Wednesday, July 14, 2010

Perihal Zulkarnain - Siaran 278






















Che’ Dan bin Ahmad

E-mail – hjdan@myjaring.net.
Juga - ahmadchedan@yahoo.com
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/
http://www.flickr.chedan.com/


Perihal Zulkarnain – Siaran 278.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم
وَيَسْـءَـلـُوْ نـَكَ عـَنْ ذِى الـْقـُرْنـَيـْنِ ط قـُلْ سَا َتـْلـُوْا عَلـَيْكـُمْ مِّنْهٌ ذِكـْرًا. (الكهف اية 83)







“Mereka bertranya kepada engkau (Muhammad) dari hal Zul’karnain. Katakanlah,nanti aku bacakan kepadamu riwayatnya.
(Al-Kahfi ayat 83).

Keterangan ayat 83-97.

Zul’karnain itu ialah Islandar Makdunia, yang amat masyhur riwayatnya dalam kitab Tarich (Sejarah Dunia). Ia dikurnia Allah ilmu pengetahuan dan kepintaran yang luar biasa, sehingga dapat ia menaklukkan dan memerintah timur dan barat (Yunani, Rum, Mesir dan Farsia),bahkan sampai di kalahkankannya negara India.

Adalah cita-citanya hendak mempersatukan timur dan barat, supaya jangan terjadi peperangan antara kedua belah pihak, kerana sebelum ia lahir kerap kali terjadi peperangan antara Yunani dan Farsia. Setelah ia memerintah Farsia, disuruh perngikut-pengikutnya supaya berkahwin dengan bangsa Farsia, agar dapat keturunan yang berasal dari timur dan barat. Akhirnya tentu hilang permusuhan antara kedua belah pihak dan dapat perdamaian dan perdaulatan yang dicintai. Tetapi cita-cita itu tidak berhasil. Kerana setelah ia berpulang kerahmatullah, maka kaerajaannya yang luas itu dibahagi-bahagi oleh pihak pengikut-pengikutnya.

Dalam ayat ini Allah meriwayatkan sedikit ceritanya Zulkarnain itu, untuk jadi pengajaran kepada kita sekalian iaitu.
Bahawa sesungguhnya Zulkarnain itu hanya menyiksa (memerangi) kaum-kaum yang aniaya (kafir) terhadap Allah. Tetapi orang-orang yang berimman dan berbakti dibalasnya dengan kebajikan, sedang perintah-perintah yang disampaikan kepada mereka ialah perkara-perkara yang baik-baik sahaja (tidak erat).

Barangkatlah ia kebarat dan ketimur, sehingga sampai kesebuah negeri, yang letaknya berdekatan dengan dua buah bukit (Armenia). Poenduduk negeri itu meminta tolong kepadanya, kerana mereka selalu diusirkan dan dianiaya oleh dua kaum yang beranama Yakjub dan Makjub, keduanya bangsa yang berketurunan dari anak Yafits bin Nuh. Kemudian ia menolong mereka dengan percuma (tidak berupah), lalu didirikan dua dinding diantara dua buah jurang itu. Dinding itu diperbuatnya dari beberapa potong besi,lalu dibakarnya dengan api, sebagaimana yang diperbuat oleh tukang besi. Setelah besi itu merah, lalu dituangkannya tembaga yang dihancur dengan api lebih dahulu, sehingga dinding itu menjadi kokoh dan kuat. Akibatnya Yakjub dan Makjub itu tidak dapat lagi masuk ke negri itu, kerana tidak boleh mendakinya dan tidak pula melobangnya.

Pengajaran kepadada kita:
a.. Mempunyai kekuatan tetapi tidak zalim.
b. Mempunyai banyak ilmu tetapi tidak sombong
c. Perintahnhya adil
e. Suka menolong orang tanpa upah
f. Suka pada perdamaian
g. Suka mendapatkan satu bangsa yang baik.

Sekian dahuludan akan kita berjumpa lagi di dalam siaran Blog ini dalam sedikit masa lagi.
Wassala mualaikum.....!
(Rujukan Al-Quran,Surah Al-Kahfi ayat 83- 97.

---------------ooooooooooo--------------.

No comments:

Post a Comment