Saturday, February 5, 2011

Islam dan Tauhid. Siaran 355














6th Feb. 2011



ISLAM DAN TAUHID (KEESAAN TAUHID – SIARAN 355


Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.

Agama Allah, Islam tegak di atas dasar perdamaian. Perkataan ’Islam” yang berarti ’perdamaian’ disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 140 kali dalam 48 bab atau surah.

Umat manusia diberi petunjuk agar menempuh jalan perdamaian untuk mencapai tempat tujuan terakhir bernama Akhirat melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Pencapaian perdamaian universal, ketenangan fikiran manusia dan keharmonian lingkungan di dasarkan atas prinsip-prinsip pokok ’tauhid’. khalifah dan akhirat.

Prinsip tauhid memproklamirkan keesaan Allah yang harus diakui dengan lidah dan diyakini dengan hati. Allah berfirman dalam al-Quran:

وَإ ِلـَهُكُمْ إ ِلـَهٌ وَاحِدٌ ج لآ إ ِلـَهَ إ ِلا َّهُوَالرَّحْمَنِ الرَّحِيْمُ.
(البقرة: 163)
”Tuhanmu adalah satu Tuhan, tidak ada Tuhan selain Dia, Maha Pengasih, Maha Penyayanhg.” (Albaqarah ayat 163)

Islam yakin bahawa dengan menerima tauhid ini saja, tidak harmonian manusia dan ciptaan dapat ditiadakan secara efektif dari dunia.

Kehidupan manusia di dunia ini sangat pendek. Selama masa hidup yang pendek ini harus menyiapkan diri untuk akhirat melalui perbuatan yang benar. Allah berfirman dalam Al-Quran:

وَمَـا الـْحَيَواةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلـَهْوٌ.
“Kehidupan di dunia ini adalah sebuah permainan sandiwara”
(Al-‘Am ayat 32)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Hiduplah di dunia ini sebagai orang asaing (aneh)
atau pemotong jalan”

Tetapi jika kita merenung sejenak, kita akan tahu bahawa sumber perdamaian adalah Allah itu sendiri. Dengan menyerah kepada kehendak Allah semata-mata, manusia dapat mencapai perdamaian. Bukan hanya sembahyang lima waktu yang seseorang kerjakan setiap hari, tetapi apa pun yang ia kerjakan yang sesuai dengan peraturan Allah juga dianggap sebagai ‘ibadah’ dalam Islam.

Dalam rumah sorang Muslim, begitu seorang bayi dilahirkan, adzan dan iqamah dibacakan ke dalam telinga bayi, dengan ingatan suatu keyakinan bahawa si bayi akan tumbuh dewasa dalam ingatan kepada Allah dan apapun yang ia kerjakan, kesedaran akan Allah akan menyinar dalam hidupnya.

Sebagai contoh, seorang Muslim selalu memulai pekerjaannya dengan bacaan ‘Bismilla hirrahma nirrahim.’Apibila ia bermaksud mengerjakan sesuatu, dia menyebut ‘Insya Allah’. Apabila dia mengalami kegembiraan dia berteriak ‘Allahu Akbar’. Apabila dia mendapatkan sesuatu yang indah dia berkata ‘Subhanallah.’

Apabila dia melihat orang lain bersin, dia berkata ‘Yarhamukallah’. Apabila dia menghargai sesuatu yang baik, dia berkata ’Masya Allah’. Apabila berterima kasih kepada seseorang dia menyebut ’Jazakumullah.’ Apabila seseorang meninggalkannya dalam perjalanan, dia mengucapkan selamat tinggal dengan katanya ’Fi Amanillah.’ Apabila mendengar atau melihat sesuatu yang menjijikkan, dia berkata ’Naudzubillah.’ Apabila mendengar berita kematian orang Muslim lain, dia berkata ’Inna lillahi wainna ilai raji’un.’

Al-Quran yang menunjukkan suatu fungsi mengingati Allah sebagai berikut:
رَضِىَ اُللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُ.
( : 8البينة (
"Allah ridha terhadap mereka dan mereka ridha kepadaNya, semua ini kerana takut kepada Tuhan mereka.” (Al-Bayinnah ayat 8)

Saya kira inilah kata-kata saya di sini dan jika saudara mendapatkan banyak kesalahan saya mohon maaf dan sampai jumpa lagi di dalam siaran ini saya ucapkan.
”Wassalamu alaikum warahmatullah hi wabarakatuh....Amin”


ISLAM BERARTI PENYERAHAN KEPADA
KEHENDAK ALLAH DAN PETUNJUK-NYA.
ISLAM KERANANYA DIANGGAP SEBAGAI
AGAMA PERDAMAIAN.



Wassala mualaikum......

--------------------ooooooooooooo----------------

No comments:

Post a Comment