Monday, March 22, 2010

Berbuat Kebaikan - Siaran Ke 168


Che Dan bin Ahmad.
E-mail – hjdan@myjaring.net.



BERBUAT KEBAIKAN - SIARAN KE 168



Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
(Ali-Imran ayat 134)

.
Firman allah s.sw.t :-.

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ َجْرَ
هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل 97)


Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)

Firman allahs.w.t. :-


وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا


Bermaksud:-


Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka. (Al-Thalaq ayat 11)

Terbaik Dalam Kehidupan.

Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah memperseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan.


Maksudnya,dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.


Mengseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru,wujudnya apa yang dikatakan Jalanyang Lurus,yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus".


Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.Kematian - Penamat jalan tersebut.Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"


Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.

Berbuat baik dengan isteri. Menjadi suai teladan.

Suami teladan iaitu suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya. Ia selalau menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannnya.

Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan-kekurangan dalam dirinya maka ia akan menyatakan hal tersebut kepada isteri yang disayanginya.

Sebaliknya jik ia mempunyai kelebihan dan pengalaman maka ia selalu akan membahagikan kelebihannya itu kepada isterinya. Suami teladan adalah suami yang biuk, tidak mahu menyembuyikan sesuatu rahsia yang tiada disenangi oleh isteri.

Dalam menjalinkan hubungan dengflan isterinya,ia bersifat lemah lembut, menghargainya serta memuliakannya. Firman Aah s.w.t. :

يَأَيُّهَا الـَّذِينَ ءَامَنُوْالآيَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَآءَ كَرْهًا ج
وَلآتَعْضُلـُوهُنَّ لِتـَذْ هَبُوا بِبَعْضِ مَآءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلآّأ َنْ يَأ ْتِيْنَ
بِفَحِشَةٍ مُبَيـِّنَةٍ ج وَعَاشِرُوهُنَّ بِالـْمَعْرُوفِ ج فَإِنْ كَرِهْتُمُو
هُنَّ فَعَسَ~ أَنْ تَكْرَ هُوْا شَيْئًـا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.
(النســاء19)
”Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyuakai sesuatu. Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang harus kita ikuti. Baginda telah menunjukkan pedoman-pedoman tersebut untuk umatnya. Kerana baginda adalah orang yang melayani keluarganya dengan cara yang terbaik. Sabda Rasulullah s.a.w :

”Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluargnya, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluarga ku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (HR Abu Asakir)

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

---------------------oooooooooooooooo----------------




No comments:

Post a Comment