Tuesday, July 6, 2010

Jadilah Sifat Murah Hati - Siaran Ke 274








http://hjchedan.blogspot.com/
Atau :hjdan@myjaring.net
Atau : chedan.ahmad@yahoo.com/


Sifat Murah Hati – Siaran Ke 274

Ketahuilah jika seseorang itu amat bermurah hati maka Allah s.w.t. akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak di dugai. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah s.w.t., maka nescaya Allah akan mencukupan keperluannya.

Firman Allah s.w.t. :-
وَمَنْ يـَتـَّقِ الله َ يَجْعَلْ لـَّهُ مَخْرَجـًا 2).( وَيـَرْزُقـْهُ مِنْ حـَيْثُ لاَ يـَحـْتـَسِبُ ج. وَمَنْ

يَتـَوَكـَّلْ عَلىَ اللهِ


فـَهُوَ حَسْبُهُ ج إِنَّ اللهَ بـَلـِغُ أ َمْر ِهِ ج قـَدْ جَعَلَ اللهُ لـِكـُلِّ

شَىْءٍ قـَدْرًا.(الطلاق 2/3)

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq(65) ayat 2 dan 3).

Jika ia bersifat bermurah hati, suka menolong orang, suka membuat kebajikan, jauh dari sifat lokek dan kedekut, yang bermakna bersifat murah hati itu termasuk dalam akhlak dan kelakuan para Nabi a.s. Seseorang yang demikian itu juga merupakan pokok keselematan bagi dirinya di dunia dan di akhirat.

Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

خُلـُقـَانِ يُحِبُّهُمَا اللهُ تـَعَالىَ: حُسْنُ الـْخُلـُقِ وَالسَّخَاءُ. وَخُلـُقـَانِ يـُبْغـُضِهُمَا اللهُ: سُوْءُ الـْخـُلـُقِ

وَالـْبُخْلُ. وَإ ِذَ َا أ َرَاد َ اللهُ بَعـَبْدٍ خَيْرًا اِسْتـَعْمَلـَهُ فِيْ قـَضَاءِ حَوَاءِـجِ النـَّاسِ.

Bermaksud:

Dua kelakuan dicintai oleh Allah s.w.t., iaitu akhlak yang luhur dan dermawan. Dua kelakuan lagi dibenci oleh Allah s.w.t., iaitu akhlak yang jahat dan kekkiran. Andaikata Allah s.w.t. menghendaki bagi diri seseorang itu kebajikan, didurungkannya agar ia menunaikan keperluan-keperluan orangramai.
(H.R. Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah s.a.w.lagi:

إ ِنَّ مِنْ مُوْجَبَاتِ الـْمَغـْفِرَةِ بَذ ْلَ الطَّعَام وَإ ِفـْشَاءَ

السَّلاَمِ وَحُسْنَ الـْكلا َم ِ.(دري انس)

Artinya:
“Di antara sebab-sebab yang menghasilkan pengampunan dosa itu ialah memberi makan, memulakan memberikan salam dan baik tutur kata.”
.(H.R. dari Anas a.s.).

Berkata Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. tidak pernah apabila diminta oleh seseorang sesuatu demi kepentingan Islam melainkan memberikannya. Sekali peristiwa pernah seorang Badwi datang kepada Rasulullah s.a.w meminta sesuatu daripadanya. Oleh Baginda diberinya orang itu kambing yang banyak dari kambing-kambing sedekah, sehingga memenuhi antara dua lembah bukit. Orang Badwi itu segera kembali kepada kaumnya seraya berkata: “Wahai kaumku sekalian! Islamlah kamu sekalian, kerana Muhammad ini memberikan pemberian orang yang tidak takut menjadi miskin.”

Bersabda Rasaulullah s.a.w.lagi yang ertinya:

”Orang yang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat dengan manusia sekalian, dekat dengan syurga, tetapi jauh dari neraka. Manakala orang yang kikir itu jauh dari Allah, jauh dari manusia sekalian, jauh dari syurga, tetapi dekat dengan neraka. Orang yang jahul yang dermawan lebih dicintai oleh Allah daripada orang Alim yang kikir. Ingatlah bahawasanya penyakit yang paling parah sekali iaklah kjikir dan kedekut.”

Bersabda Rasulullah s.a.w. lagi yang ertinya:

”Setiap kebaikan yang dilakukan olehmanusia adalah saedekah. Setiap yang dibelanjakan seseorang kjeas dirinbya dan keluarganya dicatitkan daginya sebagai sedekah. Setiap yabng du bekanjakan untyk tyujuan mekibndungi diri dari bencana dikira sebagai sedekah, dan setiap yabg dubeklanjakan seseorang sebagai nafqah atau perbelkanjaanh yabng wajih,maka Allah s.w.t. membefriukan gabntunya.”

Bersabda Rasulullah s.a.w. lagi yang etrtinya:

”Setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang adalah sedekah. Orang yang menunjukkan kepada kebaikan sama (mendapat pahala) seperti orang yang melakukannya, dan Allah s.w.t. suka sekali menolong orang-orang yang sedang dalam kesempitan.”

Kesimpulan.

Perlu diingat membuat kebajikan disamping apa yang diwajibkan oleh agama, adat dan maruah itu dinamakan kedermawanan, tetapi mistilah dengan syarat adanya keikhlasan hati, dan bukan kerana tamakkan nama atau harapkan penghargaan dan balasan atau pujian dan sanjungan. Orang yang mengharapkan pujian dan sanjungan itu adalah yang berjual beli, bukannya orang yang dermawan atau murah hati, sebab dia telah membeli pujian itu dari dermanya.

Sama sepertinya juga ialah orang yang memberikan hartanya kerana takut dirinya dicela atau ducaci oleh orang lain. Orang ini juga bukannya juga orang yang dermawan atau bermurah hati, sebab ia melakukan itu kerana terpaksa oleh adanya beberapa sebab yag tersebut di atas tadi. Wallah hu ’alam.....

Sekian dahulu dan akan bertemu lagi di dalam siaran Blog ini dalam masa yang tedekat.
Wassala mulaikum.....!

----------------------oooooooooooooo----------------------

No comments:

Post a Comment