Tuesday, August 17, 2010

Perkara-Perkara Terlarang - Siaran Ke 301






Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Al-Quran Menyebut Beberapa
Perkara Terlarang –Siaran ke 300



Pendahuluan.

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Israak yang bermaksud:

Ayat 31. Janganlah kamu bunuh anak-anak mu, kerana takut kemiskinan. Kami memberi rezeki mereka dan rezeki mu. Sesungguhnya membunuh mereka itu suatu dosa besar.

Ayat 32. Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.

Ayat 33. Janganlah kamu bunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran. Barang siapa terbunuh dengan anaiya, sesungguhnya Kami berikan kekuasaan kepada walinya (untuk menuntut bela), sebab itu janganlah ia berlebih-lebihan dalam pembunuhan. Sesungguhnya ia mendapat pertolongan.

Ayat 34. Janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan (jalan) yang sebaik-sebaiknya, hingga ia sampai dewasa; dan tepatilah janji, sesungguhnya janji itu akan diperiksa.

Ayat 35. Kamu sempurnakanlah sukatan, bila kamu menyukat dan timbanglah (sesuatu) dengan timbangan yang betul. Demikian itulah lebih baik dan paling baik akibatnya.

Ayat 36. Janganlah engkau turut apa-apa yang tidak ada pengetahuan engkau tentang keadaannya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masingnya akan diperiksa (bertanggungjawab).

Ayat 37. Janganlah engkau berjalan di mnuka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada dapat menembus bumi dan tak akan sampai engkau setinggi gunung.

Ayat 38. Segala yang tersebut itu adalkah kejahatannya amat dibenci disisi Tuhan.

Semoga dapat anda memikir selanjutnya perihal larangan Allah s.w.t. dalam ayat-ayat tersebut di atas.

Sekian dahulu. Wassala mualaikum.....!

-----------------oooooooooooo--------------

No comments:

Post a Comment