Monday, February 7, 2011

Perpecahan Orang-Orang Melayu-Siaran 356










Hari ini kita lihat orang-orang Melayu berpecah-belah, tidak seperti pada zaman tahun 1950 dahulu, di mana pada masa itu orang-orang Melayu sungguh bersatu-padu.






Sebab perpecahan itu kerana mereka gila pada kebendaan, kewangan dan pangkat. Tiga sebab inilah yang meruntuhkan orang-orang Melayu.






Kita lihat orang-orang yang tak berpelajaran pun boleh jadi menteri dan pegawai kerajaan, kerana mereka tidak gilakan harta, wang dan pangkat. Jadi dengan kerana itu tidak ada rebut-merebut perkara itu.






Orang-orang Melayu di zaman itu cukup amanah, berbudi pekerti yang mulia tidak ada yang suka melakukan maksiat. Orang-orang Melayu di zaman itu cukup kuat taat dan setia lebih-lebih lagi dalam soal agama Islam.






Apa dah jadi hari ini...? Semuanya hancur, kerana tiga perkara tersebut.






Untuk mengembalikan suasana seperti zaman itu kita perlu kembali taat setia, beramanah, dan kuat dalam hal agama Islam. Maka dengan tawakkal dan taqwa kita kepada Allah s.w.t. kita akan mencapai kejayaan.



Kita Ambil ingatan firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah At-Talaq ayat 2 dan 3, yang bermaksud






"Barangsiapa yang bertaqwa kerpada Aallah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.






Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " (At-Talaq ayat 2 dan 3).






Wahau saudara-sudarku, renunglah dan fikirkanlah apa yang telah disebutkan di dalam al-Quran itu. Semoga kita berjaya menghindarkanb segala yang tidak baik.



Wassala mualaikum......!






---------- ---oooooooooooooooooooooo-----------









No comments:

Post a Comment