Wednesday, August 5, 2009

Mencari Bahagia -Siaran ke 10

Daripada:
Hj.Che Dan bin Ahmad
No.770, Permatang Pasir, 34950 Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Tel: HP 012-4932547 – Rumah 05- 7163954.
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


KE ARAH MENCARI BAHAGIA
Blog Siaran Ke 10

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ.

اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه.

..............................................


اِنَّ الـْحَمْدُ للهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِيْنُهُ, وَنَسْتـَغْفِرُهُ, وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسْنَا,
وَسِيِّـءـَاتِ أَعْمَالـِنَا, مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلآ مُضِلَّ لـَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ,
وَأَشْهَدُ أَنْ لآ إِلـَـهَ إِ لا َّاللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لـَـهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلـُهُ
صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلىَ آلـِهِ وَأ َصْحَابـِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بـِإِحْسَانِ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنَ
وَسَلـَّمَ تَسْلِيْمًا كَشِيْرًا , أَمَّـا بَعْدهُ.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya.

Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya.



1.. Dimanakahkah Kebahagian ? Adalah kita Bahagia ? Mengapa Rumah tangga Kita Tidak Bahagia ? Apakah Sumbernya Kebahagian ?
Bagaimanakah Mencapai kebahagian ? Adakah Kita Bahagia ?

2.. Bagi menjawabnya kebahagian itu – Kita adalah sebagai orang Islam hendaklah merujuk kepada:-

a. Al-Quranal- karim.
b. Al-Hdis Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda:-
تـَرَكـْتُ فـِيكـُمْ أ َمـْرَيـْنِ لـَنْ تـَضَلـُّوْا مـَا تـَمَسَكـّْـتــُمْ بـِهـِمَا:
كـِتـَابَ اللهِ وَ سـُنـَّة رَسـُولُ الله.
. (الحديث –رواه البخاري دان مسلم)

• Bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya.” (H.R. Bukahri dan Muslim)

3…Sumber kebahagian orang Mukmin itu adalah tujuh perkara iaitu:-

a. Menunaikan suruhan Allah.
b. Meninggalkan larangan Allah
c. Berilmu pengetahuan.
d. Berakhlak yang mulia.(mahmudah)
e. Suami yang soleh
f. Isteri yang solehah.
g. Anak-anak yang taat kepada ibu bapa


4.. Manakala punca segala pengsasaraan Mukmin itu adalah:-

a. Mukmin yang meninggalkan suruhan Allah
b. Mukmin yang melakukan larangan Allah
c. Mukmin yang tidak berilmu pengetahuan
d. Mukmin yang barakhlak buruk (mazmumah)
e. Suami yang tidak bertanggugjawab.
f. Isteri yang derhaka kepada suami dan jiran
g. Anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa.

5… Bagaimana kita akan beroleh bahagia. Cara yang terbaik dan berkesan adalah Berzikir, Tahmid, Tasbih, Takbir, dan bertahlil mengingatkan dan menyebut Allah.

6… ZIKRULLAH ADALAH PUNCA KEBAHAGIAN .

Zikrullah bermaksud mengingati Allah s.w.t. dengan menyebut dan menumpukan minda pada Allah menjadi punca kepada kebahagian, menjadi diri kita tenteram dan meras bahagia setiap masa dan akan menikmati kebahagian yang sejati.(24)

7… Persoalan – Apakah Peranan Zikurallah ?

a. Memberi ketenangan dan kebahagianm dalam hidup kita.
b. Menjadikan diri kita sentiasa mengingati Allah s.w.t.
c. Merasakan diri kita saentiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t.
d. Menjadikan diri kita kuat, bersungguh-sungguh dan berdisplin
dalam melakukan apa krerja sekalipun

Firman allah s.w.t.
آلـَّذ ِينَ ء َامـَنـُوا وَتـَطـْمـَءِـنُّ قـُلـُوبـُهـُمْ بــِذِ ِكـْرِ الله ج
أ َلا َبـِذ ِكـْرِ اللهِ تـَطـْمـَءـِنُّ الـْقـُلـْوبُ .
(28 الرعد )
Bermaksud;
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.



8... Untuk membentuk kebahagian dalam rumahtangga kita memerlukan perhatin daripada Ayah, Ibu dan Anak yang sentiasa mengingati Allah s.w.t. iaitu sentiasa mengerjakan suruhan Allah, meninggalkan larangan Allah dan sentiasa dengan akhlak yang mulia dan menjauhkan akhlak yang buruk


9... Bagi Suami yang sentiasa mengingati Allah :-

a. Ia amat bertanggung jawab terhadap keluarganya dan tugas-tugas hariannya.
b. Ia seorang yang sabar terhadap dugaan dan cabaran yang menimpanya.
c. Ia sentiasa gagah dan tabah melakukan suruhan Allah
d. Kerana ia sedar Allah s.w.t. sentiasa bersama dalam setiap amalan yang dikerjakannya.)

10...Bagi seorang isteri yang sentiasa mengingati Allah

a. Ia taat dan menjaga maruah dirinya.
b. Ia tabah mengurus rumah tangga
c. Sentiasa taenang dan senyum pada suaminya.
d. Ia tekun mendidik dan menjaga anak-anak.
e. Kerana Dia yakin mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

11…Bagi Anak yang mengingati Allah:

a. Ia sentiasa berusaha memenuhi impian ibu bnapanya.
b. Ia mampu menepis segala unsur-unsur negatif yang mencabarnya
setiap masa.
c. Ia sentiasa menjalankan kewajipannya sebagai seorang pelajar.
d. Ia amat gigih mengejar cita-citanya.
e. Kerana Dia sedar Allah sentiasa mengawasinya. Dia mengingai Firman Allah s.w.t_:

يـَرْ فـَع ِ للهُ الـَّذِينَ ا َء َمَنـُوا مِنـْكُمْ وَالـَّذ ِينَ أ ُ وتـُوا لـْعِلـْمَ دَرَجَتٍ ج
“Allah s.w.t. telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat”. ( Al-Mujadalah ayat 11)

12... Krsemua yang dikatakan tadi adalah merupakan kebahagian yang kita cari-cari dan kita perolehi.

13.. Bagi memastikan panduan dari Allah s.w.t.dan RasulNya menjadi terbukti dan realiti para Ulamak memberikan beberapa panduan bagi memiliki hati yang kekal berzikir kepada Allah

a. PETRTAMA -
(1). Zikir di hati dan minda.
(2). Sentiasa mengingati pada :
Suruhan Allah
Larangan Allah
Nikmat dan Azab Allah

b. KEDUA - (1). Menyebut dan menuji Allah dengan lidah
semasa Zikir, Solat, Membaca al-Quran,
Tasbih, Tahlil Tahmis\d dan Takbir.
(2). Kita berusaha menuntut ilmu berfaedah.
14.. Ingatlah Firman Allah s.w.t.

فَـاذْ كـُرُوْ نِيْ أ َذْكـُرْكـثمْ.
Maka berzikirlah (ingatlah) kepada Aku, nescaya
Aku akan mengingati kamu (al-Baqarah:152)

فَـإ ِذ َا قـَضَيْتُمُ الصَّلَاة َفـَاذ ْ كـُرُوْا للهَ قـِيْامًا وَقـُعُوْد ًا
وَعـَلىَ جُنـُوْبـِكُمْ. (النساء :ايت 103)
Bermaksud: ”Dan apabila kamu telah selesai menunaikan solat,
Maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaadan berdiri, duduk
Dan sedang berbaring. (An-Nisa’ ayat 103)

15.. Berkata Ibn Abbas r.a.

Maksud ayat tersebut: “ Hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan, dan di lautan, ketika dalam pelayaran, dan di dalam negeri sendiri, di waktu dalam kaya atau miskin, sakit atau sihat. Sama ada dengan suara rendah dalam hati mahupun dengan suara keras yang didengar oleh ramai.”

16.. Amalan zikrullah secara lisan:-

(a). Melatih kita menguasai zikir hati.
(b). Mendapatkan ingatan berkekalan pada Allah didalam hati.
(c). Menyuburkan ingtan dan keimaman kepada Allah.

17.. Apabila ingatan kepada Allah sudah kukuh segala tindakan kita itu, kita merasa kita sentiasa dengan beriman dan bertaqwa.

18.. Sehubungan dengan itu kita semua hendaklah mengingagti pada Suruhan Allah, Larangan Allah, Nikmat Allah dan segala Azab dari Allah s.w.t.

SURUHAN ALLAH S.W.T.

19.. Apakah Suruhan Allah itu?. Firman allah s.w.t.

وَآقـِمُ لصَّلـَوة َ ج إنَّ الصَّلـَوة َ تـَنْهـَى عـَنِ الـْفَحْشـَاءِ وَالـْمُنـْكَر ِج
وَلـَذ ِكـْرُاللهِ إكـْبـَرُ ج وَالله ُيـَعـْلـَم ُ مـَا تـَصْنـَعـُوْن َ.
(العنكبوت 45)
: Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”.
(Al-Ankabut: ayat 45)

إ ِنَّ الصَلآةَ كـَا نَتْ عـَلَى الْمـُؤْمـِنـِيـْنَ كِتَـَابـًأ مَوْ قُـوْ تـًـا.
Sesungguhnya solat itu ke atas orang-orang Mukmin merupakan kewajiban yang telah ditentukan waktu-waktunya.
(An-Nisa; ayat 103)
وَ أ َقـِم ِ الصَّلآة َ طَـرَ فِى النَّـهَار ِوَزُلـَـفـَا مِن َالـَّـيـْل ِ.
(سوره هود ايت 114)
Dirikanlah sembahyang itu pada kedua penghujung siang an pada sebahagian waktu mala (Surah Hud ayat 114)

وَا َقِمِ الصَّلوة َلدِلـُوةَ لِدُلُوكِ الشـَّمْس ِ ِالىَ غـَسَـقَ الَّـيـْلِ.
"Dirikan solat pda waktu gelincir matahari sampai ke malam."(An-Isra’ ayat 78)

20.. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

“Allah telah memfardukan ke atas umatku malam Isra’ lima puluh solat lalu aku berulang alik kepada Nya dan memohon keringanan sehingga ia dijadikannya lima kali sehari semalam. “
(H.R. Imam Bukhari danMuslim)

21.. Bagi mencari kebahagian yang sebenar-benarnya dan yang haqiqi kita hendaklah sentiasa bersama Allah dan dengan mengingatNya setiap detik.

22.. Kesannya nikmat tanpa kepada Allah (1) Kita tidak akan bahagia,

(2) Mengundang bencana dalam hidup kitga (3) Membinasakan
kebahagian hidup kita.

23.. Kita hendaklah sedar bahawa tiada kebahagiang tanpa mengingati Allah iaitu:-
a. Harta tanpa taqwa – Kita akan menjadi hilang pertimbangan
dan menurut nafsu ajaran syaitan.
b. Ada Wang tanpa Iman – Kita akan hanyut mengikut syaitan.

c..Mendidik anak tanpa agama – Mereka akan derhaka dan melakukan
segala maksiat.

LARANGAN ALLAH S.W.T.

23.. Jangan kita Sentiasa mengikut hawa nafsu. Ketahuilah nafsu itu ada Tujuh Tahapnya iaity:-
a. Nafsu Amarah - (Pertama yang tidak baik)

(1) Nafsu Yang sentiasa mengajak manusia ke arah
kejahatan tidak wujud lagi perasaan duka atau sesal melakukan maksiat.

(2). Sentiasa gembira melakukan Maksiat

(3). Anda Berzikir, bemujahadah dan ingatkan Allah ia
akan turun ke nafsu kedua (Lawwamah) yang mula
baik

b. Nafsu Lawwamah (Nafsu Kedua hampir baik)

(1). Seorang yang menduduki martabat nafsu ini akan
mempunyai perasaan bahawa ia tidak patut melakukan
perkara kejahatan dan kemaksiatan yang di tegah
Allah.

(2). Berakhtiarlah dengan melakukan ibadat wajib dan
perkara-perkara sunat. Allah akan memberi ganjaran.

c. Nafsu Mulhamah (Nafsu Ketiga baik)

(1). Seseorang yang menduduki tahap nafsu ini akan
berusaha buang sifat mazmumah (keji) dan
menggantikan dengan sifat mahmudah (mulia)

(2). Mereka kuat beribadat, tenang hati murah rezeki
dan ia dihormati
(3). Anda Menujulah diri anda ke tahap ini.


d. Nafsu Mutmainnah (Nafsu keempat terbaik )

(1). Seseorang yang menduduki tahap nafsu ini akan suci
dan bersih jiwanya.
(2). Sama seperti jiwa orang solihin dan yang baru lahir.
(3). Mertabat ini hanya dikurniakan Allah kepada sesiapa
yang diredaiNya yang sentiasaa mengingati Allah..


e. Nafsu Radhiah (Nafsu Kelima) (Terlalu baik)
f. Nafsu Ardahiyyah (Nafsu keenam) ”
g, Nafsu Kamaliah (Nafsu Ketujuh) ”

(1). Nafsu kelima, Keenam dan Ketujuh adalah dimiliki
oleh para Rasul-rasul, Nabi-nabi dan Para Auliya.

24.. Ketahuilah Nafsu itu datangnya dari seketul daginhg dalam tubuh manusia iatulah hati manusia. Sabda Rasulullah s.a.w. ”-


ألا َ وَإ ِنَّ أ فـِى الـْجـَسَدُ مُضْغَة ً, إ ِذَا صَلـَحَـت ْصَلـَحَ الـْجَسَدُ كـُلـُّهُ , وَإ ِذَا فـَسَد َتْ فـَسـَدُالـْجـَسـَدُ كـُلـُهُ, أ َلا َ وَهـِىَ الـْقـَلـْب ُ. (رواه امام بخارى والمسلم)
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. Jika rosak daging tersebut maka rosaklah jasad itu. Daging itersebut ialah hati.


25.. Peranan hati manuisa itu terbahagi kepada lima tahap:-

a. Ia mahukan kebebasan.
b. Mahukan Kegayaan
c. Mahukan Keagamaan
d. Mahaukan Kebudayaan
e. Mahukan Makanan

NIKMAT DAN AZAB ALLAH

26..Firman Allah s.w.t. dalam Surah ak-Fajr ayat 27-30 : -
يـَأ َ يـَتـُهَا ُالنـَّفـْسُ الـْمُطْمـَءِـنَّة (27) إرْجـِعِي إلىَ رَبـِّكَ رَاضِيـَة ً مـَرْضِيـَّة ً (28)
فـَاد ْخـُلىْ فـِى عـِبـَدِى (29) وَادْخـُلِى فِى جـَنـَّتـِىْ( 30)

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu
.
Firman allah s.sw.t :-.

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ َجْرَ
هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل 97)
Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)

Firman allahs.w.t. :-
وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا
Bermaksud:-
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka. (Al-Thalaq ayat 11)

KESIMPULAN

27.. Kebahagian hakiki yang kita inginkan dan cari-cari ialah:-

a. Pertama. - Kebahagian hakiki yang kita inginkan ialah dengan
Zikrullah.
b. Kedua - Menjadikan Zikrullah sesuatu yang dicari dan
diusahakan serta diamalkan setiap masa.
c. Ketiga – Zikrullah hendaklah secara lisan dan di dalam hati.
d. Keempat – Kemewahan tidak ada erti tanpa ingatan kepada Allah.
e. Kelima - Kita hendaklah sentiasa ingat dan takut kepada Allah
mengenai azab yang akan diterima s.w.t.
f. Keenam - Kita mengharapkan keampunan dari Allah s.w.t.
g. Ketujuh – Kita juga mengharapkan kurniaan Rahmat Allah s.w.t.
h. Akhirnya - Kemuncak kebahagian manusia ialah pengiktirafan
sebagai hamba Allah dan ditempatkan di dalam syurga

SERUAN KEPADA MUKMIN.

28. Marilah kita:-
a. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan dengan itu kita
beroleh kebahagiaan di dunia dan diakhirat..

b . Eratkan hubungan persaudaraan di kalangan kita untuk
mencapai bahagia.

c. Elakkanlah perpecahan kerana Perpecahan dan perselisihan
faham membawa kepada tidak bahagia dan kelemahan..


ITULAH KEBAHAGIAN YANG KITA CARI-CARI.
Sekian, Wassala mualikum....

----------------ooo-----------------
File - Bandar Baharu-6 Ogos 2009 Blog 10 Mencari Bahagia.

No comments:

Post a Comment