Thursday, July 29, 2010

Neraka pada yang Salah - Siaran 284









Che’ Dan bin Ahmad
E-mail – hjdan@myjaring.net.
Juga - ahmadchedan@yahoo.com
Blogger – http:// hjchedan.blogspot.com/
Atau juga – http:// www. yahoo.com/
www.flickr.chedan.com



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَن ِ الرَّحِيـم

Neraka Didatang Pagi-pagi – Siaran 284

Firman asllah s.w.t. ”

اَلنـَّارُ يُعْرَضُوْنَ عـَلـَيْهَا غـُدُوًّا وَّعَشِيـًّا ج وَيَوْمَ تـَقـُوْمُ السَّاعَة ُ فق اَدْخـِلـُوْآ اَلَ فِرْعَوْنَ اَشَدَّ الـْعَذَابِ. (ألمؤمين 46)
“Neraka didatangkan kepada mereka pada pagi-pagi dan petang-petang, dan pada hari kiamat dikatakan”
“:Masuklah keluarga Fir’un ke dalam siksa yang sekeras--kerasnya.”

Ulssan:
Maka neraka itu didatangkan keada mereka (kaum Fir’un) pagi-pagi dan petang-petang yakni selalu dan berkekalan, bukan waktu pagi-pagi dan petang-petang sahaja.

Pada hari kiamat mereka berbantah-bantah dalam neraka. Berkata orang-orang pengikut kepada ketua-ketua (Pengajar) mereka ”Kami hanya pengikut kamu, sebab itu hendaklah kamu pikul sebahagian siksa neraka ini, sebagai ganti kami.....! Jawab Pengagajar mereka: ”Semuanya kita telah masuk neraka, kerana Allah telah menjatuhkan hukuman kepada kita, sebab itu kamu tak dapat terlepas dari sikas neraka.”

Di sini nyatalah bahawa pengikut-pengikut yang salah akan masuk neraka bersama-sama orang-orang yang di ikutinya (Pengajarnya) dan antara satu dengan yang lain tak dapat tolong menolong dan bantu-membantu, kerana di akhirat itu hidup bermasing-masing. Maka tak ada yang akan menyelamatkan seseorang, melainkan amalannya yang telah dikerjakannya sendiri di dunia ini.

Amalan-amalan tersebut secara ringkasnya ialah mengerjakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Disamping itu juga amalan sunat-sunat, amalan kebajikan, akhlak yang mulia, suka berderma dan bersedekah, dan menolong manusia yang susah,dan sebagai yang banyak lagi....!
Beginilah keadaannya...!

Sekianlah dahulu, semoga anda dapat memikirkan sedalam-dalamnya ayat tersebut.

Wassala mualikum...........!!!

----------

No comments:

Post a Comment