tajuk: 100 MASLAH AGAMA
100 MASALAH AGAMA- SIARAN YANG KE 7
SOALAN 65
Andaikata Imam tertinggal sesatu rukun solat yang menyebabkan dia sujud sahwi, tetapi Makmum sudah tertunggu-tunggu hendak memberi salam, maka wajibkah Makmum turut sujud sahwi mengikut Imam walaupun Makmum tidak ketahui apa salahnya?
Jawapan.
Makmum wajib mengikuti apa yang diperbuat oleh Imam. Dalam hal ini wajib Makmum mengikuti Imam melakukan sujud sahwi, walaupun Makmum tidak mengetahui apa yuang menjadi sebab Imam sujud sahwi, kerana mutaba’ah. Dalilnya menurut dalam syarah Ghayatul-Bayan seperti berikut:-
فَأِنْ سَجَدَ إِمَامُهُ لَزِمَهُ مُتَا بَعَتُهُ فَأِنْ تَرَكَهَا عَامِدًا عَالِمًا بِا لتَّحْرِيْمِ بَطَلَتْ صَلَاُتُهُ.
“Kalau sujud sahwi imamnya, lazimnya bagi makmum mengikutinya. Maka jika makmum meninggalkan ikut imam dengan sengaja, lagi tahu dengan haramnya,batallah sembahyangnya itu.”(Kitab Ghayatul Bayan Halaman 120).
SOALAN 66.
Salah satu syarat sah sembahyang ialah kebersihan tempat sembahyang. Apakah yang dimaksudkan tempat sembahyang. Apakah lantai dimana sejadah itu dihampar juga harus bersih. Bagaimana kalau sejadahnya bersih sedangkan lantainya mungkin tidak bersih?
Jawapan.
Yang dimaksud tempat sembahyang, adalah tempat yang bertemu atau bersentuhan dengan badan atau pakaiannya orang yang bersembahyang. Di waktu berdiri, adalah tempat dimana kedua tapak kaki diletakkan. Di waktu duduk dimana kain dan bahagian badan diletakkan. Di waktu sujud, dimana segala anggota sujud dan bahagian-bahagian badan dan pakaian diletakkan. Jadi yang tidak terkena dengan salah satu bahagian badan atau pakaian orang yang sembahyang, bukanlah tempat yang dimaksudkan tempat sembahyang.
Umpamanya kita tengah sembahyang, di kala mahu sujud dihadapan kita jatuh tahi cecak, maka cukup kalau sujud, najis itu di luar, artinya jangan dikenakan bahagian dari anggota badan dan pakaian kita. Pada ketika itu, tidaklah yang kehjatuhan tahi cecak itu, dinamakan tempat sembahyang, kerana tidak bersentuhan dengan anggota badan atau pakaian kita.
Adapun lantai dimana sajadah itu dihampar, tidaklah disyaratkan suci. Asalkan jangan basah najis yang dibawahnya dan tembus pada zahir sejadah itu. (Kitab Masaah Agama Jil 1.ms 74)
SOALAN 67.
Bagaimana hukumnya solat qabliyayah (terdahulu) Jumaat. Sesetengah orang ambil ringan sahaja tidak mahu lakukan solat dua rakaat ini sebelum Jumaat.?
Jawapan.
Sembahyang qabliyyah Jumaat sunnah artinya orang yang melakukannya beroleh pahala dari Allah s.w.t. dan tidak berdosa yang meninggalkannya. Sama halnya dengan qabliyyah sembahyang Dzuhur. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban :
مَا مِنْ صَلَاةٍمُفْرُوْضَةٍ إِلَّاوَبَيْنَ يَدِ يْهَا رَكْعَتَانِ.(رواه ابن حبان)
“Tak ada satu sembahyang yang difardhukan melainkan disunatkan sebelumnya sembahyang dua rakaat (H.R.Ibnu Hibban)
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّى قـَبْلَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَ هَا رَكْعَتَيْنِ.
(رواه ألطبرني)
”Bahawa Nabi s.a.w. adalah beliau bersembahyang sebelum Jumaat dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat.( HR Atthabarani)
(Rujukan KitabMasalah Agama Jil. 1 ms.82)
SOALAN 68.
Betulkah sembahyang fardhu yang telah ditinggalkan itu tidak wajib diqdhakan, walaupun ditinggalkan sebulan atau satu tahun lamanya, hanya dengan bertaubat sahaja?
Jawapan.
Makna Qadha adalah sama dengan makna Ada’an yaitu: menunaikan dan membayar. Adapun pengertian Ada’an menurut istilah adalah menunaikan ibadah pada waktunya yang di tentukan, walaupaun sekadar satu rakaat sembahyang.
Sedang pengertian Qadha menurut istilah ialah menunaikan ibadah di luar waktunya samasekali, atau masih di dalam waktunya tetapi kurang dari kadar satu rakaat sembahyang. Untuk jelasnya sebagai contoh umpamanya seorang sembahyang Dzuhur di akhir waktu sekali. Belum dapat satu rakaat sembahyangnya , seperti baru dilakukan sujud sekali, sudah masuk waktu Asar, maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Qadha.
Akan tetapi bila telah dilakukan sujud dua kali pada rakaat pertama dania telahmasuk melakukan rakaat yang kedua,masuklah waktu Asar,maka sembahyangnya itu dinamakan sembahyang Ada’an kerana dapat di;alilam satu rakaat penuh dakam waktu yang ditentukan untuk sembahyang tersebut.
Orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja, atau mengeluarkan dari waktunya dari yang telah ditentukan dengan sengaja, adala berdosa besar, kerana tidak boleh sekali-kali, dan tidak patut seorang Muslim meninggalkan sembahyang fardhu tanpa sesuatu uzur.
Uzur yang dibenarkan syara’ adalah kerana tertidur dan terlupa. Lain-lain perkara bagi orang lelaki bukanlah uzur untuk meninggalkan sembahyang fardhu dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja wajib dia bertaubat kepada Asllah s.w.t. dengan segala syarat-syaratnya dan menyesal tidak akan berbuat demikian lagi. Dia juga hendaklah mengqadhakan dengan segera sembahyang yang ditinggalkannya itu. Bersabda Rasulullah s.a.w.:-
إِذَارَقَدَ أَحَدُكُمْ مِنَ الصَّلَاةِ أَوْغَفَلَ عَنْهَا فـَلْيُصَلـِّهَا ءِ ذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللهَ
عَزَوَجَلَّ يَقُوْلُ: اَقِمِ الصَّلَوة َلِذِكْرِىْ.
Apabila ketiduran salah seorang kamu sehingga meninggalkan sembahyang atau terlupa dari padanya, maka hendaklah dilakukannya sembahyangnya itu apabila diingatnya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman : “Dirikanlah oleh mu Sembahyang untuk mengingat Ku.” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.1 ms 88.
SOALAN 69.
Bagaimanakah caranya kita membayar Qadha sembahyang. kalau kita merasa banyak meninggalkan sembahyang pada waktu-waktu yang telah lampau. Dan apakah boleh kita sembahyang Qadha pada sembarang waktu terutama setelah sembahyang Subuh adan sembahyang Asar.?
Jawapan.
Mengenai cara terbaik dalam melaksanakan Qadha bahawa sunat ditertibkan atau mengurutkan Qadhanya, artinya mendahulukan Qadha Subuh sebelum Qadha Dzuhur, mendahulukan Qadha Dzuhur sebelum Qadha Asar, mendahukukan Qadha Asar sebelum Qadha Maghrib dan mendahulukan Qadha Maghrib sebelum Qadha Isya’. Tersebut dalam kitab Fathul Muin seperti berikut:
وَيُسَنُّ تَرْتـِيْبُهُ أَيِ الـْفَاـءِـتِ فـَيَقـْضِى الصُّبْحَ قـَبْلَ الظُّهْرِ وَهَكَذَا.
“Dan disunatkan mentertibkannya, artinya sembahyang yang luput. Maka menqadha ia akan Subuh sebelum Dzuhur dan seterusnya’ (Rujukan Kitab Masalah Agama Jil. 1 ms 92)
Setelah itu perlu diketahui bahawa sembahyang Qadha itu boleh dilakukan pada sepanjang waktu, bahkan wajib melakukannya bila ada waktu terluang, teristimewa yang ditinggalkan tanpa satu uzur. Pendeknya tidak ada waktu yang terlarang untuk melakukan sembahyang Qadha, walaupun sesudah sembahyang Subuh atau sesudah sembahyang Asar.
Kerana sembahyang-sembahyang yang dilarang pada waktu-waktu karahah itu adalah sembahyang-sembahyang yang tak mempunyai sebab samasekali, seperti nafal mutlak dan solat tasbih, atau yang sebabnya mutakhir seperti istikharah dan sunat ihram yang dilakukan dibukan tanah Haram Makkah. Adapun yang sebabnya mutaqadim atau terdahulu, maka tidaklah ada cegahan untuknya, seperti sembahyang Qadha walaupun Qadha sembahyang sunat, asalkan jangan “taharri” artinya menyungguh-nyungguhkan, menyengaja-nyangaja, melakukan dengan menonjol-nonjolkan unsur penantangan.
Terdapat satu hadis yang diriwayatkan dari Ummi Salmah r.a. berkata:
شُغِلَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْعَصْرِ
فَصَل َّاهُمَا بَعْدَ العَصْرِ. (رواه النساـءى)
Pernah kesibukan Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalkan sunat dua rakaat sebelum Asar,maka dilakukannyalah sembahyang dua rakaat itu setelah sembahyang fardhu Asar (HR An-Nassai) Rujukan Kitab Masalah
Agama Jil.1 ms 92)..
SOALAN 70.
Bagimana hukumnya orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat dengan sengaja lebih dari tiga kali selama beberapa tahun.?
Jawapan.
Orang lelaki yang tak ada padanya sesuatu uzur hukumnya haram meninggalkan sembahyang Jumaat walaupun hanya sekali, kerana sembahyang Jumaat bagi mereka adalah fardhu ’ain. Diriwayatkan hadis dari Attabarani :-
مَنْ تَرَكَ ثـَلَاث َ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الـْمُنَافـِقِيْنَ.
(رواه الطبراني)
Barang siapa yang meninggalkan tiga kali sembahyang Jumaat, tanpa sesuatu keuzuran, dituliskanlah ia dari pada golongan orang-orang Munafiq. Rujukan Kitab MasalahAgama Jil 1 ms 100.
SOALAN 71.
Bagaimana caranya orang Islam yang sakit kencing tak putus-putus keluar setiap masa sehingga mambtalkan wuduknya dan sukar hendak sempernakan sembahyang.
Jawapan.
Orang yang berpenyaki seperti ini, artinya kencingnya terus menetes setiap masa sedikit-sedikit dan samalah seperti wanita yang mustahadlah, yaitu wanita yang terus-menerus keluar darah yang bukan dimasa haid atau nifas disyaratkan melakukan seperti berikut:-
a. Tunggu masuk waktu baru berwuduk.
b. Muwalat atau berturut-turut.
c. Membasuh kemaluannya dan membungkus atau menyumpal
atau mengikat kemaluannya yang keluar najis.
d. Memperbaharuinya untuk tiap-tiap wuduk.
e. Menyegerakan sembahyang.
d. Berwuduk pada tiap-tiapkali solat.
Orang berpenyakit seperti ini apabila ia akan melakukan wuduk, umpamanya untuk solat Dzuhur mulalah ia menentukan apakah sudah masuk waktu atau belum. Jika sudah masuk waktu segerlah ia mencuci tempat keluar kencing itu dan membalut dan mengikatnya, kemudian barulah ia mula berwuduk dengan berturut-turut, artinya janganlah di antar pembasuhan itu diselangi dengan melambat-lambatkan berwuduk. Kemudian wajiblah bersegera bersembahyang , artinya janganlah ia selangi dengan kerja-kaerja lain.
Dan tidak batal wuduknya dengan keluar sesuatu jenis yang, menjadi penyakitnya itu, dan jangan ia ada was-was dalam hatinya.
Firman allah s.w.t.
وَمَا جـَعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ فـِى الـد ِّيـن ِ مـِن ْ حـَرَج ٍ (الحج 78)
Allah tiada membuat kesukaran ke atas kamu dalam perkara agama.
(Al-Haj ayat 78)
مايـُر ِ يـْد ُ اللهُ لـِجـْعـَلَ عـَلـَيـْكـُمْ مـِن ْحـَرَج ٍ وَلـَكـِن ْ يـُرِ ِ يـْد ُ لـِيـُطَهـِّرَكـُم ْ .
Allah tidak menghendaki untuk menjadikan kesukaran ke atas kamu, akan tetapi dia menghendaki untuk mensucikan kamu.(Al-Maedah ayat 7)
Rujukan Kitab Masalah Agama Jil.3 ms 138.
RENUNGAN..
وَبَشِّرِ الَّـَذِ ينَ ءَا مَنـُوْاوَعَمِلـُو الصَّـلِحَـتِ أَنَّ لَهـُم جـَنَّـتٍ تَـجـرِى مِـن تـحـتِهـَا الأ َنْهــرُ .
Brerilah khabar gembira orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa sesungguhnya untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai dibawahnya. (Al-Baqarah ayat 25).
--------------oooooooooo---------------
No comments:
Post a Comment