Friday, August 20, 2010

Mencegah diri dari cerca orang - Siaran 311





Daripada:

Hj. Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/


اسَّلآمُ عَـلـَيْكـُمْ وَرَحْمَـة ُاللهِ وَبَرَكــَتـُه

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم ِ

Menahan Diri dari Cerca Orang –Siaran ke 311

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Akan tetapi yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu jika ada orang yang memaki kamu atau berlaku zalim kepada kamu, katakanlah kepadanya. – Aku ini berpuasa – Aku ini sedang berpuasa....! (H.R.Bukhari dan Muslim)

Penjelasan.

’Orang yang berpuasa dituntut agar mencegah perbuatan yang tidak terpuji. Melayani pertengkaran dengan orang atau melayan cercaan, makian, atau gangguan orang kepada kita adalah termasuk perbuatan tidak terpuji.

Begitu juga bila pada saat berpuasa kita membicarakan hal yang tidak bermanafaat terhadap akhlak dan ketaqwaan kita, maka perbuatan semacam itu menyebabkan puasa kita tidak bermanfaat. Demikian halnya dengan berbicara berkaitan dengan perkara lucah, maka ini termasuk dalam perbuatan tidak terpuji.

Orang yang sedang berpuasa tidak boleh melayani pertengkaran atau cercaan orang terhadap dirinya. Bahkan ia diperintahkan oleh agama Islam agar mengatakan kepada orang tersebut bahawa ia sedang berpuasa. Tentangan atau cercaan orang yang jahil kepadanya janganlah dilayani agar puasanya terpelihara dari gangguan yang menghilanghkan pahala puasa.

Sekian dahulu, semoga anda dapat mengambil iktibar dari rencana ini demi untuk mengelakkan puasa anda itu sia-sia sahaja.

Wassala mualikum......!

--------------------oooooooooooo------------------

No comments:

Post a Comment