Friday, June 25, 2010

Malam Lailatul-Qadar - Siaran 270








CHE’ DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http://hjchedan.blogspot.com
Being News: ”chedanahmad@hotmail.com.


Malam Lailatul- Qadar Siaran Ke 270.

Malam lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam tersebut ia merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah s.w.t.
Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semu amalam termasuk malam Jumaat.
Allah swt berfirman:
لـَيـْلـَة ُ الـْقـَد ْرِ خـَيـْرٌمِّنْ أ َلـْفِ شَهـْرٍ.
سورة القدر (97) اية 3)
Bermaksud: Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadr (97) ayat 3)

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar sepertri
sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa menghidup malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang lalu”

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud:

“Rasulullah saw berusaha sedaya upaya dalam malam-malam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Malam Lailatul-Qadar tertentu pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
”Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Pendapat yang terkuat para ulama’ bahawa malam Lailautul-Qadar terkena pada malam 27 Ramadan. Mengikut Abu Ka’ab katanya:

”Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia eanggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Mu’awiyah katanya:

”Bahawa Nabi saw telah bersabda malam Lailatyul-Qadar iaitu dalam malam 27 Ramadan.”

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa Surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang 27 bagi surah itu terjatuh krpada dhamir yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadis daripada Ibn Umar r.a. yang maksudnya ialah:

”Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27.”

Rahsia Menyembunyikannya.

Antara rahsia membunyikan Lailatul-Qadar ialah supaya menjadi pendorong kepada orang ramai mencarinya. Juga supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari Laiulatul-Qadatr seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan namanya yang agung daripada segala nama serta keredaan-Nya, begitulah seterusnya.

Antara perkara yang disunatkan pada malam Lailatul-Qadar ialah berdoa oleh orang mukmin dengan doa:

اَللـَّهـُمَّ إِنـَّكَ عـَفـْوَ, تـُحِبُّ الـْعـَفـْوَ, فـَاعْـفُ عـَنَّ.
”Ya Allah..!Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku.”

Siti ‘Aisyah r.a. bertanya Rasulullah saw,
“Ya Rasulullah saw andainya ku mendapati Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut ku bacakan ?.

” Rasulullah saw bersabda dengan doa:
اَللـَّهـُمَّ إِنـَّكَ عـَفـْوَ, تـُحِبُّ الـْعـَفـْوَ, فـَاعْـفُ عـَنَّ.

Tanda-tanda Lailatul Qadar.
Daripada riwayat Ubai bin Ka’ab bahawa Nabi saw menyebut yang bermaksud”

”Bahawa tanda Lailatul-Qadar ialah malamnya terang bersih, seolah-olah bulan yang menyinari itu terang, lembut dan tidak sujuk dan tidak pula panas, tidak ada bintang bersinar hingga ke Subuh. Antara tandanya semasa terbitnya matahari ia tidak ada pancaran seperti bulan penuh purnama, tidak ada ruang bagi syaitan keluar pada masa itu.”

Tugas yang terbaik bagi orang-orang Mukmin.

Pada malam-lamam yang ke sepuluh akhir Ramadan hendaklah kita bangun dan kerjakan Qiamullail atau (Sembahyang malam), sama ada seorang diri, tetapi adalah lebih baik bangunkan keluarga kita bersama-sana untuk mengerjakan sembahyang malam.

Yang lebih baik lagi kita berhimpun beramai-ramai di masjid atau surau, membaca Al-Quran dan mengerjakan sembahyang malam, kerana kalau kita seorang diri sahaja tetntu sekali sifat malas beribadat itu berlaku. Oleh itu jika beramai-ramai di masjid atau surau kita di kawal oleh displin diri yang merasa malu tidak melakukannya.

Sekian dahulu, semoga kita akan berjumpa lagiu dalam masa terdekat. Wassala mualaikum.....!

-------------------ooooooooooooo-------

No comments:

Post a Comment