Thursday, March 25, 2010

Dari hal Sembahyang - Siaran 170

CHE DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/
Atau” http://www.hjchedan.blogspot.com

HAL EHWAL AGAMA ISLAM – SIARAN KE 170

Masalah 175

Saya membaca niat sembahyang sebelum sembahyang bermula dan niat sembahyang semasa mula sembahyang, adakah sah perbuatan saya itu?

Jawapan.

Membaca niat dengan berniat tidak sama. Membaca niat dilakukan di luar sembahyang, hukumnya sunat sahaja. Bacaan ini sekadar untuk mudah di ingat apa yang hendak diniatkan nanti. Bacaan niat ini tidak semestinya dibaca dalam bahasa Arab, boleh dibaca dalam bahasa ibunda.

Manakala berniat, dilakukan semasa memulakan sembahyang iaitu sewaktu mengangkat takbiratul ihram. Ianya wajib dilakukan. Di sini kalau seseorang itu berniat sebelum sembahyang maka sembahyang itu tidak sah. Yang penting dalam niat itu ialah; menyatakan tujuan iaitu sembahyang, sebutkan fardu dan nyata sembahyang yang dilakukan itu. Kalau ketiga-tiga ini ada maka sahlah sembahyang itu. Seperti niat
”Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala’ sudah menepatina.

Perkataan ’sahaja’ yang selalu disebut dalama kitab Melayu sebagai menguatkan niatnya, bermaksud haya untuk melakukan sembahyang bukan lain dari itu. ’Sahaja’ juga kita sebutkan kerana kita kerjakan itu bukan dipaksa tetapi dengan sukarela mengerjakannya.
(Rujukan – Kitab Asas-Asas Fradu ’Ain cetakan Keempat 2006)

Masalah 176.

Apakah cara terbaik untuk mengqada sembahyang yang ditinggalkan ?

Jawapan.

Sebaik-baik masa untuk mengqada sembahyang ialah dilakukan segera apabila teringat. Menangguhkan waktu qada sembahyang adalah dibenci Allah. Malah kalau seseorang yang qada sembahyang itu tiba-tiba mati manakala dia dikira sebagai berdosa.

Berbalik kepada cara terbaik ialah sembahyang qada itu sebelum sembahyang fardu itulah yang terbaik. Ini adalah kerana dua sebab:

a. Ia yang dilakukan segera memang disuruh.

b. Sembahyang qada sifat kedudukannya memang dahulu dari sembahyang fardu. Sebagai contoh kalau kita tinggalkan sembahyang Zuhur sehingga masuk waktu Asar, tentu Zuhur sifanya lebih dahulu dari Asar maka elok diselesaikan qada Zuhur.

Walau bagaimanapun kalau kita berhadapan dengan sembahyang jemaah sama ada di surau atau masjid maka utamakan sembahyang fardu yang berjemaah. Ini adalah kerana berjemaah diperintahkan sebagai fardu kifayah. Dalam hal ini kalau dia mendahulukan qada nescay dia tertinggal jemaah, bukan sahaja dari segi pahala dia rugi manakala dia dianggap sebagai tidak pandai menilai mana yang utama.
(Rujukan – Kitab Asas-Asas Fradu ’Ain cetakan Keempat 2006).

Sekian dahulu buat sementara waktu, dan akan menemui anda dalam Blog akan datang tidak lama lagi.

Wassala mu alaikum............!

Ingatlah secebis nasihat….!

From time to time, review your own performance and list your strengths and weaknesses. Write down what motivates you, your talents and abilities and what you are going to do to develop yourself.Self-evaluation will allow you to play to your strengths and help you to get what you want from your job.

-----------------ooooooooooo-----------------------

Sebuah jalan di Pulau Pinang.

Melawat bangunan

Tinggi KOMTAR.

Selamat Datang ke Pulau Pinang.

Menaiki be

Anda boleh datang melalui lebuh raya dan menyeberangi jambatan Pulau Pinang atau menyeberangi dengan kapal fery dari Bandar Butterworth.

Jika datang dengan keretapi anda akan turun di Stesyen Butterworth dan akan menyberangi berjalan kaki ke tempat kapal fery untuk ke Pulau Pinang.

ca mengelilingi bandar.

Mari melawat ke Pulau Pinang, Malaysia

Inilah lakaran Pulau Pinang.

Jika anda datang

Monday, March 22, 2010

Tingkatkan Ilmu Pengetahuan - Siaran 169

Che Dan bin Ahmad.
E-mail – hjdan@myjaring.net.

TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN - SIARAN KE 169

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Orang yang Bertaqwa.

Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini, dirangkumi dalam satu kalimah yang mudah subutannya tetapi begitu bermakna pengisian dan penghayatannya. Itulah yang disebutkan sebagai takwa sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya:

إِنَّ أ َكـْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أنـْقـَكُمْ إِنَّ اللهَ عـَلِيمٌ خـَبِيرٌ )13

”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwaannya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah Hujarat ayat 13)

Sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha untuk melaksanakan amalan soleh dan setiap ketika serta menjauhi segala larnagNya. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta memenuhi tuntutan ibadah.

Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami perkara-perkara asas di dalam Islam.

Seorang Muslim itu hendaklah sentiasda meningkatkan dirinya dengan ilmu pengetahuan.Perkara-perkara asas ilmu pengertahuan merangkumi kehidupan manusia bermula dari kelahirtan sehinggalah mereka kembali kepada Allah s.w.t.

Di samping itu juga ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini (fardhu ’ain) adalah penting dalam membentuk diri kita menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.Justeru itu penulis mencatatkan makalah ini sebagai salah satu usaha untuk menampilkan Islam sebagai satu cara atau aturan hidup yang lengkap, sempurna dan diredhai oleh Allah s.w.t.Sabda Rasulullah s.a.w. :-

أ َنْتَ الـْمَعْرُوْفَ, وَاجْتَنِبِ الـْمُنْكَرَ وَانْظـُرْ مَا يُعْجِبُأ ُذُنـَكَ أَنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْ عِنْدِهِمْ فـَأ ْتِهِ,وَانْظُر ِ الـَّذِىْ تَكْرَهُ أ َنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْعِنْدِهِمْ فَاجْتـَنبْهُ. (رواه الجماعه

Kebajikan hendaklah kamau perbuat dan yang mana munkar hendaklah kamu jauhkan dan kamu fikir dan tilik lebih dahulu daripada kamu bertutur akan pertuturan yang mana suka dan manis telinga engkau mendengarnya, ditaqdirkan kalau pertuturan itu terhadap pada engkau ketika kamu berjauhan daripada penutur; maka pertuturan itu eloklah dikeluarkan dan sebaliknyapun begitu juga. (Riwayat Al-Jama’ah).
Tada serupa orang berimu dengna tidak berilmu
Firman Allah s.w.t.

قـُـلْ هـَلْ يـَسـْـتـَـو ِى الـَّذ ِيـْنَ يـَعـْلـَمـُوْن َ وَالـَّذ ِيـْن َ لَا يـْعـْلـَمـُوْن َ.
( الزمر اية 9)

Katakanlah tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pngetahuan.
(Al-Zamr ayat 9)
Allah s.w.t menerangkan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan itu tidaklah serupa dan setaraf dengan mereka yang ada mempunyai ilmu pengetahuan. Justeru itu seorang itu hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya supaya ia di angkatkan darjatnya.

Allah s.w.t. menyeru jika tiada orang yang berilmu di dalam satu qariah itu untuk mengajar ilmu khusnya ilmu agama hendaklah sebahagian dari mereka keluar menuntut ilmu supaya apabilla mereka kembakli kelak boleh mengajarkan kepada mereka yang nasih tidak berilmu pengetahuan.

Firman Allah s.a.w.t.

فـَلـَوْلَانـَفـَرَ مـِنْ كـُلِّ فـِرْقـَةٍ مـِنـْهـُم ْ طـَاءِـفـَـة ٍ لـِيـَتـَفـَقـُّهـُوْا فـِى الـد ِّ يـْن ِ.
(النحل 122)

Ertinya: Mengapa tidak ada sekelompok pun dari golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ulmu pengetahuan agama.
(Al-Nakhl ayat 122)

Bila kembali hendaklah mengajar kaumnya.

Sekembali mereka dari menuntut ilmu itu hendaklah mereka menyanmpaikan ilmu itu kepada mereka yangh masih tinggal di dalam keadaan tidan berilmu.

Firman Allah s.w.t.

وّلـِيُنـْذِرُوْا قـَوْمَهـُمْ إِذَا رَجَعـُوْا إِلـَيْهـِمْ
لَعـَلَّهُمْ يَحـْذَرُوْنَ . (التوبة: 122

“Hendaklah mereka memberikan pengajaran kepada kaumnya apabila telah kembali kepada mereka nanti, mogoa-moga mereka berhati-hati (at-Taubat ayat 122)

Larangan Sembunyiukan Ilmu Pengetahuan.

Seorang itu adalah di tegah untuk menyembnunyikan ilmu pengetahuannya kepada masyarakat yang belum lagi berilmu.
Khususnya apabila mereka keluar pergi menuntut ilmu dan sekembalinya hendaklah mengajar mereka yang masih lagi belumberilmu teeutamanya dfidalamilmu aganmaIslam.

Berdosa menyembunyikannya.

Firman Allah s.w.t.

وَمـَن ْ يـَكـْتــُمـْهـَا فـَـإ ِ نـَّه ُآثـِـمٌ قـَلـْبـُهُ.

Barang siapa menyembunyi -kannya (penyaksian) Maka berdosalah hatinya.
(al-Baqarah 283)

KESIMPIULAN.

Allah s.w.t. mengangkatkan beberapa darjat kepada mereka yang berilmu pengetahuan tinggi. Maka sekalian Muslimin hendaklah mengambil peluang keemasan itu.
Firman allah s.w.t.

يـَرْفـَعُاللهُ الـَّذ ِيـْن َ آ مـَنـُوْا مـِنـْكـُمْ وَالـَّذِ يـْنَ

اُوْ ءـُ الـْعـِلـم َ دَرَجـَاتٍ (المجادلة 11

Allah telah mengankat orang-orang yang beriman dari golongan kamu dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.
(Al-Mujadalah ayat 11)

Seakian, wassala mulaikum ……

----------------------------ooooooooooooooooo------------------------

Che Dan bin Ahmad.
E-mail – hjdan@myjaring.net.

MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN - SIARAN KE 169

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Orang yang Bertaqwa.

Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini, dirangkumi dalam satu kalimah yang mudah subutannya tetapi begitu bermakna pengisian dan penghayatannya. Itulah yang disebutkan sebagai takwa sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya:
إِنَّ أ َكـْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أنـْقـَكُمْ إِنَّ اللهَ عـَلِيمٌ خـَبِيرٌ )13(
”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwaannya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah Hujarat ayat 13)Sebagai hamba Allah kita seharusnya berusaha untuk melaksanakan amalan soleh dan setiap ketika serta menjauhi segala larnagNya. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta memenuhi tuntutan ibadah.Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami perkara-perkara asas di dalam Islam. Seorang Muslim itu hendaklah sentiasda meningkatkan dirinya dengan ilmu pengetahuan.Perkara-perkara asas ilmu pengertahuan merangkumi kehidupan manusia bermula dari kelahirtan sehinggalah mereka kembali kepada Allah s.w.t. Di samping itu juga ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini (fardhu ’ain) adalah penting dalam membentuk diri kita menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.Justeru itu penulis mencatatkan makalah ini sebagai salah satu usaha untuk menampilkan Islam sebagai satu cara atau aturan hidup yang lengkap, sempurna dan diredhai oleh Allah s.w.t.Sabda Rasulullah s.a.w. :-أ َنْتَ الـْمَعْرُوْفَ, وَاجْتَنِبِ الـْمُنْكَرَ وَانْظـُرْ مَا يُعْجِبُأ ُذُنـَكَ أَنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْ عِنْدِهِمْ فـَأ ْتِهِ,وَانْظُر ِ الـَّذِىْ تَكْرَهُ أ َنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْعِنْدِهِمْ فَاجْتـَنبْهُ. (رواه الجماعهKebajikan hendaklah kamau perbuat dan yang mana munkar hendaklah kamu jauhkan dan kamu fikir dan tilik lebih dahulu daripada kamu bertutur akan pertuturan yang mana suka dan manis telinga engkau mendengarnya, ditaqdirkan kalau pertuturan itu terhadap pada engkau ketika kamu berjauhan daripada penutur; maka pertuturan itu eloklah dikeluarkan dan sebaliknyapun begitu juga. (Riwayat Al-Jama’ah).
Tada serupa orang berimu dengna tidak berilmu
Firman Allah s.w.t.
قـُـلْ هـَلْ يـَسـْـتـَـو ِى الـَّذ ِيـْنَ يـَعـْلـَمـُوْن َ وَالـَّذ ِيـْن َ لَا يـْعـْلـَمـُوْن َ.
( الزمر اية 9)
Katakanlah tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pngetahuan.
(Al-Zamr ayat 9)
Allah s.w.t menerangkan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan itu tidaklah serupa dan setaraf dengan mereka yang ada mempunyai ilmu pengetahuan. Justeru itu seorang itu hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya supaya ia di angkatkan darjatnya.

Allah s.w.t. menyeru jika tiada orang yang berilmu di dalam satu qariah itu untuk mengajar ilmu khusnya ilmu agama hendaklah sebahagian dari mereka keluar menuntut ilmu supaya apabilla mereka kembakli kelak boleh mengajarkan kepada mereka yang nasih tidak berilmu pengetahuan.

Firman Allah s.a.w.t.

فـَلـَوْلَانـَفـَرَ مـِنْ كـُلِّ فـِرْقـَةٍ مـِنـْهـُم ْ طـَاءِـفـَـة ٍ لـِيـَتـَفـَقـُّهـُوْا فـِى الـد ِّ يـْن ِ.
(النحل 122)

Ertinya: Mengapa tidak ada sekelompok pun dari golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ulmu pengetahuan agama.
(Al-Nakhl ayat 122)

Bila kembali hendaklah mengajar kaumnya.

Sekembali mereka dari menuntut ilmu itu hendaklah mereka menyanmpaikan ilmu itu kepada mereka yangh masih tinggal di dalam keadaan tidan berilmu.

Firman Allah s.w.t.

وّلـِيُنـْذِرُوْا قـَوْمَهـُمْ إِذَا رَجَعـُوْا إِلـَيْهـِمْ
لَعـَلَّهُمْ يَحـْذَرُوْنَ . (التوبة: 122)

“Hendaklah mereka memberikan pengajaran kepada kaumnya apabila telah kembali kepada mereka nanti, mogoa-moga mereka berhati-hati (at-Taubat ayat 122)

Larangan Sembunyiukan Ilmu Pengetahuan.

Seorang itu adalah di tegah untuk menyembnunyikan ilmu pengetahuannya kepada masyarakat yang belum lagi berilmu.
Khususnya apabila mereka keluar pergi menuntut ilmu dan sekembalinya hendaklah mengajar mereka yang masih lagi belumberilmu teeutamanya dfidalamilmu aganmaIslam.

Berdosa menyembunyikannya.

Firman Allah s.w.t.
وَمـَن ْ يـَكـْتــُمـْهـَا فـَـإ ِ نـَّه ُآثـِـمٌ قـَلـْبـُهُ.
Barang siapa menyembunyi -kannya (penyaksian) Maka berdosalah hatinya.
(al-Baqarah 283)

KESIMPIULAN.

Allah s.w.t. mengangkatkan beberapa darjat kepada mereka yang berilmu pengetahuan tinggi. Maka sekalian Muslimin hendaklah mengambil peluang keemasan itu.
Firman allah s.w.t.

يـَرْفـَعُاللهُ الـَّذ ِيـْن َ آ مـَنـُوْا مـِنـْكـُمْ وَالـَّذِ يـْنَ

اُوْ ـُ الـْعـِلـءم َ دَرَجـَاتٍ (المجادلة 11)
Allah telah mengankat orang-orang yang beriman dari golongan kamu dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.
(Al-Mujadalah ayat 11)

Seakian, wassala mulaikum ……

----------------------------ooooooooooooooooo------------------------

Berbuat Kebaikan - Siaran Ke 168

Che Dan bin Ahmad.
E-mail – hjdan@myjaring.net.

BERBUAT KEBAIKAN - SIARAN KE 168

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.

Surah Ali-Imran, Ayat 134.

اَلـَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَاءِ وَالضَّبرَاءِ وَالـَكَظِمِينَ

الـَغَيْظَ والـْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ج وَاللهُ يُحِبُّ الـْمُحْسِنِينَ.

“Iaitu orang-orang yang membelanjakan harta-hartanya semasa senang dan susah, orang-orang yang sabar menahan marah, dan orang-orang yang pemaaf terhadap kesalahan manusia, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan itu.”
(Ali-Imran ayat 134)

.
Firman allah s.sw.t :-.

مَنْ عَـمِلَ صَلِحًا مِّن ذَ كَر ٍ أ َوْ أ ُنـْثَى وَهُـوَ مِؤْ مـِنٌ فـَلـَــَنـُحْـيِــِنـيَـنَّـه ُ حَـيَـوة ً طَيِّـبَة ً ج وَلَـنَجْـز ِيـَنَّهُمْ اَ َجْرَ
هـُمْ بـِـإ حـْسَنِ ِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُونَ.
(النخل 97)

Brangsiapa mengerjakan kebaikan, baik laki-laki atau perempuan sedang ia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan. (An-Nakhl ayat 97)

Firman allahs.w.t. :-

وَمَنْ يُـؤْ مِنُ بـِاللهِ وَيَعْمـَلْ صَـلِحًـا يـُدْ خـِلْـهُ جـَنـَّت ٍ تـجْر ِ مـنْ تـَحْـتـِهـَا الأ َنـْهـَرُ خـَلِدِينَ فِيهـَآ أ َبَد قـَدْ أ َحْسـَن َ اللهُ لـَهُ رِزْقـًا

Bermaksud:-

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dimasukkan Allah kedalam syurga, yang mengalir air sungai di bawahnya, serta kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Sugguh Allah memberi kebaikan rezeki untuk mereka. (Al-Thalaq ayat 11)

Terbaik Dalam Kehidupan.

Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah memperseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan.

Maksudnya,dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.

Mengseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru,wujudnya apa yang dikatakan Jalanyang Lurus,yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus".

Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.Kematian - Penamat jalan tersebut.Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.

Berbuat baik dengan isteri. Menjadi suai teladan.

Suami teladan iaitu suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya. Ia selalau menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannnya.

Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan-kekurangan dalam dirinya maka ia akan menyatakan hal tersebut kepada isteri yang disayanginya.

Sebaliknya jik ia mempunyai kelebihan dan pengalaman maka ia selalu akan membahagikan kelebihannya itu kepada isterinya. Suami teladan adalah suami yang biuk, tidak mahu menyembuyikan sesuatu rahsia yang tiada disenangi oleh isteri.

Dalam menjalinkan hubungan dengflan isterinya,ia bersifat lemah lembut, menghargainya serta memuliakannya. Firman Aah s.w.t. :

يَأَيُّهَا الـَّذِينَ ءَامَنُوْالآيَحِلُّ لـَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَآءَ كَرْهًا ج
وَلآتَعْضُلـُوهُنَّ لِتـَذْ هَبُوا بِبَعْضِ مَآءَاتَيْتُمُوهُنَّ إِلآّأ َنْ يَأ ْتِيْنَ
بِفَحِشَةٍ مُبَيـِّنَةٍ ج وَعَاشِرُوهُنَّ بِالـْمَعْرُوفِ ج فَإِنْ كَرِهْتُمُو
هُنَّ فَعَسَ~ أَنْ تَكْرَ هُوْا شَيْئًـا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.
(النســاء19)
”Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyuakai sesuatu. Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang harus kita ikuti. Baginda telah menunjukkan pedoman-pedoman tersebut untuk umatnya. Kerana baginda adalah orang yang melayani keluarganya dengan cara yang terbaik. Sabda Rasulullah s.a.w :

”Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluargnya, dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluarga ku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” (HR Abu Asakir)

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di ucapkan....

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

---------------------oooooooooooooooo----------------

Seorang Islam yang sebenar - Siaran 166

Che Dan bin Ahmad.
E-mail – hjdan@myjaring.net.

INILAH SEORANG ISLAM - SIARAN KE 166

SEORANG ISLAM YANG SEBENAR.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Siaran 130 .
Saudara-saudara kaum muslimin yang terhormat..!

Islam mengajarkan kepada kita keesaan Allah. Menyamakan Allah dianggap sebagai dosa yang paling besar. Allah adalah satu. Allah tidak biasa dipisahkan ke dalam banyak peribadi. Allah tidak mempunyai persamaan, tidak mempunyai musuh, tidak mempunyai orang tua, dan tidak ada sesuatu yang menyamaiNya. Dia Yang Maha Awal, Maha Akhir. Dia Pencipta. Pendeknya Dia Pemilik segala sifat yang maha tinggi.

Allah pencipta para utusan, para malaikat, jiwa (roh) pohon - pohon kayu, batu-batu dan segala sesuatu di alam raya ini. Oleh kerana itu sebagai orang Muslim, janganlah kita sekalian menyembah Al-Masih. Janganlah menyembah malaikat-malaikat. Janganlah menyembah roh, janganlah menyembah setan atau jin, janganlah menyembah pohon-pohon kayu, janganlah menyembah apa pun kecuali Allah s.w.t.

Di alam raya ini tidak sesuatu pun yang boleh disembah kecuali Allah. Hanya Allah-lah yang harus disembah dan hanya keadaan Allah sahajalah seseorang harus minta ampun dan minta pertolongan. Dalam hal ini Allah berfirman dalam Surah Al-Fatihah :

إ ِيَّـاكَ نَعْبُدُ وَإ ِيَّـاكَ نَسْتَعِيْنُ.

”Hanya kepada Mu kami menyembah, dan hanya
Kepada Mu kami minta pertolongan”

Sebenarnya bukanlah orang yang dapat berbibcang dalam bahasa Arab dengan lancar disebut orang Islam. Bukanlah orang yang memakai jubah dan kain sarung disebut orang Islam. Bukanlah orang yang menjauhkan diri dari makan daging babi disebut orang Islam. Tetapi orang Islam ialah orang yang memproklamirkan prinsip bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhannmad s.a.w. adalah hamba dan pesuruh Allah.

Seorang Islam adalah yang mendirikan solat lima waktu, membayar zakat, melakukan puasa di bulan Ramdhan, pergi menunaikan haji ke Mekah jika ia mampu melakukannya. Selain itu ia harus berkata benar dan berbuat baik walaupun pahit untuk dikerjakan.

Seorang Islam adalah dia yang bahagia melihat orang lain berada dalam kebahagian, khususnya apabila dia bahagia disebabkan oleh dirinya. Ia bersedih melihat orang lain dalam kesulitan, khususnya apabila kesulitan itu disebabkan oleh dirinya. Dalam menjelaskan hal ini Al-Quran menyatakan:

مُحَمَّدٌ رَسْوْلُ اللهِ وَالـَّذِيْنَ مَعَهُ أ َشِدَّاءَ عَلىَ الـْكُفَّارِ رَحَمَآءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَعًا سُجَّدًا يَبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانـًا.

”Muhammad adalah rasul Allah. Dan mereka yang bersamanya keras terhadap orang-orang kafir dan kasih sayang antara mereka sendiri. Kamu (Muhammad) melihat mereka ruku’ dan sujud mengharapkan keutamaan dari Allah dan ridhaNya.”

Kita haruslah memahami bahawa Islam bukan sahaja agama kepercayaan yang diwarnai oleh asketisme yakni mengerjakan sesuatu demi akhirat. Islam bukan sekadar beribadah di masjid. Islam tidak hanya solat, memberi zakat, dan mengerjakan haji, tetapi Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Apa pun yang kita kerjakan untuk meningkatkan kehidupan duniawi demi keredhaan Tuhan adalah ibadah dalam Islam.

Islam menganjurkan kehidupan yang aktif dan kegiatan sosial yang kreatif dan bukan mengasingkan diri dari masyarakat atau berhubung dengan Allah semata-mata. Islam mewajibkan untuk mencari kebahagan di akhirat dan tidak mengabaikan bahagian dunia. Al-Quran dalam Surah Al-Qasas, ayat 177 telah menyatakan:

وَابْتَغِ فِيْمَا ا َتَاكَ اللهُ الدَّارَالْأ َخِرَة َ وَلَاتَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدَّنْيَا وَأ َحْسِنُ كَمَا أ َحْسَنَ اللهُ إ ِلـَيْكَ وَلَا تَبْغِ الـْفَسَادَ فِى الْأ َرْضِ
إ ِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الـْمُفْسِدِيْنَ.

“Tetapi carilah tempat tinggal di akhirat yang Allah berikan kepadamu dan janganlah engkau mengabaikan bagimu duniawi, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan jangan mencari kerusakan di atas bumi, sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang yang berbuat kerusakan”
(Al-Qasas ayat 177).

Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda:

اِعْمَلْ لِدُنْيَاكَ كَأ َ نَّكَ تَعِيْشُ أ َبَدًا وَاعْمَلْ لاِ َ
خِرَتِكَ كـَأ َنَّـكَ تَمُوْة ُ غـَدًا.

“Berbuatlah di dunia ini seakan-akan engkau akan hidup selamanya, dan berbuatlah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esok.”(H.R. Bukhari dan Muslim)

Maka bukanlah seorang Muslim yang sebenar, yang hanya hidup mengasingkan diri dan iktikaf dan tafakur. Bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang yang hanya bersemadi di dalam masjid mencari keredhan Allah dan rahmnat Nya semata-mata.

Sebaliknya bukanlah seorang Muslim yang sebenar, orang yang hanya memburu kekayaan tiada ingat akan kewajipan agamanya. Bukanlah seorang Muslim yangse benar, orang yang hanya mengumpulkan harta dunia dan hanya menghitung-hitung dan melupakan Tuhannya. Dan bukanlah seorang Muslim yang sebenar, yang hidupnya demi urusan dunia sahaja.

Tugas anda sekarang adalah menunjukkan identiti Islam anda walaupun seandainya anda hidup di negara bukan Islam. Anda harus menunjukkan identiti keislaman anda walaupun anda bekerja di tengah-tengah masyarakat bukan Islam.! Jangan anda takut untuk berkata: ”Aku seorang Muslim”, bagaimana pun banyak orang bukan Islam akan bernci, walaupun orang-orang musyrik akan benci, bagaimana pun banyak orang munafik akan benci.

Sesungguhnya Allah telah melihat untukmu Islam sebagai agama yang benar, kerana itu janganlah anda mati kecuali sebagai seorang Muslim. Wahai orang-orang bukan Islam. Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang Muslim.

Sekianklah saudara-saudara sekalian, kerana telah selesai untuk meneruskan catatan di blog ini, akhirnya penulis ingin mengimbau kepada anda bahawa motto hidup kita adalah:

يَا بَنِى إ ِنَّ اللهَ قَدِاخْتَارَ لـَكُمُ الْإِ سْلَامَ دِيْنـًا فَلا َ
تَمُوْتـُنَّ إ ِ َّلا وَأ َنـْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

“Wahai anak ku ! Sesungguhnya Allah telah memilih untuk mu
Agama yang benar, maka janganlah kamu mati kecuali sebagai seorang Islam.”

Sekian dahulu, disudahi dengan’...
Wassala mu alaikum warah matullah hi wabarakatuh...!

----------------------oooooooooooooo-----------------------

Bandar Baharu Kedah Darul Aman Malaysia.

Sunday, March 21, 2010

Berhijrah menambah ilmu - Siaran 166

Melawat ke Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.

Kerjakan peekara-perkara sunat - Siaran 163

CHE DAN BIN AHMAD,

E-mail – hjdan@myjaring.net.
http://hjchedan.blogspot.com/

IBADAT EHWAL ISLAM – SIARAN KE 163.

Pendahuluan.
بِسْمِ اللهِ الــرَّحْمـَنِ الــرَّحـِيـْم ِ.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini.

Marilah kita kerjakan perkara-perkara sunat seperti solat-solat sunat untuk kita mendapat ganjaran pahala yang banyak.

Solat sunat adalah satu bentuk ibadat tambahan yang digalakkan saupaya kita melakukannya secara sukarela. Ia disukai oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran kerana mengerjakannya dan tidak menjadi kesalahan apabila ditinggalkannya, hanya kita mendapat kerugian sahaja apabila Allah s.w.t. memberikan sesatu ganjaran kepada kita, kita tidak menghiraukannya.

Solat-solat sunat juga sebagai menampung apa-apakara kesalahan dalam masa kita mengerjaklan solat-solat wajib sehari semalam lima waktu itu.

Manusia sebagai Khalifah.

Ketinggian mertabat insan di sisi Allah s.w.t. dinilai bukan daripada pangkat atau kedudukannya, kebangkasawannya atau darjat keturunan, kemewahan atau harta benda malahan bukan daripada warna kulit dan paras rupa.

Nilai sebenar kewujudan insan yang dilantik sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini, dirangkumi dalam satu kalimah yang mudah subutannya tetapi begitu bermakna pengisian dan penghayatannya. Itulah yang disebutkan sebagai takwa sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. menerusi firman-Nya:

إِنَّ أ َكـْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أ َنـْقـَكُمْ إِنَّ اللهَ عـَلِيمٌ خـَبِيرٌ (13)

”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwaannya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Hujarat ayat 13)

Bertitik tolak dari ayat ini, sebagai hamba Allah kita seharusnya beeusaha untuk mengadbikan jiwa raga terhadap keesaanNya, melaksanakan amalan soleh dan setiap ketika serta menjauhi segala larnagNya. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim yang beriman seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat serta memenuhi tuntutan ibadah.

Proses pendidikan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya seorang Muslim itu tidak mempunyai ilmu atau memahami perkara-perkara asas di dalam Islam.

Perkara-perkara asas itu merangkumi kehidupan manusia bermula dari kelahirtan sehinggalah mereka kembali kepada Allah s.w.t. Di samping itu juga ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara asas ini (fardhu ’ain) adalah penting dalam membentuk diri kita menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.

Justeru itu penulis mencatatkan makalah ini sebagai salah satu usaha untuk menampilkan Islam sebagai satu cara atau aturan hidup yang lengkap, sempurna dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. :-

أ َنْتَ الـْمَعْرُوْفَ, وَاجْتَنِبِ الـْمُنْكَرَ وَانْظـُرْ مَا يُعْجِبُ
أ ُذُنـَكَ أَنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْ عِنْدِهِمْ فـَأ ْتِهِ,
وَانْظُر ِ الـَّذِىْ تَكْرَهُ أ َنْ يَقُوْلَ لـَكَ الـْقَوْمُ إ ِذَا قُمْتَ مِنْ

عِنْدِهِمْ فَاجْتـَنبْهُ. (رواه الجماعه

Kebajikan hendaklah kamau perbuat dan yang mana munkar hendaklah kamu jauhkan dan kamu fikir dan tilik lebih dahulu daripada kamu bertutur akan pertuturan yang mana suka dan manis telinga engkau mendengarnya, ditaqdirkan kalau pertuturan itu terhadap pada engkau ketika kamu berjauhan daripada penutur; maka pertuturan itu eloklah dikeluarkan dan sebaliknyapun begitu juga. (Riwayat Al-Jama’ah).

Ulasan:

Hadis inji mengarahkan kita kepada mengelokkan akhlak, dan menjauhkan umpat cela, kata-mengata sesame Islam.

Ketahuilah bahawa bahaya lidah manusia itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahaya ini, melainkan dengan bertutur kata yang bik sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w.:-

لَايَسْتَقِيْمُ إ ِيْمَانُ الْعَبْدِ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ قَلـْبُهُ, وَلَا يَسْتَقِيْمُ قَلـْبُهُ حَتَّى يَسْتَقِيْمَ لِسَانُهُ, وَلَايَدْخُلُ الـْجَنَّةَ َرَجُلٌ لَايـَأ ْمَنُ جَارُهُ بَوَاءِـقَهُ .
(رواه مسلم).

Maksaudnya: Tiada akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya,sehingga lurus pula lidahnya. Dan seseorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatan yang jirannya itu lakukan.

Ibnu Mas’od (Abadullah bin Mas’ud) r.a. pernah berkata “Wahai lidah..! sebutkanlah yang baik-baik nescaya engkau akan dapat faedahnya, dan berdiamlah dari berkata buruk, nescaya engkau terselamat sebelum engkau menyesal.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

مَنْ كَفَّ لِسَانُهُ سَتَرَ اللهُ عَوْرَتَهُ, وَمَنْ مَلـَكَ غَضَبَهُ وَقَاهُ اللهُ عَذَابَهُ, وَمَن ِاعْتـَذَرَ إ ِلىَ اللهِ قَبِلَ عُذْرَهُ. (رواه البخارى)

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barangsiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya dari siksaannya. Dan barangsiapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah,Allah akan menerima uzurnya. (H.R. Al-Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w.:-

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالـْيَوْمِ الْآخِرَ فـَلـْيَقُلْ خَيـْرًا
أ َوْلـِيَسْكـُتْ. (رواه البخارى.

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
berkatalah yang baik-baik ataupun berdiam diri sahaja.
(HR Bukhari).

Sabda Rasulullah s.a.w. :-

اُخْزُنْ لِسَانَكَ إِلاَّ مِنْ خَيْرٍ, فـَإِ نَّكَ بِذَلـِكَ تَغْلِبُ الشَّيْطَانَ. (رواه مسلم).

Maksudnya: Jagalah lidah mu kecuali bila berkata yang baik-baik. Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan syaitan. (HR Muslim). (468 & 7).

Firman Allah s.w.t. :

. وَذَرُوْا ظَهِرَا لْاءِثْم ِ وَبَاطِنَهُ ج إِنَّ الَّذِيْنَ يَكْسِبُـوْنَ الْاءِثْمَ

سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانَوْا يَقـْتـَرِفُوْنَ . ( الانعام (120)

“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa , kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat) disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
(Al-An’am ayat 120).

Sekian dahulu dan diharap kita sekalian dalam mengerjakan ibadat kepada Allah, lebih-lebih lagi berkenaan solat fardhu, kita perlu memberi perhatian sungguh- sungguh agar kita diberi ganjaran pahala yang lumayan diakhirat kelak.
Sekian dahulu dan di sudahi...

وَالسَّلَامُ عَلـَيْكُمْ وَرَحْمَة ُ اللهِ وَبَرَكـَـتُـه

--------------ooooooooooooooo--------------

Saturday, March 20, 2010

Tak Usah pilih yang sibuk seperti ini ! Dan ikutilah jalan yang lurus seperti inl...!

Jalan Yang Lurus - Siaran 165

Che Dan bin Ahmad

Pengisian terbaik di dalam kehidupan yang mempunyai kesempurnaan akal fikiran adalah memperseimbangkan di antara Keperluan dengan Kemampuan.

Maksudnya,dari keperluan yang amat sangat baru digunakan kemampuan yang ada. Maka terpeliharalah hidup di dalam keadaan kesederhanaan yang dituntut oleh Islam kepada penganutnya.

Mengseimbangkan sedemikian amatlah sukar untuk dilaksanakan, kerana tuntutan nafsu mendahului kemunculan kematangan akal fikiran manusia. Justeru,wujudnya apa yang dikatakan Jalan yang Lurus,yang sering dimohonkan kepada Allah s.w.t. melalui pembacaan Surah Al-Fatihah di ayat 6 bermaksud "Tunjuklan kami jalan yang lurus".

Kiasannya. Sekiranya dikatakan jalan semesti ada permukaan atau permulaan jalan tersebut dan ada pula akhirnya garis penamat.Keinsafan - Adalah permukaan jalan yang lurus.Kematian - Penamat jalan tersebut.Firman Allahs.w.t. dalam Surah Al-Fat-H ayat 2 bermaksud:

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus"

Apabila merasakan keinsafan diri, bererti sudah meletakkan diri dengan sendiri di permukaan "jalan yang lurus", untuk melangkah berjalan semestinya ada persediaan ilmu pengenalan diri atau dengan ertikata lain berkenalan dengan diri sendiri, supaya beroleh kelembutan hati untuk menerima petunjuk jalan yang benar melalui Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sekiranya tiada persediaan tersebut manusia mudah disesatkan oleh iblis melalui tunggangannya ke atas nafsu sendiri. Kehebatan dan canggihnya tipu fdaya iblis amat mengelirukan.

(Rujukan "Nota Jalan Yang Lurus oleh Dr.Ibrahim Hj. Che Noh, Universiti Kebangssan Malaysis, Kuala Lumpur,Malaysia.dengan kerjasama oleh Mokhtar Jamil).

Sekian dahulu, akan bertemu sedikit masa lagi.

----------------------oooooooooooo------------------

Menuntut Ilmu dengan Ulamak

Tunaikan Haji ke Baitullah

Mengajar anak-anak belajar al-Quran

Dengar ceramah agama selalu

Bacalah al-Quran

Tunaikan Solat

Jadilah Seorang Islam - Siaran 163

Hj.Che Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.

MASALAH AGAMA - SIARAN KE 163

JADILAH SEORANG ISLAM YANG SEBENAR.

Segala pujian bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahatnya sekalian.

Penulis bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana atas limpah kurniaNya dapat penulis meneruskan penyampaian Siaran Blog ini sebagai sumbangan jariah penulis kepada masyarakat Islam di negara ini