بِسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَحِيْمِ
ALLAH S.W.T SAHAJa YAG DISEMBAH
Saudara-saudara kaum Muslin yang terhormat.
Islam mengajarkan kepada kita keesaan Allah. Menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain adalah terhukum sebagai dosa yang paling besar yang tidak diberi keampunan oleh Allah, melainkan seseorang itu bertaubat nasuha.
Allah s.w.t. tidak mempunyai persamaan, tidak mempunyai musuh, tidak mempunyai oranng tua, dan tidak ada sesuatu yang menyemaiNya. Dia Yang Maha Awal, Maha Akhir. Dia Pencipta. Pendeknya Dia Pemilik segala sifat yang Maha Tinggi.
Allah Pencipta para utusan, para suruhan,para malaikat, jiwa (roh),pohon-pohon kayu, batu-batu dan segala sesuatu di alam raya ini. Oleh kerana itu sebagai seoarng Islam, janganlah kita sekalian menyembah pohn-pohon kayu, batu-batu,malaikat-malaikat. Janganlah menyembah roh, atu syaitan atau jin, tokong-tokong, janganlah menyembah manusia dan sebagai lagi, hanya Allah yang disembah.
Di alam raya ini tidak sesuatu pun yang berhak disembah kecuali Allah s.w.t.,tidak ada sesuaut pun yang kita sembah meminta pertolong, melainkan Allah sahaja. Maka seseorang itu harus meminta ampun dan minta pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Fatihah:
إِـَّاكَ نَعْبـُـدُ وَإِيـَّاَ نَسْتَعِينَ.
Maksudnya: "Hanya kepada Mu Kami menyemah, dan
hanya Kepada Mu kami minta pertolongan".
Sekian, pendek sahaja nasihat ini teapi mengandungi banyak maknanya.
Wassala mualaikum.....
------------------ooooooo----------------
No comments:
Post a Comment