Saturday, August 21, 2010

Banyak Berdoa Ketika Berbuka Puasa - Siaran 312





Daripada:





Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Memperbanyakkan Doa Ketika Berbuka –Siaran ke 312

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Dari ’Abdullah bin ’Amir bin ’Ash r.a. berkata: ”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka..” Dan bila ’Abdullah berbuka, ia berdoa: ”Wahai Tuhan aku meminta kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku.”
(H.R. Ibnu Majah).

Penjelasan.

Orang yang berbuka puasa memperolehi janji dari Allah bahawa doanya pasti diterima. Segala permohonan orang yang berbuka puasa tidak akan disia-siakan oleh Allah. Kerana itu pada saat berbuka puasa sebaiknya kita memperbanyakkanlah berdoa, terutama berdoa memohon keampunan kepaqda Allah seperti yang dilakukan oleh Sahabat Rasulullah s.a.w. itu

Doa yang kita ucapkan bila berbuka puasa terserah pada kemahuan kita sendiri. Akan tetapi hendaklah doa itu berisikan permohonan untuk mendapatkan pengampunan dari Allah s.w.t. seperti:

"Ya Allah mohon tetapkan imanku,Ya Allah, wafatkan aku dalam iman, Ya Allah, mohon jauhkanlah bahaya bencana dari menimpa aku dan kewluarga aku, murahkan kurnia rezeki yang ahalal padaku ........" dan sebagai lagi.

Orang yang merasakan bahawa pada saat-saat lain doanya merasa belum dimakbuklan, maka sebaiknya memperbanyakkanlah berdoa pada saat berbuka puasa ini, baik puasa wajib mahupun puasa sunat. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang berpuasa pada waktu berbuka.

Sekian dahulu, Wassala mualaikum.....

Petikan darai ”Kitab 60 Amalan Bulan Ramadan m.s. 26.


---------------

No comments:

Post a Comment