Monday, August 16, 2010

Hikmah Solat Junmaat - Siaran ke 299












Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Solat Jumaat dan Hikmahnya –Siaran ke 299

Sesungguhnya kita sebagai kaum Mukminin dan Muslimin, wajar sekali bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana Allah telah mensyariatkana solat fardhu Jumaat seminggu sekali pada setiap waktu Zohor hari Jumaat dengan dilakukan secara berjemaah. Firmah Allah s.w.t. yang bermaksud:-

”Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan semabahyang hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggallah berjualbeli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat sebenar).
(Al-Jumaat ayat 9).

Solat fardhu Jumaat itu fardhu ’ain bagi setiap Muslim lelaki mukallaf yang menetap di suatu tempat bukan musafir, tiada uzur yang boleh diterima. Oleh sebab terlalu pentingnya solat fardhu Jumaat itu, bagi mereka yang meninggalkannya sehingga tiga kali Jumaat berturut-turut tanpa uzur yang boleh diterima, maka ia dianggap munafiq dalam hatinya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturt-turut dengan sengaja (tanpa uzur yang bgoleh diterima) maka akan dicap oleh Allah s.w.t. di dalam hatinya tanda nunafiq.”

Allah s.w.t. menjanjikan kepada mereka yang melakukan solat fardhu Jumaatr dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta mengikut syarat-syarat dan peraturan yang elah ditetapkan dengan maghfirah dan keampunan daripadaNya.

Sabda Rasulullahs.a.w. yang beermaksud:

”Sesiapa yang mandi, lantas pergi mengerjakan solat Jumaat, (kemudian setelah sampai di masjid, lalu ia sembahyang seberapa yang ia kehendaki (sambil menunggu datangnya Imam) kemudian ia diam (tidak berkata-kata) sehingga Imam selesai berkhutbah Jumaat dan ia melakukan solat fardhu Jumaat bersama-sama dengan Imam, adalah perbuatan (yang tersebut itu menjadi kafarah (menjadi penebus) bagi dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lalu.” (Hadis riwayat Muslim)

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dewasa ini terdapat banyak masjid yang besar dan cantik-cantik bangunannya di seluruh pelusuk negara kita ini. Disamping itu kita merasa keciwa kerana terdapat masjid-masjid yang cantik itu anak-anak kariahnya tidak menggunakan masjid-masjid tersebut sepenuhnya. Hanya diwaktu hari Jumaat sahaja yang ada dapati ramai, tetapi pada solat-solat waktu yang lain ada masjid-masjid yang tidak sampai sepuluh ke dua puluh orang berjemaah. Kalaulah sekiranya perkara yang seumpama ini berpanjangan maka amatlah malang sekali keadaan umat Islam kerana keberakatan dari Allah s.w.t adalah ada pada jemaah dan solat fardhu Jumaat adalah ke arah memperolehi keberkatan, taufiq, hidayah dan ’inyah Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Rahmat pertolongan Allah s.w.t. itu ada bersama jemaah, bahawa sesungguhnya kambing yang duduknya terpencil biasanya akan mudah dimakan oleh serigala.
(Hadis riwayat Muslim)

Di dalam perlaksanaan solat fardhu Jumaat itu terdapat banyak hikmah-hikmah dan kebaikannya di antaranya ialah:

1. Pertama - Menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.
Firman Allah s.w.t yang beramaksud:
”Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar Agama Allah (Islam) maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin.” (Al-Hajj ayat 32)

2. Kedua – Konsep tunduk dan patuh kdepada peraturan disiplin hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

3. Ketiga – Menegakkan konsep kesepaduan kerjasama, soliturrahim dalam bentuk ”Ikhwatul Islamiah: yang tulin.

4. Keempat – Melahirkan insan tuwadhuk dan rendah diri tidak mengambil kira segala kekayaan, kekuatan, kekuasaan yang dimiliki.

5. Kelima – Melahirkan manusia yang mahu menerima nasihat dan pandangan orang lain demi kemajuan jasmaniah, ’aqliah dan rohaniah bagi matlamat mendapatkan keredaan Allah s.w.t..

6. Keenam – Mendidik manusia patuh kepada arahan yang satu demi kebenaran yang diharap-harapkan.

Firman Allah s.w.t. :

”Kemudian setelah selesai sembahyang maka berterbiaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat) dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau mendengar) sesuatu hiburan mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas member-berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad) – Pahala balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik memberi rezeki.” (Al-Jumu’ah ayat 10 dan 1 1).
Sekianlah dahulu dan kita akan berjumpa lagi di Blog ini dalam masa yang tidak berapa lama lagi.

Wassala mualaikum.............!

--------------------oooooooooooooooo---------

No comments:

Post a Comment